>

Saturday, June 27, 2009

Pindah Akhirnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada awal pagi, aku sudah memunggah barang2ku termasuk laptop kesayangan menuju ke Lapworth Court. Aku disambut oleh Faris Fasri dan Isa. Perut lapar kerana masih belum bersarapan. Jadi, kami breakfast nasi putih dan ayam panggang (stail breakfast Kelantan).


Selepas bersolat Jumaat di MSD, aku dan Faris Fasri menuju ke Evelyn Gardens untuk memunggah saki baki barangku. Kami lunch dulu di Masala Express, North End Road. Kemudian, Shah pula tiba untuk turut membantu aku memindahkan barangan.

Sungguh cepat masa berlalu. Rasanya, baru semalam tiba di London (ayat drama), namun, rupanya dah 8 bulan kami di sini. Sudah 8 bulan aku tinggal di dalam bilik itu. Kini, terpaksa meninggalkan bilik itu.


Kami bertiga menaiki bas ke Lapworth Court. Terima kasih smua kerna tolong aku angkat barang ini....

Shah dan Faris Fasri

Photobucket