Wednesday, February 18, 2009

Optimis Sajalah

بسم الله الرحمن الرحيم

Menjelang exam Jumaat ini, optimis sajalah....




Setiap manusia menginginkan kebaikan
Dalam menjalankan kehidupan di dunia
Meski terkadang semua yang diinginkan
Ternyata hanyalah impian

Setiap manusia mendambakan bahagia
Bila esok hari kan menyapa dirinya
Walau kenyataannya tiadalah tergenggam
Yakinilah nanti kan datang

Reff:
Pabila terjadi sesuatu terhadap manusia
Jangan berpikir untuk berputus asa
Kembalikan semua pada Yang Esa saja

Berbenah diri hadapi yang terjadi
Raihlah dengan penuh percaya diri
Tingkatkan iman dan taqwa kepada Ilahi

Photobucket

Terkejut dan Tersentuh

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedang aku membelek-belek buku dan nota untuk diulangkaji, aku melihat listname contacts aku yg online di dalam Yahoo Messenger. Kelihatan seorang sahabatku dari Malaysia yg sedang online. Jam menunjukkan pukul 8.43 malam waktu UK, jadi, ini bermakna sekarang pukul 4.43 pagi waktu Malaysia (Hanya tambah 8 jam dari waktu UK).

Awalnya rakanku ini bangun? Aku bertanya dalam hati. Lalu, aku menegur beliau:

Salam. Awalnya bangun

Kemudian, beliau jawab:

w'salam. Erk, rasenya harini dah lambat dah

Aku blurr. Lambat? Ngapekah dikatakan lambat pukul 4 pagi ini? Aku menunjukkan tanda-tanda blur dan seribu, malah sejuta tanda tanya yg bermain di fikiranku ini. Adakah jam aku salah? Atau adakah pengiraan masaku tersilap?

Slalu bgn dalam kul 3, skarang dah 4.30 pagi

Huh, walaupun telah dipastikan tentang waktu di Malaysia, aku semakin pelik dan semakin banyak tanda tanya. Aku bertanya lagi:

wah, awal bangun, qiyam kah?

Dengan ringkas, sahabatku menjawab, yup.


Tersentuh dan sedih hati ini. Beruntung rasanya dapat mengenali insan ini. Ketika insan lain sedang lena dan masyuk di alam mimpi, namun, beliau sanggup berkorban waktu tidur untuk meluahkan rasa cinta kepada Illahi. Terasa segan dan sedih dengan diri sendiri. Jauh sekali nak dibandingkan dgn diriku ini.

X letihkah dalam kelas? Aku tanya lagi, dgn harapan untuk mendapatkan tips.

Beliau menjawab:

huhu... x bangun awal pun ngantuk gak

Semakin sayu hati ini. Kerap kali ngantuk di dalam kelas dijadikan alasan untuk tidak bangun malam bermunajat kepadaNya. Mudah sahaja mata ini dilelapkan, namun, amat sukar dan payah untuk dibangunkan. Teringat kata-kata Umar Abd Aziz

“Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat”

Nabi berpesan:

“Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud).”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mungkin perbualan dengan rakanku malam ini adalah peringatan daripada Allah, betapa lalainya aku dalam mengingatiNya. Begitu banyak nikmat diberi, namun, amat sedikit aku bersyukur. Maafkan aku ya Allah. Maafkan hambaMu ini.....


Photobucket

Tuesday, February 17, 2009

Keinginanku

بسم الله الرحمن الرحيم

http://hem.fyristorg.com/lbl/alchemy.jpg

Dalam ilmu alchemy (diambil dari perkataan Arab, al-Kimiya), atau pun ilmu kimia kuno ini, terdapat suatu prinsip yang dinamakan 'principle of equivalent trade'. Secara mudahnya,

We cannot get something from nothing

Yup, dalam dunia ini, tiada benda percuma. Walaupun tiket RyanAir itu pun berharga 0 pounds, untuk mendapatkannya, memerlukan usaha gigih lagi terperinci yang memakan masa dan tenaga. Jadi, secara mudahnya, tiada yang percuma.

Untuk mendapatkan syurga, perlulah kita banyak berkorban keseronokan dunia ini. Untuk dapatkan rumah impian, perlu bekerja mengumpul duit. Untuk mendapat keputusan peperiksaan yang mantap dan cemerlang, perlu usaha berterusan dengan gigih tanpa putus asa. Teringat kata-kata Celine Dion:

When you want it the most, there is no easy way out

Betul, tiada jalan mudah untuk kita mendapatkan apa yang betul-betul kita mahukan. Semakin tinggi keinginan untuk mendapatkannya, semakin susah dan menggunung tingi cabaran dan dugaan perlu dihadapi. Kita lihat bagaimana saudara kita di Palestin ingin membebaskan tanah mereka daripada Israel, harga perjuangan ini adalah darah dan nyawa!

http://www.bangitout.com/uploads/38hamas_war0402.jpg

Kepada diriku dan rakan-rakan serta juga adik-adik sekalian, yang bergelar pelajar khususnya. Jangan berputus asa! Walaupun kita sering menemui kegagalan, itu bukan alasan untuk kita terus tersungkur. Andai kita tersungkur, berusahalah mencari tongkat untuk memapah badan ini. Andai kita terluka, carilah bandage untuk kita balut luka itu, namun, walau apa pun berlaku, keep fighting!

يَا بَنِيَّ اذْهَبُواْ فَتَحَسَّسُواْ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir
(Yusuf: 87)

If you can't fly, run. If you can't run, walk. If you can't walk, crawl. No matter what happen, keep moving

Allah berfirman:

وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan
(At-Taubah: 105)

Huhuhu, khas kepada diriku yg akan hadapi exam final Biological Chemistry Jumaat ni. Perlu berusaha dengan gigih!

Photobucket

Sunday, February 15, 2009

Semalam

بسم الله الرحمن الرحيم

Ustaz Maszlee dan Dr MAZA

Secara amnya, talk semalam oleh Ustaz Maszlee dan Dr MAZA amat best, banyak input dan insights yg aku dapat. TQ.

Seronok gak bertemu rakan-rakan yang lama jga da x jumpa. Hisham, Aslam, Kid, Rodhi, Ploh, Nazri dan ramai lagi (petanda x ingat). Sungguh meriah gak Goodge Street Mosque tu dgn gelegat kami nih. TQ korang!!!

Namun, apa yg paling horror adalah perjalanan balik. Sungguh teruk sekali trafik malam ni, ntah mengapa. Perjalanan yg sepatutnya ambil masa 30 minit, dipanjangkan menjadi hampir 2 jam. Letih, aku n Shah smpi rumah sekitar jam 1 pagi...



Photobucket

Saturday, February 14, 2009

A Fish?

بسم الله الرحمن الرحيم

Seusai memberi khutbah, mantan presiden Islamic Society, bro Saad Raja (beliau ni negara ape yer, tapi beliau pandai cakap Urdu) bingkas bangun lalu berkata:

Luruskan Saf

Separa terkejut aku mendengar beliau bercakap bahasa ibundaku. Namun, hanya separa terkejut je coz ni bukan kali pertama dier suruh orang luruskan saf dengan bahasa Melayu. Hurm, aku pelik. Mungkinkah duduk satu hall dengan Isa, DZ dan Adam Tan semasa tahun pertama membuatkan beliau tahu berbahasa Melayu? Huhuhu.

http://www.iis.ee.ic.ac.uk/~stimotheou/images/ICL_logo.jpg

Kemudian, disebabkan harini aku tiada kelas, selesai solat Jumaat, aku duk sebentar di Library sesambil menunggu waktu Asar pada jam 2.44 petang. Kemudian, aku membeli 2 ketul ICFC (Imperial College Fried Chicken) dari Junior Common Room lalu menuju ke Prayer Room untuk makan ayam tu sesambil menunggu masuknya waktu Asar.

Di ruang lepak Prayer Room, kelihatan Abang Zaidi juge yg tengah makan lunch beserta Moazzam (budak ISOC yg x aku ketahui dari mana negaranya) yang tengah mengira duit hasil kutipan solat Jumaat. Apabila terlihat aku, Moazzam berkata:

Apa Khabar?

Disebabkan aku dah biaser dengan situasi berbahasa Melayu ni, aku menjawab,

Khabar baik, sambil tersenyum kembali kepada Moazzam. Aku mengeluarkan ICFC aku untuk dimakan. Lalu, Moazzam berkata:

Saya lapar (dengan nada baku)

Aku memandangnya kembali lalu menjawab, mahu sedikit?

Moazzam tersenyum, no it's ok...

Huhuhu, begitu kuatnya pengaruh Melayu kat Imperial ni sampaikan bebudak ISOC ni pun da blajar bahasa Melayu sedikit demi sedikit. Mungkinkah kerana presiden ISOC tahun lepas merupakan orang Melayu (nama beliau Faisal)? Hahaha, lpas ni, bleyhla ISOC buat klas bahasa Melayu pulak.....

I wonder, why is Malaysian Airlines logo is a fish? Moazzam tanya.

Huh?? (sambil mata terkebil-kebil). Aku blurr 7 saat. Sejak biler la plak logo ikan ni? Kemudian, baru aku teringat logo MAS adalah berbentuk wau tu. Adoi, ape aku nak jawab ni? Nanti sebut 'wau' die ingat aku cakap 'wow' plak.

http://www.freewebs.com/masmelor/MAS%20Logo.gif

Oh, actually, it's not a fish. It's somekind of a Malaysian traditional game, a kite (dengan nada British, pronounce Bri'ish)

Oh, a kite? Moazzam membalas dengan wajah terjawab persoalan.

Azan Asar berkumandang. Walaupun x menggunakan mikrofon seperti di Malaysia, tetap membuatkan hatiku sayu. Di ruang yang kecil itu, kami bersolat Asar berjemaah.

Selepas solat, aku pergi ke tingkat 4 library untuk membuat ulangkaji, persediaan menghadapi peperiksaan akhir Biological Chemistry Jumaat depan. Alhamdulillah, telah clear beberapa perkara, namun, masih banyak benda perlu aku study dan revise balik.

Moga dipermudahkan....

Photobucket

Friday, February 13, 2009

Revision Week

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan kami akanmenghadapi final exam pada Jumaat depan, maka, kami diberikan seminggu cuti untuk membuat ulangkaji. Minggu ini dipanggil Revision Week, tiada apa-apa kelas mahupun lectures yg perlu kami hadiri.

Biological Chemistry, akan ku temu engkau di medan perang Jumaat depan, harus aku bersedia....

Photobucket

Wednesday, February 11, 2009

Tell Me Why - Declan Galbraith

بسم الله الرحمن الرحيم

Menceritakan persoalan seorang kanak-kanak tentang semua kerosakan yang manusia telah lakukan di atas muka bumi ini....




In my dreams, Children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue, the fields are green
And laughter is the language of the world
Then I wake and all I see is a world full of people in need

Tell me why,(why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why

Every day, I ask myself
what will I have to do to be a man
Do I have, to stand and fight
To prove to everybody who I am
Is that what my life is for?
To waste in a world full of war

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why,(why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Just tell me why (why, why, why)

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why (Why why, does the tigers run?)
Tell me why (Why why, do we shoot the gun?)
Tell me why (Why why, do we never learn?)
Can someone tell us why we let the forests burn

(why why do we say we care?) tell me why
(why why do we stand and stare?) tell me why
(why why do the dolphins cry?) tell me why
can someone tell us why we let the ocean die

(why why if we're all the same?) tell me why
(why why do we pass the blame?) tell me why
(why why does it never end?)
can someone tell us why we cannot just be friends (x2)

why why?

Photobucket

Tuesday, February 10, 2009

Header Baru ...... Lagi?

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah hampir sebulan bertahan, akhirnya, sekali lagi, header blogku bertukar. Orang cakap, hidop ini umpama roda, adakalanya kita di atas, adakalanya kita di bawah. Begitulah jua dengan gambar2 pilihanku. Adakalanya aku akan pilih, namun, kedatangan gambar baru membuatkan aku akan lebih prefer gambar itu. Bolehla dikatakan 'habis madu sepah dibuang' hehehe.

Gambar diambil di Manchester

Digantikan dengan gambar ini yang aku ambil dari blog ustaz Erfino. Gambar ini diambil di Greenwich. Lihatlah senyuman mesra semua dalam gambar tu. Sronok2....

Dari kiri: Faris, Pali, Shah, Famy, aku dan Iman

Kredit to Ustaz Erfino.....

Kenapa aku suka gambar header baru nih? Pertama, simetrinya gambar ini apabila 4 orang yang bercermin mata duduk di bahagian tepi, mengapit 2 orang lagi yang tidak bercermin mata. Kedua, simbolik gambar ini apabila berselang-seli antara pelajar Greenwich dan pelajar Imperial College, menggambarkan betapa rapatnya kami, hehehe. Ketiga, latar belakang rumput hijau tu menyejukkan mata memandang....

Wallahu'alam...

Photobucket

Grenwich Part 2: Gambar

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar tambahan di Greenwich yang diambil dari blog ustaz Erfino (suka amat gambar2 nih)


layak buat cover album nasyid, huhuhu

Photobucket

Monday, February 9, 2009

GMT 0

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti dalam rancangan, hari ini, kami, warga Central London akan melawat warga di Greenwich, bandaraya Islam. Jadi, setelah plan dibuat, kami dari Central bergerak ke Greenwich dgn agak lancar, Alhamdulillah. Pada jam 2 petang, Atase Pendidikan MSD, Ustaz Erfino sampai di pintu rumahku untuk mengambil kami menaiki kereta Toyota Estima ke Greenwich. Rombongan dari Central terdiri daripada Ustaz Erfino, aku, Shah dan Faris Husaini (mcm Akmal)

Gambar atas: Encik Tomtom
Gambar bawah: Ustaz Erfino

Syukur ke hadrat Illahi, sbab hampir seluruh perjalanan kami agak lancar, walaupun terdapat sedikit gangguan di sesetengah perjalanan. Aku, Faris dan Shah berasa amat excited kerana dapat berjalan-jalan di sekitar London dgn menaiki kereta, bukannye senang dapat peluang ni, tambah pula, FREE!


Kami sampai ke University of Greenwich lebih kurang jam 3 petang. 3 warga Greenwich, Famy, Iman dan Pali menyambut kedatangan kami. Untuk pengetahuan, ni kali kedua aku dan Shah datang ke Greenwich, kali pertama adalah ketika bulan Ramadhan yg lalu, itupun terlalu letih nak berjalan banyak, huhuhu.

Subhanallah, lawanya...

Kami dibawa berjalan oleh tourist guide kami, selepas solat Asar, berpusing2 sekitar University of Greenwich tu. MasyaAllah, walaupun dah pernah datang, aku tetap kagum dan suka dgn senibina di Greenwich ni. Seperti terasa di zaman dahulukala. Ustaz Erfino cakap,

Kalau cakap kat Rome pun org percaya ni...

Huhuhu, sungguh best. Disebabkan Greenwich ni terletak di pinggir sungai Thames, amatla kuat angin bertiup, sejuk sungguh, terasa kebas telinga dan tangan kami.

Di pesisir sungai Thames (tahniah kepada Famy, juara membaling
batu loncatan)

Warga Greenwich: Famy, Pali dan Iman

Warga Central: Shah, Ustaz Erfino, aku dan Faris

Kemudian, kami dibawa pula ke Painted Hall, di mana menurut tourist guide kami, semua muka Mathematicians terkemuka kecuali Newton berada di sini. Agak unik dewan ini, dengan meja makan ala2 Harry Potter, ditambah pula dengan dinding dan siling yg penuh dgn lukisan.

Painted Hall

Perbincangan di meja makan ala2 Harry Potter

Aku, Ustaz Erfino, Famy dan Iman


Lpastu, kami dibawa pula ke sebuah church. Di sini, kami diberitahu tentang perihal University of Greenwich ni. Rupa-rupanya, dahulukala, universiti ini merupakan hospital untuk merawat Royal Navy, lama kelamaan, dinaik taraf jadi universiti.

Dalam Church

Lepas puas berjalan di sekitar University of Greenwich yg unik ini, kami dibawa ke tempat wajib pelancong ke Greenwich, iaitu garisan Meridian Greenwich. Walaupun terpaksa mendaki bukit securam Bukit Pangkor, namun, tetap kami gagahi untuk sampai ke sana. Kelihatan hampir separuh bukit itu masih diselaputi salji.

Di kaki bukit Royal Observatory

Alhamdulillah, kami diberi kekuatan untuk mengumpulkan tenaga keupayaan graviti kami untuk sampai ke puncak bukit itu. Di situ, kami melihat suatu garisan panjang yang merupakan Garisan Meridian Greenwich yg kiter belajar dlm geografi suatu ketika dulu. Di situ, Greenwich Mean Time (GMT) bersamaan kosong. Di situ juga terdapat satu laser hijau yang memancar ke langit menandakan garisan meridian itu.

Pancit bergambar

Rindu KL

Aku di Timur dan Barat

Selepas puas bergambar di situ, kami masuk pula ke Royal Observatory, di mana ilmu falak UK ini dikembangkan. Apa yg menarik perhatian aku adalah ketika berada di dalam sebuah bilik yg diberi nama Octagon Room, di mana segala peralatan astronomi dahulu kala dan method2 mencerap ditunjukkan. Menarik sungguh bagaimana keazaman org dahulu mencari jawapan dgn teknologi yg terhad.

Subhanallah, pemandangan di atas bukit

Famy dan Shah

Disebabkan kereta hanya dibenarkan parking smpi pkol 5 petang, kami bergegas turun dari bukit dan menuju ke kereta. Iman mempunyai kerja seidikit, jadi, kami berpisah dgn beliau di luar National Maritime Museum. Kami menuju ke sebuah kedai ala2 PFC di Bayswater untuk makan dinner.

Faris tersenyum lebar, dapat makan

Sungguh kenyang kami makan ayam2 itu. Huhuhu, setelah kekenyangan, kami, warga Central berpisah dengan warga Greenwich. Kami terus menuju ke MSD di Queensborough Terrace untuk bersolat Maghrib.

Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Erfino sebab membawa kami ke Greenwich tanpa sebarang bayaran, dan juga kerana belanja kami makan dinner!

Terima kasih kepada Famy, Pali dan Iman kerana sudi meluangkan masa berharga korang melayan kerenah kami

Terima kasih juga kepada Encik Tomtom kerana menyediakan navigasi yg cekap dan tepat untuk mengelakkan kami tersesat.

Terima kasih warga Greenwich, panjang umur, kiter jumpe lagi!!!

Kepada yg masih blom pegi Greenwich, pegila, x kan menyesal....

Kenangan indah di Greenwich yg xkan aku lupakan!

Photobucket