Tuesday, June 29, 2010

Pulang ke Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tepat jam 9.37 malam waktu Malaysia. Perjalanan yang memakan masa 16 jam ini amat meletihkan. 13 jam di dalam kapal terbang, 3 jam transit di Dubai, UAE. Akhirnya, pesawat Boeing 777 Emirates selamat mendarat di Kuala Lumpur.

Sebelum bertolak pulang ke Malaysia hari Ahad itu, pada hari sebelumnya, iaitu pada hari Sabtu, kami, warga London yang duduk sekitar Royal Oak bermain badminton buat kali terakhir pada tahun akademik ini. Dalam kesibukan kami berpindah ke rumah baru, Alhamdulillah, kami diberi kesempatan lagi untuk berkumpul dan menjalani tarbiyah badaniyah.

Permainan dijadualkan pada jam 8 malam sehingga 10 malam. Pada jam 8 malam, aku dan Masrizan sampai dahulu ke Harrow Road Sports Centre tersebut. Kami memanaskan badan dahulu. 10 minit kemudian, Abg Razin (post graduate Imperial) datang. Pada jam 8.20, Pokloh pula tiba diikuti abang Q dan anak-anaknya.


Permainan sengit antara kami. Aku yang dah lama tidak bermain badminton pancit sebentar. Mujur masih mampu beraksi dengan baik dan menewaskan orang lain, haha.

Itu adalah kenangan terakhir di London sebelum aku berangkat pulang ke Malaysia. Aku akan merindui semua rakan-rakan di London. Semoga bertemu lagi pada masa depan....


Photobucket

Friday, June 25, 2010

Khamis Terakhir di MSD

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah seminggu tiada circle bersama ustaz Erfino, harini, perkongsian ustaz Erfino berjalan seperti normal. Namun, disebabkan majoriti sudah mula bercuti musim panas, maka, sedikit sahaja hadirin yang datang. Keadaan juga sedikit lengang di MSD malam ini.

Selepas bacaan Yaasin dan tahlil, seperti biasa, ustaz menyampaikan perkongsian hasil daripada dapatan hadis yang dipetik daripada kitab Riyadhus Shalihin. Hadis hari ini mengenai kepentingan berbuat baik kepada rakan kepada ibu atau bapa kita.

Kemudian, sewaktu moreh, ustaz Erfino memberikan sedikit cenderahati daripada Malaysia, sebuah CD dengan lagu ustaz Erfino yang baru sahaja dirakam di Malaysia. Oh, ustaz sudah bergelar artis. Esok lepas sembahyang Jumaat, bolehla ambik autograf ustaz!

Bersama artis

Hari ini merupakan Khamis terakhir aku di MSD sebelum aku bertolak ke Malaysia Ahad ini. Doakan keselamatanku....

Selamat tinggal semua

Photobucket


Sunday, June 20, 2010

PUISI 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

Terasa segar lagi kenangan di PUISI 2008 di Killarney, Ireland. Berukhuwah dengan rakan-rakan seluruh UK dan Ireland di samping mempelajari ilmu baru, menggarap pengalaman berharga dan perkongsian yang berguna untuk survival di UK secara khusus dan di dunia ini secara umumnya.

Masa berlalu pantas. Kini, tiba pula PUISI 2010, dengan pengisian dan modul yang lebih mantop dan menarik. Nantikan kemunculannya 23-26 Disember 2010 ini...



Photobucket

Saturday, June 19, 2010

Bersedia Bersama

بسم الله الرحمن الرحيم



Photobucket

Monday, June 7, 2010

Weekend Bersama Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Purification of the Fap1-nr2 fragment from Streptococcus Parasanguis

Itulah tajuk journal article yang perlu aku tulis pasca eksperimen yang dilakukan minggu lepas. Segala data daripada eksperimen disusun, segala keputusan eksperimen dianalisis, segala graph dilukis dan beberapa kesimpulan dikaji dengan mendalam. Beberapa teori dan fakta diekstrak daripada eksperimen.

Walaupun aku sekarang agak sibuk dalam usaha menyiapkan scientific journal ini, namun, aku masih sempat meluangkan hujung minggu bersama sahabat-sahabat. Di kala sedang penat membuat kerja, mujur mereka ini ada untuk mengajakku bersama-sama bereakreasi pada hari yang cerah ini. Jadi, kami berkeputusan untuk mengadakan barbeque.

Ayam diperam, aku pula, bertugas memasak nasi goreng yang sedap. Bahan-bahan lain dibeli, maka, tibalah pagi yang dinanti.


Api dinyalakan, proses memasak dimulakan. Sambil-sambil memasak, kami berborak-borak, dari isu-isu perkembangan diri sehinggalah isu besar Palestine. Di kalangan yang hadir, hanya aku yang masih belum lambat untuk tamat peperiksaan. Mereka yang lain dilihat begitu ceria sekali dan begitu menikmati saat-saat gembira sewaktu jamuan diadakan. Terima kasih kepada mereka, keceriaan mereka mampu untuk membuatkanku ceria kembali.

Abu Burdah r.a berkata :”Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.”
(Bukhari dan Muslim)

Sambil-sambil menunggu ayam yang dipanggang masak, kami mengisi masa juga dengan bermain bola di padang yang luas, sambil melayan anak-anak kecil yang comel-comel belaka. Gelak tawa mereka menghangatkan dan memeriahkan suasana. Terkadang, ada antara kami yang seolah-olah kembali ke alam kanak-kanak kembali.


Alhamdulillah, walaupun pertemuan yang singkat, namun, tetap mampu meringankan sedikit segala masalah dan beban di kepalaku. Terima kasih sahabatku.

I will not call you all 'my friends' because you all are 'my companions'

Moga Allah menyatukan hati-hati kita ini agar tetap di jalanNya. Moga ukhuwah ini disandarkan pada iman dan taqwa, supaya kita tidak menjadi musuh di akhirat kelak.

http://quran.com/images/ayat/43_67.png
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).
(az-Zukhruf: 67)

Photobucket

Thursday, June 3, 2010

Mereka Prihatin. Kita?

بسم الله الرحمن الرحيم

Tersedu aku melihat bahagian awal video ini. Seorang kanak-kanak Amerika bernama Rachel Corrie berucap dan mempertahankan hak kanak-kanak yang tertindas di seluruh dunia. Beliau juga berkata, beliau berharap dapat membantu menghentikan semua ini daripada terus berleluasa.

Pada umur 23 tahun, beliau mati dibunuh oleh Israel Defense Force (IDF) sewaktu cuba mempertahankan rumah warga Palestin daripada dirobohkan IDF. Beliau dikatakan menjadi 'human shield' bagi menghalang kemaraan bulldozer milik IDF. Pada usia seperti aku, beliau sanggup untuk menangguhkan pembelajarannya di kolej untuk ke Semenanjung Gaza sewaktu Intifada Kedua.

Seorang yang mungkin dikatakan jauh daripada perjuangan Palestin pun turut prihatin dan peka dengan keadaan warga Palestin. Kita yang seaqidah, satu ummah di mana dikatakan kita ini ibarat satu badan, jika sakit satu bahagian, sakitlah bahagian2 yang lain, namun, di mana sensitiviti kita? Apa yang kita buat untuk meringankan beban mereka? Sudahlah tidak peduli nasib Palestin, malah minta untuk doakan pun tidak dapat nak buat ke?

Moga Allah mempermudahkan urusan saudara kita yang menghadapi ujian dalam cubaan untuk membantu meringankan beban warga Palestine. Apalah sangat kita di sini rasa, hanya membaca berita di hadapan komputer, mungkin tidak sesukar mereka yang benar2 menghadapinya.

Moga Allah memperteguhkan hati umat Islam dalam membantu saudara kita....



Menjadi fitrah manusia hidup di dunia
Perlu sesama begitu adanya
Pabila duka mengusik indahnya suka
Dan seharusnya bangkitlah di jiwa

Rasa peduli menolong sesama
Bukan hanya bicara
Tindakan yang utama

Di sini kita dengan segala yang dipunya
Semuanya fana, titipan semata
Lihat mereka saudara kita di sana
Dalam nestapa di manakah cinta?

Rasa peduli menolong sesama
Bukan hanya bicara
Tindakan yang utama

Cuba rasakan setiap tangisan
Tak berhenti berharap akan huluran tangan
Memberi cinta dan harapan
Bersama kita melangkah kaki
Menuju dunia yang lebih indah

Pernahkah kita bayangkan jadi mereka
Belum tentu kan mampu, cuba sedari
Tanya diri sendiri
Apakah ada simpati

Photobucket

Wednesday, June 2, 2010

Dah Ada Kedai

بسم الله الرحمن الرحيم

http://kedai.iluvislam.com/images/logo-iluvislam-front.gif

Awal penubuhannya adalah hasil idea 5 anak muda dari KYUEM. Asalnya hanya portal komuniti kecil yang majoriti dihadiri warga KYUEM sendiri. Namun, dari tahun ke tahun, portal ini semakin diminati, semakin popular dan berkembang pesat. Semakin banyak tenaga kerja diperlukan, semakin banyak demand daripada para pembaca.

Kemudian, pelbagai subdomain ditubuhkan, daripada education, testi, resipi, berita dan banyak lagi.

Baru-baru ini, IluvIslam sekali lagi melebarkan sayap dakwahnya dengan menubuhkan pula kedai online http://kedai.iluvislam.com/. WOWWW!!

http://kedai.iluvislam.com/images/m01.png

InsyaAllah, di peringkat permulaan ini, antara barangan yang dijual adalah produk-produk karangkraf dan produk-produk iluvislam sendiri.

Mari jayakan dan memajukan kedai IluvIslam ini!!!!
Photobucket