Friday, October 17, 2008

Lunch di Evelyn Gardens

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini hari Jumaat. Hari yg ditunggu-tunggu oleh ramai orang, sebab hari ni hari terakhir dalam minggu ni di mana ade kelas dan lectures. Selepas habis harini, tibalah hujung minggu yg amat ditunggu-tunggu, masa untuk berehat. Namun, selaku seorang Islam, adakah lagi waktu untuk kiter berehat?

Tanggungjawab yang dipikul melebihi masa yang kita ada

Fikir2kanlah.

Huhuhu, harini, ade 2 jam lecture je. Satu Molecular Biology yg amat best, sbab lecturer yg amat best dan lawak dan seronok dan ceria dan sebagainya. Xdela busan sgt, dgn beliau yg suke berseloroh, rasa sekejap je sejam dlm lecture tu. Kemudian, tibalah masa untuk subjek yg lebih berat, Biological Chemistry oleh Prof Drickamer. Pening blaja pasal energy level, entropy dan sebagainya. Namun, still happy sbab xde assignment untuk minggu ni (yet).

Daging halal di Sainsbury

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(al-Baqarah: 168)

Ingat x, dulu aku pernah cerita yg salah seorang penghuni Evelyn Gardens ni, iaitu Aishafat yg hanya menyediakan bahan, di mana aku dan Shah yg terpaksa
masak? Nampaknya, cerita ni telah memburukkan reputasi beliau di UK dan juge di Malaysia. Jadi, harapnya, post kalini dapat memperbaiki reputasi beliau ini.

Kisahnya begini, kami abis kelas pada jam 12 tghari. Disebabkan solat Jumaat terdekat adalah di Union Hall, Imperial College, maka, bebudak laki ni yakni aku dan Shah x balik ke bilik. Namun, Aishafat sudah pasti balik ke bilik. Jadi, aku berseloroh ngan Shah:

Wei, telefonla Fat, suruh die masak, nanti balik kite makan je

Memang niat aku cakap tu, hanya gurauan semata-mata. Namun, Shah dgn pantas mengambil telefon beliau lalu menelefon Fat. Dengan mulutnya yg separa laser itu, beliau berjaya meyakinkan Fat untuk menyediakan makanan untuk kami.

Selepas selesai solat Jumaat, aku dan Shah berjalan pulang ke hall kami di Evelyn Gardens tercinta. Terus je kami pergi ke dapur Southwell yang biasenya meriah itu. Tapi, harini, kosong plak dapur nih. Mungkin org lain ade kelas kut. Jadi, Fat membuka sebuah periuk dan aku mendapati sup ayam yang nampak mcm sedap. Shah menuang skit sup tu untuk diuji kesedapannya. Ternyata, reaksi Shah amat positif.



Nasi dicedok ke dalam pinggan dan kami makan dgn happynya. Sedap, memang sedap sup ni. Tanpa disedari, licin periuk tu kami kerjakan. X syak lagi kesedapan sup ini. Terima kasih Sup Bunjut Adabi. Eh, salah, terima kasih Aishafat. Jadi, aku dan Shah meminta maaf kepada beliau atas kritikan membina yg kami berikan selama ni dan akan berusaha menaikkan reputasi beliau kembali samada di UK atau di Malaysia.

Jadi, kepada Awang Najib khususnya, untuk pengetahuan, Aishafath ni pandai memasak, jadi, bukanlah seperti yg korg sangkakan, mungkin bakat sajer yang masih belum timbul, huhuhu.

Malam ni aku dan Shah nak tido kat hall Firdaus, so, slamat memasak sorg2 Fat!!!

Photobucket

ISOC Dinner

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada pukul 5.15 petang smalam, warga2 Evelyn Gardens bersama ngan Pidah yg menumpang berlepas ke Imperial College London, South Kensington campus untuk menghadiri ISOC Dinner yang tiketnya berharga 5 pounds. Berbaloi, sbab 3 pounds utk membership, jadi, 2 pounds je utk makanan.

Namun, tika kami melewati Natural History Museum, mataku tertarik kepada wajah seorang lelaki yang sedang berbual di tepi jalan. Macam ku kenal wajah itu. Die memandangku dan aku memandangnya semula sambil tersenyum. Beliaulah En Zaki, CEO KYUEM yang baru.

Dari mana? beliau bertanya

Kitorg dari sini je, nak pegi Imperial, aku jawab. Kitorg dulu dari KYUEM

Ya Allah, En Zaki berkata lalu memanggil seorang wanita mendekati kami. Rupenya, wanita itu adalah Puan Kasthuri, kaunselor di kolej yg banyak berjasa membantu kami menguruskan university placement kami. Kami tahu, mereka akan berada di London dan malam smalam akan mengadakan perjumpaan di Paddington ngan bebudak KYUEM, tapi, x sangka plak leh jumpe kat sini.


Setelah sibuk berbual, kami meminta diri, sbab dinner kami start pukul 6 petang.

I'm so glad to see u're all OK, kata Pn Kasthuri.

OK ke? Maybe ar. Aku tersengih jer mendengar kata2 Pn Kasthuri. Kami meninggalkan mereka lalu meneruskan perjalanan ke Main Dining Hall, Sherfield Building untuk menghadiri ISOC Dinner. Namun, memandang kepada jam, sudah hampir masuk maghrib. Seperti yg diberitahu menerusi email, kami pergi ke Senior Common Room untuk bersolat jemaah di sana.


Selesai solat, kami menyerbu Main Dining Hall dan memilih meja yg paling dekat dgn makanan. Hehehe. Majlis dimulakan agak lewat, mungkin sbab masalah teknikal. Memetik kata2 president ISOC:

We have been accepted to study in a high ranking university in the UK, even in the world. We will be asked on the day of judgement, what did we do with this opportunity, whether we use it, or we waste it.

Sungguh inspiring! Selepas beberapa ucapan, majlis makan dimulakan. Lapar, kami sume makan dgn jayanya.


Menu die, agak best. Seperti disangka, makanan Arab dihidangkan. Beriyani, kambing, dan sebagainya yg aku x tahu namanya, tapi sedap ajer. Maklumlah, bkan senang dapat makan sedap mcm ni. Satu lagi yg menarik ialah Chocolate Fountain. Cara nak makan die, cocok la marshmallow ke, buah ke kat lidi, lalu, salutla dgn coklat tu. Sedap gak.

Lebih kurang pukul 9, kami berjalan pulang ke rumah dgn perut yg kekenyangan. Perut kenyang, hati senang, mata ngantuk, terus tido, hehehe....


Photobucket

Wednesday, October 15, 2008

MCB 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Apakah itu MCB 1? Adakah sejenis biskut? Adakah sejenis permainan? Adakah sejenis pengangkutan. Anda salah! MCB 1 adalah sebuah subjek menarik yg nama penuhnya ialah Molecular Cell Biology 1.

What it is all about? As the name suggested, sumenya pasal Cell Biology la!!! Smalam ade lecture psl ni oleh Prof Neil Fairweather. Still menyentuh benda2 principle n simple, xdela pelik2 sgt. Sumenya boleh difahami.






Dan pagi ni plak, ade session pengenalan kepada library. Simple je session ni. Dijadualkan abis pkol 10.30, tapi pkol 10 da abis. Yahoo!!! Dan kalau dikira2 dgn jari tgn, aku dah buat beberapa kawan international. A girl from China, a guy from Hong Kong dan a guy from Nigeria. Maksud kenal di sini bukanlah sampai tahap makan sesamer, tapi juz senyum apabila jumpe, wahahaha.

Hari ni, warga Evelyn bercadang utk merantau ke Bayswater, tujuan utama untuk ke MSD untuk ambik kad kitorg yg da siap, lpas tu nak merasa makanan Melayu dan Shah nak makan PFC yg da sekian lame x makan, huhuhu.

Minggu ni masih banyak waktu lapang. Kelas hanya 2 jam sehari. Aku pasti, minggu depan akan lebih keras dan padat.

Photobucket

Tuesday, October 14, 2008

Lunch @ Imperial

بسم الله الرحمن الرحيم

Sewaktu lunch, kala ribuan manusia di Imperial College ni sibuk mencari makanan untuk lunch, aku di library, sebab ade janji berjumpe dgn super senior Isa. Ini berkenaan dgn perjalananku untuk ke PUISI nanti.

Jadi, setelah melihat options yg ade, aku berjaya membeli tiket flight berharga GBP 0.00. Yeayy. Tapi klu campur tax, baggage dsb, maka, kena bayar 30 pounds lebih. Ciss. Tiket balik pun dah dibeli juge, online menggunakan khidmat debit card Isa. Nanti aku bayar yer!!

Ini gambar di Queen's Lawn, tempat org slalu lepak untuk lunch di IC nih:


Lpas ni xde kelas! Yeayy sekali lagi!!!
Photobucket

Praktikal dan Dinner

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini, seperti baser, pagi aku dimulakan dgn perjalanan 20 minit menuju ke kampus South Kensigton di mana terletaknya Universiti 'terchenta', iaitu Imperial College London. Dan disebabkan ketiadaan internet di bilik, terus je aku masuk ke library untuk bukak internet. Isk, cmonla pakcik ICT, cpatla betulkan internet bilik aku!!!

Harini, lepas jer abis lecture Biochemistry selamer 2 jam, aku ditinggalkan berseorangan. Pidah, Aishafath dan Sharmila xde kelas petang ni sbab kelas diorg adalah pada esok hari. Isk, maka, berjalanlah aku keseorangan di dalam Royal School of Science 1 (RCS1) itu. Aku bukak locker aku untuk amik buku nota, lab coat dan safety spectacles.

Harini juz introduction dan safety practical. Menggunakan some 'viral' solution, kami menggunakan pipette dan Gilson pipette, kami juz main2 transfer solution ke dalam bekas lain. Yg menariknya, lepas je kitorg abis buat experiment, segala bekas untuk menyimpan solution terus dibuang ke dalam tong sampah. Amat membazir!

No wonder the school's fee is so expensive

Seorang mamat Hong Kong bgtau aku. Aku hanya tersenyum je....

Sepatutnya practical 3 jam, tapi, kami abis pada jam 4 petang, sejam lebih awal dari jangkaan. Yeayy!! Jadi, aku pulang ke Evelyn Garden keseorangan....

Sampai ke hall, aku letak barang, baring jap, pastu terus ke hall Shah di BErnard Sunley untuk membuka internet dan untuk memasak juadah dinner. Telefon Aishahfath, die mencadangkan:

Aku ade spaghetti, jom buat spaghetti goreng

Aku dan Shah tergamam. Wah, spaghetti goreng. Bunyi cam sedap. Shah mencadangkan kitorg menggunakan perencah nasi goreng untuk campur ngan spaghetti goreng tu. Arh, bantaila.

Sebelum dan Selepas digoreng

Lepas digoreng, macam sedap plak. Tambah plak dgn sos cili Malaysia. Sedap gak experiment kami ni. Boleh buat lagi lpas ni. Tahniah kpd Aishafath sbab idea beliau yg pelik tapi bernas dan tahniah kpd aku dan Shah sbab berjaya masak dgn jayanya.

Photobucket

Monday, October 13, 2008

New Week

بسم الله الرحمن الرحيم

Bermula sebuah lagi minggu di sini.

Bermula sebuah lagi episod kehidupan aku di Imperial College London.

Doakan keselamatan aku dan doakan kejayaan aku di dunia dan akhirat...

Photobucket

Saturday, October 11, 2008

Melayuness

بسم الله الرحمن الرحيم

Smalam, Muiz smpi dari Birmingham ke Victoria Station. Aku dan Shah pun mengambil beliau di Victoria Station. Berjumpe dengan Pa'an senior, Syafiq Misteri dan Syarul budak Taylors. Lpas tu, kami menuju kembali ke Evelyn Gardens tempat kami duduk. Muiz dan Shah due2 tidor di hall aku yg kecil ini.

Amat sedap tidur di London ni. Suasana yg nyaman membuatkan anda nak tidur selama-lamanya. Mujur masih tersedar dengan tanggungjawab menunaikan solat Subuh. Lpas mengejutkan member2 aku nih, kami bersolat Subuh berjemaah.

Dan pagi ni, kami bercadang untuk pergi ke Chinatown. Dgr citer boleh beli barang2 Malaysia di situ. Kami bertolak ke Leicester Square. Target aku hanyalah satu, kicap manis cap Kipas Udang.


Puas kami masuk sana sini, sume supermarket kami jelajahi. Akhirnya, di sebuah kedai yg dah aku lupe namanya, bertemu juge dgn ape yg dicita. Sebuah kedai yg mmg menjual barang2 nusantara. Aku beli kicap cap Kipas Udang dan Sos Cili Maggie. Juge terdapat banyak perencah nasi goreng Adabi, Lauk-pauk Brahims dsb. Rindu makanan malaysia!!! Rindu usha logo Halal JAKIM!

Da ade stok bebarang utk masakan melayu, maka, akan menjadi semakin melayulah aku dgn masakan2 melayu. Maka, insyaAllah, akan survive aku andai ade nasi di sisi...

Balik, letih, rehat, tido!

Photobucket

Friday, October 10, 2008

A week!

بسم الله الرحمن الرحيم


Can't believe it! I survived a week in Imperial. Hahaha, have another 3 years to survive, a week seems negligible. Baiklah, skarang aku di bilik Shah, sbab bilik die mampu menyediakan connection internet manakala bilik aku nye port mengalami masalah.

Pakcik ICT, cepat betulkan aku nye connection!!!

Baik, nuff with that. Akhirnya, berakhir sudah seminggu aku hidup di Imperial College London. Tiba sudah hujung minggu yg amat dinantikan, masa utk berehat sebentar sebelum memulakan kembali aktiviti yg amat penuh minggu dpan.

BTW, smalam, ade jamuan Aidilfitri di Malaysian Hall. Wah, peluang makan makanan Malaysia secara percuma xkan aku lepaskan. Pkol 5.30, kami bertolak menaiki tube dari stesen Gloucester Road. Amat penuh tren Circle Line. Dalam pukul 6.15, kami tiba di stesen Bayswater, a place that aku dan Shah anggap sebagai 'home', mungkin sebab minggu pertama kami idop disini dgn bahagia.


Kemudian, masuk ke Malaysian Hall, jumpe amat ramai org Malaysian, obviously kan? Jumpe senior2, Imran, Anep, Akmal Beti petbro Mas, Ai, Hamid, EG, Isa, Bun, Poklah dan sebagainya. AKu gak jumpe bebudak batch aku, Apen, Fitri, Adam, Iq, Basir, Acipz, Mas, Izu, Pidah, Ika, Yaz dan sebagainya. Meriah gak, ditambah makanan yg amat banyak. Nasi beriyani, lemang, nasi himpit, kuah kacang, rendang, mihun, tepung pelita dan TEH TARIK.

Kenyang, balik dgn perut yg kembung.


Harini, selepas solat Jumaat di Union Hall, aku xde aktiviti dah. Maka, aku dan Shah balik la ke hall kami yg indah permai ini. Aku melihat baju di dalam laundry basket agak banyak, jadi penat aku memunggah baju2 tu ke basement untuk dibasuh. 38 minit diperlukan untuk membasuh dan 50 minit diperlukan untuk mengering. Yeayy, aku kaya, kaya dgn baju2 bersih, first time sejak datang UK aku basuh baju. Bangga dgn pencapaian ni....

Malam ni, super seniors Syed Ruslan nak dtg hall, nak buat sikit Usrah. Moga diri ini diperingatkan. Malam ni plak nak amik Muiz kat Victoria Station (klu kat KL, ni kedai makan, tapi kat London, ni stesen bas). Muiz datang dari Birm, maka nak tidur semalaman di sini.

Owh, kepada bebudak PNB, mesej dari Pn Rukiah,

Assalamualaikum semua, Selamat Hari Raya. Sukacita dimaklumkan bahawa perjumpaan dengan YBhg. Tan Sri Dato' Hamad Kama Piah Che Othman akan diadakan pada Ahad 2/11/2008 di Malaysia Hall dan kursus 1/2 hari juga akan diadakan pada 1/11/2008 di Malaysia Hall juga. Oleh itu, sila block your diari & make sure you all will be able to attend both programmes. Sukacita dimaklumkan bahawa kedatangan adalah di WAJIB kan. I'll email the porgramme itinerary soon.

I would like to request you all to update me your current & Contact no. as well. Please be informed also that Dr. Ilias will visit the 6 universities & the detail is as follow:-

3/11 - LSE, IC & UCL
4/11 - Oxford

5/11 - Cambridge

6/11 - Warwick


So, please arrange/make appointment with your tutor/advisor, so that Dr. Ilias will be able to meet them.
thank you.

Photobucket

Thursday, October 9, 2008

What to Say?

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini, program orientasi untuk department Biochemistry masih berjalan seperti biaser. Harini, lecture pasal Health & Safety oleh bomba, polis dan sebagainya, lpas tu, kami diberi jadual kami untuk autumn term ni.

Wut the??

Pack sungguh nampaknya jadual aku. Start pukul 10 pagi sampai 12 tghari. Lpas tu sambung dari pukul 2 petang sampai 5 petang. Hurmm, menarik gak. Adeyh, xpe2, sedangkan omputeh yg slalu mabuk ni pun bleyh success, xkanla aku xleh, provided aku mengikut nilai2 islam.

Lpas tu, ade plak sesi mengenal WebCT ataupun ape yg dah ditukar nama menjadi Blackboard. Benda ni amat berguna utk student, coz boleh download lecture notes, boleh tahu ape2 berita tentang department dan boleh jugak menjalani ujian online yg diadakan sekali sekala oleh department. Kami gak diajar cara memprint benda2 dari library. Namun, yg lainnya berbanding kolej adalah setiap muke, kami perlu bayar 3p.

Kami habis agak awal, lebih kurang jam 11.40 da abis. So, bertandanglah aku ke library untuk tgk email etc. Firdaus dan Fat plak makan lunch sandwich. Usha2 blog, ramai plak bagi feedback kepada post nangis aku tuh, hahaha. Yg menarik, pakcik2 aku pun turut memberi komen, terharu. TQ pakcu dan pakngah.

Lpas abis waktu rehat, sesi bersama buddy. Kalau nak disamakan, buddy ni ibarat petbro petsis kat kolej dulu ar, cume yg ni, ikut department, jadi diorg bleyh gak menolong kiter dari sudut pelajaran. Aku mendapat due buddy dari second year yang memasing bernama Katherine dan Ming Hoe. Bersama aku ada 4 org lagi budak yg menjadi buddy family aku. Diorg bukan main galak borak, aku nih, snyap jer la. Namun, biler si Ming Hoe tu akter die dari Singapore, excited skit aku. Aku cakap:

I'm from Malaysia

Pastu Ming Hoe tu plak excited gak, jumpe jiranlah katakan.

If you want to eat our food, go to Queensway and find a shop named Kiasu. I usually eat nasi goreng there

Aku tersenyum. Yeah2, setakat nasi goreng, aku bleyh masak sendiri (ceewaah).

Malam, xde benda menarik sangat berlaku, sehinggalah lpas Isyak. Shah lepak di bilik aku dari Maghrib sampai lepas kitorg solat Isyak. Agak banyak borak. Namun, biler Shah tertinggal kompas di meja aku, aku mengejar beliau utk pass kompas tu. Tanpa aku sedari, pintu aku telah locked. Untuk pengetahuan, pintu aku nih ade mekanisma lock sendiri apabila ditutup. Aku kaget.

Mekanisme yg membuat aku terkunci

Aku mengetuk pintu jiran sebelah aku. Keluar seorang perempuan berkulit hitam. Aku mintak kebenaran untuk menggunakan landline phone beliau. Die dgn baik hati membenarkan. Aku menelefon no warden.

Hello, I'm from room 303 and I'm locked out.

Pastu, org di telefon tu menjawab

Ok, stay there, I'll come to open the door

Lega. Namun, still cemas gak. Mujur ade Shah menemaniku di luar bilik aku. Kalau x, malu gak. Sesambil menunggu, datang 3 orang mendekati kami. Aku knal diorg ni duduk same floor ngan aku. Diorg tny

What's Up?

Aku menjawab,

I'm locked out

oh, really? I was locked out too this morning, but only with my towel. You have to be grateful to be locked out with your clothes on

Hahaha, kami sume gelak. TQ kepada diorg bertiga ditambah dgn Shah kerana berbual2 dgn aku sambil menenangkan aku. Tgh riuh berbual sampai aku lupe aku tgh terkunci, datang warden,

Who's the one who got himself locked out

Aku mengangkat tangan tersipu-sipu malu. Pastu, warden tu bukak pintu untuk aku dan aku berterima kasih. Lega. Dan rakan2 sefloor aku yg lain pun turut bergembira. Aku berfikir, diorg ni not so bad. Gaya pun macam baik, xdela teruk mane. Mesra gak. Barulah aku sedar, penting gak nak berkenalan dgn org2 sekeliling aku ni, at least, bile ade masalah, bleyh la mintak tolong diorg.

Kesimpulannya, sayangilah jiran anda....

Barangan berharga di dalam bilik

Photobucket

Wednesday, October 8, 2008

Hari Ini Pula

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, harini program makan di Hall Bernard Sunley berjalan lancar. Menu harini adalah nasi goreng kampung.

Berbekalkan perencah yg dibawa dari Malaysia, aku dan Shah menggunakan segala kepakaran amatur kami menggoreng nasi. Pastu, nak buat tambah sedap kononnya, pecahkan telur dan goreng sekali ngan nasik.

Pastu, makan dgn serunding, sos tomato, air milo dan susu coklat. Disebabkan lapar, kami makan dgn sesungguhnya. Rasa puas ati gak dapat makan nasik lagi sekali. Dan nasi kami hari ni ade rupe skit berbanding nasik semalam....


Sekadar coretan pendek dari aku malam ni....

Dah makan, kemasla kitchen

Photobucket