>

Thursday, April 22, 2010

Menjadi Terbaik

بسم الله الرحمن الرحيم

Semua manusia waras mahukan yang terbaik dalam kehidupan. Rumah yang baik, kereta yang baik, keluarga bahagia dan segala-galanya. Seorang ibu pasti mahukan pendidikan yang terbaik untuk anaknya. Begitu juga seorang bapa, pasti mahu anaknya mendapat kerja yang terbaik. Namun, kita sebagai umat Islam telah ditaklifkan sebagai yang terbaik oleh Tuhan Pencipta Alam. Allah berfirman:

http://quran.com/images/ayat/3_110.png
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
(ali-Imran:110)

Betul, kita adalah yang terbaik. TETAPI dengan dua syarat, iaitu amar makruf nahi munkar serta beriman kepada Allah. Usah sibuk mendabik dada mengaku kita ini yang terbaik, tapi tidak juga lakukan kedua-dua perkara ini.

Bersama-sama berusaha mencapai yang terbaik dalam kehidupan di dunia untuk bekalan ke akhirat. Macam video ni:




Photobucket

1 comment:

Pacat said...

comel sangat anak ulat tu.
"jangan nanges"