>

Friday, March 12, 2010

Sedikit Catatan

بسم الله الرحمن الرحيم

Hidup sebagai seorang pelajar merupakan satu tempoh yang dikatakan paling indah dalam kehidupan. Komitmen yang tidak banyak yang membuatkan banyak masa terluang. Aku bersetuju. Namun, sejauh mana aku menggunakan waktu terluangku itu, itu boleh aku sendiri persoalkan.

Aku sedar, sudah terlalu kurang aku mengemaskini blog ini kini. Jika dahulu, setiap hari pasti akan aku update blog ni, walaupun sedikit. Namun, sekarang, kadang2, hampir seminggu jugak tak update. Adakah ini petanda aku semakin sibuk? Oh, tidak sekali, banyak je masa aku terbuang begitu sahaja. Malu.

http://farm4.static.flickr.com/3608/3373472674_9461ed2c7d.jpg
Adakah aku mampu berlari selaju budak ini?

Aku melihat sekeliling. Rakan-rakanku kelihatan begitu jauh meninggalkanku. Jika boleh aku analogikan hidup ini ibarat perlumbaan, aku seperti sudah pancit ketinggalan di belakang, sedangkan rakan-rakanku yang lain laju memecut ke hadapan, semakin maju setiap langkah yang mereka laksanakan, semakin aku ditinggalkan. Perlukah aku mengalah?

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya.

Adakah aku sudah disqualified daripada perlumbaan ini? Aku berfikir. Malu. Diri sendiri claim kata diri ini adalah pejuang Allah. Selalu diri ini claim mencintai Islam. Namun, aku sendiri seperti kurang usaha untuk memecut laju untuk terus berada dalam perlumbaan. Tetiba, kata-kata semangat ini muncul dalam benak fikiran yang membuatkan aku masih terus berusaha memecut dalam perlumbaan ini:

Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas.

Ya, aku perlu berusaha!

Bercerita tentang dua nilai utama yang aku pegang dalam hidup ini, iaitu disiplin dan istiqamah. Namun, dari hari ke hari, aku dapat rasakan nilai ini semakin terkikis sedikit demi sedikit daripada diri aku. Aku semakin kurang berdisiplin mematuhi arahan Allah dan arahan pemimpin. Aku kurang berdisiplin menguruskan masaku.

Istiqamah. Aku menggelakkan diri aku sendiri. Bukti paling jelas adalah blog ini. Betapa banyak lompong2 yang tidak aku tulis dan update. Betapa banyak peluang dakwah dan penyampaian telah aku terlepas. Maafkan aku ya Allah.

Disiplin adalah patuh. Istiqamah adalah cekal.

(oh ya, catatan ini dibuat ketika aku berdiri di hadapan komputer di Foyer SAF Building, Imperial College, dalam waktu incubation sample eksperimenku)

Photobucket

1 comment:

joegrimjow said...

dengan berlari
semoga dapat sampai dengan title pemenang