>

Thursday, July 8, 2010

Ziarah

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuti summer ini, pasti aku tidak akan melepaskan peluang untuk berjalan-jalan sekitar Lembah Klang untuk bertemu dan menziarahi rakan-rakan. Alhamdulillah, semalam dan hari ini, aku sempat menziarahi beberapa rakan dan taulan sekitar lembah Klang ini.

Hari Isnin, awal pagi, aku menunaikan hak ibu bapa terhadap anaknya. Pada awal pagi, aku mencuci halaman rumah. Kemudian, memandu kereta ke HKL bersama emak untuk menghantar buku serta barang-barang kakakku, Nusrah. Kemudian, aku memandu pula emak ke pasaraya besar untuk membeli barang-barang keperluan haruan rumah. Menjelang tengahari, kami pulang ke rumah.

Along ingin menggunakan kereta pada petang hari. Jadi, along menghantarku ke stesen LRT STAR Ampang. Dari situ, aku menuju ke Masjid Jamek, turun dan bersolat jemaah Zuhur di situ. Masjid yang berusia lebih 100 tahun ini sungguh selesa dengan dilengkapi penghawa dingin dan turut hidup dengan tazkirah dan ceramah sebelum waktu solat. Seronok berada di masjid ini.


Dari Masjid Jamek, aku mengambil pula Putra line menuju ke Gombak. Di Setiawangsa, aku turun dan memulakan misi mencari pejabat IluvIslam. Berpandukan alamat yang diberikan Im Koyube, aku mencari dan terus mencari. Alhamdulillah, tiada masalah mencari pejabat itu. Aku disambut dengan senyuman mesra oleh Im. Apabila daun pintu pejabat dibuka, muka yang aku 'familiar' kelihatan. Beliau adalah saudara Azad Azman, sahabatku yang dahulu belajar di Cardiff.


Kami bersalaman, berpelukan dan terus berborak dengan dahsyatnya. Daripada situasi UK, koleh sampailah kepada situasi Malaysia kini. Kemudian, menjelang petang, kami makan di restoran Ali Maju sambil menunggu waktu Asar masuk untuk bersolat di masjid Muaz bin Jabal. Ceria.


Selepas Asar, aku meminta diri untuk pulang ke rumah. Seronok melihat senior-seniorku ini mempunyai kehidupan mereka sendiri.


Semalam pula, aku sempat berjalan-jalan bersama Amir Hashim Soksek KYUEM, Azeem Ubee dan Zarul, semua mereka adalah super junior KYUEM ku (batch 11). Kami berjalan-jalan di sekitar Shah Alam, makan di Pelita Nasi Kandar dan berborak-borak keadaan kolej. Terima kasih diucapkan. Korang memang best!!!

Harini aku demam, x dapat nak keluar dah, hehe....

Photobucket

No comments: