Friday, October 10, 2008

A week!

بسم الله الرحمن الرحيم


Can't believe it! I survived a week in Imperial. Hahaha, have another 3 years to survive, a week seems negligible. Baiklah, skarang aku di bilik Shah, sbab bilik die mampu menyediakan connection internet manakala bilik aku nye port mengalami masalah.

Pakcik ICT, cepat betulkan aku nye connection!!!

Baik, nuff with that. Akhirnya, berakhir sudah seminggu aku hidup di Imperial College London. Tiba sudah hujung minggu yg amat dinantikan, masa utk berehat sebentar sebelum memulakan kembali aktiviti yg amat penuh minggu dpan.

BTW, smalam, ade jamuan Aidilfitri di Malaysian Hall. Wah, peluang makan makanan Malaysia secara percuma xkan aku lepaskan. Pkol 5.30, kami bertolak menaiki tube dari stesen Gloucester Road. Amat penuh tren Circle Line. Dalam pukul 6.15, kami tiba di stesen Bayswater, a place that aku dan Shah anggap sebagai 'home', mungkin sebab minggu pertama kami idop disini dgn bahagia.


Kemudian, masuk ke Malaysian Hall, jumpe amat ramai org Malaysian, obviously kan? Jumpe senior2, Imran, Anep, Akmal Beti petbro Mas, Ai, Hamid, EG, Isa, Bun, Poklah dan sebagainya. AKu gak jumpe bebudak batch aku, Apen, Fitri, Adam, Iq, Basir, Acipz, Mas, Izu, Pidah, Ika, Yaz dan sebagainya. Meriah gak, ditambah makanan yg amat banyak. Nasi beriyani, lemang, nasi himpit, kuah kacang, rendang, mihun, tepung pelita dan TEH TARIK.

Kenyang, balik dgn perut yg kembung.


Harini, selepas solat Jumaat di Union Hall, aku xde aktiviti dah. Maka, aku dan Shah balik la ke hall kami yg indah permai ini. Aku melihat baju di dalam laundry basket agak banyak, jadi penat aku memunggah baju2 tu ke basement untuk dibasuh. 38 minit diperlukan untuk membasuh dan 50 minit diperlukan untuk mengering. Yeayy, aku kaya, kaya dgn baju2 bersih, first time sejak datang UK aku basuh baju. Bangga dgn pencapaian ni....

Malam ni, super seniors Syed Ruslan nak dtg hall, nak buat sikit Usrah. Moga diri ini diperingatkan. Malam ni plak nak amik Muiz kat Victoria Station (klu kat KL, ni kedai makan, tapi kat London, ni stesen bas). Muiz datang dari Birm, maka nak tidur semalaman di sini.

Owh, kepada bebudak PNB, mesej dari Pn Rukiah,

Assalamualaikum semua, Selamat Hari Raya. Sukacita dimaklumkan bahawa perjumpaan dengan YBhg. Tan Sri Dato' Hamad Kama Piah Che Othman akan diadakan pada Ahad 2/11/2008 di Malaysia Hall dan kursus 1/2 hari juga akan diadakan pada 1/11/2008 di Malaysia Hall juga. Oleh itu, sila block your diari & make sure you all will be able to attend both programmes. Sukacita dimaklumkan bahawa kedatangan adalah di WAJIB kan. I'll email the porgramme itinerary soon.

I would like to request you all to update me your current & Contact no. as well. Please be informed also that Dr. Ilias will visit the 6 universities & the detail is as follow:-

3/11 - LSE, IC & UCL
4/11 - Oxford

5/11 - Cambridge

6/11 - Warwick


So, please arrange/make appointment with your tutor/advisor, so that Dr. Ilias will be able to meet them.
thank you.

Photobucket

Thursday, October 9, 2008

What to Say?

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini, program orientasi untuk department Biochemistry masih berjalan seperti biaser. Harini, lecture pasal Health & Safety oleh bomba, polis dan sebagainya, lpas tu, kami diberi jadual kami untuk autumn term ni.

Wut the??

Pack sungguh nampaknya jadual aku. Start pukul 10 pagi sampai 12 tghari. Lpas tu sambung dari pukul 2 petang sampai 5 petang. Hurmm, menarik gak. Adeyh, xpe2, sedangkan omputeh yg slalu mabuk ni pun bleyh success, xkanla aku xleh, provided aku mengikut nilai2 islam.

Lpas tu, ade plak sesi mengenal WebCT ataupun ape yg dah ditukar nama menjadi Blackboard. Benda ni amat berguna utk student, coz boleh download lecture notes, boleh tahu ape2 berita tentang department dan boleh jugak menjalani ujian online yg diadakan sekali sekala oleh department. Kami gak diajar cara memprint benda2 dari library. Namun, yg lainnya berbanding kolej adalah setiap muke, kami perlu bayar 3p.

Kami habis agak awal, lebih kurang jam 11.40 da abis. So, bertandanglah aku ke library untuk tgk email etc. Firdaus dan Fat plak makan lunch sandwich. Usha2 blog, ramai plak bagi feedback kepada post nangis aku tuh, hahaha. Yg menarik, pakcik2 aku pun turut memberi komen, terharu. TQ pakcu dan pakngah.

Lpas abis waktu rehat, sesi bersama buddy. Kalau nak disamakan, buddy ni ibarat petbro petsis kat kolej dulu ar, cume yg ni, ikut department, jadi diorg bleyh gak menolong kiter dari sudut pelajaran. Aku mendapat due buddy dari second year yang memasing bernama Katherine dan Ming Hoe. Bersama aku ada 4 org lagi budak yg menjadi buddy family aku. Diorg bukan main galak borak, aku nih, snyap jer la. Namun, biler si Ming Hoe tu akter die dari Singapore, excited skit aku. Aku cakap:

I'm from Malaysia

Pastu Ming Hoe tu plak excited gak, jumpe jiranlah katakan.

If you want to eat our food, go to Queensway and find a shop named Kiasu. I usually eat nasi goreng there

Aku tersenyum. Yeah2, setakat nasi goreng, aku bleyh masak sendiri (ceewaah).

Malam, xde benda menarik sangat berlaku, sehinggalah lpas Isyak. Shah lepak di bilik aku dari Maghrib sampai lepas kitorg solat Isyak. Agak banyak borak. Namun, biler Shah tertinggal kompas di meja aku, aku mengejar beliau utk pass kompas tu. Tanpa aku sedari, pintu aku telah locked. Untuk pengetahuan, pintu aku nih ade mekanisma lock sendiri apabila ditutup. Aku kaget.

Mekanisme yg membuat aku terkunci

Aku mengetuk pintu jiran sebelah aku. Keluar seorang perempuan berkulit hitam. Aku mintak kebenaran untuk menggunakan landline phone beliau. Die dgn baik hati membenarkan. Aku menelefon no warden.

Hello, I'm from room 303 and I'm locked out.

Pastu, org di telefon tu menjawab

Ok, stay there, I'll come to open the door

Lega. Namun, still cemas gak. Mujur ade Shah menemaniku di luar bilik aku. Kalau x, malu gak. Sesambil menunggu, datang 3 orang mendekati kami. Aku knal diorg ni duduk same floor ngan aku. Diorg tny

What's Up?

Aku menjawab,

I'm locked out

oh, really? I was locked out too this morning, but only with my towel. You have to be grateful to be locked out with your clothes on

Hahaha, kami sume gelak. TQ kepada diorg bertiga ditambah dgn Shah kerana berbual2 dgn aku sambil menenangkan aku. Tgh riuh berbual sampai aku lupe aku tgh terkunci, datang warden,

Who's the one who got himself locked out

Aku mengangkat tangan tersipu-sipu malu. Pastu, warden tu bukak pintu untuk aku dan aku berterima kasih. Lega. Dan rakan2 sefloor aku yg lain pun turut bergembira. Aku berfikir, diorg ni not so bad. Gaya pun macam baik, xdela teruk mane. Mesra gak. Barulah aku sedar, penting gak nak berkenalan dgn org2 sekeliling aku ni, at least, bile ade masalah, bleyh la mintak tolong diorg.

Kesimpulannya, sayangilah jiran anda....

Barangan berharga di dalam bilik

Photobucket

Wednesday, October 8, 2008

Hari Ini Pula

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, harini program makan di Hall Bernard Sunley berjalan lancar. Menu harini adalah nasi goreng kampung.

Berbekalkan perencah yg dibawa dari Malaysia, aku dan Shah menggunakan segala kepakaran amatur kami menggoreng nasi. Pastu, nak buat tambah sedap kononnya, pecahkan telur dan goreng sekali ngan nasik.

Pastu, makan dgn serunding, sos tomato, air milo dan susu coklat. Disebabkan lapar, kami makan dgn sesungguhnya. Rasa puas ati gak dapat makan nasik lagi sekali. Dan nasi kami hari ni ade rupe skit berbanding nasik semalam....


Sekadar coretan pendek dari aku malam ni....

Dah makan, kemasla kitchen

Photobucket

Tuesday, October 7, 2008

Sedih

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku amat sedih. Ditambah plak dgn letih di hari pertama di Imperial College London. Kami perlu berjalan 15 minit dari hall untuk sampai ke Imperial. Letih la gak, tapi maybe juz utk permulaan je kut, lame2, okla.

Kenapa sedih sangat? Pagi tadi, lpas Subuh waktu UK, aku menelefon umah dan emak mengangkat gagang telefon. Sungguh syahdu mendengar suara mak. Mak kata,

Abah demam aritu. Die cakap rindu sangat.

Tanpa aku sedari, air mata aku berlinangan dgn amat deras sekali. Aku gagal mengawal otot2 mataku daripada terus mengeluarkan air mata. Kesayuan dan kerinduan menyelubungi hati nurani. Nak balik rumah!!! Namun, cepat2 aku menamatkan perbualan dgn mak, cuak mak akan sedar aku menangis, x sanggup rasanya (dicampur ego) membiar mak tahu aku menangis.

Shah plak bertanya soalan kepada aku,

Ape yg best sgt study overseas?

Aku fikir balik. Hurmm, agak betul. Ape yg menarik di overseas ni? Budaya lain, tempat yg asing, dan sebagainya. Namun aku sedar, itulah kelainan di overseas, dan mungkin perkara inilah yg akan mematangkan kami dan akan memberikan pengalaman berharga untuk kami. Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang2 da sampai UK, biar balik dgn cemerlang.

Harini, just brief introduction kepada Uni dan Department. Agak horror mendengar ucapan daripada lecturer. Aku dapat bayangkan kehidupan aku lpas ni yang akan sibuk teramat sangat. Terbayang depan mata, jadual yg sungguh ketat lagi padat dan mampat, namun, akan aku usaha jua.


Dan dinner harini, aku memberi cadangan untuk warga Evelyn Gardens untuk menjamu selera bersama di kitchen aku di Fisher Hall. Maka, warga Bernard Sunley (Shah) dan warga Southwell (Aisha Fateha) bertandang ke kitchen aku membawa bahan2 masakan. Shah membawa serunding, Aishafat membawa perencah nasi goreng, aku pulak, menyediakan beras, telur dan jus. Kami masak agak simple, bujanglah katakan. Namu, tetap kenyang dapat makan nasi, mmg perut org Melayu!

OK, nampaknya, cabaran hidup di sini dah bermula. Selama ni, hanya duduk dgn senior, x merasa idop sendiri, sekarang da duduk Hall, baru rasa cabaran. Sejujur hati, sewaktu aku nak masuk hall, terasa sedih amat nak meninggalkan rumah Bun, Isa dan Paklah. Amat best duduk di situ, mungkin sbab ramai kawan dan taulan. Skarang duduk di hall, sorg2, hanya dikelilingi orang asing, tapi aku jadikkan cabaran untuk memantapkan diri.

It's a whole new world we're living,
It's a whole new way to see,
It's a whole new place,
With a brand new attitude,

But you still got to be the best,
That no one ever was



Berita sedih, bilik aku still masih x dpt connection internet. Aku update ni pun di pusat sumber. Sedih. Maybe akan tanya Hall Office secepat mungkin. Maaf andai dah lame x berYM atau membuatkan anda sume risau.

Photobucket

Monday, October 6, 2008

Sibuk

بسم الله الرحمن الرحيم

Amat sibuk. Nak register itu, nak register ini, pening, rindu rumah,waaaaa...

Maaf rerakan, andai tertunggu2 post dari aku. InsyaAllah, lpas settle sume benda ni, aku akan aktif menulis kembali.

BTW, alamat aku di UK:

Room 303
Fisher Hall
12-30 Evelyn Gardens
London
United Kingdom
SW7 3BG

Photobucket

Friday, October 3, 2008

Iklan Raya Petronas 2008

بسم الله الرحمن الرحيم

Selama ni, aku mmg suke iklan2 yg dibuat oleh Petronas. X kesahla Hari Raya, Merdeka, Raya Cina, ke Deepavali pun, sume best2. Kreatif, dan seringkali menyentuh hati. Maka, pagi ni, aku try carik iklan raya tahun ni, nasib baik jumpe. Aku fikir, ntah bilerla PNB nak buat iklan berkualiti macam Petronas. Satu2nya iklan PNB yg aku igt adalah yg dialog die:

Mane bajuuu???

Wuteva pun, enjoy iklan petronas ini:




Photobucket

Letih

بسم الله الرحمن الرحيم

Lepas breakfast dgn banyaknya di rumah Syed Ruslan (tq kepada chef Waqi), kami memulakan perjalanan pulang ke rumah asal tempat kami duduk, rumah Isa di Bayswater. Namun, masih ade beberapa business yg perlu disettlekan.

Lepas balik ke rumah Isa, kami diberitahu yg Isa telah berlepas ke Amerika mengikut ibunya. Wah, beraya sakan Isa kalini. Disebabkan keletihan akibat tersesat menaiki bas sebelum ni, aku dan Shah tertidur dgn nyenyaknya smpi pukul 1.30 ptg. Mujur terbangun, klu x, terlepas janji ngan Pidah, Izu dan Mas.

Kemudian, kitorg gi Imperial utk menyettlekan accommodation fee kami. Ingat nak turun kat stesen Glouchester Road, tapi tersesat plak, x jumpe2 Imperial. Abis sume org kami tny, akhirnya, jumpe gak bangunan nye, setelah berpusing2 sekitar Natural History Museum. Letih, walaupun x berpeluh.


Terus aku dan Shah menuju ke NatWest di tingkat 1 Sherfield Building. Kelihatan Izu, Pdah dan Mas dah pun beratur. Aku pun masuk ke dalam line utk beratur. Alhamdulillah, berjaya menyettlekan fee accommodation yg bernilai beribu pounds tu. Sume aku bayar dgn travellers cheque.

Kemudian, kami balik menuju ke umah Isa balik. Tapi, Bun xde kat umah, dan kami terpaksa duduk di luar rumah. So, aku singgah di kedai berdekatan umah Isa tu. Sedang aku bayar, dgr Mas cakap Melayu dgn sorg pakcik ni. Wah, sungguh fluent pakcik ni cakap Melayu, org Malaysia ke? Rupe2, beliau adalah org Sri Lanka, tapi pernah dtg Malaysia beberapa kali, tapi da fluent cakap Malaysia. Agak excited cakap Melayu ngan org sini.


Pastu, lpas Maghrib, ade jemputan ke Malaysia Hall utk baca Yaasin, malam Jumaatlah katakan. Seperti dijangka, ustaz Effinoor yg jadik imam n ketuai bacaan Yaasin. Untuk pengetahuan, ruang solat di Malaysian Hall ni asalnya dewan kecik, tapi dibentang karpet utk solat. Rasa syahdu, sebab di Malaysia bkan main mudah beribadah, tapi kiter je yg take it for granted. Jadi, kepada sesape di Malaysia, bersyukurlah anda masih mudah melaksanakan ibadah.


Lpas baca Yaasin, kami makan2 ringan. First time makan kuih yg nama die Jump and Stab. Lpas tu, makan plak kuih bomb, sedap gak. Seperti baser, Pak Lah membungkus air teh untuk dibawa makan di rumah, hehehe. Lpas tu, kami pun berangkat pulang ke rumah Isa balik.


Dalam perjalanan, singgah sebentar di Taza, kedai kebab bersama Iq, Adam dan Fitri. Harga lebih kurang 4 pounds. Aku amik lamb kebab. Well, kebab di sini bukanlah macam kebab di Malaysia. Kebab di sini amat besar, dan banyak. Memang kenyang dan ade tendency utk x terabis makan. Sungguh unik makanan di sini. Doktor yg turut menumpang di rumah Isa tu berborak dgn aku:

Time korg kat sini, cubela sume makanan yg ada, bkan senang nak carik kat Malaysia, asalkan Halal.

Yup. Mane nak dapat spaghetti buatan tangan? Mana nak dapat pizza original recipe dari Italy? Mane nak dpt makanan2 unik kat London ni. Maklumlah, tempat pertemuan sume budaya, memacam makanan ade. Asalkan Halal, makan aje la.

Lpas pulang ke rumah, terus je kitorg sediakan tempat tidur dan tidur. Letih, amat banyak berjalan kaki..

Photobucket

Thursday, October 2, 2008

Memenuhi Jemputan

بسم الله الرحمن الرحيم

Kehangatan sambutan Hari Raya masih belum reda. Maka, bermacam2 jemputan menghadiri rumah terbuka. Maka, demi memenuhi jemputan daripada mereka, kami sanggup bersusah payah dis amping peluang makan percuma

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksid: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga”
Riwayat Hadith Al-Bukhari

Hari ni, kami bebudak IC dijemput ke rumah sorg super senior di London. Rumah ini didiami oleh Syed Roslan, Adam Tan, Hazwan dan Waqiuddin. Tourist guide kami hari ni adalah Basir, disebabkan die yg pernah pegi ke rumah senior nih.


Kami menaiki dgn yakinnya bas no 29, mengikut panduan serta guidance daripada Basir. Namun, tiba di Trafalgar Square puler tanpa diduga. Namun, kami tahu, jauh di sudut hati Basir, mmg die nak membawa kami berjalan di situ. TQ Basir (berlinangan air mata).

Kemudian kami menaiki tube yg mempunyai jalan yg lebih lurus berbanding bas. Akhirnya, berkat doa dan air mata, kami tibe juge di destinasi yg ingin dituju. Salam diberi dan kelihatan Iq dan Acipz di dalam umah. Wow, pantang bau makanan! Kemudian, Adam FELDA dan Fitri dari UCL juge datang. Meriah!


Kami solat Maghrib dulu. Sesambil tu terbau ayam yg amat best. Lpas solat, tikar dibentang dan wow, nasi ayam! Nampak macam sedap. TQ Waqiu sbab masak sume ni. Namun, Waqiu yg masak pun x makan masakan die sendiri. Ntah nape? Mungkin standard tukang masak hebat x makan masakan sendiri kut.

Malam ni tidur di umah Syed Ruslan. Esok nak tido mana plak?

Photobucket

Wednesday, October 1, 2008

Hidup di UCL

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi Hari Raya yang kedua. Sungguh indah sekali. Seawal jam 6 pagi, kelihatan penduduk London dah mule bergerak untuk memulakan hidup sehari lagi. Udara tercemar London yg mampu menghitamkan tahi hidung kami menusuk ke hidung.

Kami bebudak Imperial yang tiada tempat tinggal tetap ini meneruskan kehidupan kami dgn menjelajah puler ke University College London. Disebabkan hujan di luar rumah, kami menunggu sebentar di umah Isa sebelum memulakan perjalanan. Selepas solat Maghrib, kami memulakan perjalanan meredah udara sejuk dan tercemar London ini.

Memula kami nak makan di kedai Perfect Fried Chicken, kedai ayam goreng halal di London ni yg mmg disyorkan oleh seniors. Namun, kekecewaan menyelubungi hati dan sanubari sbab kelihatannya tutup.

Mungkin diorg beraya kut, ujar Shah

Perjalanan diteruskan ke Bayswater untuk menjejaki makanan halal. Kami melalui sebuah kedai Fish and Chips HALAL. Namun, Firdaus (pidah) yg allergy kepada haiwan bersirip membuatkan pencarian kami berterusan. Sampai puler ke sebuah kedai yang bernama HALAL Restaurant. Macam menarik dan agak murah. Kami masuk ke kedai Pak Arab tu. Aku hanya mampu makan Quarter Cheese Beefburger. Agak sedap.


Pastu, sebelum meneruskan perjalanan ke UCL, disebabkan bebudak UCL masih x balik dari Open House, kami pun berjalan2 di sekitar Queensway. Aku membeli 10 pounds topup Nomi untuk call ke Malaysia secara murah dan crystal clear quality. Pastu, kami menuju ke Batswayer dan menaiki Circle line terus ke Euston Square.

Malangnya, bebudak UCL x balik lagi. Kami yg da busan berjalan2 plak di sekeliling UCL tu. Kami masuk ke TESCO untuk memanaskan badan. Angin kuat sungguh malam tadi, sejuk giler. Lepas diorg membeli beberapa barang, kami kembali duduk di pintu Hall Fitri.


Beberapa lama kemudian, kelihatan bayangan mereka baru tiba. Kami masuk ke hall mereka dan memasing berkejar ke tandas, dah hampir kebocoran. Setelah borak2, aku dan Shah tidur di bilik Fitri n Adam, manakala Mas, Izu dan Pidah tidur di bilik Basyir. Internet connection pun laju, ni aku suker ni.

Malam berlalu agak pantas. Aku sempat telefon ke Malaysia untuk mengucapkan selamat Hari Raya menggunakan No Nomi aku. Lpas da telefon mak bapak dgn lama, telefon plak sahabat handai. Keseluruhan call aku ke luar negara hanya berharga sepound lebih, walaupun hampir sejam lebih call Malaysia.


Pagi ni, Adam dan Fitri ade class pukul 9 pagi. Aku dan Shah membuat hall itu seperti milik kami, hahaha. Aku masak dua roti bakar dan disapu dgn mentega kacang, sungguh sedap. Roti die plak high fibre, mmg mengenyangkan. Air plak, aku minum air Milo yg dibuat oleh Fitri.


Hari ni nak menjelajah ke Imperial ditemani super senior Bun, dan kemudian memenuhi jemputan rumah terbuka super senior UCL dan mungkin akan tidur di sana, hahaha.

Nantikan sambungan kisah rempatan kami ni....

Photobucket

Selamat Hari Raya

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.”
(at-Tabrani)

Segala-galanya bermula waktu kitorg tgh berbuka di kedai kebab di Greenwich. Kami diberitahu yg 30 September adalah raya di UK, seperti dumumkan Central Mosque. Kami terkesima. X bersedia pun nak beraya esok. Plan asal nampaknya terpaksa diubah. Plan B, esok kami akan terus ke Central London dan terus ke Malaysian Hall untuk solat dan makan.


Jadi, seawal pagi ni, jam 6.30 pagi, kami keluar dari Greenwich, menaiki bas dan menaiki tube untuk ke stesen Bank. Namun, amat kecewa apabila tren tetibe stop sbab stesen Bank ditutup. Fadzhly bertakbir di atas tren. Kami sume cakap:

Fadzhly, jadik imam, baca khutbah

Akhirnya, kami sampai ke Malaysian Hall pada jam 9.30 pagi. Dah ramai kat luar Malaysian Hall. Adeyh, kami diberitahu yg solat Aidilfitri da tamat. Kuciwa. Kami pun turun gak ke Malaysian Hall untuk memintak makanan. Wah, nasi tomato. Sedap. Baru je nak makan, ustaz Erfinoor cakap:

mane2 yg blom solat Raya lagi, meh, kiter nak buat second round

Maka, Adam Tan dilantik menjadi imam. Beliau adalah bekas budak IC yg kini buat master di Kings. Setelah solat2, kami bersalaman dgn syahdu dan merdu. Pastu, sesi menjamu selera. Sungguh sedap makanan Malaysia, asyik makan kebab je selame nih, hehehe. Pastu, makan plak kuih raya, tart, london almond dan sebagainya. Terharu. Jumpe ngan beberapa seniors yg super baik.


Adam Tan: Huzaifah? Oh, Jpah kan? Dgr banyak psl ko

Syed Roslan: Huzaifah? Inilah blogger yg digembar-gemburkan

Hehehe, segan gak aku. Pastu, lpas da puas makan kuih raya, kami pulang ke rumah tumpangan kami, iaitu rumah Isa. Bebudak Greenwich turut ikut. Kami dijemput plak oleh Datuk Rais Yatim utk beraya di Malaysia High Commission pada jam 1-5 petang. Ok, peluang makan free xkan disiakan.


Jadi, lpas solat zuhur, kitorg bergerak ke stesen Warwick Avenue lalu naik tube. Pastu, kami berjalan dgn agak jauh menaiki bukit pergi ke Malaysia High Commission. Waa, sungguh meriah dan happening sekali. Berasap2 sekitar umah tu, bau sate. Waa, da lapar.


Setelah bersalam-salaman dan mengucapkan Selamat Hari Raya, kami beratur terus untuk amik makanan. MasyaAllah, amat panjang sungguh line. Semasa Datuk Rais Yatim bagi ucapan, kami sibuk makan sate. Hahaha, ade lemang, ketupat, nasi minyak, rendang, kuah kacang dsb. Air plak, air teh yg aku rindui, isk. Lpas tu, makan plak kuih raya yg bermacam2, semperit, tart, corn flakes dsb. Hurmm, sungguh kenyang dan menyelerakan. Aku sempat call Malaysia untuk mengucapkan:

Selamat Berbuka

Jadi, lpas da kenyang makan, kembali merempat di rumah Isa. TQ Bun sbab jadik kitorg punye tourist guide arini. Malam ni nak merempat di UCL plak, bersedia bebudak UCL!!!

Slamat Hari Raya sumer, isk, kepada keluarga dan rerakan di Malaysia, selamat raya gak, rindu Malaysia!!

Photobucket