>

Tuesday, January 5, 2010

Sungguh Cepat

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku membelek telefon bimbitku tatkala mendapat mesej dari rakanku. Ntah kenapa, tangan aku pantas plak menekan button touch screen menuju ke phonebook. Ku lihat nama2 yg dahulunya masih berada di London, kini, masing2 sudah pulang ke tanah air. Isa, DZ, Bun, Apak dan Faris Fasri, antara watak yang aku rindui.

Mengharungi suhu -3 celcius kota London, aku berjalan sayu ke kedai runcit depan rumah. Aku pantas mengambil sebungkus roti, sebotol susu dan satu peanut butter, lalu pergi ke kaunter untuk membayar.

Aku berjalan menuju ke rumah. Aku lihat tingkap rumah yang bercahaya. Inilah rumah pertama di UK yang aku lawati, dan kini, aku menetap pula di sini. Masa berlalu amat pantas. Sekejap jer, dah hampir setahun lebih aku melanjutkan pelajaran di kota London. Beberapa ketika nanti, tibalah masaku untuk bergelar pelajar tahun akhir. Pulang ke Malaysia menggalas tanggungjawab yang lebih berat kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. Adakah aku dah bersedia?

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana waktu cuti winterku ini dimanfaatkan dengan berprogram. Pergi ke Telford untuk ke Fuiyo sebagai AJK memang meletihkan. Di kala para peserta menikmati duvet, katil dan heater yang selesa, kami, AJK terpaksa tidur di lantai hanya dengan sleeping bag. Namun, kemanisan memberi itu terasa juga. Kami dihangatkan dengan ukhuwah antara kami. Time ni la nak berborak, rapatkan ukhuwah. Best.


Pengisian Fuiyo memang mantop sekali. UZAR dan ustaz Maszlee memang tidak mengecewakan. Ditambah pula MC yang pandai buat lawak, iaitu Joegrimjow dan Cha. X kering gusi para peserta. Aku dan Syakir (dan Alia) bertanggungjawab mendokumentasikan perjalanan program dengan gambar dan video. Seronok kami pabila tengok peserta gembira.

Akh Mas Afzal dan Fawwaz juga memberikan pengisian yang menarik sekali. InsyaAllah, video2 pengisian akan aku upload dalam laman web rasmi Fuiyo untuk tatapan bersama. What U Give, U Get Back!


Walaupun winter kali ini, aku tidaklah ke tempat2 menarik, tapi bagi aku, yang paling berharga adalah menimba ilmu baru dan bertemu rakan2 baru, mahupun lama. Kemanisan berprogram itu lain berbanding bertemu di luar program. Terasa xnak balik ke London plak, hehe. Nak cuti selamanya, walaupun tidak feasible angan2ku ini.

InsyaAllah, akan ber'imtihan' minggu depan. Doakan daku!!!

Photobucket

2 comments:

Pacat said...
This comment has been removed by the author.
Jpah said...

khalil misteri, x bercakap pun