Monday, April 14, 2008

Sakit Perut

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.do2learn.com/picturecards/images/imageschedule/stomachache_l.gif

Niat di hati ingin berpuasa sunat. Namun, selepas subuh, apakan daya, kesakitan perut yg teramat sangat melanda. Ini bukan sakit perut biaser, tapi sakit yg pedih, mencucuk-cucuk perutku. Mungkin keasidan jus perutku agaknya. Aku bayangkan, andai aku dapat mencelup tanganku ke dalam jus perut, nescaya akan terhakis perutku disebabkan keasidannya. Jadi, aku berkeputusan untuk berbuka awal, iaitu pada jam 9 pagi, hehehe...

اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa dan atas rezeki dari-Mu aku berbuka

Aku berbuka dengan sekeping roti dan sekotak susu coklat. Selepas makan, rasa lega sikit perutku. Terasa keasidan perut telah dineutralkan. Barulah aku dapat menjalankan aktiviti seperti biasa. Walaupun masih terasa skit sakit, tapi lama-kelamaan hilanglah kut.

Seawal pagi tadi, rakan-rakanku yg takde exam harini bermain bola sepak jalanan. Riuh rendah dibuatnya dengan hilai tawa dan jeritan mereka. Aku x dapat join mereka disebabkan kesakitan perut yang melanda.

Disebabkan xde kelas, x patut I take it for granted. Aku sepatutnya menggunakan masa sebaik-baiknya. Antara salah satu nikmat yang manusia sering lupa ialah kelapangan waktu. Adakah aku tergolong dalam manusia tersebut?

Moga aku diberi kekuatan...

Photobucket

Sunday, April 13, 2008

Selsema

بسم الله الرحمن الرحيم

Selsema. Penyakit yg semakin merebak di kalangan para pelajar kolej. Saperkah yang menjadi vektor kepada virus ini? Allah lebih Mengetahui. Aku turut menjadi mangsa. Hidung gatal dan berair. Kesukaran bernafas. Pengumpulan mukus di hidung dan rongga tekakku. Dan aku asyik bersin jer. Namun, teringat pesan Rasulullah S.A.W.

Hadis Aisyah r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap orang Islam yang tercucuk duri atau lebih dari itu, dia akan dicatatkan satu darjat untuknya disebabkan musibah yang menimpanya itu dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan disebabkan musibah tersebut.
(Muslim: 4664)

InsyaAllah, ade hikmah di sebalik penyakit yg menimpa kami satu chalet. Mungkin Allah nak menguji kami dan menaikkan dartjat kami. moga yang terbaik bagi kami. Amin.

Selsema, disebabkan oleh virus yang bernama Rhinovirus, iaitu dari genus Picornaviridae.

The image “http://www.scq.ubc.ca/wp-content/uploads/2006/08/rhinovirus%5B1%5D-GIF.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Aku dah berjumpa dgn matron beberapa hari lepas. Dan beliau telah memberikan aku bekalan ubat untuk aku berupa satu pek pil selsema, satu pek vitamin C yang sedap, dan satu bungkus ubat sakit tekak. Namun, aku sedar, yg ubat tu pun x berkuasa nak merawat sakitku, hanya Allah yang berkuasa menyembuhkanku. Tanpa izin dari Allah, segala macam ubat termoden pun x mampu nak menyembuhkanku.

Ya Allah, ampunkan segala dosaku, permudahkan urusanku, berilah kesihatan kepada badanku, berilah ketajaman kepada penglihatanku dan berilah ketepatan dalam pendengaranku.

Photobucket

Rumors

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam, aku menghantar barang pesanan Muadz di chaletnya. Kemudian, aku berkeputuwsan untuk melayari internet di chalet Muadz. Tika aku sedang melayari blog sendiri, aku terlihat kepada post dalam shoutbox di blogku. Mataku tertarik kepada pernyataan zaKiyun.

zaKiyun: Hurm, Bio ada klas kn? Jgn x p plak..

Aku pelik, ade kelas ke? Setahu aku, sepanjang minggu xde kelas. Argh... Baru je umumkan cuti 5 hari, tetiba, ade kelas? Segala plan dan jadual untuk sepanjang tiga hari ni ibarat hancur di depan mata. Muadz yang berada di sebelahku turut menyupport pernyataan tersebut. Dier berkata:

Memang la ade kan? Kelas bio aku ade jer...

Ku tanya plak hal ni kepada Meor. Dier pun turut terperanjat. Memang x disangka akan ade kelas. Meor pun sudah plan dengan terperinci jadual 'belajar' sepanjang minggu depan. Jelas terbayang kekecewaan di matanya.

http://farm2.static.flickr.com/1086/1213270932_75154bb19c.jpg

Namun, orang cakap, segala khabar angin perlulah disiasat dahulu kan? Oleh itu, aku berkeputusan untuk SMS Mr Azman sendiri berkenaan hal ini pada jam 9.13 PM.

Salam sir. Diz is huzaifah. Rumors have been spreading among us that there will be no classes until thursday. Confused. So, what do u say? Sorry n tq.

Kemudian, pada jam 9.17 PM, Mr Azman menjawab

Yeah. Utk kelas bio kita

Urmm??? Still confused. Still x puas hati. Aku pun bertanya lagi,

Maknenya, ade klas x dari isnin sampai rabu?

Segala-galanya terjawab apabila Mr Azman membalas,

Bio kita takde

Owh... Xde kelas rupenya. Dari mane plak datangnya rumors pasal ade kelas nih? Aku bingung. Tapi x pela, segala-galanya dah terjawab.

Moral of da story, siasatlah dulu setiap berita yg diterima..

Wallahualam

Photobucket

Saturday, April 12, 2008

A Journey That Changes Us

بسم الله الرحمن الرحيم

Niat asal di hati hanya mahu memeriksa akaun CIMB ku kerana pada minggu lepas, ketua chalet, Shuib telah 'bank in' cek dengan sejumlah nilai. Cek ini adalah hasil pendapatan blog MUSCOM dan gabungan blog2 lain yg menyumbang kepada akaun MUSCOM melalui penyiaran iklan di lebih 9 blog peribadi milik individu2 tertentu yang hasil pendapatan di setiap blog akan disalurkan kepada MUSCOM. Terima kasih kepada semua yang mendaftar blog mereka untuk menyumbang kepada MUSCOM.

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.
(Al-Hadiid: 18)

Hadis Asma' binti Abu Bakar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadaku: Berinfaqlah iaitu berbelanjalah atau bersedekahlah dan jangan mengungkit-ungkitnya kerana Allah akan menghitung nikmatNya ke atas kamu.
(Muslim: 1708)

Aku mencari rakan2 untuk mengiringiku memulakan perjalanan yang penuh ranjau ini. Setelah ku teliti profil setiap pelajar KYUEM, aku memilih 3 orang sahabat yang amat berkelayakan untuk sama-sama menyertaiku dan membentuk suatu team untuk bersama-sama mengharungi rintangan sepanjang journey ini. Mereka adalah Khairul, Syafiq, dan Hafizuddin Kamaruddin. Hafizuddin dipilih sebagai boss atau ketua bagi misi ini.

Dari kiri, Kerul, Syafiq, Aku dan Hafiz

Setelah persiapan yang amat rapi dilakukan, pada jam 3 petang, kami memulakan pengembaraan. Terima kasih kepada semua yang membantu bagi memastikan impian kami tercapai. Perjalanan Alhamdulillah, lancar. 10 minit kemudian, kami sampai ke destinasi, yakni, Malim's Cape atau lebih dikenali oleh warga setempat sebagai Tanjung Malim. Destinasi pertama ialah Kedai Trofi. Di sini, salah seorang ahli grup kami mahu menempah plak untuk tujuan tertentu yg terpaksa dirahsiakan. Destinasi seterusnya, Restoran Ghani. Kami menempah beberapa set makanan bagi memberikan kami cukup tenaga bagi melaksanakan misi kami.

Destinasi seterusnya, ialah sasaran utama perjalanan aku, iaitu CIMB bank. Ku cucuk ATM card aku dan mengcheck akaun ku. Jumlah: xxxxxxxxxxxxxxxxx. (Bilangan 'x' x melambangkan duit simpanan aku). Alhamdulillah, jumlah yg tertulis di atas check yg di'bank in' telah ditambah masuk ke dalam akaunku. Selesai satu misi penting.

Misi sampingan kami, kami pun menuju ke sebuah pasaraya ulung yang gah di mata, dekat di hati para pelajar KYUEM serta x luper pelajar2 UPSI, iaitu pasaraya Grand Union. Ini terbukti apabila kami terserempak dengan ramai pelajar2 kolej sepanjang journey kami. X payahla aku nak listkan saper yg kitorg jumpe, ramai sgt. Di GU, aku membeli barang keperluanku, ditambah dengan bahan2 yang Muádz pesan untuk aku beli. Dalam hatiku terdetik,

Nak buat experiment agaknya

Aku membeli stok makanan untukku terus survive dalam situasi tidak menentu di kolej. Rakan2ku yg lain membeli dengan amat banyak relatif dengan diriku. Selepas letih membeli dan membelah, kami bergerak ke PM ataupun yang orang setempat panggil Pasar Malam. Kami membeli beberapa jenis makanan. Kami cube mengawal nafsu makan dengan hanya berbelanja secara bersederhana.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Ketika diturunkan ayat: مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِه Yang bermaksud: Sesiapa yang melakukan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu. Orang-orang Islam merasa amat sedih tetapi kemudiannya Rasulullah s.a.w bersabda: sederhanalah dan jangan terlalu berlebih-lebihan serta berusahalah melakukan yang benar. Setiap musibah yang menimpa orang-orang muslim adalah suatu pelebur kesalahan biarpun hanya sekadar tercucuk duri.
(Muslim: 4671)

Kami terserempak dengan beberapa lagi pelajar kolej. Kami terjumpa Topan dan Kamal yang mengiringi Puan Halijah di pasar malam. Aku hanya membeli 2 keping roti John untuk chaletmateku serta 2 cawan cendawan goreng.

Destinasi seterusnya, KGR, iaitu nama kod untuk Kedai Gunting Rambut. Aku x terlibat di sini, hanya memerhati aksi 3 lagi rakanku. Mereka potong rambut yg sudah panjang dan kusut. Setelah rambut dipotong kemas, (dan botak), kami diberikan sedikit lecture tentang khasiat minyak zaitun oleh pakcik gunting rambut tersebut. Aku teringat:

يُنبِتُ لَكُم بِهِ الزَّرْعَ وَالزَّيْتُونَ وَالنَّخِيلَ وَالأَعْنَابَ وَمِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.
(An-Nahl: 11)

Memang amat logik jika pakcik tu kata pasal khasiat minyak zaitun, sebab Allah pun telah mention tentang buah ni dalam al-Quran, pasti ada pelbagai hikmah di sebalik kejadiannya.

Proses Perubahan Fizikal

Dan aku tersedar, sepanjang perjalanan ini, kami telah berubah fizikal dan mental. Secara fizikal, 3 orang sahabatku telah berubah dengan bertukar fesyen rambut. Namun, seperti kata orang,

Kepala lain-lain, iman tetap satu

Selepas Menjalani Perubahan Fizikal

Dan secara fizikal, aku telah kehilangan beberapa Kalori, dan berat aku kehilangan beberapa gram. Itu pun dikira perubahan fizikal walaupun amat kecil kan? Please say yesss!!!

Aku yg kehilangan beberapa gram

Secara mental, aku mendapati yang persepsi kami terhadap kehidupan ini telah berubah. Kami mendapati begitu pentingnya sahabat sejati yang dapat guide kami ke jalan yang benar, jika tidak, maka sesatlah kami seperti sesat di Tanjung Malim. Kami juga dapat merapatkan ukhuwah yang sedia terjalin, dengan lebih mengenali antara satu sama lain, mengenalpasti pendapat dan hobi rakan2 kiter, dan muhasabah kelemahan kami masing2. Teringat kata-kata:

Manusia yang tidak berubah umpama air yang tidak mengalir, dia hanya akan mengotorkan usianya

Moga perjalanan panjang kami ini diredhai Allah, dan moga akan dipermudahkan segala urusan kami.

Owh, lupe nak mention, kami menjejakkan kaki kembali ke kolej pada lebih kurang 6.00 PM. Letihnyaaa....
Photobucket

p3 and MOC

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan permintaan yang meningkat untuk aku mengulas pasal soalan p3, maka, terpaksalah aku berbuat demikian. Pressure semakin meningkat daripada orang sekeliling aku yg sering bertanya,

camne p3 tadi, apsal x tulis dlm blog?

Malas sebnarnya nak ulas, tapi apakan daya, ade demand....huhuhu...bajet giler...Secara ringkasnya, exam p3 smalam ok ler. Aku amat bersyukur kepada Allah, kerana diberikannya aku ilham untuk jawab semua soalan. Terima kasih kepada Hisham dan Anas sebab mengajarku bertungkus lumus pada hari sebelum peperiksaan tu, maaf sebab aku ni memang lambat pickup, so, kesian korg. TQ juge kepada Muadz, Afiq dan Pidah yg berbincang soalan2 Math ngan aku.

Bukanla nak cakap soalan p3 tu senang, tapi boleh dijawab lerr... Harapnya, results nanti adalah berlainan daripada results2 p3 aku sebelum ni. Magnitud disaster untuk p3:

Angin Sepoi2 Bahasa

Next, biology paper 5. Mencabar. Dan aku gagal nak buat soalan Chi Square ngan confident. Ntah btul ke tak, huhuhu. Magnitud disaster p5 Bio:

Angin kencang, disertai kilat sabung menyabung dan bumi sedikit bergoyang

Setelah tamatnya paper 5 Bio, aku dengan ini mengisytiharkan bahawa, secara rasminya, tamatlah sudah exam percubaan aku. Dan aku akan bercuti selama 5 hari, disebabkan sume seniors xde kelas sepanjang trial exam. Memang aku amat bersetuju ngan polisi Dr Horsfall yg ni.

Lapang. Sepanjang exam haritu, rasa masa amat singkat, maybe sebab sibuk menelaah. Skarang rasa masa amat panjang. Memang betulla ape Einstein (bkn Fitri tau) cakap, masa tu relatif. Namun, teringat kata-kata:

Bunuhlah kelapangan itu dengan pedang kesibukan

Yess. Kelapangan masa adalah seperti candu, yang akan merosakkan badan kite sedikit demi sedikit. Lama kelamaan, kite akan jadi malas, dan ketagih kepada rehat dan tiada keje. Bagi mengelakkan diriku rosak, aku try carik keje. Mule2 mengemas bilik yg sekian lama x berkemas dgn sebaiknya disebabkan terlalu fokus study (cheewaaah). Kemudian, kelihatan pamphlet MOC yg masih x berlipat, maka aku pun melipat semua pamphlet tersbut.

Sebelum

Selepas

Dan harini pelajar Computing akan menghadapai exam mereka, Gud Luck sumer!!!!

Ok, sibukkan diri dengan keje!!! Jangan duduk tanpa berbuata apa2!!!

Photobucket

Thursday, April 10, 2008

Lawanya

بسم الله الرحمن الرحيم

Petang semalam, ketika aku sedang tensyen menelaah p3, aku menjenguk sejenak ke luar bilik. Straight je terus aku nampak pelajar2 di atas gelanggang bola jaring. Terus hati aku berkata,

Lawanyaaaaa.........

Oppss....jgn salah paham. Bukannya aku sekodeng gadis, tapi ape yg aku lihat di atas gelanggang bola jaring adalah lelaki2 yg sedang bermain bola sepak jalanan. Peliknya? Knape lawa plak erk? Yang aku maksudkan, adalah lutut dan peha mereka. Mungkin mereka rasa lutut dan peha mereka tu lawa sampai sayang kalau x tayang?



“Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat.”

(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Tapi, aku rasa, x payah la nak tunjuk hadis ni pun, sumer org tahu kan, batasan aurat lelaki tu antara pusat dan lutut? Sebab, sejak kecil lagi, dah diajarkan benda ni. Even time peperiksaan dulu pun, kalau jawab dalam answer script, mesti kiter jawab camtu kan? Tapi manekah aplikasi ilmu tersebut. Pepatah Arab ada menyebut:

Ilmu tanpa Amal ibarat Pohon tidak berbuah

X salah bersukan, asalkan menutup aurat

Nak kata x cukup duit nak beli seluar panjang, aku rasa sume anak org berkemampuan. Dan aku rasa, seluar pendek tu, harganya lebih mahal daripada seluar panjang x berjenama. Dah diberi keupayaan nak punyai pakaian untuk menutup aurat, nape still kufur nikmat?

Allah berfirman:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاساً يُوَارِي سَوْءَاتِكُمْ وَرِيشاً وَلِبَاسُ التَّقْوَىَ ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

(Al-Aaraf: 26)

Jadi, aku nak mengajak sesaper yg ditakdirkan Allah membaca blog ini supaya kiter menutup aurat setiap masa. Dan jika terlihat rakan2 kiter yg mungkin 'terlupa' untuk menutup auratnye, sama2lah kiter mengingatkan, moga mereka juga akan mengingatkan kiter andai kiter terlupa....

Pagi ni akan menghadapi peperiksaan Math p3 ngan Bio p5. Yahooo....hari terakhir exam trialku. Namun perlu aku berusaha mendapatkan gred terbaik, lebih2 lagi untuk Math p3.

Math Mode............
Photobucket

Bersemangatlah

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah x korg rasa down, apabila kerja korg x dihargai? Segala hasil titik peluh dan keringat yg membasahi baju sehingga boleh diperah, dan hasilnya? Nuthing. Selepas berpenat lelah menjalankan tanggungjawab, namun, tidak dibalas walaupun dengan ucapan terima kasih, malah secangkir senyuman.

http://www.library.cornell.edu/olinuris/ref/depress.jpg

Lebih teruk, segala penat lelah kite dengan mudah diperlekehkan orang, dengan mudah orang akan kondem. Amat mudah untuk patah semangat. Pernah x korg mengalami situasi apabila anda membuat kebaikan, anda dibalas dengan keburukan? Analoginya,

Anda menghadiahkan pen kepada seseorang, namun, dengan pen itulah orang itu menulis keburukan kiter

Anda memberikan tongkat kepada seorang buta, namun, dengan tongkat tu jualah kita dipukul oleh si buta itu

Memang, x semua kebaikan kiter akan dibalas balik dengan kebaikan, namun, aku masih percaya pepatah Melayu,

Buat baik dibalas baik

Ape yg aku paham? Maksudnya, balasan baik tu maybe x dapat daripada manusia, tapi balasan baik itu akan diberi oleh Allah, dalam bentuk sesuatu yg lebih tinggi nilainya daripada ape2 yg ada dalam dunia ni. Paham kan?

Orang selalu tny aku, dari mana aku dapat semangat laksanakan tanggungjawab ni? Ntahler, aku ni pun bkanla org yg sesuai nak jawab, sebab aku ni xdela semangat maner. Tapi, mehla aku berkongsi ape yg aku tahu.

Di sinilah Erti Hidup Pada Memberi memainkan peranan. X lame dulu, aku dilantik menjadi SyuMul MUSCOM. Dan jawatan ni memang xdela penting mane. Blog MUSCOM pun x aktif mane. Bagi aku, amat kerdil jawatan ni, dengan kerja pun xdela banyak pada asalnya. Kalau xde SyuMul pun, bagi aku, MUSCOM akan tetap dapat berjalan secara normal (jgn marah SyuMul). Namun prinsip aku,

Walau sekecil mana jawatan dalam dunia ni, pasti ada kerja untuknya

Yer, walaupun pada asalnya aku boleh memilih untuk x update blog dan sebagainya, namun aku tahu, kerja2 kecil begini, apabila dilakukan dengan penuh semangat dan berterusan, akan mendatangkan hasil, kalau org lain x dapat pun, diri sendiri jugak yg akan dapat manfaat, aku berfikir.
Current endeavour..

Kemudian, dilantik menjadi AJK MOC, lebih spesifik, AJK Promotion dan Publication. AJK ni pun bukanlah penting mane, setakat tampal poster, sume org boleh buat kan? Tapi, bagi aku, tanggungjawab adalah tanggungjawab, perlu dilakukan dengan sesungguhnya.

Ikut pengalaman aku, sepanjang menjalankan tugas, lebih banyak kritikan pedas yg diterima berbanding pujian. Dan segala usaha aku pun, jarang sekali orang mengucapkan terima kasih. Kengkadang aku terfikir, kenapa perlu aku bersusah payah untuk diorg ni, sedangkan diorg ni langsung x menghargai usaha aku? Namun, aku sedar, aku teringat kata-kata:

http://www.intellectualdefenestration.net/cis682/i/referencePhotos/hive/BEEHIVE.gif

Jangan jadi seperti sarang tebuan, apabila dijolok, akan menyerang,
Tetapi, jadilah seperti pohon buah, apabila dilontar batu, dia akan membalas dengan buah.

Mana datangnya semangat untuk menjalankan tugas tu? Di sinilah pentingnya prinsip memberi tanpa mengharapkan balasan, atau nama khususnya, ikhlas kerana Allah.

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاء وَلَا شُكُوراً
"Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
(Al-Insaan: 9)

Memang apabila membaca ayat ni, bergenang air mataku, tenang hatiku dan kembali bersemangat aku untuk menjalankan tugas. Aku sedar, jika niatku hanya kerana Allah, walau ape pun terjadi, walau xde org pun yg menghargai tugas dan perananku, tanggungjawabku hanya kerana Allah. Itulah yg menjadi suntikan semangat bagi diriku, dan boleh juga diaplikasikan kepada diri anda (kalau ade orang baca laaa...)

Kesimpulannya, setiap tanggungjawab diberikan, perlulah dilaksanakan dengan bersemangat bertunjangkan akal. Apabila rasa down dan tidak bersemangat, kembalilah kepada Allah, rujuklah manual kehidupan kiter yg utama, yakni al-Quran.

http://puisijiwarasa.files.wordpress.com/2007/08/al-quran-yang-mulia.jpg

Panjang plak aku tulis pagi ni, tetibe mencurah2 idea lpas Subuh ni. Ok, nak study Physics Paper 5, exam pagi nih. Doakan aku yer!!!!

Photobucket

Wednesday, April 9, 2008

Chemistry

بسم الله الرحمن الرحيم

http://departments.oxy.edu/chemistry/testing/metalcomplex.gif

Baru lpas exam Chem Paper 5. Camne yer? Menjawab memang sedap, rasa cam sume jawapan betul jer. Tapi x taulah result nanti kluar banyak merah or not?

Magnitude Disaster untuk Chemistry Paper 5 adalah seperti

Angin Monsun Timur Laut

Wuteva la. Yang da lepas biarlah berlalu. Nak dikenang dan disesalkan punx gune lg. Baik aku study untuk Bio paper 4 petang ni. Banyaknyeee nak baca!!!!!!!!!
Photobucket

Fruits

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada pagi yg hening ini, aku berada di hadapan PC chalet dan mendapati kewujudan internet. Ku buka Mozilla Firefox dan mendapati juga yg internet agak laju. Terus ku buka hotmail ku. Aku mendapati ade 8 new email, salah satunya adalah daripada Sis Zabrina, iaitu berkenaan buah-buahan. Suke untuk aku berkongsi maklumat ni.

وَمِن ثَمَرَاتِ النَّخِيلِ وَالأَعْنَابِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَراً وَرِزْقاً حَسَناً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.
(An-Nahl: 67)


A sliced Carrot looks like the human eye. The pupil, iris and radiating lines look just like the human eye...and science shows that carrots greatly enhance blood flow to and function of the eyes.




A Tomato has four chambers and is red. The heart is red and has four chambers. All of the research shows tomatoes are indeed pure heart and blood food.





Grapes hang in a cluster that has the shape of the heart. Each grape looks like a blood cell and all of the research today shows that grapes are also profound heart and blood vitalizing food.





A Walnut looks like a little brain, a left and right hemisphere, upper cerebrums and lower cerebellums. Even the wrinkles or folds are on the nut just like the neo-cortex. We now know that walnuts help develop over 3 dozen neuron-transmitters for brain function.


Kidney Beans actually heal and help maintain kidney function and yes, they look exactly like the human kidneys.



Celery, Bok Choy, Rhubarb and more look just like bones. These foods specifically target bone strength. Bones are 23% sodium and these foods are 23% sodium If you don't have enough sodium in your diet the body pulls it from the bones, making them weak. These foods replenish the skeletal needs of the body.


Eggplant, Avocados and Pears target the health and function of the womb and cervix of the female - they look just like these organs. Today's research shows that when a woman eats 1 avocado a week, it balances hormones, sheds unwanted birth weight and prevents cervical cancers. And how profound is this? .... It takes exactly 9 months to grow an avocado from blossom to ripened fruit. There are over 14,000 photolytic chemical constituents of nutrition in each one of these foods (modern science has only studied and named about 141 of them).


Figs are full of seeds and hang in twos when they grow. Figs increase the motility of male sperm and increase the numbers of sperm as well to overcome male sterility.



Sweet Potatoes look like the pancreas and actually balance the glycemic index of diabetics.




Olives assist the health and function of the ovaries.



Grapefruits, Oranges , and other citrus fruits look just like the mammary glands of the female and actually assist the health of the breasts and the movement of lymph in and out of the breasts.



Onions look like body cells. Today's research shows that onions help clear waste materials from all of the body cells They even produce tears which wash the epithelial layers of the eyes.

Aku rasa maklumat di atas cool, walaupun x pasti sejauh mana kesahihannya, tapi perkara ni x mustahil, kerana ciptaan Allah itu sememangnya mempunyai hikmah dan manfaat tersendiri.

Ok. Nak Study Bio nih....
Photobucket

Tuesday, April 8, 2008

Exam Fever Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Petang tadi, keadaan agak mendung. Aku of course, malas nak beriadhah, disebabkan persediaan exam yg x seberapa. Adalah lebih baik bagiku untuk mempersiapkan diri menghadapai exam esok. Begitu juga dgn rakan2ku yg lain. Shuib, yang bakal menduduki Exam Accounting esok dan Muiz yg akan menghadapi Chem turut tidak beriadhah dan masing2 mengadap buku. Ni adalah simptom2 Exam Fever.


Dan yang paling best, disebabkan agak tensyen belajar terperap di dalam bilik, mereka berusaha mencari atmosphere baru untuk study. Maybe keadaan bilik agak terperap dan bersepah disebabkan pengurusan masa yg kurang baik, jadi mood nak study di bilik merudum. Jadi, puak2 ni pun membuat 'port' di luar chalet. Masing2 memegang buku untuk dibaca, dan ternyata, amat menyeronokkan dan menyegarkan apabila study di luar nih.


Bersungguh-sungguh. Itulah yg dapat aku lihat daripada raut wajah setiap rakan-rakanku menjelang exam ni. Seronok tgk diorg camni. Setiap masa akan diorg gunakan untuk membaca buku. Sungguh bersungguh-sungguh mereka berusaha bagi mengecapi gred terbaik.

Allah berfirman:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Al-Ankaabut: 69)

Moga kami tergolong dalam golongan ini.

Esok paper 4 Biology dan Paper 5 Chemistry. Honestly, aku lebih risaukan Paper 4 Bio, sebab membawa proportion markah yg lebih besar. Namun, paper 5 Chem tidak boleh dipandang enteng. Dapatkah aku menghadapinya? Harap2 begitulah..

"Ya Allah, ingatkanlah apa-apa yg aku lupa, ajarkanlah apa-apa yang aku jahil, fahamkanlah apa-apa yang aku keliru, permudahkanlah pembacaanku, kuatkanlah ingatanku, permudahkanlah urusanku, tajamkan fikiranku, Engkaulah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu."

Photobucket