بسم الله الرحمن الرحيم
Pada pagi tadi, Alhamdulillah, saudara Famy dari University of Greenwich selamat berlepas ke tanah air tercinta dengan menaiki flight Royal Brunei. Flight beliau berlepas jam 9.40 pagi. Jelas kelihatan ceria dan bercahaya wajah beliau yang sudah nak balik bertemu famili tercinta. Jeles di hati, namun, tak siapa yang peduli.....
Semalam, demi meraikan kawanku yg dah nak pulang ni, aku menemankan beliau ke Oxford Street untuk membeli barang2 yg dipesan dan ingin dihadiahkan kepada keluarga tercinta. Kami singgah dulu di Queensway untuk membeli cenderamata. Banyak juga yg Famy beli, hihihi. Faris Husaini turut mengikuti kami, dan beliau juga tidak mahu kalah dalam membeli...
Menaiki bas, kami menuju ke Marble Arch. Satu2 kedai kami masuk dan survey barang2 untuk dibawa pulang. Hampir 2 jam lebih kami berlegar2 di sekitar Oxford Circus itu, letih, namun, sekali lagi, kerana ingin meraikan sahabatku ini, langkah diperkemas, azam diperteguh.
Famy berbelanja dgn agak dahsyat, mungkin aku juge akan jadi begini tidak lama lagi, ahaha. Faris Husaini juge membeli beberapa barangan. Bukan mudah kami nak membeli camni. Keletihan, kami menelefon super senior Isa dan memberitahu yg kami akan singgah ke rumah mereka untuk makan malam. Jadi, mereka meminta kami membeli PFC itu...
Sesamainya di rumah, Iqtidar yg kini homeless juge berada di rumah. Kami menunggu saudara Faris Fasri dan adik2 beliau untuk pulang dan makan bersama. Nasi dimasak, dan kami makan dalam talam bersama-sama. Kenyang, walaupun makanan ni simple je, tapi disebabkan makan beramai2, makanan yg asalnya tidaklah seberapa, jadi makanan yg paling sedap pernah dijamah....
Meriah. DZ, Amirul, Bun, Isa dan Faris masing2 akan menamatkan pengajian mereka tahun ni. Mungkin ini kali terakhir kami makan bersama2. Masih ku ingat, ketika aku tiba dulu, mereka inilah yg menjagaku (ecece) dan memberiku makan (ecece lagi). Namun, sekelip mata sahaja, mereka sudah hendak pulang ke tanah air. Pilu hatiku (ahaha)
Moga ukhuwah dijalin kekal selamanya. Selamat menjalani dunia baru kepada semua (dan mendirikan rumah tangga)
Kepada Famy, ingat2 sahabatmu di sini.....
14 comments:
Ya Allah.. bersepahnya rumah!!!!!!
warga rumah, sila baca komen ni n mengemas semua.. ini arahan!!!
n korang, nk kad kawen gak.. nanges2 xdapat kad kawen..
lari!!!!!!!!!!
haha.. nape ko lari Jpah.. bilik bersepah gak ke?
sila amik gamba n post sebagai bukti..
hish, musykil betul tetibe nak lari ni..
lari sbab xnak kemas lapworth
(xde nilai2 komik btul ko ni)
nanti aku scan n emel kad bun tu, tapi x wangi la, muahahaha
ces.. bab ngemas ni ko memang suka lari..
oh ye, sebut psl ngemas, teringat psl basuh pinggan. ada aksi lawak yang berlaku di dapur Evelyn gardens.. aku mula2 pelik, tapi lepas ko kuar, baru aku tahu..
haha.. memang lawak.. bes aku n Aisha gelak :)
hey2, apekah perkara tersebut??
pacat dan jpah lg...
betul2.. pacat n jpah lagi kan.. anonymous tu mcm memahami aje.. kiter serupalah.. hehe
jpah, ape niat letak post ni r? berlagak eh.. xbaik tau.. ko menyentuh sensitivity kaum yg xramai bilangannya n xboleh buat makan2 cmtu..
nampak simple tapi x. sila teliti. sorry emo. =p
bilik bersepah sbb ramai org jadikan stor barang2 sblum pulang ke msia.kalo x, mmg tip top jer....n dun wori, kad2 akan dipos dlm masa terdekat...hehe
yeay!! tq ayah.. :)
(sambil menjeling Jpah)
maksud jelingan?
sebab aku dapat kad yang reaL pasni..
tak yah la ko bersusah payah scan ye incik Jpah :P
ohoho.. kehepian :)
jpah kalau pcat comment die reply.kalo org len komen die xreply..
hukhuk. sedihnyer. =(
kenapa tiba2 rasa mcm bersetuju dengan pelawat & anonymous..
saya pertama kali melawat ke blog ini pon menyedari isu ini...
pacat & jpah kurangkan kontroversi ye =)
Post a Comment