بسم الله الرحمن الرحيم
Setiap tahun, jika ada kesempatan, pasti aku akan melawat ke alma materku. Salah sebuah pusat pengajianku yang paling aku ingati kenangannya adalah di KYUEM, Lembah Beringin. Kehidupan yang penuh dengan kenangan pahit dan manis, namun telah membentuk diri ini serta mengajarku erti ukhuwah dan dakwah. Sebagai seorang alumni, sudah tentu, hati ini ingin memberi sesuatu supaya produk KYUEM menjadi semakin berkualiti dari tahun ke tahun.
Tahun ini, aku dan beberapa sahabat yang lain merancang untuk ke kolej pada permulaan tahun akademik. Aku menaiki bas dari Hang Tuah ke Tanjung Malim. Dari situ, aku dijemput oleh Izuan Pilus dan Iman Manan dengan sebuah van dan kami terus memandu ke Lembah Beringin yang indah permai. Yorke menyertai kami pada lewat tengahari.
Hari Isnin, 19 Julai 2010. Hari ini, para seniors baru kembali ke kolej. Mengangkut barang-barang masuk ke chalet, unpack dan mengemas bilik. Masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing. Jadi, majlis fikir selepas Asar dan slot selepas Maghrib lengang, tiada orang yang hadir. Aku sempat berborak2 dengan VP MUSCOM, Luqman.
Hari Selasa, 20 Julai 2010, hari ini, para juniors baru mendaftar. Disebabkan tiada apa nak buat di sebelah pagi, kami merancang untuk mandi manda dan berekreasi di sungai di Kalumpang. Aku menghubungi rakanku, saudara Yusuf yang belajar di Cork Ireland, kerana beliau tinggal sekitar Kalumpang. Beliau bersetuju menyertai kami. Kami tiba di Kalumpang sekitar jam 10.40 pagi dan terus sahaja kami terjun ke dalam air sungai yang sejuk itu. Iman yang pada asalnya tidak mahu mandi akhirnya terpengaruh dan turut sama terjun walaupun terpaksa pinjam seluar Usop.
Menjelang tengahari, kami keluar dari sungai dan bersalaman dengan Usop. Kami pulang ke kolej selepas menjemput Mat Top di Tanjung Malim. Kami makan2 di kafe dan bersolat Asar berjemaah. Seperti biasa, diadakan majlis fikir selepas solat Asar. Beberapa perbincangan menarik diutarakan dan dibincangkan. Membuka mata dan minda!! Selepas sahaja majlis fikir ditangguhkan, aku disapa oleh seorang pakcik yang tidak aku kenali. Beliau memperkenalkan diri beliau sebagai CEO KYUEM. Wah, bertuah aku dapat bertemu beliau. Beliau mengambil no telefonku dan miss call ke telefonku.
Selepas Maghrib, slot MUSCOM harini di musolla adalah berkenaan pengenalan kepada institusi MUSCOM itu sendiri. Aku, Pilus dan Kerul diminta untuk berucap sebagai alumni MUSCOM KYUEM. Kami menceritakan pengalaman kami menyertai MUSCOM dan aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan sepanjang tahun. Moga sedikit sebanyak membuka mata para pelajar yang baru masuk.
Ok, sambung kemudian....
1 comment:
mana sambungan?
Post a Comment