Tuesday, July 28, 2009

Senyuman

بسم الله الرحمن الرحيم



Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahasia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman...

Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan

Senyumlah... ...

Hati yang gundah terasa tenang
Bila melihat senyum diri kan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Itulah sedekah paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna

Senyum... ...
Senyumlah kita

Senyumlah... ...
Senyumlah penawar duka
Senyumlah penyejuk hati

Moga aku mampu senyum seperti mereka.....


Photobucket

Monday, July 27, 2009

Ke Muar

بسم الله الرحمن الرحيم

Sabtu lepas, selepas bersolat Subuh, kami sekeluarga bergerak menuju ke kampung halaman di Muar, Johor. Kami bergerak dengan dua kereta, di mana Mak Ngah sekeluarga juga menyertai krew perjalanan kami.

Aku dan Along menaiki kereta Perodua Kancil bersama2 anak buah kami (cucu mak Ngah). Dalam masa sejam setengah, kami sampai ke Bukit Piatu, Melaka. Kami singgah di rumah datuk saudaraku untuk emak dan along mengambil baju yg ditempah di situ.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Muar, melalui jalan baru. Mujur ada jalan ni, cepat dan lancar perjalanan.

Sebenarnya, tujuan balik ke kampung ni adalah kerna makcik sedaraku buat kenduri. Dalam persediaan tu, aku mcm busan plak, jadi, aku dan abah naik kreta, pegi jalan2 di area tanjung.

Di tanjung, kelihatan beberapa pakcik tgh memancing ikan. Berborak2 ngan pakcik2 tu. Menarik mendengar pengalaman orang2 lama ni. Dalam sibuk berborak, kelihatan joran seorang pakcik ni bergetar dengan dahsyat. Wah, macam besar je ikan ni. Pakcik itu menyentap joran dan memutar kekili beliau. Apabila tali tangsi sudah semakin digulung, kelihatan dari dalam air, tali itu bergerak ke kiri dan ke kanan. Hipotesis ikan besarku semakin menjadi kenyataan.


Apabila ditarik keluar, ikan sembilang yg agak besar, hampir 800 gram. Wah, x sangka di sungai Muar ni, masih wujud ikan sebesar ini. Walaupun ada orang x percaya dapat ikan sebesar ni, hurm, mungkin di Muar je kut ikan besar camni.

Pada sebelah petang, kenduri dijalankan. Macam2 juadah disediakan, pulut kuning, nasi lemak, sup ayam dan macam2 lagi, smpi aku pun dah x ingat dah. Wah, sedap sungguh, bleh montel aku lama2 camni.

Pada Ahad pagi, kami bersarapan bersama. Di Muar, ada satu juadah sarapan yg terkenal. Sate. Yer, jangan terkejut, sarapan yg femes di Muar ni mmg sate. Aku pun agak pelik, camnela sate bleh jadi makanan sarapan org2 Muar nih. Tapi, aku makan ajer ar.....

Selepas bersarapan, kami beransur pulang ke ibu kota....

Bersama anak2 buah, Azri dan Azira

Photobucket

Saturday, July 25, 2009

Undo

بسم الله الرحمن الرحيم



Far away, far away, our thoughts are ceaseless
If we can go back to those days
Of when we laughed innocently together...

It broke into pieces
It's like a work of glass
I'm gathering up pieces of my memory
You realize those important to you
After whenever you lose them

Please, please stop the time
And carve your silhouette onto my chest
If, if it's allowed
It's okay even if I sacrificed everything
For that smiling face once more...

Photobucket

Friday, July 24, 2009

Kasih Sejarak Dua Jari

بسم الله الرحمن الرحيم


kasih sejarak 2 ja...


إِنِّي مِمَّا أَخافُ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِي

مَا يُفْتَحُ عَلَيْكُمْ مِنْ زَهْرَةِ الدُّنْيَا وَزِيْنَتِهَا

Ku rasakan gelisah
Terhadap mu pabila ku tiada
Terbukalah perhiasan dunia
Kelak kau terpedaya

أَناَ وَكَافِلُ الْيَتِيم فِي الْجَنَّةِ هكَذا

Aku dan penjaga yatim piatu di syurga
Ditempatkan bersama
Kaulah teman sejati
Ini janjiku padamu

Ana wa anta
Seumpama dua jari ini

Sumber: al-Bukhari

Photobucket

Thursday, July 23, 2009

Sesape nak kemaskan desktopku?

بسم الله الرحمن الرحيم


Pening tengok desktop sendiri yg agak terabur, penuh dan x tersusun. Bukannya sibuk sangat sampai xde masa pun, aku je yg malas nak kemas desktop nih. Kalau rumah bersepah, boleh upah orang untuk kemas, kalau desktop, boleh x?

FuiYo yg bakal berlangsung winter ni. Aku dipertanggungjawabkan utk update website dan buat poster. Wah, aku x reti wordpress!!!! Tapi, aku juz gune kaedah cube jaya je. Ntah ape jadik kat website tuh, huhu. Walaupun x reti wordpress, perlu usaha juge!!!!

Musabaqah Menghafal Hadis Peringkat Parlimen Ampang. YB Zuraidah (PKR) nak anjurkan program ni. Ditakdirkan Allah, aku dipertanggungjawabkan buat design untuk buku aturcara program. Wah, aku x kreatif!!!! Blur nak design camne. Dengan Photoshop pun yg sudah lesap dari komputer. Nak beralasan lagi?

Suara al-Huda. Alhamdulillah, projek ni dah hampir siap. Semalam aku dah print prototaip newsletter ni. Amat banyak kekurangan, baik dari sudut isi mahupun design dan persembahan. Smalam dah serahkan prototaip ni kepada saf kepimpinan surau, entah diorg terima ke tidak.

Ihya' Ramadhan. Aku telah dihubungi oleh pegawai MSD UK dan Eire, Ustaz Erfino untuk buat design poster untuk program Ramadhan Celebration di MSD London. Hurm, namun, amat2 blur dan memerlukan banyak masa untuk brainstorm design ni. Ada sesape nak bantu? Huhuhu....

Program Motivasi SBPI Rawang. Biler Pn Marlina SMS aku mengatakan aku project manager, aku sudah blurrr. Jenuh aku hubungi rakan2ku, namun, ramai yg x dapat hadir. Haish, antara program yg bermasalah ni. Tinggal beberapa hari lagi.

Alhamdulillah, ada juga kerja2 aku sepanjang cuti (walaupun still banyak masa terbuang, hehehe), xdela busan sgt rasanya.

Sibuknya cuti ni, abah kata kepadaku.

Aku tersenyum. Sibuk? Oh, mungkin tidak. Aku tahu ramai rakan2ku di luar sana yg aku akui amat2 sibuk. Banding ngan aku ni, negligible sungguh. Ku imbau kembali sirah Nabi dan para sahabat. Kerdil. Mereka sibuk, ke sana ke mari, menjelajah bumi Allah ni menyebarkan dakwah. Jika dibandingkan dengan kita yg hanya duduk di depan komputer, memangla kerdil je kiter ni.

Bila abah mengatakan yg aku sibuk, aku malu. Tidak layak untuk aku claim diri ini sibuk. Hassan al-Banna x pernah pulak claim die sibuk, kan? Huhu. Memang, terkadang aku emo, tension dan mmg nak give up je. Namun, layakkah aku?

Terima kasih kepada yang menyokong, membuatku senyum dan memberikan kata2 semangat.

Berbalik kepada soalan asal, ada sesape nak kemaskan desktop aku????

Photobucket

Wednesday, July 22, 2009

Coming Soon: FuiYo

بسم الله الرحمن الرحيم

FuiYo

Nantikan updates terbaru kami di laman web rasmi kami:

Sila copy dan paste code di bawah untuk memaparkan poster di atas di blog anda semua. Jom Hebahkan.

FuiYo!!!!




Photobucket

Tuesday, July 21, 2009

KYUEM Induction Week

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada hari Rabu lepas, aku berkesempatan untuk melawat ke KYUEM. Lebih menarik apabila dapat join induction week pelajar batch 12 yg baru masuk.

Rakan seperjalananku adalah saudara Hafizuddin (Hypo) dan Fitri (Eins-10). Aku bertemu dengan Hafiz di Bank Negara manakala kami berdua bertemu dengan Fitri di Tanjung Malim. Dari Tg Malim, kami berlepas ke KYUEM dengan bayaran RM 25.


Setibanya di KYUEM, kami pantas menuju ke surau lalu menunaikan solat. Selepas duduk2, rehat jap di situ, kami terus bergerak ke admin. Maklumlah, kata orang, kalau melawat rumah orang, untuk tidak biadap, perlulah kita ucapkan salam pada tuan rumah. Kami menuju ke bilik Deputy Headmaster, Mr Azman. Excited sungguh bertemu beliau. Kami berpelukan. Kami dijemput duduk dan berborak2 dan berkongsi2 pengalaman kami di luar negara. Beberapa nasihat juga sempat kami peroleh.

Disebabkan hari yg sudah agak petang, ramai cikgu yang sudah balik, jadi kami x sempat berjumpa. Kami menuju ke surau. Mereka sedang besolat Asar. Selesai solat Asar, sesi tazkirah dijalankan seperti baser. Ustaz Maliki memperkenalkan kami kepada junior, tersipu2 hendaknya.

Lepas Asar, aku mengajak kedua2 protege SyuMulku, Syukri dan Haq untuk minum petang di kafe KYUEM. Beberapa pengalaman dikongsi.

Menjelang maghrib, sesi pengenalan MUSCOM di surau. Video2 ditayangkan dgn agak menarik. Harap2 batch 12 lebih mengenali MUSCOM.

Kami dijemput untuk tidur di rumah Mr Azman. Wow, besar sungguh banglo ini. Kami bertiga tidur di dalam sebuah bilik berhawa dingin. Mr Azman dan Puan Halijah turut membelanja kami mi goreng. TQTQ.

Keesokan harinya, seawal jam 5.30 pagi, kami keluar dari rumah Mr Azman. Kami berjalan menuju ke Musolla. Masih gelap. Kami membuka lampu, tingkap dan pintu surau. Hanya menunggu waktu masuk Subuh.

Selepas Subuh, kami lepak2 di gelanggang bola keranjang KYUEM. Program induction sedang dijalankan di situ. Kebetulan waktu tu, program 'Abang Atan' dijalankan. Amir (Presiden MUSCOM) menjalankan role sebagai senior yg garang. Aku tergelak2 melihat beliau yg berlakon garang, hehe.


Kemudian, kami bersarapan di kafe. Terserempak dengan Mr Madhadzir, lalu kami duduk bersarapan dgn beliau. Meriah juga kami berborak, berkongsi2 pengalaman di luar negara. Lepas tu, kami mandi di chalet Azali dan bersiap2, lalu terus ke ke bangunan acad. Kami singgah di Student Services lalu bertemu Pn Rog. Hampir sejam juge la kami berborak. Lepas tu, Pn Rog jemput kami untuk join program induction. Terharu dengan jemputan.


Lepas tu, kami bergerak bertemu guru2. Kami bertemu Miss Aizan, Miss Yati, Ustazah Husna, Mr Amran dan beberapa lagi guru. Seronok juger. Kami bergerak pula ke Counselling department. Bertemu dengan kak Zura dan Pn Kasthuri. Aku terharu apabila kak Zura masih ingat aku.

Huzaifah ni mana la cakap ngan perempuan

Die menerangkan kepada Pn Kasthuri. Aku terkesima. Sejak bile plak aku Counselling department ade rekod sifat2 ku?

Kami bergerak pula ke RC, lepak2 kejap dalam suhu RC yg nyaman itu. Tidak banyak perubahan.

Menjelang jam 11 pagi, kami bergerak ke Great Hall, nampaknya, super duper junior batch 12 tgh menjalani aktiviti Tower Building. Teringat kembali zaman2 kami menjalani perkara yg sama. Geli hati. Pn Rog turut memperkenalkan kami kepada junior. Segan2.


Menjelang malam, ada sesi usrah bersama super senior. Tenaga2 bantuan super senior hadir. Mereka adalah Kerul, Azri YB, Cha, Hilfi dan Akmal. Sedikit sebanyak perkongsian diberi oleh super senior. Feedback dari batch 12 pun cukup baik. Mantap2 mereka ni.

Keesokannya, selepas solat Jumaat, aku beransur meninggalkan bumi KYUEM ini.

Di sini aku belajar bukan hanya A-level, tetapi juga nilai persahabatan dan kehidupan.


Photobucket

Monday, July 13, 2009

KYUEM Nuqaba' Camp

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila dijemput untuk menjadi fasilitator Nuqaba' Camp untuk batch 11, aku bersetuju tanpa banyak bertanya. Sebab mmg aku dah berazam untuk penuhi masa cuti aku untuk menghadiri dan membantu program2 sebegini.

Pada pagi Jumaat lepas, seawal jam 8 pagi, abah menghantarku ke stesen STAR Ampang. Dari situ, aku bergerak ke Bandaraya dan membuat pertukaran tren menaiki komuter menuju ke Rawang. Dari Rawang, aku sekali lagi menukar tren menuju ke Tanjung Malim. Di sana, Izuan Pilus telah menantiku dengan van birunya.

Pilus

Peserta lelaki dijangka hanya 4 orang, disebabkan beberapa masalah yang dihadapi. Namun, hampir tamat hari pertama, hanya Syukri (SyuMul) yang hadir, sebaliknya, untuk peserta Muslimat, terdapat 15 orang yang hadir. Kagum dengan semangat mereka!

Secara umumnya, kem ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para Nuqaba' KYUEM berkenaan tanggungjawab berat mereka dalam memastikan kelangsungan Islam di kolej tersayang ini. Mereka diberikan pendedahan tentang cara melaksanakan usrah dengan efektif, ciri2 nuqaba' dan sebagainya.

Jalan masuk kem

Pada hari kedua, peserta kedua muslimin tiba, iaitu saudara Muiz. Keadaan bertambah meriah. Walaupun kami, muslimin tidak menyertai kebanyakan LDK, tapi, kami banyak mengadakan perbincangan di dorm, aktiviti2 membina ukhuwah di Tanjung Malim, dan sebagainya. Persamaan kami membuatkan kami berempat cepat mesra dan mudah masuk.

TQ kepada AJK Pelaksana program, walaupun terdapat terlalu banyak ruang yang boleh dibaiki. TQ juga kepada peserta yang sanggup mengorbankan masa cuti untuk bersama kami. TQ juger kepada penceramah yg tidak kedekut ilmu dan pengalaman mereka. Sungguh, aku sendiri mendapat input dari anda semua....

Muiz dan Syukri

Program mengemas bilik


Photobucket

Thursday, July 9, 2009

Cerita Hati

بسم الله الرحمن الرحيم


Hafiz Hamidun - Ce...

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Photobucket

Wednesday, July 8, 2009

Kembali ke SBPI Rawang

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hasrat yang sudah lama ku pendam untuk kembali ke sekolah dengan bergelar pelajar universiti telah tercapai. Pagi tadi, aku dan Ehsan telah bersama2 ke sekolah, tujuan utama untuk berjumpa guru2 dan melawat sekolah yg mengajar kami seribu ilmu dan pengalaman yang menjadi acuan untuk membentuk kami seperti sekarang.


Kami tiba di sekolah sekitar jam 10 pagi. Orang cakap, kalau masuk rumah orang, haruslah kiter beri salam dan jumpe tuan rumah dulu. Bagi mengelakkan menjadi biadap, kami menuju ke pejabat dan berjumpa dgn Ustazah Maimunah (PK HEM) dan Ustaz Kamilen (PK 1). Berborak sakan kami. Suka sungguh mereka bertemu graduan2 SBPI Rawang ni. Pelbagai pengalaman kami kongsi.

Kamu kat sana, jangan lupe solat, walau susah macam mana pun, solat la tepi2 koridor, pesan Ustazah Maimunah.

Kemudian, kami bergerak ke bilik kaunseling, untuk mengupdate maklumat kami sebagai alumni. Tanpa disangka, Pn Marlina turut berada di situ, bersama-sama cikgu Esa dan seorang lagi kaunselor baru yg aku lupe nama beliau. Riuh benar kami, lebih2 dgn Cikgu Marlina, juge, pelbagai isu dibangkitkan. Sesekali, Pn Marlina bertanya perkembangan anak murid kesayangan beliau, saudara Imran Mustafa.

Then, kami bergerak pula ke tingkat 3 dan masuk ke bilik guru. Guru2 di atas tu melihat kami, riuh juga dibuat bilik guru tu. Soalan2 baser ditanya, camne stadi, makan camne, duduk ngan sape, ramai Melayu x dan sebagainya. Namun, soalan wajib dari semua cikgu adalah:

Dah check H1N1 x?


Aku berjumpa Cikgu Hamizan (Matematik), Cikgu Khairul Kamariah (Biologi) dan Ustazah Khadijah (Pendidikan Islam). Ustazah Khadijah tegur kami:

Awak berdua dah makin bulat la, berisi, dah kawin ke?

Eh, mana ade ustazah, huhu, asyik makan kebab je, aku jawab....

Kemudian, kami pergi ke bahagian guru lelaki, berjumpe dengan Ustaz Kosim (Shariah), Ustaz Kamisan (Bahasa Melayu), Ustaz Faradin (Bahasa Arab Tinggi), Sir Zamry (English). Ustaz Faradin mengajak kami untuk lunch di kantin. Yeay, dah lama x makan makanan kantin.

Pn Kerul (Biologi)

Raudhah

Kami merentasi dataran Raudhah bergerak ke kantin, kelihatan ustaz Faradin tengah makan berseorangan di situ. Aku mengambil lauk ikan keli goreng dan kuah lemak. Baru je nak bayar, ustazah Khadijah datang dan beliau kate beliau akan bayarkan untuk kami. Segan silu. Alamak, tapi, x mampu buat apa2.


Ustaz Qosim

Selepas kekenyangan, kami menuju ke Masjid al-Qadisiah, iaitu masjid di dalam sekolah ni. Azan dilaungkan dan Ustaz Kosim hadir untuk mengimami kami. Selepas solat, kami duduk di anjung surau sambil berbincang.

Kamu ni, kalau dah ade calon, kawinla cepat2, rugi kawin lambat2, nasihat ustaz.

Ustaz menambah, syaitan menjanjikan kepapaan, kegagalan kalau kiter berkahwin. Kenapa dengar janji syaitan. Kenapa kita x percaya janji Allah. Kalau ada peluang berkahwin, teruskan aje. Daripada hati kite dipalit maksiat.

Eh, ke situ pulak ustaz ni, huhu. Hampir 40 minit juga kami beramah mesra dan berkongsi pendapat. Dah lama x dengar pengisian dari ustaz, kalau dulu, hampir setiap malam akan mendengar peringatan dari ustaz, rindu zaman2 itu.

2.15 petang, kelas tamat. Bebudak ni meluru keluar dari kelas, ada yg menuju ke surau, ade pula yg terus ke surau. Di surau, terjumpe beberapa budak2 form 5, dulunya form 1 ketika aku graduate. Bersalaman dengan mereka. Ustaz Kosim kata:

Kenal x abang2 ni?

Seorang budak menjawab,

Saya kenal abang Jepah, abang Jepah je x kenal saya, muke sedih dan monyok.

Eh, mana ada, aku jawab (dalam hati cemas, sape nama budak ni? Ginko biloba2)

Beberapa lagi junior2ku datang.

Apa khabar abg Jepah? Diorg tanya.

Wah, kenal jugak lagi korang kat aku yer. Akulah antara senior yg x mempedulikan korg dulu, huhu. Kirenya, anugerah Exco Paling Disayangi Aspura tu bukan lakonan la yer? Trimas korang, huhu. Terharu.

Kenal aku ke? aku tanya beberapa budak lagi.

Kenal lah, abang Jepah Dobi, jawab budak tu selamber.

Cis budak ni, xde benda lagi macho ke die nak ingat.


Kemudian, kami bergerak ke bilik Ustaz Tolhah, guru Add Math kami. Sejuk mata memandang beliau. Walaupun beliau guru add math, di dalam biliknya terdapat perlbagai buku agama. Sirah Nabawiyyah dan koleksi2 hadis di atas meja. Beliau memberi nasihat kepada kami:

Ingat, jangan lupe puasa sunat. Aqidah itu tunjang kepada rumah. Solat itu, tiang2 yang menyokong. Puasa pulak, sendi2 yg menyambungkan binaan itu.

Beliau turut mengingatkan:

Ingat, senjata mukmin adalah doa. Jangan lupa doa. Kita orang Islam ni cabaran lebih, sebab syaitan akan cuba sedaya upaya perangi iman kita. Jadi, kita perlu persiapkan diri sebaiknya.

Hampir 5 jam kami berada di sekolah yang penuh kenangan itu. Aku harap, aku dapat menyumbang lebih kepada warga sekolah dan juga ke arah kecemerlangan sekolah ini. Moga iman dan taqwa menyuluhi setiap graduan SBPI Rawang.

Maka kami, pelajar2 SBPI Rawang, berikrar dan berjanji, akan mengamalkan cara hidup berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Moga ayat pertama dalam ikrar pelajar SBPI Rawang ni, bukan hanya tinggal kata2 kosong, tapi suatu janji yang perlu dikotakan.

Asrama Putera

Photobucket