Monday, May 26, 2008

Preparation For The Next War

بسم الله الرحمن الرحيم

Lusa kami akan sekali lagi terjun ke medan peperangan. Hari Rabu ni merupakan hari peperiksaan kertas 4 Kimia. Kertas 4 merupakan kertas pembunuh bagiku, sebab aku memerlukan kimia A untuk ke Imperial dan Kertas 4 menyumbang pecahan markah yang amat besar. Perlu aku cube untuk menjawab sebaiknya.

Pada pukul 9 pagi, aku berlepas meninggalkan chalet tercinta. Setelah membersihkan chalet, menyapu, dan membasuh baju, barulah aku dapat meninggalkan chalet dengan senang hati. Aku melalui jalan penuh berliku, melepasi segala halangan dan dugaan. Aku menuju ke Pusat Sumber, sumber ilmu bagi pelajar-pelajar Kolej Yayasan UEM ini.

Setelah memasuki RC yg sejuknya ibarat Scotland itu, aku segera ke kaunter di mana aku boleh mendapatkan koleksi Mark Scheme soalan kimia. Lantas, aku mendaki anak tangga satu persatu ke bahagian atas pusat sumber. Ku lihat Khairul duduk keseorangan. Lalu, aku mendapatkannya dan duduk di sebelahnya. Aku membuka mark scheme chemistry dan muler membaca. Setelah hampir sejam membaca, kepala sudah naik pening, jadi, aku turun ke tingkat bawah Pusat Sumber untuk membaca akhbar.

Buku yg perlu dihabiskan

Aku membaca akhbar. Masih lagi ade berita tentang kejatuhan Pulau Batu Putih ke tangan Singapura. Isu terbaru, adalah kerajaan perlu memajukan Pulau Pisang bagi megelakkan kejadian yg sama berlaku. Busan. Ku selak lagi akhbar. Berita berkenaan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang setelah 20 tahun tragedi hitam yg mencemarkan institusi kehakiman berlaku, beliau menerima permohonan maaf daripada pihak kerajaan. Namun, ade pihak yg still x berpuas hati kepada beliau.

Aku selak lagi akhbar, terlihat pula berita tentang krisis dalaman UMNO. Kali ini krisis bergeser antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dengan anak Tun M, Datuk Mukhriz. Mukhriz mengatakan Zaid hanya setia kepada Pak Lah dan bukan kepada UMNO. Well, he has a pont there. Apa2pun, aku harap krisis ni dapat diselesaikan dengan baik dan janganlah memperjudikan nasib rakyat dan negara hanya kerana kepentingan individu.

وَلاَ تَتَمَنَّوْاْ مَا فَضَّلَ اللّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُواْ وَلِلنِّسَاء نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُواْ اللّهَ مِن فَضْلِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(An-Nisa': 32)

Kemudian, aku kembali ke tempat aku di bahagian atas Pusat Sumber. Kemudian, aku membuat latihan Mechanics. Setelah habis buat satu set soalan, maka, aku menjadi buhsan kembali, lalu aku turun balik ke bawah. Aku lihat di rak majalah, macam penuh jer buku nih. Aku tatapi satu2 majalan di atas rak itu. Terpandang sebuah buku berwarna hijau. Biological Sciences Review, baca pasal genetic disorder. Menarik gak. At least, terkeluar skit pemikiran aku ni daripada silibus A-level. Maklumlah, hari2 baca Kimia, sampai termimpi2 dikejar benzene ring! Memang patut aku bace benda lain, bagi otak aku ni rehat skit.


Alhamdulillah, agak produktif gak pagi aku harini. 3 jam aku gunakan untuk menelaah. Alhamdulillah. Moga hari2 seterusnya akan lebih efektif.

Wahai blogku, sekali lagi aku meminta maaf sebab tulis benda buhsan ke atas dirimu....

Photobucket

Men vs Women

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam, menjadi rutin aku untuk membaca Garfield yg dihantar melalui emailku pada petang hari. Dan disebabkan semalam hari Ahad, edisi yg agak panjang juge. Tapi yg menarik, edisi semalam menyentuh tentang perbezaan lelaki dan perempuan. X sepenuhnya betul, tapi pelukis memerli dgn agak baik. Bukan nak sexist, tapi kebiasaannya ini yg terjadi.

Klik untuk View lebih besar

Selamat menjawab peperiksaan kepada juniors yg akan ade exam harini. Jawablah dgn tenang dan dimulai dengan bacaan Bismillah. Kepada seniors, study la oit! Jangan asyik tido je. (Pesanan khas untuk diriku yg mencintai tido, hehehe)

Photobucket

Sunday, May 25, 2008

Ahad yang Bermanfaat

بسم الله الرحمن الرحيم

Di kala aku menulis post ni, aku berada di chalet. Baru sahaja pulang dari RC. Setelah berkelana di Pusat Sumber dari pukul 9.15 ni, terasa otakku dah berat dan kraniumku sudah hampir retak disebabkan otak yg berdenyut2. Huhuhu, agak hiperbola di situ.

Buku Chemistry di RC

Aku tengah duduk di meja study bilikku sambil mata mamandang ke skrin IBM Lenovo R52 ni yang dah usang dan bergaris2 skrin dier, xpe, nanti akanku beli laptop baru. Jari-jemari ini pantas menekan dengan berhati-hati kekunci yg berwarna hitam ini. Kedengaran bunyi burung2 berkicauan riang, medu dan syahdu. Aku selak langsir bilikku dan memandang ke luar. Kelihatan burung (Pipit ke Layang2?) terbang bebas di angkasa. Sungguh bebas dan riangnye mereka. Allah berfirman:

أَلَمْ يَرَوْاْ إِلَى الطَّيْرِ مُسَخَّرَاتٍ فِي جَوِّ السَّمَاء مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلاَّ اللّهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
(An-Nahl: 79)


Aku ni baru balik dari Pusat Sumber. Lepas makan nasi lemak yang cambest tadi, aku menuju ke Pusat Sumber. Pada waktu2 exam begini, Pusat Sumber akan dibuka pada hari Ahad bagi membolehkan student belajar dengan efektif, produktif dan kondusif.

Sesampainya di RC, aku mencari port yg baik. Disebabkan jika duduk di bahagian bawah akan meningkatkan probability untuk berborak, maka, aku naik ke atas RC dan duduk di sebuah meja kosong. Aku buka application Chemistry, booklet one. Beberapa minit kemudian, Syafiq Diamond sampai dan duduk semeja dgnku. Alhamdulillah, habis dibaca booklet one.

Jelas wajah kesejukannn

Kemudian, aku mencapai latihan Chemistry yg aku ambil dari kaunter RC. Ku belek2 dan ku cube untuk buat latihan itu. Alhamdulillah, beberapa soalan dan masalah aku temui jawapannya. Hampir sejam lebih aku duduk di atas RC. Suhu agak sejuk, seperti suhu di Scotland (bajet cam pernah gi Scotland), dan Syafiq terketar-ketar kesejukan. Die mengambil sweaternya, tapi tetap x dapat counter kesejukan yg mencucuk itu. Melihatkan gelagatnya yg agak terseksa, aku mengajaknya untuk duduk di bawah di tepi tingkap. Disebabkan cahaya matahari, suhu di sudut itu agak suam2 kuku. Firman Allah:

مُتَّكِئِينَ فِيهَا عَلَى الْأَرَائِكِ لَا يَرَوْنَ فِيهَا شَمْساً وَلَا زَمْهَرِيراً
Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk
(Al-Insaan: 13)

Sabarlah Syafiq, di syurga nanti, InsyaAllah, tidak akan sejuk sgt dan tidak akan panas sgt. Nikmat Allah di syurga tu amatlah best. Oleh itu, marilah kiter sesame tingkatkan amal untuk kite menempah tiket untuk sampai ke destinasi utama ini.

RC yg kondusif

Syafiq berkata:

Kalau camni la suhu kat UK, x mandi la aku

Aku bersetuju. Padanla mamat2 omputeh tu x mandi kut? Tapi, kiter ni dah terbiasa mandi selalu. Bagi aku sendiri, amatlah janggal jika aku x sentuh air sehari. Hurmm???

Aku lantas membuka pula booklet 2 Chemistry, iaitu berkenaan method of analysis, chapter yg paling mencabar pada hemat aku walaupun pada sesetengah orang, ianya ibarat sekeping kek (a piece of cake). Nak buat camne, disebabkan oleh aku yg agak kurang skit daya pemahaman ni, terpaksa aku usaha lebih. Tapi tu pun xdelah usaha yg giler2 mane, still banyak masa aku terbuang lagi, adeyh.

Disebabkan dah 2 jam di RC, aku terasa nak muntah pulak melihat benzene ring ni. Dah la carcinogenic. Huhuhu. Jadi, aku pulang ke chalet kerana kami plan untuk buat gotong-royong chalet. Namun, apabila aku pulang, tiada bunyi kedengaran. Cess, tidur plak diorg ni. Jadi, aku pun terus masuk ke bilik dan bercadang untuk join rakan2ku ini melayari bahtera menyusuri lautan mimpi, hehhee.

Dalam menunggu lunch, marilah kiter manfaatkan masa yg ade. Tawakal dan usaha tangga kejayaan!

Photobucket

Iklan IBM Lenovo

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku post ni sebab aku pengguna Lenovo, harharhar.... Got this video from Abdul Azim's blog.




Photobucket

Saturday, May 24, 2008

Ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Smalam ade kelas malam Chemistry (again!!). Dapat dilihat keazaman pada mata Miss Shree, tapi jelas pulak sifat pelajar2 yg masih x serius dan bermain2 dalam kelas, including diriku. Kami membincangkan paper 5 Chemistry. Hampir 2 jam juger perbincangan ini. Letih dan tepu kepala otak aku ni. Rasa nak ketuk2 jer kranium ni.

Ilmu. Pentingkah? Kenapa perlu kiter belajar? Aku sering tertanya-tanya kepada dirini suatu ketika dulu. Letih btul nak blajar ni. Banyak benda kena ingat, kena slalu buat latihan dan sebagainya. Dan ilmu bukan terbatas kepada ape yg di dalam buku, ilmu juga boleh diperoleh melalui pengalaman. Dan jangan plak terlalu sibuk mencari ilmu2 Chem, Bio dan Physics sampai terlupe untuk ulangkaji ilmu agama yg hakikatnya paling utama!

قَالَ يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ فَلاَ تَسْأَلْنِ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنِّي أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil".
(Hud: 46)

Kiter di Malaysia ni patut bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat keamanan dan kiter masih boleh belajar dengan aman. Di Palestin dan negara2 bergolak lain, amat susah diorg nak pergi sekolah. Setiap saat memikirkan kekejaman Zionis. Tapi kite disini take keamanan for granted. Makin malas dan x serius blajar. Ingat, ilmu tu yg membezakan satu manusia ngan manusia lain.

Kebodohan merupakan tanda jiwa seseorang itu mati. Umurnya hanya akan disia-siakan begitu sahaja. Conversely, ilmu tu ibarat cahaya yang menghidupkan jiwa.

Sekitar kelas ChemisShree

Percaya atau x, dengan ilmu, kite mampu beroleh kejayaan. Dengan ilmu, kiter boleh mengubah nasib keluarga, masyarakat dan agama. Dengan ilmu, suatu yg baru dan menarik akan ditemui. Jalan yg gelap akan diterangi. Dan perkara ini xkan tamat. Setiap kali kiter tahu sesuatu yg baru, mesti ade lagi yg kiter x tahu. Contohnya camnila, masa SPM dulu, kite rasa apa yg kiter belajar dah cukup complicated kan? Chemistry contohnya, pasal electronla bla... bla... bla... Tapi, biler masuk A-level, there are far more complicated facts. Teringat kata2 pujangga

The possession of knowledge does not kill the sense of wonder and mystery. There is always more mystery.

Kejahilan adalah suatu yg membosankan dan menyedihkan. Kenapa? Sebab die x mendatangkan ape yg baru. Setiap persoalan tidak terjawab dan kiter sering tidak mengetahui kejadian sebenar. Bosan kan?

Jadi, klu korg nakkan kebahagiaan, carilah ilmu dan raihlah manfaatnya. InsyaAllah, jika penuh ilmu di dada, maka, akan hilang segala keresahan dalam hati, sebab kiter tahu, Allah ada bersama kiter, akan hilang masalah, sebab kiter tahu cara penyelesaiannya.

Rajin (especially Kamal)

Seseorang yg kaya dan berjawatan tinggi tiada makna tanpa ilmu. Orang bodoh yg kaya hanya akan menghabiskan hartanya tanpa pernah bersyukur. Orang bodoh yg berjawatan hanya akan melakukan kezaliman kepada orang lain tanpa sedar keburukan yg bakal menimpa dirinya.

Tekun

Maka, pilihlah, adakah korg nak jadi golongan yg bodoh atau yg berilmu? You yourselves know the answer. Berubahlah, rajinlah dan jangan malas menuntut ilmu.

(Peringatan khas untuk aku)

Selamat berIELTS kepada juniors, teringat zaman muda mudi dulu, huhuhu.

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
(Al-Alaq: 1)

Photobucket

Friday, May 23, 2008

Free Block Yang Menyeksakan

بسم الله الرحمن الرحيم

وَالْعَصْرِ
Demi Masa!
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-Asr: 1-3)

Free Block. Suatu nikmat yang ramai student kat sini tunggu2 setiap hari. Aku x nafikan, aku salah seorang daripada mereka. Memang waktu free block adalah best utk ulangkaji sendiri dan bebas untuk kiter tentukan ape yg nak study.

Tapi, selepas mempunyai 6 free blocks, aku terasa kehilangan. Terasa kehilangan waktu precious bersama guru, bersama rakan-rakan di dalam kelas. Lain btul atmosphere dier. Btullah ape org cakap,

Kiter xkan menghargai apa2 kepunyaan kiter sehinggalah kiter kehilangannya

Aku ni seorang yg hyperactive, full of energy (ceewahh). Jadi, apabila tiada benda yg dijadualkan untuk aku buat, aku buntu. Biler dah baca buku beberapa helai, mule rasa x senang duduk. Rasa peli disebabkan jadual selama ni yg memang ketat. Tibe2 dapat free blocks, wah, janggalnya. Jadi, aku buat plan untuk menyalurkan tenagaku ini.

Kosong!!

Berbekalkan notes aplication Chemistry, aku menuju ke surau untuk buat benda yg patut dibuat. Kosong, tiada manusia. Well, ade lah, makcik2 cleaner yang InsyaAllah, banyak pahala membersihkan surau. Selain tu, kosong. Maka, setelah buat benda sepatutnya, aku menyelak notes aku dan bergerak puler ke Kg Sapphire.

Sampai di Kg Sapphire, aku bergerak ke bilik Syauqi. Aku memberi salam dan masuk ke biliknya. Kelihatan pelajar tajaan KPM ni sedang fokus membaca sesuatu. Jadi, aku pun belajar bersama-sama bakal guru Biology ini. Kami bincang Group IV dan Trabsition Metals. Alhamdulillah, ade sedikit input yg bermanfaat.

Kemudian, aku berterima kasih kepada Syauqi dan menuju pulak ke Kg Diamond, lebih spesifik, chalet Masrizan yg terletak selompat katak sahaja dari chalet Syauqi. AKu selak daun pintu itu perlahan-lahan. Kelihatan bakal guru Biology itu juga di common room sedang membuat latihan ChemisShree. Sungguh tekun. Aku menegurnya dan kami sesamer belajar pasal orbitals. Alhamdulillah, dapat suatu ilmu lagi.

bosan melayari internet...

Kawasan yg basernya jadi tempat discussion, kosong!!!

Aku berterima kasih kepada warga chalet itu dan bergerak pula ke Kg Garnet. Fokus utama, sudah pasti, chalet pilihan ramai, Chalet calon Mr Nice, saudara Hisham. Kelihatan Hisham sedang browse internet dan website yg dilayarinya adalah Seni Kehidupan. Banyak tul gambar menarik dalam website nih. Kami berbincang beberapa isu yg agak serius di mata, dekat di hati. Aku pelik, kosong je chalet ni, jadi, aku bertanya

Muadz xde ke?

Hisham menjawab, Ade kelas kut

Jadi, kami meneruskan perbincangan. Namun, aku agak terkejut apabila mendapati pintu bilik Muadz terbuka secara tiba2. Apakah? Adakah Muadz memang misteri seperti Si Misteri Topaz? Kelihatan Muadz keluar dari pintu menuju ke tandas. Kemudian, Muadz mendapatkan aku di common room. Kelihatan mata die merah. Aku tanya,

Tidur ke?

Wah, sedap btul tidoq, jawab Muadz dalam nada Penangnyer....

Alhamdulillah, visit ke chalet Hisham pun turut mendedahkan aku kepada beberapa ilmu, walaupun bukanlah ilmu A-level. Dah letih rasanya menelaah Chemistry, apa salahnya deviate sekejap untuk menelaah ilmu lain yg juga bermanfaat?Alhamdulillah juger, bagi aku, free blocks aku harini x disia-siakan, walaupun boleh diperbaiki lagi, dan aku berdoa moga2 free blocks aku untuk hari2 akan datang turut terisi secara efektif juger...

Kesimpulannya, kepada yg masih ade kelas, treasure them. Korg akan rasa kehilangan jika dah xde kelas nanti. Ini juga ditujukan khas untuk junior2ku, itupun klu korg bacala. Maybe korg rasa letih dan x bermaya nak gi klas, tapi hakikatnya, korg akan dijauhi daripada membuang masa dan korg akan lebih hargai masa.

Bak kata Hisham dan Shuib yg dah lama menikmati banyak free blocks,

Free blocks ni buat ko rasa makin malas dan letih jer....

Nikmatilah kelas korg. Sebab korg akan rasa blurr macam aku klu dah banyak sgt free block. X tau nak buat aper. Ingatlah

Time is free, but it's priceless.
You can't own it, but you can use it.
You can't keep it, but you can spend it.
Once you've lost it you can never get it back.

Aku perlu plan gak untuk esok, ape aktiviti2 aku...

Photobucket

Thursday, May 22, 2008

ChemisShree

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada pukul 8 malam tadi, Miss Shree membuat kelas tambahan paper 4. Jadi, selepas solat Maghrib, aku, Syafiq dan Mas bergerak ke ChemisShree Lab 4.

Miss Shree yg semangat

Kami mengambil tempat memasing. Beberapa minit kemudian, kelihatan beberapa pelajar block 4 masuk dalam lab. Aku, Syauqi dan Syafiq memandang kepelikan. Lerr, rupe2nya klas malam ni bergabung ngan block 4. Ramai sungguh yg datang, hampir penuh lab tu.


Kami memula membincangkan kertas application yg kami buat minggu lpas. Pasal drug designing. Bukan main susah lagi. Tapi, setelah mendengar penjelasan dan penerangan dari Miss Shree, barulah paham dan jelas sedikit.

Kami diberi ngan bertimbun2 kertas latihan. Wah, adakah sempat utk aku abiskan semua ni? Mahu termuntah jadiknya. Namun, aku berazam xnak sia2kan usaha Miss Shree memphotostat kertas2 itu untuk kami. Aku pasti, jika aku letih, Miss Shree berkali ganda lebih letih lagi.


Lpas tu, kami membuat review bab2 core. Setelah direview topik2 kritikal, aku sedar, masih banyak yg perlu aku cover dan usahakan untuk perbaiki. Kena push giler2 6 hari akan datang. Esok akan ade gak kelas pukul 8, tapi untuk paper 5. Semangat!!!

Kelas habis dalam pukul 10.15. Aku, Syafiq, Syauqi dan We bergerak ke surau untuk menunaikan solat Isyak berjemaah.

Mood: Chem!!!

Photobucket

Post yg Tertangguh

بسم الله الرحمن الرحيم

Perkara ini terjadi pada hari semalam, tapi memang aku xde mood nak tulis sampailah saat ini, saat selepas tamatnya exam Biology paper 4. Alhamdulillah, soalan dapat dijawab dan tidaklah pelik dan memelikkan soalannya. Walaupun x pasti betul dan tepatkah jawapan yg ditulis, aku tetap bersyukur kerana dapat menjawab sumer soalan.

Wahai blog yg disayangi. Aku nak ceritakan sumting yang berlaku semalam. Waktunya adalah selepas Asar. Tempat, di rumah abang Hamdan.

Pemandangan dari balkoni rumah Abang Hamdan

Selepas solat Asar, due to my aching tummy, aku x menunggu untuk mendengar tazkirah lpas Asar, sebaliknya, terus aku pulang ke chalet. Di kala aku bersantai-santai di chalet dan menanti untuk berjoging (yes, aku berjoging, jgn pelik), Azri YT, seorang pelajar tajaan YT dengan course Chem Eng menelefonku. Beliau berkata

Datang surau, Abg Hamdan ade buat bacaan tahlil kat umah die. Ajak Yahya sekali

Aku teringat x berapa lama dulu, memang ade Azri cakap pasal hal ini. Cume tarikh dan masa x diberitahu. Aku agak terperanjat dan agak x bersedia. Aku memanggil Yahya dalam biliknya. Tiada jawapan. Jadi, aku bergerak keseorangan ke surau dan kelihatan rakan2 MUSCOM dan ex-MUSCOM dah ade di situ.

Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Apabila seseorang daripada kamu dijemput ke majlis kenduri maka hendaklah kamu menghadirinya.
(Muslim: 2574)

Kami menelusuri jalan penuh ranjau dan berduri, menempuhi laluan chalet wanita menuju ke apartment. Perasaan malu menyelubungi diri. Aku tgk rakan2 yg lain, selamber jer. Aslam dan Shah Pin imam jemputan turut bersama memeriahkan majlis.

Muadz yg buat muke comel, namun x tertanding ngan kecomelan budak itu

Aidid, Vice Pres MUSCOM mengetuai bacaan Yaasin. Smalam juge merupakan harijadi anak Abang Hamdan. Majlis juge diadakan untuk meraikan MUSCOM2 lame dan seniors yg bakal meninggalkan kolej, isk, terharu (sambil mengesat air mata). Selepas bacaan Yaasin, kami dihidangkan dengan pulut kuning dan rendang yg sedap. Kami juger turut bermain dgn anak Abang Hamdan yg comel amat.

'The Group' tengah jamu selera sambil berbincang plan kami
Dari kiri: Afiq (Vice Pres), aku (Secretary), Hisham peluru (Pres)

Kami meminta diri sekitar pukul 6.25. Abang Hamdan memberikan kami sedikit pulut dan rendang untuk dikongsi bersama rakan2 lain. Memang diorg pulun abis pulut tu. Sekelip mata je, licin dan bersih. Memang bebudak lelaki KYUEM!!!

Moga rezeki abang dimurahkan dan doakan kejayaan kami!!!

Photobucket

Wednesday, May 21, 2008

Perang Kedua

بسم الله الرحمن الرحيم

Esok paper 4 Biology, jadi, malas aku nak update pepanjang.

Cume aku berdoa agar dapat jawab ngan tenang esok. Doakan aku!!!

Photobucket

A-level Past Papers

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.cie.org.uk/images/cielogo.gif

Gemar download past papers A-level? Ingin bersedia awal, especially to Juniors? Ingin The Latest Past Papers? Baserla, memang tabiat students KYUEM ni suke memphotostat past papers. Oleh itu, aku ingin berkongsi satu laman web menarik. Silalah lawati website ni untuk download CIE Past Papers...

http://www.onesourcepk.com/alevels.html

Akan aku letak link di bahagian sidebar aku bertajuk A-level CIE Past Papers.

Moga lpas ni, kepada rakan2ku, x kesahla junior atau senior, bolehla memanfaatkan laman web ini untuk download CIE A-level past papers secara percuma tanpa perlu register.

Kepada yang ditakdirkan Allah membaca post ini, bolehla sebar2kan kepada rakan2 korg yg lain.

Moga Bermanfaat...

Photobucket