Sunday, January 11, 2009

Ayuh Kembali ke Sekolah!

بسم الله الرحمن الرحيم

Terngiang2 di telingaku lagu yg didendangkan ketika iklan kasut New Era x lama dahulu.

Ayuh kembali ke sekolah, ayuh!

Huhuhu, terasa best plak fikirkan zaman2 kat rumah, menonton television bersama keluarga di hujung minggu.

Hari ini, hari Ahad, weekend yg sungguh suram. Disebabkan semalam, aku pulang ke rumah pada 11.45 malam, sebelum tu, pergi ke UCL untuk bertemu Anas, sahabat MUSCOM dari Manchester. Letih sekali, setelah buat sedikit kerja dan amanah yg dipertanggungjawabkan, lebih kurang jam 12.30 malam, aku rebah ke atas katil, berlayar ke alam mimpi dan fantasi....

Restriction Enzyme Map yg aku usahakan

Aku bangun bersolat Subuh, namun, still ngantuk lagi. Sekali lagi, aku rebah ke atas katil, memasuki fasa kedua perjalananku merentasi alam mimpi dan fantasi....

Pukul 8.30 pagi, aku bangun. Kalau ikutkan nafsu, mahu saja aku terus tidur. Namun, memikirkan beberapa tugasan yg masih belum disiapkan, serta tanggungjawab untuk study itu, aku gagahkan diri jua menuju ke tandas untuk membasahkan tubuh bagi memperoleh semula kesegaran badan.

Hari ini merupakan hari terakhir cuti musim sejukku. Setelah hampir 3 minggu bercuti, akhirnya, pintu Imperial terbuka sekali untuk memulakan 3 bulan yang mencabar dan penuh dgn usaha, sebelum cuti Easter menjelma. Aku pandang ke luar tingkap, cuaca nampak cerah. Ku lihat penanda suhu di laptopku, 8 darjah celcius, Alhamdulillah, agak panas berbanding semalam, -4 darjah celcius, sehingga tasik2, kolam2, air pancut dan sungai2 pun beku!

Satu term sudahpun berakhir. Permulaan bagi term baru yg menjanjikan cabaran baru yg perlu aku hadapi. Adakah aku sudah bersedia? Adakah cukup persediaan aku ketika cuti ini? Aku muhasabah diri ini. Apakah yg aku lakukan ketika cuti? Adakah aku sudah berubah menjadi lebih baik, atau sebaliknya? Apakah yg telah aku sumbangkan pada ummah?

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”
(al-Bukhari)

Adakah aku dan anda tergolong dalam kedua2 golongan ini? Sama2 muhasabah diri...

OK, semangat untuk study, jangan buang masa!!!

Photobucket

Friday, January 9, 2009

Cry of Palestine

بسم الله الرحمن الرحيم

Video ni pernah aku tayangkan sewaktu Forum Palestine waktu kami junior di KYUEM dahulu, di Great Hall. Masih aku ingat, ketika tu, speaker kami adalah pelajar UIA dari Palestine, sungguh sedih dan sayu dengar cerita beliau. Ape2 pun, saksikanlah video ini:






Photobucket

Majlis Sambutan Maal Hijrah di MSD

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti biasa, hari khamis malam Jumaat, akan diadakan Majlis perkongsian ilmu agama di Malaysian Students Department for UK and Eire, London. Namun, sedikit kelainan harini adalah majlis gilang-gemilang diadakan sempena sambutan Maal Hijrah 1430 H.

Acara dimulakan dgn bacaan surah al-Hujurat ayat 9 sampai 15 beserta terjemahan oleh saudara Adam Effendi dari LSE. Kemudian, majlis diteruskan dgn ucapan penuh berhikmah pengarah MSD, Encik Nazri. Kemudian, ustaz Erfino menyampaikan sedikit pengisian yg dipetik dari kitab Riyadhus Solihin (Taman Orang2 Soleh) oleh Imam Nawawi.


Kemudian, sedikit persembahan multimedia oleh saudara DZ, iaitu video 1924, nyanyian Soldiers of Allah. Then, acara kedua kemuncak, persembahan nasyid oleh Shoutul Salam yang anggotanya terdiri majoriti dari pemuda2 Imperial, ditambah seorang penyanyi latar dari City, Iqtidar dan AJK Keselamatan Nasyid, PokLah UCL. Nampaknya, Shoutul Salam sudah menemui ahli baru yg bakal menggantikan ahli veteran, Bun yg bakal bersara tahun ini. Ahli tersebut adalah saudara Shah IC yg main tamborin dgn penuh keasyikan dan kesungguhan.

gemilang.jpg
Zaman muda Ustaz Erfino dan Ustaz Hasrizal

Selepas persembahan Shoutul Salam yang menggegarkan Dewan Malaysia, Ustaz Erfino membuat persembahan solo beliau. Lagu yg beliau dendangkan adalah ditulis oleh senior beliau, Ustaz Hasrizal pada tahun 1992 semasa zaman2 nasyid mereka di Jordan dahulu. Sungguh syahdu lirik itu, mengisahkan keadaan ummat di serata dunia.


Kemudian, acara kemuncak, yakni upacara menjamu selera. Kami dihidangkan nasi putih beserta gulai daging lembu dan daging kambing. Dah lama x makan daging, sungguh menyelerakan. Teh tarik menjadi minuman wajib dalam majlis di MSD.

TQ kepada semua yang hadir. Mereka yg dari Bandaraya Islam Greenwich: Famy, Pali dan Iman beserta seorang yg datang jauh dari Bath, yakni saudara Fairuz (Pai), serta semua hadirin yg hadir kerana memeriahkan suasana dan menghabiskan makanan.

Wallahu'alam, jumpe lagi minggu hadapan!

Photobucket

Thursday, January 8, 2009

Majlis Iftar MSD

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, berjalan lancar juger majlis iftar asyura di MSD petang tadi. Walaupun aku dan Shah tiba agak lewat sebab bas no 70 ni tetiba ikut jalan lain pulak, namun, segala-gala yg lain berjalan seperti dirangka.


Setelah bersolat Maghrib, kami dijamu dgn sup, roti, dan nasi goreng kampung beserta 2 cucuk satay. Ramai juge student yang hadir, menjadi wakil bagi Universiti masing2 selain tuan pengarah MSD, En Nazri yg turut berbuka puasa bersama.

Wakil Imperial: aku, Shah, Izu, Pidah, Mas, Faris, Isa, Akmal, Bun, DZ, Aishafat dan Tumi

Wakil UCL: PokLah (calon suami dan bapa mithali)

Wakil City: Iqtidar dan Hasif

Wakil Surrey: Hamizah (Ajah)

Hanya gambar ini yg mendapat kebenaran Ustaz Erfino utk letak dlm blog, isk

Hurm, tu je kut wakil2 student yg hadir. Maaf kalau ada yg tertinggal, samada aku x kenal, atau x perasan atau terlupa. Riuh gak keadaan sambil makan dengan celoteh2 ustaz Erfino, ditambah dgn Shah yg pandai melayan celoteh ustaz. Bile bebudak London ni da berkumpul, agak meriah gak.


Paklah antara watak penting yg agak menonjol malam tadi. Beliau mendukung seorang bayi yg nampaknya x nangis di dalam dukungan PokLah. Sambil mendukung bayi tersebut, beliau berjalan ke sana ke mari, memang calon bapa dan suami mithali (kepada makcik2 kat luar tu, bolehla register nama PokLah dlm calon menantu)

Alhamdulillah, kekenyangan benar. TQ kepada ustaz yg anjurkan program harini!

Photobucket

Wednesday, January 7, 2009

Tiada Tuhan Bagiku Melainkan Dia (Allah)

بسم الله الرحمن الرحيم

Pertama kali mendengar lagu ni adalah di blog sedari Syarafina. Tajuknya, Sejuta Harapan dendangan Dai Nada. Agak catchy dan sayu gak lagu ni.

Namun, ketika perjalanan pulang Killarney-Dublin, saudara Aslam yg duduk di sebelahku dalam bas telah memberiku mendengar lagu ni tapi versi Arab! Aku tanya Aslam,

Maksud die sama ke dengan BM punye lagu?

Sama la kut, Aslam jawab

Namun, bile aku dengar lagu tu, aku dapati lain plak maksudnya daripada versi BM nye. Lirik Bahasa Arabnya aku rasa lebih indah dan lebih sayu daripada versi BMnya. Berikut adalah lagu tersebut dan lirik yg telah diletakkan terjemahan bahasa Melayunya:




Maali Rabbun Siwah (Terjemahan)

ما لي رب سواه

Tiada bagiku Tuhan selain Dia

غفار يمحو الذنوب

Tuhan Yang Maha Pengampun dan Penghapus dosa

ما لي رب سواه

Tiada bagiku Tuhan selain Dia

نور يهدى القلوب

Cahaya yang memberi hidayah kepada hati

يا الله عبد كثرت ذنوبي

Ya Allah hamba ini yang banyak berdosa

زادت حولي كروبي

Bertambah-tambah malapetaka di sekelilingku

منك إليك هروبي

Daripadamu dan kepadamulah jalan keluarku

يا الله لا تحرمني نعيما

Ya Allah janganlah haramkanku syurga Naim

لا تتركني سقيما

Jangan tinggalkanku dalam penderitaan

يا منان الرحيم

Wahai Tuhan Yang Maha Mengurnia lagi Maha Mengasihani

يا الله أنت العلى القادر العظيم

Ya Allah Engkaulah Yang Maha Tinggi, Maha Berkuasa dan Maha Agung

يا الله أنت السميع البصير العليم

Ya Allah Engkaulah Yang Maha Mendengar,Maha Melihat dan Maha Mengetahui

ما لي رب سواه

Tiada bagiku Tuhan selain Dia

رب السماء العطوف

Tuhan kerajaan langit, Tuhan Yang Maha Mengasihani

يغفر لمن عصى

Tuhan Yang Mengampuni orang-orang yang berdosa

وهو الحليم الرءوف

Dan Dialah Yang Maha Lembut dan Maha Mempunyai belas kasihan

يا الله رحمن للبرايا

Ya Allah Tuhan yang bersifat Pemurah atas kebaikanku

غفار للخطايا

Tuhan Yang Maha Pengampun kesilapan-kesilapanku

ورجاءي هو هدايا

Dan Dialah tempatku bergantung harap dan Dialah sumber hidayahku

يا الله ارحم ضعفي وحالي

Ya Allah kasihanilah kelemahanku dan keadaanku

فاق الذنب احتمالي

Bertambah dosa yang aku pikul

فاغفرلي يا ذالجلال

Ampunilah aku wahai Tuhan yang Maha Agung

يا الله انت العزيز الغفور الرحيم

Ya Allah Engkaulah Yang Maha Besar, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani

يا الله انت القدوس السلام الكريم

Ya Allah Engkaulah Yang Maha Suci, Maha Sejahtera dan Maha Mulia.

P/S: Harap2 tepat dan betullah terjemahan ini. Andai ada kesilapan, silelah maklumkan kepadaku untuk pembetulan. TQ!

Photobucket

Tuesday, January 6, 2009

Iftar @ MSD

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.masduke.net/v3/images/1.jpg

Bersempena hari Asyura yakni pada hari esok, ustaz Erfino berhasrat untuk mengadakan majlis berbuka puasa sunat di MSD esok, 7 Januari 2009. Waktu Maghrib bagi London adalah 4.10 p.m. Jadi, kepada warga London (dan Greenwich) yg berpuasa sunat dan mempunyai kesempatan untuk hadir, silelah cube menghadirkan diri ke MSD sebelum Maghrib yer.

BTW, untuk penyediaan makanan, sesaper yg berhasrat untuk hadir perlulah emel kepada ustaz Erfino (erfino2002@yahoo.com) atau abang Ngah Lapworth Court, saudara DZ (the_wanderer_ryu@yahoo.com) selewat-lewatnya 11 pagi Rabu, 7 Januari 2009.

Jom sama2 ajak rakan2 berpuasa esok dan sama2 iftar mega di MSD

Photobucket

Puasa Asyura

بسم الله الرحمن الرحيم

Muharam menjelang lagi. Sudah setahun masa berlalu, memasuki era 1430 Hijrah. Namun, kiter lihat, apakah kemajuan yg umat Islam sudah capai setelah setahun berlalu? Bagaimanakah keadaan umat Islam kita di serata dunia? Memetik kata2 Ustaz Erfino dalam sharing beliau minggu lepas:

Jika tahun ini West Bank dan Gaza Strip masih milik Palestine, tapi tahun depan, yang tinggal mungkin salah satu atau tiada.

Moga menjadi penyuntik semangat untuk kiter terus berusaha memajukan ummah ini.

Setahun berlalu. Jika diimbas kembali setahun sudah, aku masih di Kolej Yayasan UEM, menimba ilmu A-level di situ. Teringat kenangan manis bersama rakan-rakan di kolej. Teringat saat kami berpuasa bersama, pergi ke musolla bersama, menghadiri majlis ilmu bersama serta berbuka puasa bersama. Sungguh meriah.



Hari ini 9 Muharram. Esok merupakan 10 Muharram, iaitulah Hari Asyura.

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".
(Muslim)

Jadi, rakan2, marilah sama2 kiter kuatkan azam dan berusaha untuk berpuasa pada hari Asyura, moga mendapat pahala di sisi Allah. Dan, kite digalakkan untuk menggandingkan puasa hari Asyura dengan satu hari sebelum atau satu hari selepas untuk membezakan kiter dengan ahli kitab.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
(Ahmad)

Jadi, tunggu apa lagi? Ini tawaran best untuk menambahkan amal kiter. Marilah berusaha mendapatkan balasan Allah yg amat berharga, yakni pahala dan keredhaanNya.

Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberi pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
( an-Nahl: 97)

JOM TAMBAH AMAL
Photobucket

Monday, January 5, 2009

Header Baru

بسم الله الرحمن الرحيم

Masih aku teringat peristiwa 3 Disember 2008. Hahaha, bukanlah peristiwa besar pun, tapi hari itu, aku menukar header di blogku dengan gambar yg kami ambil ketika jamuan hari raya Ustaz Erfino di Ealing. Agak kontroversi sedikit.


Namun, setelah hampir sebulan header ni bertahan, aku berkeputusan untuk menukar header blogku sekali lagi. Inilah header baru blogku:


Gambar ini diambil selepas kami melawat stadium Old Trafford Manchester United. Mereka inilah sahabat2 yg bersama denganku merantau ke beberapa bandar selepas PUISI berakhir. Memang best merantau ngan diorg ni. Dari kiri, Aslam (Southampton), Pali Ustaz Fardhu Ain (Liverpool), Hisham (Southampton), aku, Fitri (UCL), Faris (ICL), Iqtidar (CUL).

Jadi, apa pendapat anda tentang header baru ni?

Photobucket

Sunday, January 4, 2009

Komik Hijrah

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik utk imej lebih besar

Credits to sahabatku, HanRi, blog beliau adalah:

http://hanristudio.blogspot.com/

Photobucket

Sejuk!

بسم الله الرحمن الرحيم


Selepas bersolat Subuh, aku membuka laptopku untuk check email dan sebagainya. Tetiba, sumting di atas skrin komputer menarik perhatianku. Weather di London dicatatkan sekarang pada takat -3 darjah Celcius! Wah, sejuknyaaaa.

Aku terbayangkan, macamane dgn rakan2 di tempat lain? Jika London dikatakan kawasan yang paling panas di dalam UK pun sudah mencecah -3 celcius, macamane ngan tempat lain? Sungguh sejuk keadaan sekarang ni. Mungkin sebab itu ramai yang telah jatuh sakit dan demam.

Pesanan daripada diriku kepada diriku sendiri dan semua rakan2, jagalah kesihatan anda sewaktu sejuk2 ni. Janganla nak tunjuk power dgn berpakaian nipis, kononnya da biaser sgt dengan kesejukan ni, akhirnya, kemachoan korg akan musnah biler korg demam. Pakailah pakaian tebal2 apabila anda keluar rumah, jagalah kesihatan anda sesungguhnya kerana itu merupakan nikmat Allah kepada kiter.

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda, dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan.

Riwayat al-Bukhari

Photobucket