>

Sunday, July 4, 2010

Seminggu di Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, sudah seminggu aku berada di Malaysia tercinta. Pelbagai perkara perlu diselesaikan. Sungguh, rasa letih, tapi perlu juga aku lakukan.

Kekangan terbesar berada di Malaysia adalah pengangkutan dan pergerakan. Public transport, agak sukar, nak berjalan pula, x praktikal. Mempunyai kenderaan sendiri merupakan suatu keperluan di Malaysia untuk bergerak ke sana sini.

Masih teringat sms daripada ustaz Erfino ketika aku menunggu penerbangan pulang:

Jangan lupa kirim salam pada durian

Maka, antara perkara pertama yang aku lakukan sesudah mendarat di Malaysia adalah memburu durian di pasar malam. Alhamdulillah, 9 biji durian berjaya disambar daripada pakcik penjual di pasar malam. Dengan rakus, sejurus balik ke rumah, pisau diambil dan kulit durian dikopek. Kelihatan warna kuning keemasan memancar ke mukaku. Aku mengambil seulas dan memasukkannya ke dalam mulut. Terus sahaja partikel durian larut di dalam air liurku mewujudkan suatu rasa yang nikmat sekali. Kehalusan serta kelembutan isi durian itu begitu menawan hati.


Pada hari Khamis, alhamdulillah, bertemu dengan ustaz di KYUEM, ustaz Malikie, super senior Abn dan isterinya, super senior Zaffan. Kami berjumpa di jalan TAR dan makan sambil membincangkan perkembangan semasa diri, keluarga dan sebagainya. Hujan lebat petang itu, namun, aku masih diberi kekuatan untuk bergerak dari Ampang, berhenti di Masjid Jamek untuk bersolat Maghrin kemudian berjalan menyusuri jalan Masjid India untuk ke jalan TAR. Seronok rasanya dapat bertemu para senior dan ustaz.

Petang tadi pula, alhamdulillah, dapat bertemu super juniorku di IIS, Setiawangsa, KL. Diorang sebenarnya ada program Forum Comparative Religions, jadi, hari ini, sebelum diorg bertolak pulang, sempat aku singgah di situ untuk berborak-borak dengan mereka. Sempat berjumpa dengan CK (Pres MUSCOM), Hamizan (SyuMul), Furqan, Sheikh dan ramai lagi. Kemudian, setelah mereka beransur, aku, Amir, Hafidzi dan Arif Ismail (Yorke batch 12) singgah di gerai bawah untuk dinner. Seperti dijangka, makanan yang aku order adalah nasi pattaya dan fresh orange.

Setelah bersolat Maghrib bersama-sama di surau berdekatan, Amir menghantar kami bertiga ke Stesen Putra Setiawangsa. Hafidzi dan Arif menaiki Putra untuk pulang ke rumah, Amir terus memandu pulang ke Subang Jaya, aku pula menunggu abah mengambilku pulang. Alhamdulillah, seronok bertemu super junior berborak2 dgn mereka.

Esok pelannya nak berjumpa presiden IluvIslam merangkap super senior KYUEM, Im Koyube. Moga tidak penat dan moga diberi kekuatan...

Photobucket

No comments: