>

Tuesday, January 5, 2010

Mereka Sudah Berpergian

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas solat Subuh, mata khusyuk membaca nota Molecular Biology sambil tangan membelek2 helaian buku dan nota. Pagi ini sungguh sunyi sekali. Tiada lagi keriuhan dalam rumah, tiada lagi bunyi bising dari dapur. Suhu -3 darjah celcius seolah-olah membuatkan keadaan menjadi lebih kaku.

Semalam, selepas Iqtidar keluar dari rumah, Faris dan Famy pula memulakan perjalanan mereka ke Oslo, Norway. Pada pukul 9.45 malam semalam, tinggallah aku berseorangan di rumah. Pilu hati ini ditinggalkan. Namun, apakan daya, tanggungjawabku terhadap pelajaran itu lebih utama daripada keseronokan diri semata-mata.


Tinggallah aku dan Pokloh di rumah. Lapworth yang kebiasaannya bising dan meriah, menjadi sunyi sepi ibarat tiada penghuni. Seawal pagi, aku memanaskan kari yang dimasak semalam lalu dicicah dengan roti. Itulah sarapanku hari ini. Alhamdulillah, rezeki di awal pagi. Entah apa lah yang sahabatku di Norway tu makan.

Tahun kedua Bioteknologi di Imperial amat berbeza sekali. Tahun ini, final exam dipecahkan kepada 3 sesi. Sesi pertama, selepas cuti winter, sesi kedua, selepas cuti easter dan sesi ketiga, sebelum cuti summer. Kebaikan buat camni adalah, otak aku tidak crammed untuk stadi sume benda sekaligus. Namun, keburukannya adalah, waktu cuti aku terpaksa dikorbankan untuk mengulangkaji pelajaran. Xpelah, sabar saje.....

Dengar citer di Oslo, suhu terendah mencecah -20 celcius. Entah bagaimana kawan2 ku itu survive di sana. Kata mereka, cabaran namanya. Bila lagi nak merasa suhu sesejuk itu? Semalam, Famy dan Faris ke Lillywhites untuk membeli peralatan yang sepatutnya. Baselayer, gloves dan sebagainya dibeli bagi menghadapi suhu sesejuk itu.

Moga korang selamat selama pemergian korang ke sana. Moga perjalanan ini diberkati dan moga korg mendapat ibrah di sebalik pemergian ini. Itulah tarbiyyah kepada diri agar menjadi lebih baik. Di samping itu, jangan lupa buah tangan untuk orang di London ni.....

Salam dari Lapworth

Photobucket

3 comments:

alayyubi said...

sudah lama tak ketemu semua. iA, yg terdekat kita jumpa!

Jpah said...

maklumlah, orang dah berkahwin, ibarat masuk ke dalam dimensi berlainan.....

john said...

jepah, sejak bila kau concern pasal famy dan faris ni? hrmmm..=)