>

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya 1431 H



بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam, sekitar jam 8.10 malam waktu Malaysia, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah yang amat komited dan gigih menyampaikan amanat setiap tahun mengumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri bakal disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010 (dalam Hijrah, of course la 1 Syawal 1431 H).

Aidilfitri adalah hari kemenangan kembali kepada fitrah manusia yang suka kepada kebaikan. Selepas sebulan menjalani tarbiyah Ramadhan, amalan diperbanyakkan, dosa diampunkan, kembalilah manusia itu kepada fitrah seperti kelahirannya.

Bergembiralah di hari raya. Itu sunnah menyambutnya.

bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam kita bertakbir raya esoknya, bersama-sama kita hayati MAKSUD takbir, bukan hayati IRAMAnya. Jika yang kita hayati adalah irama takbir, pasti akan sayu hati ini. Namun, jika dihayati dengan betul pengertian takbir itu, itu adalah laungan jihad, yang membuatkan kita bersemangat.


Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,
Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya,
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.

Tahun ini, hari raya terlebih kelainannya apabila jatuh pada hari Jumaat. Marilah bersama-sama kita membaca kewajipan bersolat Jumaat pada hari raya. Walaupun mungkin di Malaysia, amalan ni sedikit tidak masyhur.

OK, selamat hari raya Aidilfitri semua....

Photobucket

1 comment: