Friday, November 14, 2008

Promosi Blog: Ede

بسم الله الرحمن الرحيم

Tahniah diucapkan dgn tidak terhingga kepada seorang rakan PNB yg dah agak lama berkecimpung dlm industri blogging ni, namun, baru2 ini, beliau telah bertukar kepada blogger. Tahniah diucapkan dan semoga terus berblogging. Semoga penghijrahan kepada blogger ini menjadi titik tolak kepada momentum dan anjakan paradigma untuk beliau terus berkecimpung dengan aktif, proaktif dan progresif dalam industri yg berkembang pesat ini.

http://www.kings.cam.ac.uk/images/photos/rooftops1.jpg

Eh, panjang pulak bicara, tapi x bagitau plak siaperkah rakan itu. Beliau adalah saudari Rashidah (Ede) yg kini melanjutkan pelajaran di University of Cambridge (fuiyooo!!). Tujuan aku menulis post menghebohkan blog ini adalah kerana mendapat offline mesej daripada beliau:

sila heboh2kan

Jadi, apabila orang meminta pertolongan, terasa bertanggungjawab bagi diriku membantu beliau dengan menghebohkan blog beliau itu.

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: ”Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya.
(Muslim)

Jadi, marilah bersama-sama masuk ke blog beliau dan sesaper yg link kepada beliau, tukarlah address blog itu kepada address blog yg baru ini:

http://aperfectlyordinarylife.blogspot.com/

(P/S: sesaper yg berhasrat untuk menghebohkan blog mereka, bolehlah apply kepada aku, hehehe)

Photobucket

Hakikat Kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Adeyh, letih benar harini. Kami menyediakan bahan2 dan menjalankan aktiviti gel electrophoresis untuk membuat analisis DNA. Menarik. Setelah DNA dah diekstrak, kami membuat gel menggunakan bahan bernama agarose. Kemudian, letakkan DNA sample dalam well di agarose, kemudian, lalukan dgn elektrik di atas buffer solution dan tunggu sampai esok, wahahaha.

Okok, terlalu banyak buat eksperimen minggu ni sampai fikiranku dihantui dengan bau bahan kimia serta bunyi alatan2 makmal, hahaha. Keluar je dari lab pukul 4.30, keadaan dah gelap ditambah dgn hujan rintik2. Terus je aku balik ke bilik untuk bersolat Maghrib. Dalam perjalanan, teringat suatu kejadian yg berlaku malam semalam.

Semalam, aku berSMS dgn seorang sahabat yang merupakan salah seorang team member aku yg dikasihi. Tetiba, beliau bertanya,

ble nk wt konferen? dh plan ke...

Aku menjawab SMS beliau:

hu3. X pasti lg. X sabar nak keje nampak

http://farm3.static.flickr.com/2392/2841642544_7b88ba0a5c_o.jpg

Terharu aku dgn sahabatku ni. Bukan senang nak carik org yg minta keje. Orang2 zaman sekarang ni mmg suke bersenang-lenang. Jarangla jumpe anak muda yg rajin bekerja, malah, siap mintak untuk diberikan keje, huhuhu. Mmg susah nak carik pemuda seperti ini, calon suami mithali, huhuhu. Namun, teringat firman Allah:

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
Kemudian apabila engkau telah selesai dari satu-satu pekerjaan, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha meneruskan pekerjaan yang berikutnya .
(Al-Insyirah: 7)

Mungkin sahabatku ini berpegang kepada ayat ini. Tahniah, tapi jgn bangga sgt, kueh3 (gelak Muadz). Moga diteruskan semangat ini!

Kemudian, beliau membalas mesejku itu:

Xde ah..sje nak tau. lg awal lg bgus sbb mkn lama kte akan mkn sibuk =)

Aku menjawab:

Klu ade, aku bgtau, kemudian menerima balasan,

Ok bos

Aku amat setuju dgn sahabatku ini. Sekarang, mungkin banyak masa lapang, namun, mane tahu ape akan jadi di masa hadapan? Aku lihat diriku pun, banyak je masa lapang, tapi banyak gak yg aku bazirkan. Hakikatnya, nikmat ketika waktu lapang inilah perlu kiter rebut sebelum datangnya kesempitan masa.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati."
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

http://i278.photobucket.com/albums/kk102/hydroplasma/time-1.jpg

Terima kasih kepada rakanku ini kerana perbualan pendek melalui SMS sedikit sebanyak dapat mengingatkan aku tentang hakikat kehidupan ini.

Kepada team members aku yg lain, maaf andai xde ape2 berita kebelakangan ni. Bile sampai masanya, aku akan panggil buat meeting. Harap bersabar, aku tahu korg x sabar2 nak buat keje, huhuhu.

OK, nak masak pre-made lauk, kari Brahim's for dinner!

(notakaki: kerja yg dimaksudkan di sini bukanlah kerja untuk dapat duit)

http://farm4.static.flickr.com/3226/2668047396_2c09dff982.jpg?v=0

Semua gambar adalah tajaan dan diambil daripada IluvIslam

Photobucket

Wednesday, November 12, 2008

North End Road

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan hari ini hari Rabu, maka, ini bermakna kelas hanya setengah hari sahaja. Kelas aku harini 2 jam lecture, start pukul 9 pagi dan abis pukul 11 pagi, pastu, FREE!!! Jadi, kami bercadang untuk lunch di North End Road setelah direkemen oleh beberapa orang senior.

Muler2, ikut plan asal, aku nak gi sorg2 je ke situ. Tapi, setelah bercerita kepada rakan2 di Evelyn, diorg nak ikut plak. Ntah macamane, boleh plak terbocor maklumat kepada si Masrizan. Mas pun ape lg, mendedahkan kepada seluruh warga Wilson tentang plan ini. Maka, akhirnya, kami berenam (Aku, Shah, Fat, Izu, Pidah dan Mas) pergi ke North End Road.

Setelah berjalan hampir 10 minit ke Old Brompton Road, kemudian, naik bas 430 terus ke North End Road. Biler turun, nampak banyak papan tanda tulis 'halal'. Di tepi2 jalan, banyak org menjual buah dan sayur, macam pasar malam. Wah, seronok. Kami mencari2 restoran yg direkemen oleh senior, iaitu Masala Express. Dgn harga 3 pounds, kami, kecuali Izu makan nasi dan ayam tandoori.


Kemudian, warga2 Wilson House (Mas, Pidah dan Izu) pulang dahulu setelah membeli beberapa sausage halal. Aku, Shah dan Fat meneruskan pengembaraan kami di North End Road itu untuk mencari bahan mentah yg halal lagi murah. Akhirnya, kami berjaya membeli daging lembu. Kami juger membeli ayam, telur, sausage, sos cili Malaysia, mayonnaise dan sebagainya, hahaha. Seronok dapat beli barangan halal. Teringat iklan dalam TV Malaysia:

“MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU BAGI UMAT ISLAM”

Iklan ape yer, x ingat?


Akhirnya, sampai jugak aku ke North End Road yg diwar-warkan oleh senior2. Maka, dah tahu tempat untuk membeli barangan halal, senangla sikit.

Photobucket

Travel

بسم الله الرحمن الرحيم

Watched this short video, and really admire people who are able to travel! Xkan aku lepaskan peluang travel dan belajar tradisi dan perangai orang di seluruh dunia!




Photobucket

Tuesday, November 11, 2008

Letih

بسم الله الرحمن الرحيم

Adoi, letih betul arini. First time, lab session aku lebih dari 3 jam! Arini lab aku adalah 3 jam 14 minit, satu rekod, selame ni x pernah lebih 2 jam pun! (Tapi still bersyukur biler baca blog Milo, hehehe, at least, xdela sampai 6 jam seperti bebudak Warwick!)

Kepada Milo, untuk experiment kalini, kitorg kena buat 4 page lab report, so, xdela relax sgt!!!

Harini, kitorg ade experiment Gel Electrophoresis. Kami diberi satu tiub berisi lalat buah dan dikehendaki mengahncurkan lalat2 itu untuk extract DNA darinya. Aku dgn penuh semangat dan kekentalan menenyeh2 lalat dalam tube tu. Hehhe, lumat bangkai2 lalat tu aku kerjakan. Kemudian, proses yg busan bermula. Kena tunggu 1 jam merendam speciment dalam water bath. Pastu 30 minit letak spesimen dalam ais. 10 minit centrifuge dan sebagainya. Buang masa!

You don't have any reason to be in here. Go out and have some coffee,

ujar Dr Hendriks sewaktu kami menyejukkan specimen kami selama 30 minit. Ape lagi, bergegas aku ke Prayer Room untuk bersolat Asar. Turut kelihatan di Prayer Room, rakan sekelasku dari Algeria, Yaasin.

Memang aku lebih banyak berbual dalam kelas ni. Method die sikit je, banyak buang masa dgn menunggu jer. Lab partnerku, Ladopi, atau nama manjanya, Ladi yg berasal dari Nigeria berborak hangat dgn aku. Rasa aku dah makin ade chemistry ngan dier. Rupe2nya, die peminat Naruto gak. Ape lg, mmg berbincang psl Narutola. Namun, beliau hanya tgk anime, x baca manga. Amat kecewa die apabila aku terberitahu yg Jiraiya akan mati. Hahaha, sorry.

Habis kelas pukul 5.14 minit, huhuhu, letih amat. Memandangkan badan dah sengal2, aku rasakan perjalanan balik aku akan mengambil masa panjang. Jadi, aku singgah sebentar di Prayer Room untuk solat Maghrib. Kemudian, terus aku bertolak ke Evelyn Gardens.

Sebelum masuk ke hall aku, aku teringat, ada bungkusan untuk diriku di Hall Office, Bernard Sunley. Setelah mencarik2 dlm stor di situ, pekerja tu memberikan aku sekeping envelope yg kembung. Apakah ini?


Setelah masuk ke bilik, dgn cemas, aku membuka bungkusan itu. Kotak berwarna hitam di depan mata. Dengan berhati2, aku membuka kotak itu, dan wow! Seutas jam tangan. Inilah jam tangan yg aku beli dari E-Bay dengan harga x.xx pounds! X kesahla mutu die camne, aku nak tgk masa jer.

Aku letih amat ni, ngantuk giler.

Photobucket

Monday, November 10, 2008

Selamat berSPM

بسم الله الرحمن الرحيم

Dgr citer, SPM start beberapa hari lagi kan? Jadi, ign aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjawab kepada 'adik-adikku' secara umum di seluruh Malaysia dan lebih spesifik, pelajar2 tingkatan 5 di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang. Di kala korg sume tgh struggle study untuk SPM, aku di Imperial College London ini pun tgh study untuk mendapat keputusan terbaik dalam degree aku. Sama2 kiter berusaha...

http://photos-074.friendster.com/e1/photos/47/01/14121074/10565953063348l.jpg
Cube carik perkataan Lirrabb dan Linnaas dalam logo SBPI Rawang ni!

http://photos-074.friendster.com/e1/photos/47/01/14121074/1_131391024l.jpg
Saat lepas habis SPM!

http://photos-074.friendster.com/e1/photos/47/01/14121074/1_709052055l.jpg
Batch aku (Muslimin) yg disayangi

http://photos-074.friendster.com/e1/photos/47/01/14121074/1_774825117l.jpg
5 Jannatul Adnin (aku ketika muda remaja, hehehe)

http://photos-074.friendster.com/e1/photos/47/01/14121074/23498955934819l.jpg
Bersama-sama rakan2 yg sempoi dan stylo (dari kiri, Wan, Ali
dan Malik)

Cakap pasal SPM, tetibe tergerak hati melihat album2 digital yg lama dulu. Aku tatap kembali kenangan2 di sekolah. Satu persatu kenangan pahit, masam, manis dan masin menerjah fikiran. Tersenyum aku sambil hati sayu. Rindu zaman2 itu. Rindu rakan2. Rasa baru semalam aku berpisah dgn diorg (ayat drama). X sangka, masa berlalu pantas, sedar x sedar, aku dah melangkah ke alam university, malah universiti luar negara!

Namun, yg berlalu biarlah jadik pengajaran, pandang ke depan dan jgn lepaskan peluang di depan mata!

Moga kiter sume diberikan kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin.

Photobucket

Sunday, November 9, 2008

Pelajaran Hari Ini

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam mata pelajaran sains, kiter sering didedahkan kepada bermacam2 teori. Dari mana datangnya teori2 ini? Sudah pasti dari hipotesis yg disahkan benar melalui pelbagai jenis experiment. Dan harini, aku mencipta suatu formula mudah setelah melalui experiment yg menyakitkan. Formula berkenaan adalah:

Sparkling Mineral Water + Ribena = SAKIT PERUT

Adeyh, dehydrated dah ni....

Photobucket

Saturday, November 8, 2008

221b Baker Street

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini mengikut jadual hidup aku, terdapat satu sesi pada pagi ni yang bernama:

Hari berjalan sorang2

Jadi, selepas da busan aku menulis esei bertajuk 'peroxisome' sehingga dah hampir 95 % siap, terasa nak berjalan plak diri ini. Selepas solat Zuhur sekitar jam 12 tengahari, aku keluar dari bilikku dgn berpakaian kalis air dan membawa sekaki payung, maklumlah, hujan di luar tu. Tgk ramalan cuaca pun, hujan berterusan sampai pukul 4.

Jadi, aku decide untuk menuju ke Baker Street untuk melawat rumah bernombor 221b. Sapekah yg tinggal di situ? Untuk pengetahuan, di 221b Baker Street la tempat tinggal penyiasat terkenal Britain, Sherlock Holmes dan pembantunya, Watson. Well, walaupun watak ni direka oleh Sir Arthur Conan Doyle, tapi amat terkesan sampai ramai peminat beliau di serata dunia. Aku pun turut membaca novel Sherlock Holmes! Dan yg menariknya, masa sir Arthur Conan Doyle tulis novel ni, di Baker Street time tu, hanya ada x sampai 100 pintu, jadi, mmg direkala rumah 221 ni. Ape2pun, pintu 221b ni dah pun dinamakan sebagai 'The Sherlock Holmes Museum'.

221b, Baker Street

Ruang makan Holmes n Watson

Bilik tidur Watson

Peralatan Watson

Ruang Holmes n Watson berbincang

Pakcik Holmes yg dibekukan

Pakcik Sholto

Kunci asal rumah 221b

Tangga menaiki rumah Holmes. 17 anak tangga, macam dalam novel!

Museum ni kecik jer, xde besar mane. Diorg juz nak menggambarkan semula tempat tinggal dan scene2 yg pernah ditulis dalam novel sebelum ni. Kagum aku dgn susunan2 perabot yg mmg seakan2 sama dgn description dlm novel, walaupun xdela perfect. Banyak gak barang2 yg digunakan oleh penyiasat ini beserta pembantunya dipamerkan. Cool! Turut bersama aku dalam museum tu adalah beberapa pelancong dari France. Semangat betul diorg berbincang tentang setiap barang2 yg dipamerkan, hehehe. Novel2 Sherlock Holmes pun murah gak, juz 7 pounds satu, tapi sbab aku da download, so, sorryla, hehehe.

Novel2 Original Cetakan pertama


Disebabkan ada temujanji dgn super senior PNB, Azlan Kamal (Apak) pada petang ni, xela aku amik masa lamer sgt di museum tu. Lagipun, museum tu mmg bersaiz sebuah rumah British. Jadi, aku beransur pulang. Sebelum pulang ke bilik, aku singgah di Bayswater untuk membeli lunch, dan first time makan traditional fish and chip. Ingatkan x mengenyangkan, tapi, masyaAllah, kenyang sungguh!

Setakat tu je la perjalanan aku seorangan harini. Lepas ni nak fikir nak gi mana untuk perjalanan sorg2 yg seterusnya....

Detektif Muda Huzaifah, hehehe

Photobucket

Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Hamka pernah berkata:

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang

Tadi, ada usrah Imperial di Finsbury Park, cerita berkenaan tafsir surah An-Nas. Sesambil usrah, minum kopi dan aktiviti paling dinantikan, makan!!! Untuk ulasan lanjut isi2 usrah kami, bolehla layari blog si Ijan.

Makanan yg dihidangkan, seperti baser, dimasak oleh chef Waqi dan penolongnya, chef Adam Tan. Hidangan die diberi nama:


Nasi Hijau dan Nasi Oren

Ngape diberi nama begitu, amat jelas, kerana colour nasi yg sebegitu. Lauk ayam mmg menyelerakan. Xde plak aku nak letak recipe die kat sini, bukan tugasku, maybe tu tugas chef2 di cook-a-rama. Kami makan dalam talam. Rakan2 setalamku adalah Adam Tan, Syak, Ijan dan ...( x igt, ade lg ke?). Ape2 pun, kami makan ngan kenyang. Terima kasih daun keladi.


Harini, selepas usrah berlangsung, Izzu mengikutku pulang ke Evelyn Gardens. Die nak menumpang bilikku malam ni. Sebabnye, esok die nak gi ke Notts game mengikuti kontinjen Imperial. Die perlu berada di Imperial pada 4.30 pagi. Hebat kan? Jadi, die menumpang tidur di bilikku untuk memudahkan die bergerak ke IC pagi esok. Sape lagi yg lebih perlu menolong beliau kalau bukan aku? Di kala rakan kiter dalam kesusahan, perlulah kiter berada di sisi memberi pertolongan.

Memetik petikan lagu oleh Dionne Warwick (jgn bangga budak2 Warwick):

Keep smilin', keep shinin'
Knowin' you can always count on me, for sure
That's what friends are for
For good times and bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for

Setelah penat Izu bermain2 ngan kamera SLR yg baru sampai itu, die pun tido. Moga ko dpt bangun esok, berusaha!!!

"Bagaimanakan aku nak bangun pagi esok?"

Photobucket

Tagged?

بسم الله الرحمن الرحيم

Suke sgtla korg main tag2 ni yer? Aku ni xdela minat sgt tag2 ni, ntah, maybe bukan bidangku mengetag org. Tapi, harini, ditag pulak oleh juniorku di KYUEM, iaitu Zulhilmi. Jadi, untuk tidak mengecewakan beliau, aku layan ajerla tag ini. Kata2 pepatah:

It is nice to be important; but it is more important to be nice

Ini tag beliau:

1. Put The logo in your blog

http://fishballisme.files.wordpress.com/2008/11/pinkribem.jpg?w=200&h=133&h=133

2. add a link to the person who shared it with you

Zulhilmi

3. Nominate at least 7 other blog

Afiq
Hisham
Apen
Zaim
Hafizuddin
Mas
Pidah
Izzu
Yahya
Nain & Mot

(aku ambik secara random, jgn terasa andai xde dlm list)

4. Leave a message for your nominee on their blog

sukati korg la nak buat ape ngan benda ni

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.

2) DON’T change your clothes, DON’T fix your hair…just take a picture.

3) Post that picture with NO editing.


4) Post these instruction with your picture.

5) Tag 10 people to do this
list2 yg ade di atas!!!

Aku pun x paham ape natijahnya tag ini. Maybe ini taktik tersembunyi untuk melihat gambarku yg latest. Tapi, ape2pun, support Breast Cancer Awareness Month, sbab kat London ni mmg kecoh skit psl benda ni. Tapi, setahu aku, Breast Cancer Awareness Month adalah pada bulan October? Hurmm, musykil.

Photobucket