>

Monday, October 4, 2010

Open house demi open house

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, telah selamat menjejakkan kaki semula ke bumi London ini selepas banyak perkara berlaku, suka atau duka sepanjang sebulan yang lalu. Puas rasanya dapat beraya bersama keluarga di Malaysia. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar, singgah sebentar bersolat di Dubai dan kemudian tiba di lapangan terbang Gatwick dan tiada masalah mahupun kelewatan melalui imigresen di situ.

Syawal hampir berlalu meninggalkan kita. Sekejap rasanya, sudah hampir sebulan Aidilfitri berlalu. Namun, budaya rumah terbuka atau 'open house' yang amat galak di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya masih hangat berlangsung. Setiap hujung minggu, ada sahaja jemputan yang diterima untuk menghadiri majlis rumah terbuka mereka.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga”
(Riwayat Hadith Al-Bukhari)

Walaupun aku sudah berada di London, aku tetap tidak terlepas daripada menerima undangan demi undangan rumah terbuka di sekitar London. London merupakan sebuah bandar yang unik. Walaupun amat ramai warga Malaysia tinggal di sini, namun, semuanya duduk berjauhan, jadi, komuniti di sini kurang rapat berbanding dengan tempat-tempat lain. Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk kami berukhuwah serta bermasyarakat.

Tidak sampai seminggu tiba di London, aku sudah menerima dua jemputan rumah terbuka. Yang pertama adalah Abang Q yang tinggal di Willesden Green. Beliau bekerja di London. Alhamdulillah, ramai juga warga London termasuklah para junior yang baru sampai hadir memeriahkan suasana. Laksa Penang, kuih bakar, rendang, lemang dan nasi himpit antara yang dihidangkan. Para pelajar baru terutamanya amat teruja dan hampir menangis melihat masakan Malaysia dihidangkan di kota London.

Wajah seorang pelajar tahun satu, Izzat yang sedang merenung cabaran yang bakal dihadapi di London

Barisan first year yang menangis berjumpa makanan Malaysia

Selepas kenyang menjamu selera, para hadirin duduk tersadai.

Dari Anas bin Mali r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (alhamdulillah) sesudah makan dan minum.”
(Muslim)

Kami berborak-borak mengenai keadaan masing-masing, bertaaruf dan bertanya khabar. Selain itu, terdapat juga sedikit presentation mengenai akademik serta maklumat kesihatan NHS khasnya buat pelajar-pelajar baru London. Sungguh membuka mata.


Pada hari Ahad pula, aku sekali lagi menerima jemputan daripada seorang pegawai Maybank (oh, x ingat nama) untuk ke rumahnya di Swiss Cottage. Kami bergerak ke sana dengan menaiki bas 46 dari Warwick Avenue. Alhamdulillah, disambut dengan penuh mesra. Kelihatan ustaz Erfino sudah berada di rumah, malah sudah merasmikan upacara menghabiskan makanan!!! Sate, roti jala, nasi dagang dihidangkan. Sekali lagi, kami menangis melihat lambakan makanan Malaysia di London ini.

Pose istimewa ustaz Erfino

Nasi dagang

Roti jala


Selang beberapa ketika, makin ramai hadir ke rumahnya, rata-rata adalah pengunjung tetap majlis mingguan MSD. Tua, muda, dewasa, kanak-kanak, tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan majlis. Seronok rasanya dapat berkomunikasi dengan pelbagai lapisan umur dan pendidikan. Banyak perkara dikongsikan dan banyak pengalaman kami cedok dari mereka. Terima kasih.

Jejaka berpayung

Hujung minggu ini adalah hujung minggu yang mengenyangkan. Terima kasih semua, moga Allah membalas jasa kalian.

Kepada semua, terutamanya kepada juniors yang baru sampai, jangan mengekslusifkan diri dengan duduk sesama anda sahaja. Mix around, bergaullah dengan masyarakat yang amat luas ini, terutamanya postgrads dan mereka yang telah bekerja. Anda akan mendapat seribu satu pengalaman, mendidik anda berkomunikasi serta meluaskan lagi paradigma anda. Jangan terperuk dalam tempurung anda dan rakan-rakan sahaja. Luaskan pandangan, bergaullah dengan masyarakat.

Tuan Rumah

Kita di sini hidup berjauhan dengan keluarga. Warga masyarakat di sinilah keluarga kita. Aku yakin, semua pakcik makcik, abang-abang dan kakak2 ni amat gembira membantu kita. Tapi, kita pula perlulah rajin bergaul dengan mereka.

Minggu ini, majoriti universiti London sudah memulakan kuliyah masing-masing. Ingat, dalam kegembiraan kita sampai ke tempat baru, jangan lupa niat asal kita ke sini adalah untuk menimba ilmu. Hiruplah ilmu dari sini sebanyak-banyaknya, kerana sesiapa yang diberikan kebijaksanaan oleh Allah, mereka itu sebenarnya diberi kebaikan yang baaaanyak.

http://c0022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/2_269.png
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (al-Baqarah: 269)

Selamat berjuang semua...


Photobucket

3 comments:

aeizatism said...

update jugak akhirnye!yeay!

part menangis tu over sket la kan....

gambar terakhir tu...dlm perancangan mahu tiga jugak ke??

Jpah said...

woit, hal keluarga!!!

:p

nazrinafifi said...

=) tiga? more~