Tuesday, February 26, 2008

Nur Jumaat Terakhir


Monday, February 25, 2008

Pistachio yg ku suka

http://www.nhchocolates.com/images/Mammoth%20Pistachios%20Nuts.jpg

Buhsan. Xde smangat nak study. So, aku pun mengambil pek pistachio. Sambil aku kunyah dan menikmati kemasinan dan rasa yg menyayat hati kacang ni, aku terfikir, apakah nutrition pistachio ni?

Lantas, aku melayari Wikipedia. Tekan pistachio, dan ini yg ku dapat,

The pistachio (Pistacia vera L., Anacardiaceae; sometimes placed in Pistaciaceae) is a small tree up to 10 m tall, native to mountainous regions of Iran, Turkmenistan and western Afghanistan. It has deciduous pinnate leaves 10–20 cm long.

The plants are dioecious, with separate male and female trees. The flowers are apetalous and unisexual, and borne in panicles. The fruit is a drupe, containing an elongated seed (a nut in the culinary sense, but not a true botanical nut) with a hard, whitish shell and a striking kernel which has a mauvish skin and light green flesh, with a definitive flavour.

When the fruit ripens, the husk changes from green to an autumnal yellow/red and the shells split partially open (see photo). This is known as dehiscence, and happens with an audible pop.

Each pistachio nut weighs around 1 gram, [1] and each pistachio tree averages around 50 kg of nuts, or around 50,000, every two years. [2] Pistachios (as part of the pistacia genus) have existed for about 80 million years. [3]

Tu je lah sedikit sebanyak info pasal kacang ni. Tu ar, jgn suke makan je, at least tahu skit apebenda yg kiter makan tu. Aku berkata pada diriku....


Photobucket

Sedikit Celoteh Kehidupanku

Coretan ini kutulis pada jam 8.16 malam, selepas mandi bertempat di chalet p02, Kampung Topaz, Mainland, KYUEM, Lembah Beringin, Selangor, Malaysia, SEA, Asia, Earth, Solar System, Milky Ways, Universe created by Allah.

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi proses pertukaran kuasa MUSCOM. Hari ni merupakan hari election untuk memilih jawatankuasa tertinggi MUSCOM. Aku risau. Adakah cukup publisiti yg diadakan? Adakah ramai yg akan turun mengundi? Terasa bertanggungjawab kalau promosi ni gagal.

Hari ni, aku keletihan. Bermula ngan block 2, iaitu malaysian Studies. Mengantuk giler. Petang ni ade ujian Chem. Memang x bersedia. Nak cakap letih sebab housetrip, smalam dah tido dalam bas. Malam pun tido awal. Namun, sekuat mana aku cube menahan mataku, tetap rebah jua. Ku tahu, perbincangan pasal SUHAKAM, tapi aku x mampu nak dengar dgn lebih teliti.

Selesai block 2, aku bergegas ke chalet untuk mengambil buku biology. Yahya ngan ayat baser die,

Janganla ponteng klas jepah

Aku x pedulikan die. Aku terlalu letih nak melayan kerenah die. Ku rebahkan diri ke atas katil. Tupp....mata terpejam. Mujur aku sempat letak alarm, hanya tidor 30 minit. pukul 10.15 pagi, aku mencuci muka dan bergerak balik ke RC.

Tibalah masa yg dicuakkan sepanjang hari ni. Test Chemistry. Ku risau, sebab persediaan aku yg amat hampeh. Semalam pun sempat baca skit je. Tapi, selepas Pn Shree pass kitorg kertas soalan, aku berasa bersyukur. Satu persatu ku selak mukasurat, Alhamdulillah, sumer dapat dijawab (btul ke x, tu lain cerita). Chapter2 yg masuk, aku dah baca smalam. Rasa nak menangis. Namun, result test ni hanya akan diketahui hujung minggu depan.

Masa mengundi, ok gak la. Aku agak buhsan. Xde keje sgt la katakan.

Hadis untuk hari ni,

Dari Jarir bin Abdullah, r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang tidak menaruh belas-kasihan kepada sesama manusia, maka Allah juga tidak menaruh belas-kasihan padanya."
(Muttafaq 'alaih)

Moga dapat iktibar, especially diriku ni....

Photobucket

Sunday, February 24, 2008

Housetrip Day 2


Kami sechalet bangun pada jam 6.17 pagi. setelah bersiap-siap, kami bergerak ke surau di resort tersebut. Yahya melaungkan azan. X lama kemudian, beberapa orang turut datang, terpanggil dengan azan tersebut.

Pagi ni aktiviti free. Aku dan Yahya plan utk mandi jap pastu gi berkayak. Dan, pada pukul 7 lebih, Ariff, the new SC Religious exco mengetuk pintu chalet. Dia bagi 3 packet Vico dan 3 packet roti cokelat. Aku x lapar sgt, so juz makan sebuku roti jer.

Pukul 8 lebih, aku, Shuib dan Yahya turun ke pantai. Namun, Shuib nye Pet Family dah tunggu utk makan bersama. Owh, da plan rupenya. Aku, Afiq dan Yahya mule bermain volleyball. X lame pastu, junior datang join. Akhirnya, kami bermain bola sepak pantai. Kakiku yg beransur pulih, jadik sakit balik. Dah beberapa ketika main bola, aku masuk ke laut, utk merehatkan kakiku yg sakit ni.

Kemudian, Ariff mengajak kami utk snorkelling. Bayaran, 15 ringgit sorang. Kami dibawa menggunakan sebuah bot ke kawasan snorkelling. Berbekalkan sebuku roti burger yg bukan untuk dimakan, tetapi untuk menarik perhatian ikan2, kami menjalankan aktiviti snorkelling. Memang ramai bebudak kolej di situ. Ikan pun banyak gak. Dan Shuib dan We datang ngan kayak mereka. Kami saling bertukar2 antara kayak dan snorkelling.

Dah lebih kurang sejam berendam, abang bot datang utk fetch kami. Dalam perjalanan, kelihatan Afi dan Nea yg kayak mereka terbalik 90 darjah. Whuteva la korg ni. Camne ntah korg kayak. Setelah menyelamatkan mangsa, kami dibawa menggunakan bot melawat ke kawasan sekitar. Apabila tibe je ke pantai, jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Huh, sepatutnya kena kumpul jam 11 pagi. Sempatkah?

Jadual xdela lari sgt. Jam 11.30 pagi, van ke jetty tibe. Aku jadik penumpang van pertama. Pemanduan pakcik ni laju giler, ibarat kata Syarif,

Ok, start dah naik roller coaster

Feri ke Lumut berlepas jam 12.45 tghari. Agak buhsan sepanjang perjalanan. Dan aku tertidur. Apabila bukak je mata, kelihatan sumer orgd ah bersiap-siap nak turun dari feri.

Sampai di Lumut, of course, perut dah kelaparan. Target pertama adalah kedai makan. Setelah berjalan-jalan mencari restoran pilihan, aku dan Yahya makan di Restoran Nasi Kandar (Nasi Kandaq menurut Zaim). Kelihatan gak bebudak Sapphire turut makan di situ. Lepas dah kekenyangan, aku bergerak ke CIMB utk kluarkan duit yg dah abis.

Bas kami sampai jam 2.30. Jam 2.45, bas bertolak dari Lumut. Pemandu yg sama cam smalam, oleh tu, kami expect pemanduan yg sama. Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala kecelakaan. Aku dan Epi berkata,

Mula dah die nak merempit...

Dan seperti biaser, aku tertidur di dalam bas. Sedar2 je, dah sampai ke pekan Bidor. Dan kami sampai ke kolej pada pukul 5.15 petang. Awal giler, kitorg org pertama sampai.

Photobucket

Saturday, February 23, 2008

Housetrip Day 1


Seawal jam 9, kami telah bersiap untuk ke Pulau Pangkor. Namun, setelah satu chalet dah bersedia nak berkumpul di depan surau, Acipz kelihatan x mau bergerak langsung. Kami pelik. Aku, Shuib dan Yahya puas menggerakkannya, tapi x nak gerak langsung. Ade probs ke? Lpas da xde idea lg, kami panggil bebudak Topaz yg lain. Setelah puas memanjat2 badan Acipz, akhirnya die bergerak gak.

Bas kami agak lawa. Yela, banding ngan Bas Sapphire. Bebudak Topaz sume gelakkan bas Sapphire yg merupakan bas Sekolah. Kami bertolak dari kolej pada jam 9.37 pagi. Xdela lari jauh sgt dari jadual. Bas kami dipandu ngan agak laju (macam berlumba). Kemudian, berenti di RnR Ladang Bikam di mana ramai yg beli makanan.

Bas kitorg laju giler, meninggalkan bas2 yg lain. Even kat corner, bas tu x slow pun. Aku n Yahya cakap,

Bas ni berlumbe ke, sape yg menang...

Kami sampai di Lumut jam 12.30 tghari. Setelah ronda2 sekitar Lumut, kami makan Nasi Ayam di Waterfront, pastu gi jalan ke Masjid lalu terus kembali ke jeti. Feri kami bertolak dari Lumut pada jam 2.23 petang. Baserla, naik Feri. Dalam lebih kurang 40 minit, kami sampai ke destinasi, iaitu Pangkor Island.

First Time nampak Notice camni

Chalet P-02 di kolej dan 018 di Pangkor

Petang tu, aktiviti yg dah dirangka oleh committee housetrip, iaitu Treasure Hunt (lebih kurang ar). Aku yg kaki kiri ni terseliuh x dapat lari2. Juz jalan2 je menemankan rakan2 segroup aku. Kami berjaya abiskan race di tempat kedua. Dan lpas tu, aktiviti bebas, kami pun berenang di lautan. Ramai gak jadik mangsa campakan ke laut. Aku gak telah membeli baju Pangkor 'Glow in the dark'.

Sebelum

5 minit kemudian

Aku still x paham nape Zaim wat muke camtu

Pada malam hari, lepas Dinner, ade aktiviti bukak hamper. Aku, Shuib dan Yahya yg merupakan satu chalet, terus balik ke chalet selepas mengambil 'sedikit' makanan untuk dijadikan bekalan malam ni. Lepas tu, kami bergerak ke sekitar tepi pantai. Dan aku turut membeli beberapa keychain sebagai cenderahati.


Keychain Pangkor

Dan, kami balik ke chalet utk tayangan movie 'Night in da Muzeum'. Pastu tu Die Hard. Namun, kemengantukan mengalahkan kami dan kami tidur pada jam 12.10 malam.....

Photobucket

Friday, February 22, 2008

MUSCOM Manifesto

Musolla Community

Langkah kedua untuk peralihan kuasa telah berlalu, iaitu MUSCOM Manifesto Night. Berbandin ngan SC nye manifesto, calon (or peserta, ibarat kate Jimah) x menaburkan janji. Dan xde poster pun dinaikkan oleh para calon.

Dengan host rancangan, Jimah atau nama sebenarnya, Abdul Azim, seorang pelajar tajaan PNB, majlis dimulakan. Selang seli antara Muslimin dan Muslimah. Dan keje aku, macam baser, ambik gambar, tapi untuk muslimin je, takut ade muslimah yg sensitif klu muslimin amik gambar diorg. Gambar Muslimah diuruskan oleh Syumul (F).

Aslam menjadi nama yg dipajak oleh sekurang-kurangnya 2 calon. Memang famous bdak tajaan YT, merangkap bekas rakan sekolah rendahku.

Semoga yg terbaik akan dipilih untuk menerajui perjuangan MUSCOM akan datang. Jangan rasa terbeban jika dipilih, tapi jadilah bersemangat untuk menegakkan agama Allah di muka bumi KYUEM ni.

Mengikut perkiraan matematik, kami, MUSCOM lame hanya tinggal seminggu lebih je sebelum menyerahkan mandat kepada adik-adik (padahal sama umur ngan aku) ataupun lebih sesuai aku panggil rakan2 sekalian. Inilah masa utk kami muhasabah balik, apakah yg kami dah buat. Minta maaf jika kami x dapat memenuhi expectation banyak pihak. Moga junior akan dapat meneruskan usaha kami, malah lebih baik lagi.

Wallahuálam.

Photobucket

Yearbook


Setelah berhempas pulas mencarik idea untuk buat yearbook page untuk chalet kami, akhirnya, telah siap gak page yg dibuat beberapa hasil beberapa jam je ni.

Rose is a flower that lives for an hour,
Friendship is a Tower, that lives FOREVER

Suke giler ayat ni....

Photobucket

UCL 2nd Offer

Di kala aku memasuki emailku, ku dapati ade email dari UCAS. BErdegup jantungku. Ku terus masuk ke track UCAS.


University/College
University College London (University of London) (U80)
Course
Biomedical Sciences (B990)
Campus
-
Entry Point
1
Course Start Date
01-Sep-2008
Preference
-
At Home
N
Further Details

Deferred
N
Decision
Conditional view decision letter
Conditions

This offer is subject to you obtaining

See also a letter sent by the institution

GCE A level
Grades AAB including
Biology
Chemistry

and either
Mathematics

or
Physics

Pass IELTS with an overall score of 7 with 6.5 in each of subtests

Alhamdulillah...

Photobucket

Thursday, February 21, 2008

The Party Has Been Disbanded

http://www.salesian.surrey.sch.uk/clubs/dofe/logo.gif

Akhirnya, kitorg membuat suatu keputusan yg besar dalam hidup kitorg. Tercetus pemikiran ni ketika dalam tutorial. Sambil Mr Vroege berbincang sumting, aku dan Fendi turut membincangkan sesuatu. Aku bertanya,

Ko nak gi DOE x?

Fendi jawab,

Ntahle, macam xnak gi,

Ok, jom drop, aku menyambung. Dan kami mendapat semangat yg giler2 untuk drop DOE. Dan, kluar je dari BL2, aku ternampak kerul nun jauh di depan Greenthumb nye Garden. Ku lambai kepadanya, lalu aku dan fendi meluru kepadanya. Baru je mendekati kerul, kelihatan Pidah kluar dari LT1. Cantiik...x payah nak susah2 kumpul org. Sesambil berbincang, aku SMS Meor,

Ada kat chalet x?

Lepas berbincang2, kami mengambil keputusan berjumpa semula di chalet Meor. Apen x dapat dihubungi. Pergi tutorial agaknye. Kami memberitahu meor hasrat hati kami, dan selepas edikit konflik bergelora dalam jiwa, kami mengambil keputusan (tanpa Apen) untuk withdraw bersama-sama dari DOE. Aku rasa lega. X payah pikir satu benda lagi.

And, aku mengumumkan, Group 17 DOE has officially been disbanded.

[doe-1.jpg]
Akan ku kenang saat ini

Photobucket

Sensitive? That's not me!

Adakah aku ni sensitive??
Atau cepat MARAH??
Setahu aku x pun...
Aku ni bukanlah senang nak terasa hati pun,
apatah lagi marah,
cume nak MENEGUR...

Photobucket