Tuesday, April 8, 2008

Physics + Mechanics

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, tamat sudah dua lagi siri peperangan hari ini. Berehat sebentar daripada berperang, dan kembali mengasah kembali senjata dan peralatan untuk berperang esok hari plak.

http://www.senia.com/images/pics/stories/ivan_abdul/medieval_war_sm.JPG

Physics. Ape nak cakap er? Analogi die camni la. Jika exam semalam, ibarat gempa bumi 9 skala ritcher, hari ni ibarat taufan Katrina atau Rita. Maknenya? Xdela seteruk semalam. At least banyak la gak yg aku mampu jawab, tapi baserla, lumrah ujian, jawab memang mudah, tetapi bile menerima keputusan, amatla hampeh dan mengecewakan... Pasal physics ni, 2 soalan application aku LANGSUNG X JAWAB. Bukannye ape, sebab kelas kami masih blom blajar. Harap2 nye, Mr Idrus bagi markah bonus la. Hehehe. Jika Chemistry semalam berjaya menusuk pedang straight ke jantungku, Physics hanya mampu menusuk ke pinggangku sahaja. Namun, lukaku agak parah...

http://www.murdoconline.net/pics/m14afghanistan.jpg
Sharpshooter = p3

Mechanics. Calon yang memang amat ramai. Seramai 181 orang amik mechanics, termasuk juniors, dan dicampur plak dengan yg amik statistics. Dapat bayangkan kesesakan di dalam dewan? Semalam, disebabkan terlalu fokus menghadapi Physics, amatlah sedikit aku menyentuh Mechanics (physics kantoi gak). Dan Alhamdulillah, dapat menjawab Mechanics ngan tenang (bkan senang), cume ade beberapa soalan yang aku tercungap-cungap menjawabnya. Aku amat berharap dapat markah yg mantooop dalam Mechanics, maklumlah, berhadapan dengan p3 Math yg ibarat sharpshooter di medan perang. Moga Mechanics dapat cover balik markahku. Amat risau, kerana aku telah banyak kali mengecewakan Guru Madhadzir, dan xnak la mengulangi kekecewaan beliau. Aku ingat lagi kata2nya kpd aku,

Huzaifah, I expect an A from you

Amat tinggi expectation Guru Madhadzir, namun, dengan mudah aku mengecewakannya. Namun, jangan risau Guru Madhadzir, aku berazam, akan berusaha dengan penuh kekentalan dan daya tahan, bagi memperbaiki gredku ini.

The image “http://pbskids.org/sesame/coloring/images/a_elmo.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Dan semalam, Apak (Super Senior PNB di Imperial) membagi offline message kepadaku, katanya, elaun di luar negara naik. Yahooo...Namun, die sendiri tak mengetahui berapakah kadar kenaikan tersebut. Adakah berkadar terus dengan harga minyak? Tunggu dan lihat!!!

Namun, aku sedar, ape yg penting sekarang, adalah aku mendapatkan gred yg baik bagi memenuhi janji terhadap PNB. Buat masa sekarang, wang bukanlah ukuran. Hanya doa dan usaha sahaja yg mampu aku lakukan. Yang lain, terserah kepada Yang Maha Esa....

Photobucket

Monday, April 7, 2008

Disasters

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi ni, exam Chemistry dan Malaysian Studies aku hadapi. Tika ini, aku di hadapan komputer RC, selepas exam, mengenang nasib yg menimpa diriku.

http://thecaretaker.files.wordpress.com/2007/09/final-exam.jpg

Chemistry, disaster. Walaupun yg keluar adalah paper Oktober November 2007, namun, ape yg aku dapat jawab? Ye la, bukannye aku pernah tgk pun paper tu. Past Papers pun x abis jawab sumer. Jadi, aku pun menjawab sesedap rasa dan binasa badan ni. Memang aku tersedar dari lamunan, betapa banyak yg belum aku cover utk Chemistry. Kate nak dapat A, tapi dalam perang kali ni, aku tersungkur dan ditikam dgn kejam oleh Chemistry.

Malaysian Studies, lagi satu. Langsung x baca ape2, disebabkan persediaan yang ditumpukan untuk menghadapi Chemistry. Jadi, hanya berbekalkan ilmu yang sedia ada selaku rakyat Malaysia dan kepercayaan aku bahawa aku sudah 19 tahun menjadi rakyat Malaysia, aku masuk ke dewan peperiksaan dgn penuh yakin. Ade ke patut tny psl keputusan PRU 12, mane la aku ingat?

http://www.anthonares.net/car_crash.jpg
Hati yang remuk ibarat kereta ini

Ape2 pun, esok Physics Paper 4, pastikan aku x kecewa seperti ari ni.....

Photobucket

Sunday, April 6, 2008

Study...Study...Study...

بسم الله الرحمن الرحيم


Keadaan di luar nampaknya agak mendung. Kedengaran bunyi guruh. Awan hitam berarak memenuhi langit petang ini. Dan aku, hanya duduk di dalam bilikku, bertemankan buku CIE Chemistry, memandang terus ke padang dan melihat kawanan awan bergumpal-gumpal. Allah berfirman:

وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْراً بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ سَحَاباً ثِقَالاً سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَنزَلْنَا بِهِ الْمَاء فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْموْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).
(Al-Aáraf: 57)

Pada esok hari, bermulalah suatu peperangan, bersenjatakan kertas dan alatan tulis, aku akan turun ke medan perang yg penuh dgn halangan ini. Adakah aku sudah bersedia mengasah senjata ILMUKU? Atau adakah aku sudah bersedia memakai perisai KEFAHAMAN? Berdepan dengan sesuatu yg bukan calang-calang, iaitu Chemistry, adakah aku mampu menghadapinya? Telah beberapa kali aku ditewaskan olehmu, dan kini kiter bertemu lagi di dalam medan pertempuran yang sama, yang diberi nama DEWAN PEPERIKSAAN. Aku berjanji, aku tidak akan memandang rendah keupayaanmu, dan akan aku gunakan segala senjata untuk menundukkanmu, Chemistry.


Namun, aku sedar, doa dan usaha adalah tangga kejayaan. Ape yg aku akan dapat nanti, adalah setimpal dgn hasil usaha aku. Terlalu banyak opponents yg perlu aku tewaskan. Selain Chemistry, aku juger perlu menundukkan Biology, Physics dan Mathematics. Adakah aku sudah cukup persediaan menghadapi gelombang serangan ini?

Moga aku tidak akan tersungkur di dalam peperangan ini. Moga setiap musuh akan dapat ditundukkan. Moga kecederaan yg aku alami hanyalah calar-balar dan dapat mematangkan aku di masa hadapan.

Photobucket

Subuh di KYUEM

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika azan Subuh dilaungkan, aku dibangunkan oleh Allah dari lenaku, dan Alhamdulillah, diberikan kekuatan untuk bangkit, dan menyiapkan diri untuk bertemu dengan yang Maha Esa. Sejuk amat pagi ni, lagi2 apabila setitik demi setitik air membasahi tubuhku.

http://survivalofthesickestthebook.com/blog/wp-content/uploads/2007/04/sleep.jpg

Namun, aku sedikit sedih apabila kakiku menjejakkan kaki ke dalam surau. Sedikit. Sepi. Sayu. Itulah keadaan di dalam surau. Begitu suram dan sunyi daripada kehadiran warga KYUEM ni.

Jika Bilal bin Rabah, apabila diletakkan batu di atas badannya, beliau mengucapkan Ahad, Ahad, Ahad, tetapi kiter hari ni, apabila diuji dengan selimut, turut berkata Ahad, Ahad, Ahad, hari ni hari Ahad.

Rasa-rasanya, sume org da tahu kelebihan solat berjemaah ni. Tapi mengapa kiter ni susah nak laksanakan? Ini termasuk diri aku sendiri la. Kalau dulu, time puasa, mampu jer untuk bangun kol 5, semata-mata nak ke DH untuk bersahur, tapi kini? Pukul 6 pagi pun susah nak bangun. Dah ler bilal iqamat kol 6.15 pagi. Banyak giler masa untuk bersiap, tapi kiter je yg mensia-siakannya.

http://klikharry.files.wordpress.com/2007/01/09_sunrise_rays.jpg

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh lima kali ganda.
(Muslim: 1034)

Dalam hadis lain plak,

Hadis Abu Musa r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa mendirikan dua sembahyang yang menyejukkan iaitu Subuh dan Asar, maka dia akan masuk Syurga.
(Muslim: 1005)

Dalam hadis lain pulak,

Hadis Abu Musa r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling besar pahalanya ketika mendirikan sembahyang ialah orang paling jauh perjalanannya iaitu langkahnya menuju ke Masjid. Seseorang yang menunggu untuk mendirikan sembahyang sehinggalah dia mendirikannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang mendirikan sembahyang kemudian dia terus tidur.
(Muslim: 1064)

Subhanallah. Rakan-rakan, syurga!! Itulah ganjaran yang dijanjikan. Apakah perkara yang lebih berharga daripada syurga Allah? Aku x dapat pikir pun ade benda yg lebih berharga dari itu. Namun, sesuatu yg berharga memang x mudah nak didapati, tapi kalau kiter muhasabah diri, kiter selalu mendabik dada dan berkata

Aku ingin masuk ke syurga

Tapi, sejauh mana amalan kiter? Sejauh mana pengorbanan kiter untuk agama tercinta ni? Adakah cukup segala amalan kiter ni untuk menempah tiket untuk ke syurga?

MasyaAllah, amat jauh sekali diriku ini. Tapi, ni sepatutnya menjadi motivasi buat diriku untuk memperbaiki diri.

Photobucket

Saturday, April 5, 2008

Friendly Intec

بسم الله الرحمن الرحيم

The image “http://www.intec.uitm.edu.my/templates/uitmpurplev2/images/logouitm.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Hari ini merupakan hari Sabtu yg tiada kelas. Agak seronok, relax dan enjoy. Dan hari ni, pelajar-pelajar A-level Medicine (ALM) dari Intec bertandang ke kolej untuk perlawanan persahabatan dalam beberapa permainan. Antaranya ialah ping pong, basketball, volleyball, netball dan bola sepak jalanan (Street Soccer).


Dan aku, of course, aku x menyertai apa-apa permainan. Hanya menjadi penonton setia. Aku menonton perlawanan Basketball Lelaki, Ping Pong Lelaki dan Bola Sepak Jalanan Lelaki. Ping pong, aku menonton Hisyam, Aslam dan Iwan Iglesias beraksi. Overall, ok ler... Sesekali keluar daripada kepompong nerdity dan merehatkan minda seketika.


Results games, aku pun x tau, hanya bersorak tanpa mempedulikan results. Apabila Intec skor, aku turut bersorak, inilah semangat bersukan yg sebenar???

Aku pasti results akan diumumkan oleh Badan Pelajar (SC), pada perhimpunan akan datang, itupun jika Dr Horsfall membenarkan perkara ini berlaku.

Dan aku tengah bertungkus lumus mengulangkaji matapelajaran Kimia, disebabkan peperiksaan percubaan yg di sekitar selekoh (around the corner), dan matapelajaran lain seperti Bio, Physics dan Math (p3, arghhh), pun still x abis lagi.

Akan ku berusaha....
Photobucket

Berjangkit

بسم الله الرحمن الرحيم

Nampaknya, demam exan dah merebak ke lebih banyak pelusuk kolej ni. Semakin ramai orang yang sudah mula terperap di dalam bilik bertemankan buku2 A-level. Dan bukti yg paling jelas adalah apabila semua ahli chaletku berada di chalet, dan study. Perkara ini amat jarang berlaku, tapi inilah hakikat yg perlu diterima.

Dan aku, aku revise Chemistry. I have to get an A for diz subject, sbab target aku adalah Imperial College. Alhamdulillah,s empat habis beberapa bab, antaranya ialah Energetics, Group II, sedikit transition metals dan sedikit cyclic organic compunds. Dan aku juga telah melukis beberapa peta minda untuk ditampal di dinding bilikku. Aku turut berjangkit dengan penyakit exam ni apabila dinding bilikku dipenuhi ngan notes.


3 Orang Chaletmateku...

Tinggal hanya beberapa bulan sebelum kami menamatkan pengajian A-level di sini. Terasa sungguh sekejap masa berlalu. Dan, aku perlu berusaha gigih agar mendapat gred yg diidam-idamkan. Moga aku akan terus bermotivasi...
Photobucket

Friday, April 4, 2008

Exam Fever

بسم الله الرحمن الرحيم
Semalam, tika aku nak pergi ke surau untuk bersolat Asar, di kala petang agak mendung dan angin sepoi2 bahasa, ternampak suatu jirim yg bergerak dgn laju. Mata aku tertarik kepada pergerakan yg laju itu. Ku amati betul2, owh, itulah die Saudara Muádz, bekas Secretary MUSCOM yg dicalonkan sebagai Most Eligible Mysterious Person.....

Muádz, yang memang dikenali ramai kerana kebolehannya bergerak dari satu tempat ke tempat yg lain dengan pantas, maybe kerana kekuatan kakinya yang berkeupayaan jalan dengan pantas. Kalau jalan seiring ngan Muádz, memang semput nafas aku nak ikut rentaknya. Standing Ovation kepada Muádz kerana mampu berjalan sedemikian.


Namun, kebelakangan ni, Muadz semakin menarik perhatian ramai. Muadz telah menemui skill baru untuk lebih memantapkan dirinya yg sekian mantap. Skill baru Muadz dinamakan:

Berjalan Laju Sambil Membaca Buku



Aku fikir, mungkin inilah simptom2 sebelum bermulanya exam. Excessive reading sampai terbawa-bawa semasa berjalan. Dan lebih hebat, dengan kelajuan sebegitu, Muadz mampu membaca dengan tenang. Boleh masuk ke? Mungkin boleh....

Sebenarnya, amat bagusla berjalan laju ni. Save masa, dan juga kite secara x langsung akan bersenam kerana dengan berjalan laju, lebih banyak otot digunakan. Kaki akan menjadi kuat dan sihat. Jadi, janganlah kiter nak kondem org yg jalan laju ni, tetapi, mereka patut dipuji.



Photobucket

Thursday, April 3, 2008

A Big, Fat, C

بسم الله الرحمن الرحيم

Received the result of the test conducted last Monday. Coz it is a 'pop quiz', the test itself is a shocking one, but the results are the most awaited..hehehe...

3 weeks of holiday seems very unproductive for me. The test result illustrates that I don't really learn anything during that long break. 3 weeks full of enjoyment, and I realised, I didn't make use of the time wisely.

As the title said, yes, I got a BIG, FAT C grade for my p3 test. Yeah, C for Cake.

The image “http://pbskids.org/sesame/coloring/images/c_cookie.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

And the worst case scenario happened. Mr Madhadzir announced to the whole class each of our grades obtained, and as expected, most of them are miserable, like me. (Except the two ladies who sit in front of the class)

I calculated my percentage, I got 69.3 %. Sedihnyeee....Another 0.7 % and I will get a B. But, what can I do? A C is a C. Have to accept that. No one can change that fact, even a silly mistakes will change your grade.

And Mr Madhadzir also scolded us, that we should make Wai Ming and Michelle as examples, in term of their calculations and solutions. Neat, x cincai and precise. And he also said in front of other people:

Huzaifah, camni la baru kemas, kalau cincai je, sikit la markah.

I realised that my solutions are messy, banyak pangkah2. It's an eyesore, really, I really think so. I'm on Mr Madhadzir's side. Exam are coming in just a few weeks, but the test results is really dissapointing. I really want to get a BIG, FAT A for my Mathemathics. But, without proper preparations, this will always be my fantasy.

Ade masa lagi....berubahlah Huzaifah......

Photobucket

Wednesday, April 2, 2008

Kebersihan

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan aku dah xde kelas block 2 (rindu Malaysian Studies,hehehe), maka, aku menikmati free block tika itu. Aku menggunakan masa itu untuk membersihkan diri, iaitulah yg juga dinamakan mandi. Kemudian, aku membasuh baju, maklumlah, kiter ni kenalah sentiasa bersih, barulah orang agama lain akan pandang hormat pada kita.


Kemudian, ku bergerak pula ke common room chalet ni. Agak bersepah. Kertas dibiarkan merata-rata. Kerusi x susun. Maka, aku ngan ringan tulangnya mengemas sedikit common room, agar lebih rapi dan tersusun. Kemudian, aku ke luar chalet. Kelihatan kasut dan selipar bertebaran di atas lantai. Aku mengemas selipar2 itu, dan menyusun mereka ke tempat yg sepatutnya. Barulah nampak kemas dan tersusun skit.



Kemudian, mengemas bilik sendiri. Orang cakap, kuman (mungkinkah bakteria, virus atau hanya fungi?) di seberang laut kite nampak, tapi gajah di depan mata pun x nampak. Orang ade berkata:

If you want to change the world, first, change urselves.

Yup, oleh kerana aku menyahut seruan kerajaan, iaitu amalkan hidup yg sihat, dan kebersihan itu amalan kiter, maka, aku mengemas bilikku. Tegangkan katil, susun buku, dan sebagainya, agar bilik aku tampak lebih kemas dan teratur.

Sepatutnya, orang Islam perlu sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan diri, pakaian dan kawasan mereka. Hadis yg popular:

Kebersihan adalah sebahagian daripada iman

Meskipun hadith ini dinilai oleh sebahagian ulama’ sebagai hadith dha’if, terdapat sekian banyak hadith lain yang mendukung makna tersebut, sepertimana Sabda Rasulullah SAW:

“Iman, terdiri daripada tujuh puluh cabang, yang tertinggi adalah keyakinan bahawa “Tiada Tuhan selain Allah”, dan yang terendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan.”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).

Tapi, senario yg dapat aku lihat (termasuk diriku sendiri), bilik orang Islam sendiri bersepah, x terurus dan kotor. Malu apabila orang bukan Islam datang melihat bilik kiter sebegitu. Mungkin diorg akan berkata:

Camni ke org Islam?

Jadi, kiter perlulah menjaga diri kiter, kerana orang Islam itu melambangkan Islam, kiter adalah duta kepada agama kiter.

Marilah sama-sama kiter menjaga kebersihan dan memperingatkan rakan2 kiter yg lain tentang hal ini.
Photobucket

Tuesday, April 1, 2008

PNB

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yang diberitahu, pihak PNB datang menemui kami hari ni. Aku di dalam kelas Biology, begitu seronok dan bersemangat membincangkan soalan2 past papers, namun, apakan daya, tanggungjawab kepada sponsor lebih diutamakan. Jadi, aku bergerak ke kelas 2.16, iaitu juga kelas Chemistry aku.

http://www.encyclopedia.com.my/images/logo_pnb.gif

Setelah tgu di dalam kelas tu beberapa ketika, maka, yg dinanti akhirnya tiba. Tiga wajah yg cukup familiar, iaitu Pn Rukiah, Dr Iliyas, dan abg Zainal menemui kami hari ini. Dan mula2, sedikit ucapan drpd Dr Iliyas, dan beliau lebih kepada memberikan motivasi kepada kami semua. Dan sesi seterusnya, adalah pertanyaan daripada pelajar.


Mostli soalan adalah daripada Seniors, dan mostly adalah lelaki. Daripada placement Universities sehinggalah elaun. Ade jugak beberapa adegan yang tegang, di mana satu pihak tidak berpuas hati dengan satu pihak yang lain. Mujurlah, semua dah matang, dapat mengawal kemarahan diri memasing...hehehe....Aku xnak membincangkan secara details tentang perbincangan dengan PNB, ye la, rahsia syarikat la....

Setelah penat berbincang, pada jam 12.54 tengahari, kami bergerak ke Dewan Makan untuk menikmati lunch. Menurut Pn Rog, kami diberikan tempat spesel untuk makan lunch. AKu dgn pantas (sebab kelaparan) bergerak ke DH. Lalu, ku dapati buffet telah tersedia. Kami buka tudung buffet tu, wahhh....chicken chop. Sedap nampaknya. Ade plak salad, garlic bread, sup cendawan, dan sebagainya. Setelah baca doa, kami makan dengan x ingat dunia...hehehehe.... Dan Dr Horsfall turut makan bersama-sama kami. Aku x paham, kenape die berada di situ. Nak kate bermesra ngan sponsor, x gak. Sepanjang makan tu asyik berbual ngan Pn Rog jer...hurmmm......

Makanan yg cambest

Ape2 pun, moga polisi PNB akan membantu kami mengecapi kehidupan yang lebih baik, samada di sini atau di overseas nanti. Namun, seperti kata Dr Iliyas, x payah pikir sgt psl elaun, yg penting, tugas kami adalah belajar ngan baik, dan memperoleh keputusan dengan warna-warna terbang (flying colours).

Moga ku bersemangat nak study..
Photobucket