Sunday, August 16, 2009

Bercerita Tentang MOC 09

بسم الله الرحمن الرحيم

Walaupun sudah agak basi cerita berkenaan Muslim Overseas Camp (MOC 09) baru2 ini, dan walaupun saudari Ajah sudah bercerita panjang lebar tentang hal ini dalam blog pacatlembiknya itu, tapi, aku masih mahu cerita gaks.

Disebabkan keperluan, beberapa fasi diperlukan hadir awal ke tempat program di Kem Bumi Jati. Jadi, aku memilih Hisham dan Iqtidar untuk menemaniku datang awal. Aku bergerak seawal jam 9 pagi dari rumah. Abah menghantarku ke Stesen Komuter Subang Jaya. Dari situ, aku bergerak ke Stesen Komuter Bukit Badak. Di situ, aku menanti Hisham dan Iqtidar tiba.

Namun, aku dapati, stesen komuter Bukit Badak itu terlalu sunyi. Tiada tandas, tiada surau. Orang pun hampir tiada. Aku melewati pintu keluar stesen, kosong. Kereta pun tiada di luar. Aku berfikir, macamana kitorg nak gerak ke Bumi Jati nih? Aku bertanya kepada abg yg jaga kaunter tu. Jadi, die mencadangkan kami untuk ke Klang dan mengambil teksi dari sana.

Aku bertemu Iq dan Hisham dalam tren. Kami bersama2 gerak ke stesen Klang. Kami singgah di surau stesen untuk bersolat Zuhur dan kemudian, bergerak ke kedai mamak berdekatan untuk makan lunch kami. Sungguh seronok aku bertemu rakan2 seperjuangan. Kami berborak sakan. Kemudian, kami menaiki teksi menuju ke kem Bumi Jati.

Di kem Bumi Jati, kami orang pertama sampai. Kenangan2 berkawad sewaktu BTN dahulu kembali menggamit fikiranku. Tersenyum sinis memikirkan gelagat dalam BTN dulu. Kami menemui En. Zaki dan beliau menunjukkan kami bilik kami. Wah, jauh lebih hebat berbanding dorm sewaktu BTN. Ade 2 bilik dan 6 katil, dan ade aircond! Di ruang tamu, ade TV dan sofa.

Malam itu, kami bermeeting ringkas untuk menghadapi hari pertama MOC esok paginya.


Hari ditunggu pun tiba. Menjelang jam 11 pagi, para peserta tiba dan mendaftar. Aku terlepas sesi ni sebab tengah terbaring di atas katil, malam smalam tidur lambat, huhu. Sedar2 je, perserta dah sampai dan menjamu selera.

Petang itu, selepas sesi ice breaking, kami bersenam sekejap dengan satu aktiviti riadah mudah dinamakan 'inverted circle'. Modul ni mmg hasil cadangan aku dan aku uruskan. Idea dari riadah ni aku dapati dari program OBS PNB. Mujur bebudak PNB x datang, huhu.

Itu sedikit nukilan dari MOC hari pertama....



Photobucket

Saturday, August 15, 2009

Moga dipermudah urusan

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi semalam, aku menerima SMS dari sahabatu, saudara Hafizuddin:

Salam. nie po. abah ak masuk icu. pneumonia. tolong doakan keshtn abah ak yer. tolong sbr2kn kt semua member2. jzkk

Kebelakangan ini, kerap sahaja menerima berita yg mengejutkan. Yup, ini semua dugaan dari Allah. Bagi kita yang tidak terlibat secara langsung, mungkin tidak rasa sangat kepedihan itu, tapi bagi ahli keluarga, sungguh berat beban yg mereka pikul. Namun, selaku umat Islam, kite sewajarnya berusaha menyelami rasa pedih saudara kita. Teringat hadis Nabi:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”
Riwayat Muslim

Kepada ahli keluarga, bersabarlah dan sama2 kite berdoa untuk kebaikan bersama....


Photobucket

Thursday, August 13, 2009

Sepetang Bermain Boling

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah beberapa hari berlalu. Barulah harini aku larat untuk menulis kembali. Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab mengurniakanku kesihatan ini.

Hari Isnin lepas, aku dan beberapa rakan dari London keluar beriadah, bermain boling di Ampang Superbowl, Ampang Point. Sudah lama sungguh x bermain boling, rasa kekok plak pegang bola boling tu, huhuhu. Yang bermain bersama adalah Isa, Apak, Famy dan Miji.

Apak dengan hayunan yang hebat

Kami juz main dua game je. Miji menjohani permainan apabila mengungguli kedua2 game. Aik, hebat Miji ni. Dah baser main ke? Isa pula agak konsisten, walaupun kadang2 menyalahkan flash kameraku yg membuatkan beliau hilang fokus. Hampeh. Famy pula, agak sederhana permainannya. Aku dan Apak adalah pemain yang paling merendah diri, malas nak keluar skill.

Kami berpisah setelah minum sedikit. Keletihan. Aku mula start pening. Setelah solat Zuhur di surau bersama2, kami beransur meninggalkan Ampang Point dan berpisah ke haluan masing2. Sedih, mungkin da x berjumpa lagi....

Terima kasih semua!!!!

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah’.
Riwayat Muslim


Photobucket

Wednesday, August 12, 2009

38.9

بسم الله الرحمن الرحيم

Dua hari lepas, selepas bermain boling di Ampang Point bersama rakan2 London, aku terlantar di rumah. Letih. Bukan sekadar letih bermain boling, tapi aku rasa kepalaku berdenyut, pening2, dan rasa badan letih sangat.

Menjelang malam dua hari lepas, keadaanku bertambah teruk. Seluruh badanku sudah menjadi lemah. Aku hanya mampu terlantar sahaja. Aku makan dua biji Panadol, dan keje tidur sahaja. Suhu badan aku disukat menggunakan termometer yg ada di rumah. 38.9 celcius. Adeyh, tingginya. Suhu badan normal adalah 37 darjah celcius. Dan apabila suhu mencapai 40 darjah celcius, itu sudah membahayakan nyawa.

Pagi smalam, abah membawaku ke klinik. Berjumpa dgn doktor yg mmg dah biasa berjumpa aku:

Huzaifah, bile balik?

Dah nak sebulan dah, aku jawab

Lepas balik ni, awak slalu kluar ke? doktor tanya.

A'ah, saya kluar, jumpe kawan2, aku jawab selamba

Haaa? Awak tahu x bahaya?

Setelah mendengar lecture dari doktor, aku diberikan beberapa ubat dan antibiotik.

Kalau dalam masa 3 hari, demam awak x elok lagi, datang balik yer...

Urm, doakan aku sihat dan selamat.......



Photobucket

Sunday, August 9, 2009

Setelah Lama Tidak Bersua

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak balik dari London, aku dah lama x berjumpa dgn bebudak yg slalu bersama aku di London dulu. Jika dulu, kami akan makan bersama, berusrah bersama, menelaah bersama dan sebagainya, terlalu aku merindui keadaan itu.

Jadi, apabila Pok Lah mengajak kami, bebudak London yg tinggal di sekitar Lembah Klang untuk makan2 di rumahnya, aku pergi tanpa banyak soal. Walaupun terpaksa melalui perjalanan hampir satu jam, aku tidak kisah, demi bertemu rakan2 yang bertaut ukhuwah kami.

Aku sampai ke rumah datuk beliau. Beliau asalnya dari Kelantan. Tapi, cuti summer ni, beliau buat attachment di Lembah Klang, jadi, beliau menetap di umah datuknya. Aku memberi salam. Di dalam rumah, kelihatan Pok Lah, Apak, Isa, Famy, Iqtidar, Miji dan Faris Husaini. Wah, meriah sungguh bertemu mereka. Dah lama x bertemu, kami saling berpelukan dan berborak ria.


Lepas penat2 borak, pada jam lebih kurang 12.30 tengahari, kami dihidangkan dengan 6 pizza dari domino's. Sedap sungguh, first time aku makan domino's, terima kasih Apak yg memilih menu. Licin kami habiskan pizza2 tu dalam masa beberapa minit sahaja.


Selepas makan, kami beransur meninggalkan umah datuk poklah. Segan plak lama2.

Terubat rindu di hati, menemui rakan2 seperjuangan. Moga bertemu lagi pada masa depan. Terima kasih semua!!!!

Umar al-Khattab berkata: “Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur. Hiduplah dalam lingkungan mereka, kerana mereka merupakan perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesukaran.”

Photobucket

Saturday, August 8, 2009

MOC Closing Video

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, 3-6 Ogos, berlalu sudah program Muslim Overseas Camp 2009 untuk pelajar2 batch 10 KYUEM....

Terlalu letih nak menulis, juz video je....




Photobucket

Friday, July 31, 2009

FuiYo 2009 - Promo Video

بسم الله الرحمن الرحيم




FuiYo


Photobucket

Thursday, July 30, 2009

Manusia punya emosi

بسم الله الرحمن الرحيم

Seringkali, kiter sentiasa mempunyai persepsi terhadap orang-orang di sekeliling kita. Betul, kita hanya mampu menilai luaran dan apa yang ditonjolkan individu tersebut. Namun, seringkali kita lupe untuk memahami hati dan perasaan manusia itu.

http://www.adamdorman.com/_images/3d_tin_robot.jpg

Manusia ada hati, jiwa dan emosi. Mereka bukan robot mahupun mesin yg boleh terus menerus disuruh melakukan tugas. Manusia mempunyai masalah yang datang dari persekitaran. Keluarga, kerja, peribadi dan macam2 lagi. Jadi, bekerja dengan manusia membawa erti yang jauh lebih besar berbanding bekerja dengan robot.

Bayangkan, kita adalah bos kepada sebuah syarikat atau organisasi. Satu hari, salah seorang pekerja kita tidak menyiapkan laporan yang sepatutnya beliau siapkan. Jadi, kita dengan kuasa yang ada akan memarahi beliau. Namun, kita lupa satu lagi aspek, iaitu meraikan manusia. Mungkin beliau mempunyai masalah yang menyukarkan beliau menyiapkan tugasan. Walaupun aku akui, amat sukar nak praktikkan nilai ni dalam kehidupan sebenar.

Pada suatu hari, di dalam tren komuter. Anda sedang duduk untuk perjalanan ke Rawang. Perjalanan mengambil masa 40 minit dari stesen Bank Negara. Di hadapan anda, seorang pakcik berumur 40-an dengan 3 orang anaknya. 3 orang anaknya itu melompat2 depan anda, membuat bising dan agak mengganggu anda yang hendak menghabiskan buku 'Bunga Kebahagiaan' karya Tuan Guru Nik Aziz. Namun, pakcik ni pulak senyap je, xnak tegur anak2 die. Apakah yg mungkin anda fikir?

Isy, pakcik ni, tegurla anak die ni skit, kacau org je. X bertanggungjawab.

Namun, cube kiter panjangkan cerita ini skit. Anda bertanya kepada pakcik tu:

Pakcik, kenapa pakcik x suruh anak2 pakcik ni behave skit?

Pakcik tu menjawab:

Oh, maaf nak. Isteri pakcik baru meninggal. Pakcik tengah berfikir, macam mane nak bagitahu anak2 pakcik ni tentang mak diorg.

Tersenyap. Bagaimanakah persepsi kita sekarang? Persepsi yg tadinya memarahi pakcik itu, berubah menjadi simpati. Dalam hati kita, terdorong perasaan ingin membantu, walaupun x pernah kenal pakcik ini. Mengapa? Kerana kita paham masalah yang dihadapi pakcik ini.

Seringkali dalam tugas2 dalam persatuan mahupun apa2 organisasi, org atasan lupa tentang aspek kemanusiaan ini. Bagi mereka, kerja ini mestilah disiapkan begini dalam tempoh ini. Dari sudut professionalisme kerja, memang patut untuk kerja ni dilaksanakan sedemikian rupa. Namun, dari aspek kerja2 kemasyarakatan, hal ini harus diambil berat. Jangan sampai nak mengejar deadline, hati orang kita ketepikan.

Pandangan aku ni mungkin x logik bagi sesetengah pihak, namun, apa yg aku nak bawakan, cube seimbangkan professionalisme kerja dan kemanusiaan. Kita bekerja dengan manusia yg punya hati dan perasaan, bukan dengan robot yang tiada perasaan.

Wallahu'alam

Photobucket

Wednesday, July 29, 2009

Ujian Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari lalu, aku dikhabarkan tentang KYUEM yang ditutup seminggu kerana dilaporkan 192 pelajar telah jatuh demam. Dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menasihatkan penutupan kolej sebagai langkah berjaga-jaga, bimbang simptom2 demam ini adalah kerana virus H1N1.



Sungguh, ini merupakan ujian bagi pelajar2 di KYUEM, dan ingatlah, ujian itu tarbiyyah dari Allah.

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."
Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a

Kehidupanku di rumah pula, seperti biase. Cumenya, minggu ini, sedikit kelainan kerana aku diuji dengan sedikit demam. Pada hari Isnin, telah makan ubat dan demam sedikit kebah pada hari Selasa. Namun, harini, nampaknya datang kembali demam itu. Takdela teruk keadaanku, juz sakit kepala dan pedih perutku.


Hari ini, pada jam 10.02 pagi, big bossku dalam IluvIslam, saudara Imran Koyube menelefonku. Setelah berborak2, beliau bagitahu yg saudara Ruzaini ingin bertemu beliau di UIA petang ini.

Ko tinggal kat Ampang kan? Jom la, kite minum2 skit sama2.

Ni merupakan kali kedua beliau mengajakku bertemu. Berat untuk aku menolaknya. Namun, setelah memikirkan kesakitan yg aku alami serta kelesuan badanku, aku terpaksa juga membatalkan pertemuanku dengan mereka. Maaf.


Oh, dan senarai buku baru yg aku beli pun x terbaca lagi. Diulang, buku baru, x kira lagi buku lama yg memang x abis2 lagi. X kira lagi ratusan e-books dalam komputerku ni. Haish, tabiat malas membaca ni mmg kena usaha kuat nak buang.

Moga diberi kekuatan dan moga cuti musim panas ini diisi dengan perkara berfaedah...

Photobucket

Tuesday, July 28, 2009

Senyuman

بسم الله الرحمن الرحيم



Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahasia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman...

Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan

Senyumlah... ...

Hati yang gundah terasa tenang
Bila melihat senyum diri kan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Itulah sedekah paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna

Senyum... ...
Senyumlah kita

Senyumlah... ...
Senyumlah penawar duka
Senyumlah penyejuk hati

Moga aku mampu senyum seperti mereka.....


Photobucket