Sunday, September 21, 2008

Balik Kampung dan Duit Raya

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada jam lebih kurang 8.47 pagi waktu Malaysia smalam, dgn menaiki kereta Naza Citra, kami sekeluarga (Abah, Emak, Aku, Angah dan Along) berlepas ke kampung kami di Muar, Bandar Maharani. Perjalanan agak lancar sbab xde kereta sgt kat Lebuhraya Utara-Selatan ni. Aku yg memandu kereta agak selesa memandu dgn constant speed 120 km/h.


Sepertimana dlm rancangan, kami singgah sebentar di Bukit Piatu, Melaka. Di sinilah abah dilahirkan. Kami bertemu dgn Pak Ngah Eddie dan Atuk Mustaffa. Atuk di Melaka hanyalah atuk sedara aku, namun, dielah yg menjaga abah semenjak kecil, sbab abah kehilangan ibu bapa dari kecil dulu. Kami pun borak2 la. Dan Pak Ngah Eddie sesekali kacau aku,

Jangan nangis plak time raya nanti.

Hehehe, aku hanya tersenyum sinis. X tahulah camne nanti. Susah gak nak kate aku x sdih. Tapi, akan aku cube control macho dgn menahan sebak di dada, isk. Kemudian, Pak Ngah Eddie mintak email aku, senang nak contact. Ntah camne ntah, die tny address blog aku. Sekali lagi aku dikacau:

Ko ni ade blog, kena tahan ISA karang

Hahaha, aku gelak. Mungkin sbab keadaan semasa di mana bloggers2 disenaraihitamkan kerajaan dan dikenakan tahanan ISA. Tapi, aku nih xdela cakap psl politik, apatah lagi menghasut mana2 pihak. InsyaAllah.

Kemudian, kami meminta diri untuk meneruskan perjalanan ke Muar, Johor. Aku bersalaman dgn atuk, dan, eh, terasa ada sumting plak kat tangan atuk. Rasa macam kertas, tapi kertas apakah ini? Dan aku usha tangan aku, ade duit, yeayy, duit raya pertama aku tahun ni. Jadi, atuk dan Pak Ngah mengucapkan all da best dan blaja bebetul.


Perjalanan diteruskan. Jalan dari Melaka ke Muar nampaknya da jadik macam highway. Amat lancar perjalanan, hanya 20 minit, da sampai Muar (pronouncation Muow). Singgah plak di rumah Mak Cik Nina. Kemudian, da borak2, sambil tgk rancangan 'Bolos', kami teruskan perjalanan mengharungi kesesakan lalulintas di Bandar Muar tu. Dari dulu aku rasa sesak camni. Adeyh. Kami singgah plak di rumah Mak Busu. Proses yg sama diulang, dan setelah 2 jam lebih di sana, kami minta diri dan Mak Busu menghadiahkan aku kuih tart, untuk aku beraya di sana, isk. TQ.


Kemudian, sampaila ke destinasi terakhir kami di Muar ni, iaitu, rumah pusaka arwah atuk yg kini diduduki oleh Mak Tam sekeluarga. Kami singgah dulu di pasar juadah membeli macam2 juadah berbuka puasa. Antara yg menarik di Muar ni, nasi ambang dan Murtabak Singapore. Keunikannya membuatkan aku membeli. Hehehe.

Hari kedua dimulakan dgn bersahur spt baser. Disebabkan aku tidor pkol 10.30 malam, maka, amat segarlah aku bersahur dgn memakan nasi lauk kari ayam yg masyuk. Dan pada pukul 8.30 pagi, kami pun bertolak pulang. Ketika bersalaman ngan Pak Tam, terasa lagi ada kertas di tapak tangannya. Eh, duit raya lagi. Kemudian, bersalaman plak dgn Mak Tam, dan, eh, duit raya lagi? Along dan Angah nampaknya agak frust apabila x dpt duit raya, hahaha.

Sebelum pulang ke Slangor, kami singgah sebentar di Seremban utk melawat Mak Teh. Kami berborak2 dgn gembira. Dan rata2 tanya,

Biler pergi? Adoi, x dapat raya kat sini la?

Isk2, jgnlah menambahkan kedukaanku ini. Huhuhu. Dan sekali lagi, proses bersalaman sambil mengaut wang berlaku. Pak Teh dan Mak Teh due2 bagi aku duit raya. TQ. Tujuan utama nak balik kampung adalah nak jumpe sanak sedara sbab x jumpe masa raya, tapi apakan daya, dapat duit skali. Orang kata:

Sambil menyelam minum air, sambil ziarah dapat duit raya.

Huhuhu. Tapi yg lebih penting adalah doa anda sumer yg mengiringi aku ke sana. Moga aku dapat pergi, belajar dan pulang dgn selamat. Doakan aku pulang dgn kejayaan dan pengalaman untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara (bukan Negara, Bangsa dan Agama macam BTN).

Letih ni, nak rehat, papai!

Photobucket

Saturday, September 20, 2008

Balik Kampung

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan x berkesempatan beraya di Malaysia tahun ni, maka, abah nak balik ke kampung pada harini. Sbabnye, nak aku bertemu ngan sanak saudara sebelum pergi meninggalkan Malaysia. Isk, sedih.

Aku akan balik ke kampungku di Muar, Johor. Dalam perjalanan, insyaAllah akan singgah di Bukit Piatu, Melaka, kampung Abah plak.

Jadi, aku x dptla online sepanjang hari ni dan x dpt mengupdate blog. Jadi, usahla SMS aku tny,

Nape x update blog??

atau

Sakit ke?

Hahaha, sungguh bajet ramai org yg bace. Tapi, insyaAllah aku akan pulang ke Selangor esok hari, iaitu hari Ahad dan akan kembali aktif. Doakan keselamatan aku pergi dan pulang dari kampung.

Balik Kampung, hohoho, balik kampung..............

Photobucket

Friday, September 19, 2008

Sayuran

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku bukanlah seorang yg amat gemar makan sayur, apatah lagi jadik vegetarian. Aku adalah ahli tetap Persatuan Tak Makan Sayur (PTMS) yg dipengerusikan oleh Iqtidar. Tapi, hakikatnya, bukanlah sume sayur aku x makan. Amatlah rugi andai x makan sayur, sbab banyak vitamin di situ. Dan salah satu daripada beberapa sayur yg aku makan adalah pucuk paku.

Kate org,

We are what we eat

Jadi, aku ni xdelah seorang yg suke makan semata-mata, tapi, aku nak gak tahu apebenda yg aku makan, kan? Pasal pucuk paku nih:

Kingdom: Plantae
Division: Pteridophyta

Class: Pteridopsida

Order: Athyriales

Family: Athyriaceae

Genus: Diplazium

Species: D. esculentum


Pucuk paku boleh dimasak pelbagai cara, tapi favourite aku adalah masak lemak. Nyum2. Nape aku tetibe tulis psl pucuk paku? Sebenarnya aku nih baru memetik daun2 pucuk paku, mak nak masak malam ni, tu ar tetibe rasa cam nak menulis psl sayuran ni.


Aku sedar, kebelakangan ni, asyik citer pasal makanan jer. Mungkinkah sbab aku tgh puasa, asyik terbayangkan makanan? Atau aku nih nak pegi UK, jadi, perlu concern dgn makanan supaya x kebulur di sana? Aku still mencari jawapan.

Jadi, apa yg penting? Kerjaaasaamaaa, eh bukan, point aku kat sini adalah, yg penting, carilah makanan yg halal dan berkhasiat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.”
Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim

Aku terjumpe beberapa quotes yg menarik pasal makanan nih. Kalau korg masih igt, dalam buku sejarah dulu, ade kata-kata dari George Santayana yg bebunyi:

Those who forget the past are condemned to repeat it

Dan ade satu quotes yg hampir sama bunyinya:

Those who forget the pasta are condemned to reheat it.


Hahaha, selamat berbuka puasa. Makanlah dgn berhemah.

No man in the world has more courage than the man who can stop after eating one peanut

Photobucket

Rindu Ramadhan di Kolej

بسم الله الرحمن الرحيم

Di rumah, aku bersahur jam 4.50 pagi. Apabila bangun (biasenya mak kejut), jalan sikit, dah sampai meja makan. Buat air ribena, cedok nasi, makan. Lpas makan sahur, basernya akan bukak TV tgk rancangan Singgah Sahur.

Tetibe aku teringat Ramadhan yg lepas. Jauh berbeza dgn Ramadhan tahun ni. Ramadhan tahun lepas, aku masih bergelar pelajar KYUEM. Dan pada Ramadhan lepas, yg mengejutkanku adalah rakan2. Rakan yg paling kerap kejut dan makan sahur bersama aku ialah Shuib. Kebiasaannya, kami bangun pukul 4.10 pagi dan berjalan merentasi kegelapan malam menuju ke DH yg xdela dekat sgt.



Apabila sampai, selalunya Syafiq Misteri dah ade. Kami slalu makan bertiga, dan DH time tu kosong lagi. Makanan yg dihidangkan utk sahur di kolej, nasi dan lauk. Dan lepas makan nasik, aku dan Shuib basernya akan makan roti disapu mentega dan minum air milo. Rindu plak nak membancuh milo, huhuhu. Lpas tu, kitorg samer2 akan balik ke chalet dan mengejut rakan2 chalet yg lain utk bgn sahur.

Serius, rindu benar saat2 tu. Biler time nak berbuka, basernya, aku, Afiq dan Muiz akan pegi amik makanan di DH dulu. Lpas tu, pergi berbuka dgn air dan kurma di surau. Lpas solat Maghrib, same2 kitorg akan pergi DH utk makan nasik. Amat meriah basernya. Lpas Maghrib akan ade tadarus al-Quran same2 geng usrah. Lpas tarawikh akan moreh same2 dan akan mengemas same2. Makanan moreh yg x abis basernya akan kitorg agih2kan kpd pak guard yg bertugas.

Meriah giler Ramadhan di kolej.

Photobucket

Thursday, September 18, 2008

Mari Masak

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku tgk beberapa blog milik rakan2 yg dah nak gi luar negara, ade gak yg menulis pasal pengalaman diorg belajar memasak. Jadi, bibit2 kekiasuan mule membara dalam diri ditambah pula dgn kewujudan blog cook-a-rama yang ditubuhkan oleh beberapa manusia walaupun tidak selalu berupdate.

Sebenarnya, memang aku tgh jalani kursus memasak intensif bersama Chef terhebat dunia, mak aku. Ada org cakap,

Walau sehebat mana masakan seorang chef terkemuka, ia masih x dapat menandingi masakan ibu

I agree! Mak mengajar aku basics skill dalam memasak ni, supaya bolehla aku hidup di UK nanti. Xkanla asyik nak beli je kan, abih duit nanti. Ade gak org yg kata:

Ko kan da pegi OBS 25 hari, xkan xleh survive?

Memangla, OBS tu tujuan die untuk survival. Aku masih ingat, masa duduk dalam hutan sorg2, aku makan sardin x masak pun, fresh dari tin. Breakfast, makan baked bean yg juge fresh dari tin. Tapi, xkanla 3 tahun di UK nak hidup camtu. I deserve idop yg lebih selesa!

Semalam, aku berjaya memasak sebuah juadah berbuka puasa untuk seisi keluarga. Emak mengajar aku memasak Spaghetti. Spaghetti ni makanan dari Italy yg berasal dari perkataan Itali spaghetto yg maksud die, panjang. X kesahla dari mana makanan ni atau name die, yg penting, halal, berkhasiat dan sedap.

1. Masuk skit minyak, pastu masukkan plak bawang putih dan bawang merah yg dipotong agak chomel.

2. Masukkan pulak daging kisar dan gaul sehingga sebati dan smpi daging tu jadik agak coklat

3. Masukkan pulak tomato yang dipotong dadu dan gaulkan lagi

4. Masukkan tomato puree bersama2 sos cili untuk tambahkan rasa

5. Panaskan air yg ditambah dgn skit minyak atau garam smpi mendidih

6. Masukkan la spaghetti dalam air tuh

7. Tadaa, spaghetti yg sedap sudah tersedia. X payah kut aku nak bgtau camne nak sediakan salad tuh. Kalau korg peminat cheese, bolehla potong halus2 cheese tu dan taburkan atas spaghetti ni utk rasa masam2 skit cheese tu.

OK, da ade resepi nak makan kat UK, huhuhu. Mari makan spaghetti hari2!

Photobucket

Visa

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku pasti, dalam proses nak fly ni, perkara paling memeningkan kebanyakan orang ialah pembuatan visa. Mana x nya, dah la proses die lamer, pastu, klu kena reject, kan ke kena buat balik. Lagi2, bebudak yg duk luar KL, sian gak tgk diorg ulang-alik.


Harini, aku melihat track Visa Application aku dan nampaknya dokumen aku dah sedia untuk diambil. Jadi, disebabkan malas nak bawak kereta masuk KL disebabkan parking yg mahal, aku menaiki bas Rapid KL terus je menuju ke depan Menara Citibank. Perjalanan diteruskan ke tingkat 19 bangunan MCA dan selepas pakcik tu memeriksa aku bebas dari senjata dan bahan2 logam, aku masuk dan memberikan resit kepada seorang pakcik ni.

Muhammad Huzaifah

Nama aku dipanggil pergi ke kaunter 4. Jantung berdegup kencang takut2 ade masalah dgn application aku.

Nah, sile tandatangan di sini dan tulis tarikh. Sebelum keluar, periksa dulu semua dokumen ada., Terima kasih.

Abang tu bercakap bahasa Melayu full dgn aku. Aku rasa die ckp English dgn org b4 aku. Dalam hati,

Abang ni pandang rendah ke kat keupayaan aku berbahasa Inggeris?

Okok, dah, jgn nak bersangka buruk kat orang. Aku tersedar. Astaghfirullah, dah mengurangkan pahala puasa.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujurat : 12)

Lepas mendapat envelope warna kuning tu, trus je aku bukak dan mengambil passport aku dan mengecheck. Alhamdulillah, dah ade dah pelekat kuning tu. Alhamdulillah, wasyukurillah.


Terus je aku pulang ke rumah dgn menggunakan tiket bas yang sama. Dan seluruh perjalanan aku pergi dan pulang ke rumah, aku menggunakan RM 2 shaja. Wah, persediaan yg baik untuk budget travel di UK, huhuhu.

Kepada rakan2 yg blom lg dapat visa, bersabarlah dan banyakkan berdoa. Moga urusan kiter semua dipermudahkan.

Photobucket

Wednesday, September 17, 2008

Tiga Budak London

بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan ingat straight A boleh pastikan korg dapat fly

Itulah kata-kata yg dikeluarkan oleh Fitri di hadapan British Embassy. Beliau yg turun ke KL semata-mata nak uruskan visa nampaknya amat tension dan tertekan. Knape? Semuanya gara-gara Amir Faiz aka Apen yg direject application visa beliau kerana submit offer letter yg diprint.

Jadi, kami bertiga pergila ke British Embassy untuk merayu. Aku sbnarnye nak pegi PNB, sbab nak antar invoice tuition fee yg Imperial bagi. Saje je temankan mereka nih. Namun, pak guard yg menjaga pintu besi tu suruh Fitri pergi ke VFS di bangunan MCA. Sementara Fitri menyettlekan masalah die di VFS, aku dan Apen pergi ke PNB.

Terus je kami naik ke tingkat 38 bangunan PNB tuh. Dan apabila nampak je muke kitorg kat kaunter tu, akak tu seolah-olah memahami dan swipe card untuk kami masuk. Kami jumpe Pn Rukiah dan Apen menceritakan ape yg terbuku dalam hati. Kami siap duduk2 dan lepak2 selama hampir 20 minit menunggu Fitri datang.

Batch ke-11 PNB ni memang suke cipta sejarah, kan?

Aku dan Apen hanya tergelak. X mampu kate ape2. Banyak gak yg kami borakkan sesamer, daripada persediaan di Heathrow, smpilah ke tiket flight. Pn Rukiah gak menelefon sorg senior Imperial, Azlan Kamal (Apak) dan berkata,

Ni, ade junior awak ni nak gi Imperial, nanti awak tgk2kanlah die, sambil membuat muke kepada aku.

Akhirnya Fitri tibe. Kemudian die ceritakanla ape yg jadik dan akhirnya flight mereka esok terpaksa ditunda ke tarikh yang akan diumumkan. Fitri berkata:

Waa, sedihnya raya kat Malaysia

Jelas kekecewaan

Hurmm. Agak sedih. Dan alang2 da ade dekat KL nih, aku plak pergi ke VFS utk saje2 tgk visa aku, da siap ke blom. Pergi tingkat 19 dan terus ke kaunter 5. Tapi, amat kecewa kerana blom siap, walaupun da aku expect.

Kami bertiga pun pulang ke rumah dengan kekecewaan yg terbuku dalam sanubari. Moga urusan kami dipermudahkan.

Photobucket

Tuesday, September 16, 2008

Alma Mater

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah hampir setahun aku tidak melawat sekolah lama aku, yakni SBPI Rawang, maka, tergerak plak hati ni utk melawat ke sekolah terchenta itu harini. Maklumlah, b4 menerbangkan diri ke UK nanti, baik jumpe cgu2 mintak berkat dan juz nak bgtau diorg ke mana arah tuju kitorg.


Jadi, rancangan dibuat bersama Hanif dan Nazrin. Hanif, seorang budak tajaan MARA yg akan melanjutkan pelajaran di Czech dalam bidang perubatan. Nazrin pulak merupakan pelajar tajaan JPA, tahun kedua di Czech dalam bidang perubatan jugak. Diorg ni satu batch ngan aku.


Disebabkan Nazrin tetibe ade hal, aku dan Anep yg dah sampai ke Rawang menaiki bas untuk ke Bandar Tasik Puteri, tempat di mana sekolah aku didirikan. Sesampainya ke skool, trus je kitorg pergi ke pejabat utk mengambil sijil English 1119 kami. Lepas tu, mulelah kami bermaharajalela di sekitar sekolah. Wahahaha. Target pertama, bilik guru.

Bebudak Czech

Nazrin yg berambut panjang amat menarik perhatian cikgu2. Pn Marlina, Guru Kimia apabila nampak je Nazrin menjerit,

Ni pompuan mana plak ni?

Aku dan Anep hanya mampu tergelak dan menjauhkan diri daripada Nazrin utk membiarkan dier diamarahi sengsorg. Hahaha. Kami jumpe gak Pn Hamizan, guru Math merangkap guru kelas kami dulu. Lpas tu, jumpe gak cikgu Azarina, guru Sejarah, Pn Atiqah, guru EST, Cgu Uji, Kaunselor, Pn K-rul, cikgu Biology, Pn Anis, Cikgu Fizik, Pn Ili, Cikgu Kimia, Ustaz Kamisan, Guru BM, Ustaz Kosim, Guru Syariah, Ustaz Talhah, Guru Add Math, Ustazah Habsah dan ramai lagi. Agak meriah. Rata2 sume cikgu tanya ke mana nak pegi, bile dan sebagainya. Masih aku teringat pesan Ustaz Talhah, guru Add Math kami semasa kitorg jumpe die:

Kat sane tu, ingat, pegang al-Quran dan Sunnah.

InsyaAllah, ustaz. Doakan kami. Lepas da jumpe sume cikgu, kami pergi plak balik ke pejabat untuk bertemu Ustaz Kamilen, Penolong Kanan Akademik, Ustazah Maimunah, PK HEM dan Ummi Saadah, Pengetua.

Alhamdulillah, terubat rindu kepada sekolah. Di sinilah aku berjuang, membina masa depan. Andai tiada sekolah ni, xtaula ke mana arah aku.


Selepas solat Zuhur, kitorg pulang ke rumah.

Photobucket

Monday, September 15, 2008

Melawat PNB

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan banyak masa terluang menunggu siapnya visa, (ntah biler la nak siap, moga xde masalah) aku pun bercadang nak pegi melawat ke bakal pejabat aku, Menara PNB di Jalan Tun Razak. Ceewaah, xde keje ke nak melawat PNB, baik aku gi Muzium Negara. Sbnarnye, aku nak menyerahkan beberapa dokumen yg akan menentukan masa depan aku. Itulah agreement ataupun kontrak.


Walaupun aku x paham kenape perlunya 4 booklet yg tebal untuk aku isi dan sign, tapi, tetap jugak aku merantau ke bandaraya KL. Dengan harga RM 0.90, aku menaiki bas dgn masa lebih kurang 10 minit je untuk sampai ke menara Citibank. Dari situ, berjalanlah aku pergi ke PNB dgn melalui jalan belakang.

Sesampainya di menara, aku gi kat pak guard tu. Lepas sign segala butir peribadi, terus aku menaiki lif yg amat hebat kelajuannya terus ke tingkat 38. Disebabkan PNB ni syarikat investment, maka, setiap tingkat masih ade satu pintu yg hanye authorised personnel je yg bleyh lalu. Maka, aku tersekat di pintu tingkat 38. Aku pegi dkt kaunter dan kater:

Nak jumpe Pn Rukiah

Maka, kakak di kaunter yg maybe dah knal muke aku ni kate

Masukla

Aku masuk dan jumpe Pn Rukiah. Aku dijemput duduk. Setelah borak2, aku menyerahkan agreement, segala resit untuk aku tebus balik duit aku, dan juge surat offer beserta salinan passport untuk aku confirmkan extra 10 kg untuk luggage. Dan aku dn selambenya meminta akak tadi tu memphotostatkan untuk aku salinan passport aku beserta resit visa. Dan akhirnya, segalanya dah settle. Setelah berborak2 lagi especially psl visa, Pn Rukiah bgtau:

Izzat ade bgtau saye yg ade kawan2 awak yg direject visa. So far, PNB punye scholar x penah lagi kena reject. Klu ade, awak cipta sejarah nih.

Hahha, aku gelak tapi dalam hati cuak. Moga2 xde jadik masalah camtu, mmg horror.


Setelah abis urusan di PNB Tower, aku balik ke Jalan Ampang dan menunggu bas untuk pulang. Tetiba, kedengaran suara orang menyapa. Aku toleh dan rupe2nya mereka adalah bebudak Edinburgh, Firdaus Amaran dan Wan. Aku tnyla diorg pegi mane. Diorg jawab,

Kitorg pegi embassy tadi, tny pasal visa kitorg. Nak fly esok nih

Huh, lagi sukar bagi diorg. Aku teringat kepada Acipz yg terpaksa delay flight nye sbab x siap lg visa. Aku still bersyukur sbab tarikh aku xdela sedekat diorg punye tarikh. Tapi, jauh dalam lubuk hati, still cuak.

Ape2 pun, marilah kiter berdoa agar dipermudahkan segala urusan, dan dijauhkan dari bencana dan kesusahan

Photobucket

August / September Statistics

بسم الله الرحمن الرحيم

Sepertimana yg korg sedia maklum, harini adalah hari ke-15 bulan September. Dan telah menjadi kebiasaan untuk aku menyiarkan statistics blog aku, saje jer, sbab da busan. Menggunakan S1 dan S2 juge sedikit ilmu pure Math, akhirnya, tersedia stats ini, hehehe.

Analytics

DateViewsUniques
15-Aug347218
17-Aug1240722
24-Aug1443863
31-Aug16361038
07-Sep19081172
14-Sep275150
Total68494163

Alhamdulillah, dah berjaya sampai tahap 4000 unique visitors dalam sebulan.

Came From

CountryUniques
MALAYSIA94.4%
AUSTRALIA2.4%
INDONESIA0.9%
UNITED KINGDOM0.7%
UNITED STATES0.5%
Unknown0.4%
EGYPT0.4%
SINGAPORE0.1%
BRUNEI DARUSSALAM0.1%
SAUDI ARABIA0.1%

Top 10 Keywords

KeywordsHits
alternatethunder46
alternatethunder.blogspot9
huzaifah kyuem8
resepi nasi bukhara 7
sani kyuem4
kata-kata untuk kawan4
favicon4
hisham4
im koyube3
ombak tinggi pangkor3

Top 10 Referrals

Inilah masa yg dinantikan. Melihat saperkah referrals aku yg paling top. Anugerah ini diberikan kepada blog2 yg banyak click ke blog aku. Namun, tiada hadiah disediakan. Maaf.

ReferrerHits
http://muscom.iluvislam.com/296
http://topblog.iluvislam.com/183
http://kaenaob.wordpress.com/137
http://sumaiyyah.wordpress.com/100
http://miraroslan.blogspot.com/46
http://zulhilmiyusop.wordpress.com/39
http://ariffad.blogspot.com/37
http://anissakyra.blogspot.com/34
http://www.shumuri.blogspot.com/30
http://muhdfazdhly.blogspot.com/30

Kalau korg perasan, sejak dulu lagi, blog MUSCOM memegang takhta dan nampaknya amat sukar dikalahkan oleh mana2 blog lain. Cool!

Tahniah kepada pemenang, dan kepada yang tidak berjaya pada bulan ini, cube lagi bulan hadapan, hehehe.
Photobucket