Tuesday, January 20, 2009

Saya Hanya Manusia Yg Lemah

بسم الله الرحمن الرحيم

Merujuk kepada post aku yg terdahulu, aku ade menulis di sini:

http://www.alternatethunder.com/2009/01/majlis-sambutan-maal-hijrah-di-msd.html

Dalam post tu, aku menulis:

"Lagu yg beliau dendangkan adalah ditulis oleh senior beliau, Ustaz Hasrizal pada tahun 1992 semasa zaman2 nasyid mereka di Jordan dahulu."

Dan malam tadi, Ustaz Erfino menegurku dgn berkata:

Huzaifah, btw, fyi, ustaz Hasrizal junior saya 3 tahun kat jordan

Adeyh2. Maafkan saya ustaz. Mungkin kekurangan dalam saya berkomunikasi. TQ sebab sudi memperbetulkan. (Mungkin sebab ustaz Erfino kelihatan muda?).

Saya Hanya Manusia Yg Lemah...

Photobucket

Hari ini dan Semalam Juga

بسم الله الرحمن الرحيم

Heh, semalam, aku tidak update blog, rasa pelik gak. Maklumlah, sibuk menyediakan diri untuk quiz Biological Chemistry pada pagi ini, sampai xde masa n malas nak update blog.

Disebabkan persediaan untuk quiz arini, smalam, aku hanya terperuk di dalam bilik, tidak membuat apa2 melainkan mengadap nota-nota di hadapan mata dan juga di dalam laptop (sesekali tu usha emel, chatting, n facebook skjap). Disebabkan tidak breakfast, apabila tiba jam 12, rasa x bermaya, badan menggigil serta perut bergetar tanda kelaparan.

Ayam Panggang Spesel dariku

Disebabkan semalam merupakan giliranku memasak (eh, ade jadual ke kitorg ni?), aku yg kemalasan memikirkan juadah yg paling mudah dan cepat disediakan. Disebabkan kemalasan, aku hanya menyediakan ayam panggang dan nasi goreng kicap untuk rakan-rakanku ini. Maaflah kalau kurang rasa skit yer. (Makan aje, jgn byk bunyi). Disebabkan saiz ayam panggang yang agak besar, kami simpan setengah untuk makan malam.

Dan tibalah hari ini. Awal pagi tadi, rasa malas amat nak bangun. Hujan agak lebat, terasa macam kat Malaysia. Teringat kat KYUEM dulu, kalau hujan2 lebat Subuh2 macamni, memang terasa suatu perasaan yang sukar digambarkan. Bersama-sama rakan2, kami menempuh hujan untuk ke Musolla, huhuhu. Rindu2.

Selepas solat Subuh (dan mandi), aku kembali duduk di atas kerusi depan meja sambil membuka nota2 Biological Chemistry, lebih spesifik, chapter Metabolism yg amat complicated. Menjelang jam 9 pagi, aku keluar dari rumah menuju ke Imperial untuk mengambil ujian tersebut.

Di dalam Room 310/311 Biochemistry Building, kami bertarung dengan gigih dan sengit. Walaupun hanya 25 soalan dan semuanya Multiple Choices, namun, tetap sukar bagiku, lagi2, x boleh nak hentam, coz ade penalti untuk setiap jawapan salah. Namun, Alhamdulillah, syukur kepada Allah, xdela aku blurr sgt ketika menjawab, walaupun ade 2 soalan yg aku x jwb.

I didn't answer 2 questions, aku berkata dgn kecewa kepada rakanku dari Korea, Vincent.

Oh, I didn't answer 3 questions, jawab beliau, sambil tersenyum kepadaku. Mujurlah, org lain turut rasa bermasalah menjawab soalan tadi. Ingatkan aku sorg jer!

Selepas problem class oleh Dr Wocholski, aku menuju ke surau untuk solat Asar. Perut lapar, dan nampaknya proses gluconeogenesis galak berlaku dalam tisuku. Sabar, tinggal beberapa jam lagi untuk makan.


Aku membeli produk baru di Imperial College, yakni Tomato Rice, atau nama Melayu die, Nasi Tomato untuk aku makan Maghrib nanti. Nampaknya, Fried Rice with Sausage Imperial dah ade pesaing, iaitu Tomato Rice. Nasinye yg keorenan serta ayam masak merah yg nampak menyelerakan. X sabar nak menjamu selera!

Selepas azan Maghrib berkumandang, (terima kasih IslamicFinder), aku membuka bekas berisi Tomato Rice itu yg baru sahaja aku panaskan dalam microwave. Wah, mencucuk betul baunya. Dengan lafaz Bismillah, aku makan dgn penuh berselera.

Hurm, habis sudah satu hari yg memenatkan. Harus perlu usaha lebih gigih!

Photobucket

Sunday, January 18, 2009

Ingin Berjihad di Gaza?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kala aku sedang menelaah nota daripada Dr Gounaris berkenaan thermodynamics of life, sedang kepala ini sudah crammed dengan kepelbagaian serta variasi informasi terkini, aku mencari2 hiburan di dalam internet serta halwa mata untuk aku relaxkan sedikit mindaku ini. Of course, hiburan yang paling aku gemari di internet adalah portal remaja Muslim yg semakin terkenal dari hari ke hari, iaitu IluvIslam.


Sedang mata sibuk mencari-cari topik2 yg hangat untuk dibaca dan dibincangkan, mataku tertarik kepada poll di sebelah kanan web itu. Soalan poll itu berbunyi:

Jika anda ditawarkan untuk berjihad di Gaza, Anda Sudi Pergi?

Dan nampaknya, ahli2 IluvIslam yg sudah mengundi sewaktu aku capture screen ini adalah seramai 211 orang. 195 undian iaitu 92 % ahli menyatakan 'Ya' sebagai jawapan mereka. Wah, begitu semangat sekali ahli2 IluvIslam ini, memang anda amat2 LUV Islam, tahniah saya ucapkan.

Namun, sebuah persoalan bermain di fikiranku. Bagaimana pula dengan aku? Apakah jawapan aku? Adakah aku akan menjawab 'Ya' atau 'Tidak'? Kalau ikutkan semangat serta kebencian terhadap penjajahan Israel, sudah pasti tanpa berfikir panjang, aku akan menjawab 'Ya'. Namun, adakah jawapan itu betul2 menggambarkan isi hatiku? Atau hanya suatu pernyataan yang berbentuk SKEMA JAWAPAN buku teks?

Aku lihat kepada diriku ini. Nak berdemonstrasi pun, malas. Nak menderma tu, amat susah sekali. Adakah aku betul2 sanggup pergi ke Gaza, mengangkat senjata membantu saudara-mara kita itu? Sukar bagi aku menjawab persoalan ini. Sedangkan aku selama ini hidup dengan selesa, hidup mewah dan senang-lenang, adakah mudah bagiku untuk meninggalkan semua ini? Mungkin mudah untuk dijawab, tapi amat sukar nak dilaksanakan.

Agak lama aku berfikir untuk menjawab poll IluvIslam itu. Aku buntu. Walaupun hanya ada dua jawapan dan tiada negative marking, namun, aku rasa itulah soalan MCQ yg paling sukar untuk aku jawab. Lebih sukar daripada soalan-soalan SPM mahupun A-level. Ini kerana soalan ini tiada skema jawapan yg betul atau salah, jawapannya ada di dalam hati kita. Dan untuk mengeluarkan jawapan itu dari dalam hati kita, amat sukar dan berat sekali.

Jadi, apakah jawapan aku akhirnya? Biarlah Allah sahaja yg mengetahui. Hanya ada dua kemungkinan jawapan je, antara ya atau tidak.

Tahniah sekali lagi kepada para ahli IluvIslam yg mengundi di poll berkenaan, terutamanya yg menjawab Ya sebagai jawapan anda. Cuma pastikan jawapan itu tidak hanya pada klik di dalam poll, tetapi jawapan itu dari hati nurani yang bersih dan suci.

Wallahu'alam

Photobucket

Saturday, January 17, 2009

Gear 4

بسم الله الرحمن الرحيم

Mood: Study

Kepala: Pening ngan term2 metabolism

BTW, selamat mengundi kepada warga2 serta pengundi berdaftar di Kuala Terengganu. Selamat menunaikan tanggungjawab memilih ketua atau wakil untuk mewakili suara rakyat. Bersama-sama berdoa supaya keputusan pilihanraya nanti adalah yang terbaik untuk Islam dan rakyat.

Ya Allah, kuatkanlah semangat dan kecekalanku...

Photobucket

Friday, January 16, 2009

Stats Bulan Lepas

بسم الله الرحمن الرحيم

Visitors

DateViewsUniques
16-Dec977602
21-Dec555430
28-Dec643453
01-Jan603461
04-Jan18041245
11-Jan1176852
Total57584043

Mengikut Negara

CountryUniques
UNITED KINGDOM50.6%
MALAYSIA42.4%
EGYPT2.6%
IRELAND1.5%
INDONESIA1.2%
UNITED STATES0.8%
CZECH REPUBLIC0.5%
JORDAN0.3%
AUSTRALIA0.2%
BRUNEI DARUSSALAM0.1%

Top 10 Keywords

KeywordsHits
alternatethunder51
puasa asyura14
kyuem8
alternatethunder.blogspot7
resepi nasi bukhara6
erfino6
sbpi rawang6
friendster hafiz hakimy5
ustaz erfino5
friendster arif irsyadee4

Untuk top referrals kali ni, aku siarkan top 11 blog, coz nak masukkan blog Abang Firdaus Rahim yang sering kali mendapat tempat ke-11, keh3. Cube lagi bulan depan!!!

Photobucket

Thursday, January 15, 2009

Kenangan Bersamamu MUSCOM

بسم الله الرحمن الرحيم

Pelbagai perbincangan melibatkan MUSCOM kebelakangan ni menyebabkan aku teringat zaman2 kami dahulu. Terasa nak post balik poster2 yg lama berabuk ni. Poster2 ni merupakan poster cetus sewaktu Handover Ceremony MUSCOM, yg juga hadiah terakhir aku untuk rakan2 MUSCOM-ku ini.


Rindu kalian (bahasa klasik)!
Photobucket

Wednesday, January 14, 2009

Sampai Juge Akhirnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah hampir sebulan, akhirnya, sampai jualah barang2 yg emak n abah post dari negara dua bandar suci, yakni Saudi Arabia. Dah hampir sebulan mak n abah balik Msia, sampai beberapa kali tanya aku, akhirnya, sampai jualah bungkusan sebesar bantal itu.


Dengan gelojoh, aku membuka bungkusan itu. Ternyata letih dan memenatkan, coz telah diseal dgn mantap dan jitu. Usaha aku akhirnya berbuah setelah hampir 5 minit berusaha. Terbuka sudahla bungkusan misteri itu.

Di dalamnya, terdapat sebungkus kismis, sebungkus pistachio (kacang pandai org Melayu panggil), beberapa kotak kurma, dua pasang kopiah dan sehelai sejadah Made in Turki. Terus aku buka kismis dan mengunyah2, nyum2.

TQ mak dan abah!

Photobucket

Tuesday, January 13, 2009

Song For Gaza: We Will Not Go Down

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedap lagu ni, oleh Uncle Michael Heart. Enjoy!




A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight

Photobucket

Term Baru di Imperial

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan kelas start pada jam 10 pagi, sewal jam 9 pagi, aku keluar dari bilik dan berjalan perlahan-lahan menuju ke Imperial yg mengambil masa hampir 20 minit berjalan kaki. Cuaca harini agak panas, sekitar 8 darjah celcius, suasana yg nyaman dan x brape sejuk.

Sesampainya di Imperial, kami menuju ke library untuk update nota yg dah lama x bukak, berabuk! Kami log on masuk ke dalam Blackboard (sistem pengajaran maya Imperial) untuk lihat nota kami hari ini. Nampaknya, tajuk Metabolism Regulations oleh Dr John Tippins. Adakah menarik tajuk ni?

Masuk ke dalam lecture theatre, riuh rendah. Maklumlah, dah hampir sebulan x berjumpa, masing2 sibuk berborak pengalaman cuti mereka. Ada yang pegi Spain, ada yang pegi Ireland dan ada juge yg x pegi mana2.

Dr John Tippins masuk ke kelas lalu memulakan lecture pertama dalam term ini. Namun, agak banyak juge yg beliau tanya pelajar, x dapat dijawab. Suatu petanda jelas, betapa kami masih perlu lebih gigih berusaha untuk buat revision keras dan padu.

http://www2.union.ic.ac.uk/scc/islamic/images/locationmap.jpg

Selepas hampir 2 jam duduk mendengar lecture Biological Chemistry, seperti biasa, aku menuju ke Prayer Room yg terletak di Prince's Garden. Aku dapati, penjualan nasi goreng prayer room telah berjalan seperti biasa. Setelah solat Zuhur, aku lepak2 di belakang surau sambil menunggu waktu solat Asar. Azlan Kamal (Apak) di sebelahku, agak banyak yg kami perbualkan. Dari coursework sehinggalah perancangan hidup di masa hadapan (menjadi rahsia aku dan Apak).

Setelah bersolat Asar, aku yg mempunyai semangat study yg baru, bergegas ke library untuk menjadi kiasu. Terus aku tekan lif library ke tingkat 4, iaitu tingkat Medic dan Life Sciences. Segera ku cari meja dan kerusi kosong lalu ku buka notaku untuk dibaca dan ulangkaji. Setelah hampir sejam duduk di kerusi itu, apabila punggung agak panas dan otak pun mule pening dgn segala DNA, topoisomerases, DNA polymerase, Okazaki fragments serta DNA Primase, aku turun dan berhasrat untuk balik.

http://nitro.biosci.arizona.edu/courses/EEB105/lectures/DNA_replication/zfigures/DNA_rep4.GIF

Sebelum pulang ke Evelyn Gardens, sempat aku singgah di junior common room untuk membeli Imperial Fried Chicken, ayam goreng Imperial yg spesel dan yg paling best, HALAL untuk juadah majlis 'Iftar Evelyn' yg dianggotai 3 orang warga Evelyn, yakni aku, Shah dan Aishafath. Aku mengorder 2 ketul ayam goreng, tapi, da rezeki, makcik tu letak 3 ketul. Ku tanya mengapa, rupe2nya jualan penghabisan stok, sebab kafe tutup pukul 3, jadi, sayang nak buang, die bagi aku xtra. TQ makcik!

http://www.spicelines.com/IMG_4138.JPG

Jadi, itula kehidupan aku pada hari pertama term baru ini. Secara keseluruhannya, agak lancar, cume perlu aku kuatkan keazaman untuk terus study dengan gigih, kuat dan jitu bagi mengapai kejayaan supaya dapat pulang ke Malaysia dengan ilmu dan pengalaman untuk mengubah umat menjadi lebih baik.

Photobucket

Monday, January 12, 2009

Hari pertama

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari pertama dalam term ini. Menurut jadual, kelas start pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Tiada kelas petang.

Namun, harus aku berusaha lebih gigih!

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Usaha yang halal adalah suatu yang fardhu selepas fardhu-fardhu yang lain.”
Riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi

Photobucket