Tuesday, December 16, 2008

Blog Statistik

بسم الله الرحمن الرحيم

Untuk bulan Nov/Dis

Analytics

DateViewsUniques
21-Nov11589
23-Nov15571036
30-Nov17341145
07-Dec1422984
14-Dec241148
Total50693402

Mengikut Negara

CountryUniques
UNITED KINGDOM63.2%
MALAYSIA31.4%
UNITED STATES2.1%
EGYPT1.2%
INDONESIA1.1%
CZECH REPUBLIC0.5%
SAUDI ARABIA0.3%
SINGAPORE0.2%
AUSTRALIA0.1%
IRELAND0.1%

Top 10 Keywords

KeywordsHits
alternatethunder88
nadiah amirah dan kyuem11
huzaifah kyuem blog7
alternatethunder.blogspot5
kata-kata untuk kawan4
www.salaman.kan.shing4
blogs of mummy rukiah4
nasi bukhara3
huzaifahar@hotmail.com2
site:www.alternatethunder.com2

Top 10 Referrals

ReferrerHits
http://topblog.iluvislam.com/119
http://aperfectlyordinarylife.blogspot.com/102
http://sumaiyyah.wordpress.com/47
http://mohdbasir.blogspot.com/41
http://www.imanina08.blogspot.com37
http://keeper22.blogspot.com/36
http://ijanpromoters.blogspot.com/33
http://taknakbagitengok.wordpress.com/33
http://morindajuice.blogspot.com/28
http://zaimthinks.blogspot.com/26

Terima kasih kepada semua rakan2 pengunjung. Dari UK, of course, rakan2 ku yg belajar di sini, rakan2 serta saudara-mara di Malaysia, rakan-rakan yg blaja di USA (yg request untuk aku menulis dlm English, hurm), rakan-rakanku yg belaja di Mesir, pembaca dari Indonesia, rakan-rakanku di Republik Czech yg tgh struggle blaja Medic (Anep, jg Meor baik2), Ibu bapaku di Saudi Arabia, serta rakan2ku di Singapore, Aussie dan Eire.

Terima kasih juge kepada 16 followers blogku. Maaf di atas segala kelaghoaan dan kesilapan maklumat dalam blog ini. Terima kasih juge kepada para referrals kerana link kepada blogku.

(p/s: Kepada Firdaus Rahim, blogmu menjadi top referral aku yg ke-11, jadi x dimasukkan dalam list, cube lagi bulan depan, HAHAHA)

Photobucket

Monday, December 15, 2008

Selamat Bercuti!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Seronok sungguh apabila tgk blog rakan2 yg sudah mule atau lama bercuti winter. Ada yg dah memulakan tour seluruh UK, ade yg dah nak pegi ke Dublin dan ade gak yg da memulakan pengembaraan ke Scotland.

Dan aku? Masih duduk di bilik usangku menyelak helaian nota dan buku. Masih aku berusaha menyiapkan segala kerja yg ada. Aku lihat ke langit, nampak kapal terbang membelah ruang udara London. Sayu. Pilu. Bilerkah giliran aku pula untuk berada di sana?

Aku harus banyakkan bersabar. Hanya tinggal seminggu sahaja sebelum Imperial College London bercuti. Ntah nape Imperial cuti lambat daripada university2 lain. Xpelah, inilah jalan yg aku pilih. So, perlu aku hadapinya dgn tabah.

Kepada rakan2 yg sedang berjalan2 di UK atau luar UK, ataupun yg BAKAL berjalan2 di UK atau luar UK, selamat berjalan dan semoga perjalanan anda diberkati Allah. Niatkanlah dalam hati supaya perjalanan kiter itu untuk mencari keredhaaan Allah. Moga bukan hanya letih yg kiter dapat, tapi juga pahala Allah melimpahi perjalanan kiter.

http://www.alpinerecreation.com/images/ski/ski_kelman.jpg

Jagalah keselamatan diri (terutama yg main ski), jagalah kesihatan diri (sejuk tu), jagalah iman, jagalah amal. Moga cuti ini dimanfaatkan sepenuhnya.

Pandu cermat, jiwa selamat.

Selamat bercuti kepada semua yg bercuti dan selamat ke kelas bagi bebudak Imperial yg x cuti lagik!

Photobucket

Tamu-tamu (Tetamu)

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini dan semalam, aku agak busy kerana bilikku didatangi oleh tetamu. Sungguh x terurus hidupku, maklumlah, jarang sungguh menerima teamu untuk ke bilikku yg usang lagi sempit ini.

Semalam, Amir Faiz menelefonku dan berkata yg die mahu tidur di bilikku. Aik, ape kes plak mamat ni? Itulah yg bermain di fikiranku. Namun, aku berfikir kembali, Apen selama ini merempat di bilik Fitri dan Adam, mungkinkah beliau dihalau keluar oleh mereka? Walaupun aku x mempercayai itu yg berlaku, namun, aku tetap membenarkan Apen tidur di bilikku.

Sepanjang hari semalam, London dituruni hujan. Oleh itu, aku terasa amat malas utk keluar dari blik, apatah lagi berjalan-jalan keseorangan di London ni seperti yg biaser aku buat hujung minggu. Ingatkan nak pegi melawat Faris di rumah beliau, namun, beliau ade hal di luar London. Maka, terperuklah aku di dalam bilik itu.


Apen menelefonku mengatakan yg die sudeyh sampai di Gloucester Road. Dengan berpakaian baju kalis air (raincoat), aku meluru untuk mendapatkan sahabatku itu, risau aku die berada di dalam hujan (ayat drama). Tanpa berpayung, aku melangkah gagah menuju ke Old Brompton Road. Dari jauh, kelihatan seorang lelaki berpakaian Topman dengan berpayung. Cis, itulah si Apen rupanya. Ade payung rupenya!

Kami makan di hall Shah, dengan lauk daging goreng masakanku yg enak itu. Apen seperti baser, turut serta makan dgn free. Lepas makan, Apen pergi ke bilikku dan tidur di sana.

Harini, aku bercadang untuk pergi menggunting rambut di Bayswater. Namun, aku teringatkan Kerul yg masih berada di bumi London terchenta ni. Ntah biler la nak balik ke Warwick tu!! Jadi, aku mengajak beliau untuk tidur di bilikku yg indah ini. Setelah meminta kebenaran daripada abangnya (adik kesayangan nih!!), DZ memberikan lampu hijau untuk adik kesayangan beliau bermalam di bilikku. Walaupun agak berat nampaknya wajah beliau untuk melepaskan adik beliau, akhirnya, beliau bersetuju jugak, HAHAHA!


Setelah solat Zuhur di rumah DZ, Kerul mengemas pakaian beliau untuk bermalam di bilikku. Sungguh best rasanya jadik freeloader kan? Dah hampir seminggu Kerul ni berada di London nih, ces, best sungguh org yg da cuti!

Skarang, aku di dalam bilik, bersama Kerul dan Shah yg tgh tido. OK, nak masak dinner!

Photobucket

Saturday, December 13, 2008

Video Raya MSD

بسم الله الرحمن الرحيم

Video raya haji yang ditayangkan di MSD pada sambutan Eidul Adha pada 11 Disember lalu. Maaf atas segala kekurangan, maklumlah, produksi last minute, beberapa hari je kitorg shooting n edit.





Credits:

Project Manager: DZ
Storyboard: Anep
Director: Jepah
Actors: Shah, Bun
Cameramen: Basir, Jepah
Editor: Izu

Krew Belakang tabir (yg makan nasi): Mas, Poklah, Apen, Isa, Kerul
Penaja Tempat: Lapworth Court

Photobucket

Friday, December 12, 2008

Untukmu Ibu

بسم الله الرحمن الرحيم




Biarlah aku menangguhkan dahulu post tentang majlis sambutan Aidil Adha di MSD semalam untuk memberikan ruang untuk menukilkan penghargaan buat ibuku.

Ku lihat tarikh harini, 12 Disember. Hari ni merupakan ulang tahun kelahiran ibuku tercinta, Mastura binti Mohamad. Insan yg begitu berjasa dalam hidupku ini, yang kini berada di tanah suci untuk menunaikan rukun Islam kelima. Moga Allah mempermudahkan urusan mak dan abah di sana dan semoga memperoleh haji mabrur.

Aku tahu, mak sentiasa doakan aku. Aku tahu, mak sentiasa risau dan fikir tentang anak-anaknya. Namun, apakah balasan yg telah aku beri kepada mak? Melawan cakap, meminta-minta, dan banyak gak menyinggung perasaan. Sungguh x layak rasanya untuk aku berbuat demikian kepada insan yg x pernah meminta apa-apa bayaran atas segala susah payah menjagaku.

Emak, x mungkin dapat ku balas jasamu. Namun, aku hanya mampu menulis post serba ringkas ini, namun, masih aku x mampu membalas segala jasamu. Maafkan segala kesalahan yang anakmu dah lakukan.

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran, mak!

"Betapa sukarnya menyusun bicara, meluahkan rasa, menuturkan sayang, kasih yang terlimpah, hanya sekadar tingkah, cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia,

Apakah yang hilang andai dilisankan? Bait penghargaan penuh kejujuran, tak mungkin terlihat cinta yang merona, jika hanya renungan mata yang bersuara, bukan tutur kata, usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan."

Saya sayang Emak!

P/S: Kepada rakan2ku, jangan segan, jangan rasa malu untuk menuturkan "saya sayang emak", supaya anda tidak menyesal setelah kehilangan mereka tanpa pernah anda meluahkan lafaz rahsia ini.....

Photobucket

Thursday, December 11, 2008

Shooting dan Kurban

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas Seerah Circle di Prayer Room Imperial Zuhur tadi, aku menuju ke Royal Albert Hall untuk menyambung penggambaran video untuk ditayangkan di Malaysian Hall esok. Shah bukan main semangat lagi memakai satu sut blazer untuk suatu scene graduation. Cool2. Turut bersama, pengarah projek, saudara Khairul Hafidz a.k.a Dz.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Hyde Park untuk suatu scene jiwang dan menyentuh perasaan. Mengikut perancangan, kami nak ambik video Shah tengah bagi makan kat tupai2 di Hyde Park. Berbekalkan sebungkus M&M, kami memberi makan kepada tupai2 yg da sedia gemuk itu. Alhamdulillah, banyak gak tupai yg datang menyerbu.


Kemudian, penggambaran diteruskan puler di tasik yg banyak swan. Scene seterusnya, Shah memberi makan kepada swan2 tersebut. Agak cuak apabila terlalu banyak swan mengerumuni kami. Namun, agak seronok bergambar dgn swan2 tersebut.

Lepas da letih berlakon, Dz mengajak kami menuju Malaysian Hall untuk mengangkat daging2 korban. Sesampainya di Malaysian Hall, bertemu dgn saudara Adam Tan (pronounce Adam Te) yg baru balik dari universitas King's. Tunggu punyer tunggu, akhirnya, van pengangkut daging tiba juger di MSD.

Aku, Dz dan Adam Tan

Disebabkan tiada pekerja tambahan di MSD, Ustaz Erfino telah melantik kami menjadi AJK pengagihan daging. Tugas pertama dan utama adalah untuk mengangkat daging2 tersebut dari van ke dewan MSD. Kemudian, kami berusaha mengagih2 kan daging tersebut ke dalam plastik2 kecil bagi memudahkan pengangkutan. Letih dan berbau kambing!

Ustaz Erfino yg keletihan

Daging Korban

Jadi, malam ni aku dan Shah bercadang tidur di Lapworth Court, letih plak nak balik bilik.

Kepada bebudak yg ada di sekitar London, dijemput datang esok ke MSD lepas Isyak dan ajak rakan2, sedara-mara, anak beranak, jiran tetangga dan sebagainya. Ada video presentation yg BEST, ada nasyid, dan yg penting, jamuan MAKAN! Jom sama2 pakat pegi MSD esok!

Photobucket

Wednesday, December 10, 2008

A Good Muslim

بسم الله الرحمن الرحيم

Petang ni, kami membuat eksperimen tentang Acid, base dan pH di Barber Lab, Royal College of Science 1 (RCS1). Eksperimennya mudah dan simple sahaja, tapi memang leceh sebab kena titrate sikit2. Sejam lebih gak kami menyiapkannya.

http://www.dartmouth.edu/~chemlab/techniques/graphics/titration/titration1.gif

Langkah terakhir dalam eksperimen tu adalah untuk differentiate beberapa solution yg x dikenalpasti. Solution2 tersebut merupakan air kosong, coca-cola, coffee, beer dan wine. Cara yg paling mudah untuk kenalpasti solution2 tersebut adalah dgn membau (kami tidak dibenarkan rasa).

Kemudian, kami usha pH untuk setiap minuman tersebut. Ternyata, pH untuk coca-cola adalah yg paling acidic, ternyata mampu membunuh. Kemudian, terbaula beer yg amat memeningkan kepala tu. Tergelak lab partner aku, si Ladopi tu. Beliau berkata:

You don't drink?

Yes, I never drink, aku jawab

You're a good Muslim, I've seen many Muslims who drink, you know, Ladopi kata

Tergamam sebentar. Merah skit muke aku. Bukan merah sebab dipuji 'good Muslim', tapi malu, malu dgn kenyataan seorang non-Muslim berkenaan Muslim sendiri. Betapa pentingnya perlakuan seorang Muslim, kerana kiterla duta untuk agama kita. Memang x dinafikan, org non-Muslim perlu melihat keindahan Islam tu sendiri dan bukannya Muslim, tapi, memang susah nak lari dari first impression apabila kita lihat Muslim itu sendiri yg x berkualiti.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(al-Baqarah: 208)

Kemudian, terasa bergetar skit kaki aku. Kali ni perasaan takut pulak menyelubungi diriku. Ladopi mengatakan yg aku ni 'a good Muslim'. Adakah benar aku ni seorang Muslim yg baik? Layakkah aku dipanggil sebegitu? Bile difikirkan, adakah benar sudah aku laksanakan semua arahan Allah dan tinggalkan laranganNya? Masih jauh lagi untuk aku sampai ke tahap sebegitu. Sungguh berat rasanya apabila seorang non-Muslim kata mcmtu terhadapku. Thanx Ladi, anda telah memberikanku momentum untuk meneruskan usaha memeperbaiki diri ini?

Anda pula bagaimana?

Photobucket

Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha

بسم الله الرحمن الرحيم






Ketika orang lain sedang makan rendang, kuah kacang, ketupat dan lemang beramai-ramai sekeluarga dgn meriah, aku di sini hanya menjamah cereal dan susu berseorangan di dalam dapur yg usang ini. Di kala orang lain sibuk bertakbir sambil menuju ke masjid, aku di bilik hanya mendengar takbir digital dan bersedia menuju ke kelas. Biarlah takbir online ni mengubati sedikit hati yg rindu ni.

Juadah pagi rayaku

Walaupun harini merupakan Hari Raya Aidiladha, namun, apakan daya, aku ade lecture pagi ini. Memetik kata-kata rakanku, Sayuti dari Mesir:

kesian giler. diorg tak tau ke sok raye?

Wahai Sayuti (isk, sambil kesat air mata), apakah yg omputeh ni pedulikan tentang raya ni, xde effect kat diorg pun.

Kepada Mak, Mastura binti Mohamad dan Abah, Abd Rashid bin Mustafa yg kini berada di Tanah Suci, anakmu ini begitu merindui kalian berdua. Ingin aku genggam tangan abah dan mak di pagi raya ini. Ingin aku cium tangan mak dan abah, ingin ku peluk mak dan abah. Namun, mak dan abah mempunyai satu misi yg lebih penting, iaitu mendapatkan haji mabrur. Moga bertemu dengannya. Mungkin ni pengorbanan yg perlu kami pelajari.

Kepada kakakku di Malaysia, Kawthar binti Abd Rashid dan Nusrah binti Abd Rashid, semoga berbahagia di hari raya ini. Makan ketupat dan kuah kacang, jgn lupekan adikmu yg hanya makan cereal dan ayam goreng (huh?).

Kepada semua rakan2, hayatilah erti pengorbanan yang ditonjolkan Nabi Ibrahim sekeluarga. Marilah bersama-sama menuju kepada jalan yang diredhai oleh Allah.

Salam Aidiladha....

http://farm4.static.flickr.com/3109/3084270452_bf2d33c659_o.jpg

Photobucket

Sunday, December 7, 2008

Warwick Visitors dan Penggambaran

بسم الله الرحمن الرحيم

Maaf kerana x menulis ape yg terjadik semalam. Sesungguhnya agak letih dan tidak berkesempatan semalam. Banyak sungguh yg aku lalui dalam masa sehari.

Setelah plan dgn tuan punye rumah, aku dan Shah bertolak pada jam lebih kurang 11 pagi untuk ke Warwick Avenue dengan menaiki bas 414. Ada apa di Warwick Avenue? Di situlah terletaknya rumah saudara Azzrul atau nama famous lagi glamour beliau ialah Bun (tanya sendiri tuan punye badan nape dipanggil sebegitu).

Malas nak cerita kisah2 sedih yg aku dan Shah harungi untuk sampai ke umah Bun (bas 414 yang tetibe buat hal terminate tengah jalan). Sabar ajela.

إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Allah bersama orang2 sabar
(al-Baqarah : 153)

Masrizan telah memberitahuku tentang kedatangan seorang pelajar University of Warwick tajaan PNB ke London. Beliau merupakan saudara Khairul Anwar atau lebih manja (ye ke?) dipanggil 'ayah'. Tanya tuan punye badan juge nape dipanggil sebegitu. Beliau merupakan adik kepada senior Imperialku, Khairul Hafiz (DZ, juge tny sendiri asal usul nama beliau), muke pun ada iras2.

Aku dan baju Chelsea dan Kerul dan baju MYC

Kami memulakan penggambaran pertama di Little Venice. Shah menjadi pelakon utama manakala Apen menjadi org yg lalu lalang di belakang watak utama. Lawa jugak Little Venice ni. Namun, kesejukan melampau membuatkan kami x lama di sana.

Watak utama stadi Chemistry

Pulang ke rumah Bun, hanya ada 2 org je ahli rumah, coz ahli2 yg lain sudah pergi makan di luar. Namun, Poklah dan Isa menggunakan kreativiti mereka dengan resipi yg DINAMIK untuk menjamu kami dengan BBQ Lamb Ribs yg masyuk dan ayam utk Mas yg ngade2 xnak makan kambing. Nyum3, sungguh sedap lauk ni.

Kemudian, penggambaran diteruskan. TQ kepada Poklah yang berlakon menjadi ustaz dan Bun yang berlakon jadi seorang bapa penyayang. Semangat sungguh senior2 ni, hehehe. TQ gak kepada Apen dan Mas walaupun kurang menyumbang ape2 selain menghabiskan nasik yg terhidang. Tidak terlupa, pelajar Warwick yg bernama Kerul.

Ntah jadik x video ni, kalau ade rezeki, adela ditayangkan khamis malam di MSD. Kalau x, xdela, so kepada watak2 yg ade dlm video ni, jgn mengharap sgt, kehkehkeh.

Dzull Orang Kaya ada PSP dan seorang yg negligible (cube teka!)

Kemudian, warga Warwick yg lain pulak, yakni Hafizuddin dan Dzull Orang Kaya ada PSP tiba. Hafizuddin mengikutiku pulang balik ke bilik dan Dzull Orang Kaya ada PSP mengikuti Mas balik ke bilik beliau.

Aku yg letih (bersama sweater Chelsea) dan Hafizuddin Warwick

Dan pagi ni, aku menghantar Hafizuddin pergi ke bilik Mas untuk dipertemukan dgn Dzull kembali setelah hampir setengah hari berpisah. Mereka bercadang untuk ke Greenwich, untuk melawat rakan2 di sana. Tension sungguh ngan bebudak Warwick yg da cuti!!!

OK, nak buat research psl carbohydrate. Chow!!!

Photobucket

Puasa Hari Arafah

بسم الله الرحمن الرحيم

Adeh, sungguh letih harini menguruskan video untuk Malaysian Students Departments. TQ kepada semua yg take part, sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi menjayakan video ni. (alasan untuk x update blog, hehehe)

Esok merupakan hari Arafah, meh bersama-sama puasa.

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."
(Muslim)

Photobucket