Friday, February 13, 2009

Revision Week

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan kami akanmenghadapi final exam pada Jumaat depan, maka, kami diberikan seminggu cuti untuk membuat ulangkaji. Minggu ini dipanggil Revision Week, tiada apa-apa kelas mahupun lectures yg perlu kami hadiri.

Biological Chemistry, akan ku temu engkau di medan perang Jumaat depan, harus aku bersedia....

Photobucket

Wednesday, February 11, 2009

Tell Me Why - Declan Galbraith

بسم الله الرحمن الرحيم

Menceritakan persoalan seorang kanak-kanak tentang semua kerosakan yang manusia telah lakukan di atas muka bumi ini....




In my dreams, Children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue, the fields are green
And laughter is the language of the world
Then I wake and all I see is a world full of people in need

Tell me why,(why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why

Every day, I ask myself
what will I have to do to be a man
Do I have, to stand and fight
To prove to everybody who I am
Is that what my life is for?
To waste in a world full of war

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why,(why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Just tell me why (why, why, why)

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why (Why why, does the tigers run?)
Tell me why (Why why, do we shoot the gun?)
Tell me why (Why why, do we never learn?)
Can someone tell us why we let the forests burn

(why why do we say we care?) tell me why
(why why do we stand and stare?) tell me why
(why why do the dolphins cry?) tell me why
can someone tell us why we let the ocean die

(why why if we're all the same?) tell me why
(why why do we pass the blame?) tell me why
(why why does it never end?)
can someone tell us why we cannot just be friends (x2)

why why?

Photobucket

Tuesday, February 10, 2009

Header Baru ...... Lagi?

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah hampir sebulan bertahan, akhirnya, sekali lagi, header blogku bertukar. Orang cakap, hidop ini umpama roda, adakalanya kita di atas, adakalanya kita di bawah. Begitulah jua dengan gambar2 pilihanku. Adakalanya aku akan pilih, namun, kedatangan gambar baru membuatkan aku akan lebih prefer gambar itu. Bolehla dikatakan 'habis madu sepah dibuang' hehehe.

Gambar diambil di Manchester

Digantikan dengan gambar ini yang aku ambil dari blog ustaz Erfino. Gambar ini diambil di Greenwich. Lihatlah senyuman mesra semua dalam gambar tu. Sronok2....

Dari kiri: Faris, Pali, Shah, Famy, aku dan Iman

Kredit to Ustaz Erfino.....

Kenapa aku suka gambar header baru nih? Pertama, simetrinya gambar ini apabila 4 orang yang bercermin mata duduk di bahagian tepi, mengapit 2 orang lagi yang tidak bercermin mata. Kedua, simbolik gambar ini apabila berselang-seli antara pelajar Greenwich dan pelajar Imperial College, menggambarkan betapa rapatnya kami, hehehe. Ketiga, latar belakang rumput hijau tu menyejukkan mata memandang....

Wallahu'alam...

Photobucket

Grenwich Part 2: Gambar

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar tambahan di Greenwich yang diambil dari blog ustaz Erfino (suka amat gambar2 nih)


layak buat cover album nasyid, huhuhu

Photobucket

Monday, February 9, 2009

GMT 0

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti dalam rancangan, hari ini, kami, warga Central London akan melawat warga di Greenwich, bandaraya Islam. Jadi, setelah plan dibuat, kami dari Central bergerak ke Greenwich dgn agak lancar, Alhamdulillah. Pada jam 2 petang, Atase Pendidikan MSD, Ustaz Erfino sampai di pintu rumahku untuk mengambil kami menaiki kereta Toyota Estima ke Greenwich. Rombongan dari Central terdiri daripada Ustaz Erfino, aku, Shah dan Faris Husaini (mcm Akmal)

Gambar atas: Encik Tomtom
Gambar bawah: Ustaz Erfino

Syukur ke hadrat Illahi, sbab hampir seluruh perjalanan kami agak lancar, walaupun terdapat sedikit gangguan di sesetengah perjalanan. Aku, Faris dan Shah berasa amat excited kerana dapat berjalan-jalan di sekitar London dgn menaiki kereta, bukannye senang dapat peluang ni, tambah pula, FREE!


Kami sampai ke University of Greenwich lebih kurang jam 3 petang. 3 warga Greenwich, Famy, Iman dan Pali menyambut kedatangan kami. Untuk pengetahuan, ni kali kedua aku dan Shah datang ke Greenwich, kali pertama adalah ketika bulan Ramadhan yg lalu, itupun terlalu letih nak berjalan banyak, huhuhu.

Subhanallah, lawanya...

Kami dibawa berjalan oleh tourist guide kami, selepas solat Asar, berpusing2 sekitar University of Greenwich tu. MasyaAllah, walaupun dah pernah datang, aku tetap kagum dan suka dgn senibina di Greenwich ni. Seperti terasa di zaman dahulukala. Ustaz Erfino cakap,

Kalau cakap kat Rome pun org percaya ni...

Huhuhu, sungguh best. Disebabkan Greenwich ni terletak di pinggir sungai Thames, amatla kuat angin bertiup, sejuk sungguh, terasa kebas telinga dan tangan kami.

Di pesisir sungai Thames (tahniah kepada Famy, juara membaling
batu loncatan)

Warga Greenwich: Famy, Pali dan Iman

Warga Central: Shah, Ustaz Erfino, aku dan Faris

Kemudian, kami dibawa pula ke Painted Hall, di mana menurut tourist guide kami, semua muka Mathematicians terkemuka kecuali Newton berada di sini. Agak unik dewan ini, dengan meja makan ala2 Harry Potter, ditambah pula dengan dinding dan siling yg penuh dgn lukisan.

Painted Hall

Perbincangan di meja makan ala2 Harry Potter

Aku, Ustaz Erfino, Famy dan Iman


Lpastu, kami dibawa pula ke sebuah church. Di sini, kami diberitahu tentang perihal University of Greenwich ni. Rupa-rupanya, dahulukala, universiti ini merupakan hospital untuk merawat Royal Navy, lama kelamaan, dinaik taraf jadi universiti.

Dalam Church

Lepas puas berjalan di sekitar University of Greenwich yg unik ini, kami dibawa ke tempat wajib pelancong ke Greenwich, iaitu garisan Meridian Greenwich. Walaupun terpaksa mendaki bukit securam Bukit Pangkor, namun, tetap kami gagahi untuk sampai ke sana. Kelihatan hampir separuh bukit itu masih diselaputi salji.

Di kaki bukit Royal Observatory

Alhamdulillah, kami diberi kekuatan untuk mengumpulkan tenaga keupayaan graviti kami untuk sampai ke puncak bukit itu. Di situ, kami melihat suatu garisan panjang yang merupakan Garisan Meridian Greenwich yg kiter belajar dlm geografi suatu ketika dulu. Di situ, Greenwich Mean Time (GMT) bersamaan kosong. Di situ juga terdapat satu laser hijau yang memancar ke langit menandakan garisan meridian itu.

Pancit bergambar

Rindu KL

Aku di Timur dan Barat

Selepas puas bergambar di situ, kami masuk pula ke Royal Observatory, di mana ilmu falak UK ini dikembangkan. Apa yg menarik perhatian aku adalah ketika berada di dalam sebuah bilik yg diberi nama Octagon Room, di mana segala peralatan astronomi dahulu kala dan method2 mencerap ditunjukkan. Menarik sungguh bagaimana keazaman org dahulu mencari jawapan dgn teknologi yg terhad.

Subhanallah, pemandangan di atas bukit

Famy dan Shah

Disebabkan kereta hanya dibenarkan parking smpi pkol 5 petang, kami bergegas turun dari bukit dan menuju ke kereta. Iman mempunyai kerja seidikit, jadi, kami berpisah dgn beliau di luar National Maritime Museum. Kami menuju ke sebuah kedai ala2 PFC di Bayswater untuk makan dinner.

Faris tersenyum lebar, dapat makan

Sungguh kenyang kami makan ayam2 itu. Huhuhu, setelah kekenyangan, kami, warga Central berpisah dengan warga Greenwich. Kami terus menuju ke MSD di Queensborough Terrace untuk bersolat Maghrib.

Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Erfino sebab membawa kami ke Greenwich tanpa sebarang bayaran, dan juga kerana belanja kami makan dinner!

Terima kasih kepada Famy, Pali dan Iman kerana sudi meluangkan masa berharga korang melayan kerenah kami

Terima kasih juga kepada Encik Tomtom kerana menyediakan navigasi yg cekap dan tepat untuk mengelakkan kami tersesat.

Terima kasih warga Greenwich, panjang umur, kiter jumpe lagi!!!

Kepada yg masih blom pegi Greenwich, pegila, x kan menyesal....

Kenangan indah di Greenwich yg xkan aku lupakan!

Photobucket

Sunday, February 8, 2009

Kenangan Bakti Kenyalang

بسم الله الرحمن الرحيم

Tetibe tergerak hati untuk tgk balik gambar2 semasa Bakti Kenyalang 2007 yg kami, MUSCOM 0708 anjurkan di Sarawak. Sronok zaman2 tuh...





Photobucket

Friday, February 6, 2009

Easter Break: Ke Mana?

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa minggu dahulu, sewaktu cuti musim sejuk baru sahaja berlalu, aku dah terdengar berita2 dari rakan2ku, yg mereka sudah membuat perancangan untuk cuti musim bunga yg akan datang. Siap da beli tiket dan penginapan! Maju sungguh perancangan itu.

http://www.fhr-net.co.uk/imgs/news/easyjet_forecasts_strong_bank_holiday_traffic.jpg

Ada yg akan ke Itali, ada yg akan ke Turki, ada yg akan ke Prague, malah, yang paling bagus adalah yg ingin menunaikan umrah (wajib bagi org yg berkemampuan, ingat!). Tapi, hari demi hari, minggu demi minggu berlalu. Aku, masih tiada rancangan apa2 untuk bercuti ke mana2. Bukannya x berminat untuk bercuti, tapi, semua org dah buat plan tanpa mengajakku, sdeyh, tinggallah aku keseorangan.

Mungkinkah cutiku nanti hanya akan berjalan di London? Keseorangan berjalan menaiki tube dan bas double decker merah nih? Atau mungkin terperuk di bilik, melancong ke tempat2 seluruh dunia di depan komputer sahaja?

Angkat tangan siapa yg xde plan lagi, jom!!!!

Adakah aku sudah terdesak???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-hqEWkcnPaLgDG9CzlKmoThGkCtmvclRe4iaQnMnmoM4PvCzzg8bO2rBM6FDonYL9JJzcRtudcSJv5JTRO_F49pF9QMMRsGJNV6H_Zx-ju_-WIvcICpFyZbDAewgG9NwnQ2E93W6GGLyn/s400/poetic_sad_sorrow.jpg
Sekali lagi, aku cilok dari blog sahabatku, HanRi. Bleyhla usha
profile kacak beliau di bahagian followers blogku, heh.

Photobucket

Thursday, February 5, 2009

Krisis di Perak

بسم الله الرحمن الرحيم

http://rencanarakyat.com/wp-content/uploads/2008/09/pakatan-rakyat.gif

Sesekali aku menjengah main stream media, penuh berita sensasi tentang perkembangan politik di Perak. Aku jengah pula media alternatif seperti Malaysiakini, pun penuh juga dengan berita politik Perak. Lompat sana, lompat sini, macam katak la pulak, huhuhu. Dan ada ura2 untuk pembentukan kerajaan baru dan sebagainya. Apa komen aku?

Memetik ayat al-Quran:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah : Ya Allah Ya Tuhan..... Raja yang memiliki Kerajaan ( di dunia dan di langit ) Kau mengurniakan kerajaan kepada siapa yang Kau kehendaki dan Kau menyentapnya dari siapa yang Kau kehendaki dan Kau muliakan sesiapa yang Kau kehendaki dan Kau menghina sesiapa yang Kau kehendaki di dalam genggamanMu segala Kebaikan sesungguhnya Kau Maha Berkuasa di atas segala suatu
Ali Imraan : 26

Kepada semua pihak, harap bersabar. Bersama-sama kita mendoakan dan berusaha supaya walau apa yang berlaku, Islam tetap dijulang....

Photobucket

Wednesday, February 4, 2009

Tabahlah Wahai Diri

بسم الله الرحمن الرحيم

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtqR8utdgNhEja2MR8_BphcnwFG04cao2QYLVYp1qwVABnrljmD4jl2xvp9LBcWZisnxNxA6fNVdwlOgwnY38qL1Z_1q_CvbZFyXdKQS-8917NL1pUgsO8M7MLp1WeiVBFgDELovel6w62/s400/lonely.jpg


Ya Allah, selimuti diriku dengan sutera kasih sayangMu,
Agar lena aku bermimpikan syurga yang indah abadi,
Apabila ku terjaga, dapat lagi ku rasai,
Betapa harumnya wangian syurga Firdausi, oh Illahi....

Tidur dulu, moga esok lebih baik dari harini..
Photobucket

London Pasca Salji

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah semalam salji menebal menuruni kota London, semua itu berakhir hari ini. Apabila aku bangun pagi, aku lihat luar jendela, ternampak saki-baki salji yg semakin mencair sedang masa berlalu.

Pandangan luar jendelaku

Hari ini, kelas berjalan seperti biasa. Walaupun sesetengah department seperti department Mechanical Engineering dan Electric n Electronic masih lagi bercuti hari ini, namun, kuliahku berjalan seperti biasa.

Walaupun salji mule mencair, terdapat saki-baki salji yg mengeras di jalanan yg membuatkan jalan menjadi amat licin. Kami harus berjalan berhati-hati untuk mengelakkan tergelincir. Letih jugakla berjalan mcm ni.

Jalan yg amat licin

Walaupun hanya sehari dapat bermain salji, aku bersyukur kerana Allah memberikan peluang kepadaku untuk menikmati pengalaman salji tebal, DI LONDON!!

Sedikit Statistik berkenaan fenomena salji luar biasa di London semalam:

1) Semua lapangan terbang sekitar London (Heathrow, Luton dsb) ditutup sepenuhnya

2) Hampir semua penerbangan dibatalkan menyebabkan beribu penumpang terkandas

3) Semua perkhidmatan bas dalam London dihentikan

4) Semua perkhidmatan keretapi bawah tanah (tube) dihentikan, menyebabkan jutaan warga London x dapat pergi ke tempat kerja dan sekolah. Kerugian dianggarkan 40 juta pounds

5) Hampir 300 institusi pendidikan di London ditutup (termasuk Imperial, hehehe)

Photobucket