Sunday, April 19, 2009

Ta'adud Jemaah: Pengertian dan Hakikat

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru balik dari Paris, agak keletihan ditambah dengan badan tidak sihat. Mungkin akan update berkenaan jaulahku kemudian, bila da makin ok. Sementara tu, nak berkongsi ilmu berkenaan taadud jemaah yg pernah aku post dalam Serambi Dakwah dulu.....

Ta’addud Jamaah bermaksud berbilang-bilang jamaah.

Menurut Al-Imam Asy Syafie di dalam kitabnya ‘ Ar-Risalah’ merengakan bahwa : mengikut fahaman saya terhadap Rasulullah saw:

“Wajiblah kamu bersama-sama Jamaah Islam dan kepimpinan mereka”

Bahawa gerakan Islam itu sepatutnya satu sahaja. Walaupun demikian sabda junjungan dan pendapat para ulama’ yang muktabar tetapi kenyataannya tidak sedemikian khususnya di Negara kita. Di Negara kita ini terdapat bermacam-macam jamaah yang menamakan jamaah mereka dengan gerakan Islam.

HAKIKAT PERBEZAAN DAN PERSELISIHAN

Sebenarnya, apabila diteliti sebab wujudnya pelbagai jamaah dan memerhati tabiat kemunculannya, kita akan dapati bahawa kebanyakannya berpunca dari perbezaan manhaj dan cara bekerja para daie. Mereka memilih jalan yang difikirkan paling sesuai dan lebih dekat untuk mencapai matlamat, berpandukan nas-nas al-Qur’an dan al-hadith dan membuat beberapa penyesuaian mengikut keperluan semasa.

Para nabi telah diutuskan ke atas muka bumi ini dengan manhaj dan syariat mereka yang berbeza. Firman Allah swt dalam Al-Maidah 5:48.

“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur’an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,”

Kita meyakini bahawa perbezaan ijtihad yang didasarkan kepada al-Qur’an an as-Sunnah samalah dengan perbezaan manhaj para nabi dan syariat mereka dalam sesetengah perkara, sedangkan agama mereka sama. Firman Allah swt Al-An-am 6:161

“Katakanlah: “Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, (yaitu) agama yang benar; agama Ibrahim yang lurus; dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik”.”

dan an-Nahl 16:123.

“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): “Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif.” dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.”

Kepelbagaian manhaj inilah yang telah mempengaruhi cara berfikir para pendakwah hai ini. Hal ini telah mengajak mereka untuk berijtihad berdasarkan pemahaman mereka terhadap nas-nas al-Qur’an dan al-Hadith. Ijtihad ini sendiri mungkin tepat dan mungkin tidak tepat. Jadi ia mempunyai ruang untuk perbincangan dan kritikan.

Hasil daripada perbincangan di atas menjelaskan bahawa di sana terdapat kepelbagaian dan perbezaan yang telah menjadi fitrah manusia. Walaubagaimanapun ini tidak menafikan perpaduan yang dituntut serta larangan perpecahan ummah kerana perbezaan dalam persepsi ini sememangnya suatu yang diharuskan oleh syara’ dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan.

Photobucket

Thursday, April 9, 2009

Amrullah - Xifu

بسم الله الرحمن الرحيم

Sumber hadis : Musnad Imam Amad
Lagu : Xifu Naser (Nature Records Publishing)
Lirik : Xifu Naser (Nature Records Publishing)




لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي
عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ



Photobucket

Kembali Berseorangan

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah hampir 10 hari berkelana sekitar United Kingdom, hari ini, semuanya kembali normal bagi diriku. Aku kembali duduk di hadapan laptop, berseorangan di tingkat 3 Fisher Hall, Evelyn Gardens ini.

Baru petang tadi, dua orang sahabat yg melawat London, yang telah menemankan aku tour sekitar UK akhirnya pulang ke tempat masing-masing. Hafizuddin meninggalkan London pada jam 1.30 petang ke Coventry menaiki Megabus manakal Syafiq berlepas ke Cardiff ada jam 2 petang juga dgn syarikat bas yang sama.

Royal Albert Hall

Imperial College London

3 hari mereka berada di London, rasa bersalah aku apabila tidak banyak tempat sempat kami pusing bersama di London. Maklum sajalah, London ni besar, mmg x cukup 3 hari 2 malam. Lenkali, kalau datang London, pastikan at least 7 hari tau!

Stamford Bridge

Kami berpusing sekitar London. Pada hari kedua mereka, awal2 pagi, kami bergerak ke Stamford Bridge. Kemudian, berhasrat untuk ke Natural History Museum. Namun, barisan yg teramat panjang menyebabkan kami membatalkan hasrat lalu kami bergerak ke Waterloo.

Sekitar Westminster dan Waterloo

Tower Bridge

Tertarik ngan persembahan pakcik ni

Waterloo famous dengan tempat rekreasi keluarga. Di sini, terdapat banyak manusia yang berpakaian dan mekap seakan-akan patung. Sungguh menarik. Terdapat juga pelbagai persembahan menarik daripada street performers di sini.


Emirates

Selepas solat dan lunch di MSD, kami bergerak pula ke Emirates, iaitu stadium pasukan Arsenal. Berpusing2 dan mengambil gambar lompat di situ (favourite Syafiq dan Hafizuddin).

Kepada Hafizuddin dan Syafiq, maaf andai tersinggung perasaan korang sepanjang perjalanan kita, dan maaf andai layanan di London kurang memberangsangkan....

Aku yg keletihan

Photobucket

Tuesday, April 7, 2009

Back In London

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, setelah 10 hari meninggalkan kota London, akhirnya, hari ini, aku kembali semula ke bandar yg amat ku rindui ini. Sungguh letih rasanya badan ini, namun, puas kerana dapat berjalan menimba ilmu dan pengalaman sambil bertemu rakan-rakan.

Flashback...

Pada hari kedua di Manchester, aku, Syafiq, Hafizuddin dan Najib menaiki bas ke Old Trafford dari Piccadily. Perjalanan ke Old Trafford mengambil masa lebih kurang 20 minit. Disebabkan keletihan, beberapa kali aku tersengguk-sengguk mengantuk.

Di Old Trafford, Alhamdulillah, kami berjaya untuk mendapatkan tiket stadium tour. Kami di bawa masuk ke dalam stadium, di bawa masuk ke padang, tempat duduk, bilik persalinan pemain, dan sebagainya. Agak menarik kerana dapat membayangkan kehidupan pemain bola di Manchester.


Setelah puas meronda sekitar stadium Old Trafford yg penuh sejarah itu, kami bergerak pula ke Trafford Centre. Untuk pengetahuan, Trafford Centre ni adalah sebuah shopping complex yg amat besar, ala2 Mid Valley. Saje je aku bawak diorg ke sini untuk menunaikan solat. Alang2 berada di situ, kami meronda2 mencari makanan dan membeli-belah.

Kami balik ke rumah, keletihan dan berehat untuk perjalanan ke Liverpool keesokan harinya...

Awal2 pagi, kami menaiki bas untuk ke Piccadily. Najib tidak mengikuti kami ke Liverpool, beliau trus pulang ke Warwick yg indah berseri. Tinggallah rombongan kami terdiri daripada aku, Syafiq dan Hafizuddin. Perjalanan ke Liverpool menaiki tren mengambil masa lebih kurang satu jam. Kami dijemput mesra oleh Pali dan trus dibawa ke Chicken Bazooka untuk menikmati lunch kami.

Kemudian, kami dibawa ke bilik penginapan kami, yakni bilik Pali sendiri. Bilik Pali 'just nice ar', cukup2 je untuk kami berempat tidur. Setelah berehat beberapa minit, kami keluar ke masjid dan bertemu Shuib di sana. Shuib join kami berjalan ke Alberts Dock.






Liverpool Day 1

Ibarat kata Pali, angin di Liverpool sepoi2 bahasa. Namun, apa yg dapat aku rasai, ini bukan sepoi2, ini macam taufan dah. Kelajuan angin ni menyebabkan cuaca menjadi agak sejuk. Namun, ini tidak membantutkan kami bergambar di Alberts Dock. Kami juger semat masuk ke Muzium Maritim untuk belajar dan menghayati sejarah Titanic.

Hari kedua di Liverpool, kami menerima seorang lagi ahli rombongan, yakni saudara Famy dari Greenwich. Trus kami bawa beliau menaiki bas 1 ke Chester. Tujuan kami, Blue Planet Aquarium, kerana menurut Syafiq, ini merupakan aquarium terhebat abad ini. Setelah puas melihat hidupan akuatik, kami bergerak ke Cheshire Oak.

Di sini merupakan kedai2 barang berjenama dengan harga yg agak murah. Aku sempat membali sepasang bag regatta.

Hari ini sampai ke London setelah hampir 6 jam perjalanan. Letih kerana bawa mereka berjalan sekitar London pula. Esok pasti lebih mencabar.......




Liverpool Day 2

Photobucket

Saturday, April 4, 2009

Manchester Day 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada pada Khamis, 2 April 2009, aku, Syafiq, Hafizuddin dan Najib (beli tiket last minute) bertolak ke Manchester. Pengembaraan menjelajahi UK diteruskan ke Manchester. Untuk pengetahuan, sewaktu kedatangan kami ini, tiada kenalan kolej di Manchester. Menggunakan segala kabel yg ada, kami menumpang di rumah Faisal.

Setibanya kami di Manchester setelah 3 jam menaiki Megabus, kami terus menaiki bas 111 untuk ke Rusholme. Setibanya di rumah, kami disambut mesra oleh Faisal dan terus kami membuka bubur yg chef Hafizuddin telah masak dari Warwick. Best2.


Setelah agak kekenyangan dan bersolat, kami bergerak ke universiti. University of Manchester ni agak unik bangunannya. Main building dia agak klasik dan cantik (x macam Imperial yg busan). Puas bergambar di sekitar universiti (gambar melompat tidak dilupakan).


Kemudian, kami menaiki bas pergi ke Piccadily. Kami berlegar di sekitar Piccadily bagi menunggu perut kami lapar. Biasala, sudah target untuk makan malam di Rusholme. Manchester sungguh menarik dengan rakyat Manchester yg sungguh mesra! Hafizuddin yg memakai baju Arsenal beberapa kali ditegur, hehehe.

Are you an Arsenal goalkeeper, perli seorang warga Manchester....

Setelah busan berlegar di sekitar Piccadily, kami pun bergerak pulang ke Rusholme. Di sini, dapat dilihat juga satu lagi daya tarikan Manchester. Aku terdengar seorang makcik yg beri ceramah di tingkat bawah bas.

Kami bertemu Hassan dan Alwi dalam bas. Memang kitorg da plan utk makan dinner bersama. Setelah bersalaman dan berkenalan, kami turun di Rusholme dan makan di sebuah kedai yg aku x ingat nama. Tapi milkshake die mmg terbaik! Faisal turut join tidak berapa lama kemudian.

Hassan dan Hypo

Kemudian, setelah berpisah dengan Hassan, Alwi dan Faisal, kami berempat berlegar sekitar Rusholme. Mula2, pergi ke Jazeera dan makan nasi yg banyak dan murah. Next, pencuci mulut, kami makan aiskrim di Moonlight. Seronok duduk sini, bleyh gemok sbab mudah sangat cari makanan halal!

Itulah cerita hari pertama di bumi Manchester ini.........


Photobucket