Monday, March 29, 2010

Semoga Berjumpa lagi Azad

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku pun x ingat, bilakah kali pertama aku bertemu beliau. Namun, aku seringkali mendengar nama beliau disebut oleh warga London sendiri. Jadi, aku berfikir, pasti hebat orangnya.

Alhamdulillah, dipertemukan beberapa kali dalam siri program tarbiyah dan ziarah ke rumah. Ukhuwah bertaut, menjadi lebih mesra dan rapat dan menjadi sahabat yang baik. Pada cuti summer yang lepas juga, aku telah menjemput beliau untuk memberikan pengisian dalam Nuqaba' Camp KYUEM.

Namun, Allah jua yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Beberapa minggu lepas, aku dikhabarkan yang saudara Azad akan pulang untuk kebaikan (for good) ke Malaysia. Owh, terkesima.

Azad

Alhamdulillah, semalam, aku berpeluang untuk ke Terminal 3 Heathrow untuk bertemu beliau sebelum meninggalkan tanah UK ini. Turut bersama adalah Akmal Sukeamri, Unlimited Azri YB, Iman Manan dan Nasrul. Kami berborak ceria, namun, masa mencemberui kami kerana Azad perlu berangkat pulang.

Usah sebut 'Selamat Tinggal', tetapi sebutlah 'Semoga berjumpa lagi'

Moga kita dipertemukan Allah lagi di Malaysia nanti dan semoga ukhuwah berkekalan.

Photobucket

Thursday, March 25, 2010

Khutbah DS Nizar di Leeds

بسم الله الرحمن الرحيم

Wah, DS Nizar memberikan khutbah Jumaat di Leeds minggu lepas. Begitu bersemangat sekali khutbah beliau, terangkat bulu roma, bersemangat! Lagi kagum, beliau mampu memberikan khutbah secara lancar tanpa ada nota pun di tangan!

Menurut feedback yang aku dengar dari Leeds, dari seorang orang tempatan:

The best khutbah I've ever listened since I live here

Tergamam.

Marilah sama-sama dengar khutbah beliau dan sama-sama ambil pengajaran.






Photobucket

Tuesday, March 23, 2010

Ilmu yang Bermanfaat

بسم الله الرحمن الرحيم

Result SPM sudah keluar minggu lepas. Mungkin dah basi dah topik ni, tapi aku nak cakap gak!!!

Sepertimana tahun-tahun lepas, aku tidaklah kisah sangat dengan result SPM, sebab skolahku mesti xde dalam list sekolah terbaik. Kadang-kadang pun, yang menarik perhatian adalah pelajar yang dapat berpuluh2 A - 20 A dan sebagainya. Jadi, ku anggap, keputusan SPM tahun ni pun busan seperti tahun-tahun lepas.

Namun, pada hari keluar result SPM, Famy menegurku,

Eh, bukan skolah ko top 10 ke Malaysia?

Hurm? Aku blur...

Lalu, aku ditunjukkan jadual ranking di bawah:


Mata terbeliak. Aku baca berulang kali:

SBPI RAWANG

Wah, itulah nama 'alma mater' ku, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. Sekolah yang memperkenalkanku istilah tarbiah, sekolah yang mendidik aku apa itu Islam dan seterusnya menjadi momentum untukku terus berjuang. Alhamdulillah, walaupun ranking ni dicipta manusia, ini mungkin boleh dijadikan semangat untuk adik-adik yang sedang berjuang di sekolah.

Alhamdulillah, tadi, juniorku yang baru abis SPM, Muadz berjumpaku. Kami minum air di MSD kemudian bergerak ke rumahku. Kemudian, kami bersolat dan lunch di Regent Park Mosque, London. Pelbagai perkembangan sekolah dikongsi, kami juga berkongsi pengalaman-pengalaman dan cerita-cerita menarik sepanjang sekolah. Aku juga diceritakan perkembangan terkini batch2 junior di sekolah. Ada yang menyedihkan, namun, tak dilupa, ada juga yang membanggakan.

Bercakap tentang SPM, pasti kita akan bercakap tentang ilmu. Apa yang diajar dalam SPM itu adalah ilmu. Namun, sejauh manakah ilmu itu membawa kita? Adakah sekadar ke luar negara? Adakah sekadar ke universiti? Alangkah ruginya kita kerana ilmu sebenarnya boleh membawa kita ke syurga. Teringat peringatan dari Rasulullah S.A.W:

Orang yang paling dahsyat seksaan pada hari kiamat nanti ialah orang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya
(at-Tabrani)

Kami berbincang tentang kualiti graduan SBPI Rawang. Sesekali, aku rasa tersinggung apabila ada pihak yang mengukur kejayaan batch graduan SBPI Rawang berpandukan bilangan yang ke luar negara. Batch kami dikatakan berjaya kerana ramai dapat tawaran ke luar negara. Namun, kalau akhlak buruk ke luar negara, adakah masih dikira berjaya? Penat-penat jalani tarbiah di sekolah, bila keluar, bukan sekadar x jadi pembela agama, malah mendatangkan fitnah. Mana perginya ilmu Syariah, Quran dan Sunnah? Mana perginya ilmu fiqh dan tazkiyatun nafs yang kita dengar hari-hari di sekolah? Sedikit refleksi:

Siapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya (amalannya) tidak bertambah maka, ia hanya bertambah jauh daripada rahmat Allah
(Hadis Riwayat Abu Mansur Ad Dilami - dipetik daripada Musnad al-Firdaus dengan sanad dhaif)

Di sekolah, memang kita diajar pelbagai perkara. Daripada sains, matematik, namun yang lebih penting, ilmu-ilmu dan perkongsian ilmu hati yang amat sukar didapati. Namun, dianalogikan seperti menjirus air ke daun keladi, andai diri ini dah memang daun keladi, sukar juga air itu nak melekat. Aku berdoa moga aku dijauhkan daripada mensia-siakan ilmu ini. Aku amat takut, andai aku sendiri melakukannya, mungkin bukan hari ini, tetapi hari-hari seterusnya. Sabda Nabi S.A.W:

Aku melalui pada malam aku diisrakkan dengan kaum yang dipotong lidah mereka dengan gunting daripada api. Maka aku bertanya: Siapakah kamu ini? Mereka menjawab: Kami adalah orang yang suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan tetapi kami tidak melakukannya dan kami suka melarang orang lain orang lain meninggalkan kejahatan tetapi kami mengerjakannya.
(Ibnu Hiban)

TAKUT!!!!

Marilah kita sama-sama mengamalkan doa Nabi S.A.W. supaya kita tidak mensia-siakan ilmu di dada:

Ya Allah, aku berlindung dengan engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan)
(Ahmad)

Moga bermanfaat

Photobucket

Sunday, March 21, 2010

Sepetang Bersama Datuk Seri Nizar

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku jarang sekali hadir ke program-program anjuran ahli politik ni. Aku masih ingat, sebelum ni, hanya program Datuk Seri Shafi'e Apdal dan TG Haji Hadi je yang aku hadiri. Program lain seperti program Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Zambry, tidak aku hadiri hanya kerana alasan, ada komitmen lain.

Namun semalam, aku menghadiri program bersama tokoh PAS, Malaysia dan Perak yang tidak asing lagi, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak yang dilantik Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi, program ini dibuat di universitiku sendiri, Imperial College London.

Hampir seratus orang hadirin memenuhi Pippard Lecture Theatre. Memanglah jumlah ini agak kecil dibandingkan dengan jumlah yang menghadiri program Datuk Seri Anwar beberapa hari lalu. Namun, tetap, soalan yang diajukan amat berkualiti dan mampu membuatkan orang berfikir.


Pembentangan Datuk Seri amat meyakinkan. Gaya percakapan beliau amat menarik perhatian. Gaya bahasa yang menarik ditambah dengan nada suara yang lantang serta menyelitkan ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. Soalan-soalan yang dijawab pula tidaklah bersifat political answer, sebaliknya, cukup memuaskan hati semua hadirin. Jenaka beliau juga amat mencuit hati, lebih-lebih lagi ketika beliau berbahasa Mandarin.

Alhamdulillah, aku lihat feedback dari kalangan orang non-Muslim amat positif. Ada di antara mereka berkata:

Selama ni, saya tak suka PAS. Tapi lepas mendengar ceramah YB tadi, terbuka minda saya berkenaan Islam

The best political talk I've been so far!!!

Aku amat mengagumi YB Nizar. Beliau mampu bercakap dengan yakin, mampu mengaitkan setiap peristiwa dengan al-Quran dan Hadis, mampu juga untuk menarik perhatian orang. Beliau pun graduate dari UK, namun gaya beliau seolah-olah beliau graduan bidang agama. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang aku kagumi.

YB Idham Lim

Bersama pemimpin yang disegani. Moga aku mencontohi beliau

Tahniah kepada Malaysia Forum yang menganjurkan event ini. Moga lebih banyak event menarik seumpama ini pada masa hadapan.
Photobucket

Friday, March 19, 2010

Selamat Pengantin Baru

بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat pengantin baru buat saudara Nizamuddin Alias, seorang sahabat dan juga guruku di Malaysia. Moga dikurniakan kehidupan yang bahagia serta anak-anak yang dapat meneruskan perjuangan memartabatkan Islam di muka bumi Allah ini.

http://photos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs460.ash1/25270_378262308895_686893895_3663052_4498609_n.jpg

Terkejut aku tengok gambar pernikahan beliau. Tuan Guru Nik Aziz yang nikahkan!!!! Wah, jealous ni. Hehe. Apa-apa pun, moga dipanjangkan jodoh, dimurahkan rezeki, thabat dalam perjuangan. Sedikit lagu untuk saudara Nizam dan isteri:



Photobucket

YB Nizar di London

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik untuk imej lebih besar

Masihkah anda ingat konflik politik di Perak? Maka, sudah tentu anda kenal Dato' Seri Ir Nizar, Menteri Besar Perak PR yang kemudiannya di'guling'kan oleh kerajaan sekarang.

Hujung minggu ini, insyaAllah, beliau akan berdialog dengan rakyat Malaysia. Lebih menarik, beliau akan berdialog di London. Lebih menarik lagi, apabila beliau akan berdialog di tempat aku belajar, iaitu di Imperial College London. Nak dijadikan cerita ni menarik lagi, Pippard Lecture Theatre ni hanya sebelah Read Lecture Theatre, tempat aku menjalani lectureku setiap hari.

Jika bulan lepas, kita mendengar cakap-cakap dari Menteri Besar UMNO-BN, Dr Zambry, kali ini, peluang terbuka pula untuk kita berdialog dengan Menteri Besar PR pula. Menarik? Jom meriahkan majlis!

Jom datang Imperial (nak jugak...)

Photobucket

Monday, March 15, 2010

Ke Cambridge

بسم الله الرحمن الرحيم

Bila disebut sahaja Cambridge, pasti terbayang keadaan pembelajaran dan budak2 nerd (maaf Ede). Benar, Cambridge merupakan salah satu daripada universiti terulung di UK dan di dunia secara amnya. Aku still teringat masa aku menjalani ujian untuk scholarship PNB dahulu. Penjaga exam tu kata:

Kami akan hantar pelajar2 kami ke Universiti terulung, Oxford, Cambridge


Masa tu, ibarat impian aku nak dapat scholarship PNB berkecai depan mata. Bye-bye PNB. Sempat gak aku berlawak ngan kawan2 aku before kami berpisah:

Jumpe ko kat Cambridge (sambil disambut dgn gelak tawa)

Namun, Allah jua yang berkuasa menentukan segalanya. Walaupun tidaklah ke Cambridge, tapi berada di Imperial College pun sudah aku rasa nikmat yang amat besar diberikan Allah. Aku jua berbangga kerana mempunyai rakan-rakan di Oxford dan Cambridge.

Alhamdulillah, setelah sekian lama bercadang untuk melawat Cambridge, akhirnya, tercapai jua impian ini. Aku menghubungi rakanku Rashidah yang merupakan pelajar tahun kedua bidang Law di University of Cambridge. Alhamdulillah, beliau bersetuju melayan kami yang akan melawat bandar universiti itu.

Kami bertemu di Cambridge seawal pagi lagi. Sungguh gembira bertemu rakan-rakan yang memang agak jarang berjumpa. Sesekali gelak tawa, sakat-menyakat menceriakan suasana. Walaupun ada di antara kami yang jarak usia agak ketara, namun, tetap aku rasakan berada di samping keluarga.

Robinson College, tempat kediaman Ede

Fakulti Perundangan (tempat Ede blaja)


Ede membawa kami bersiar-siar sekitar 'bandaraya' Cambridge, hehe. Musim bunga sudah kian menjelang. Suhu yang agak selesa untuk berjalan-jalan. Putik-putik bunga sudah mula menampakkan diri. Matahari pula menyinari bumi ini dengan izin Allah. Oh, ceria sekali suasana ketika itu.

Ede membawa kami melihat monumen dan architecture bangunan-bangunan di sekitar Cambridge ini. Rata-rata bangunan di sini adalah bangunan lama, maklumlah, pekan ni pun dah lama dah, x seperti di Imperial yang kaca dan kotak-kotak sahaja. Kami dibawa ke kolej-kolej lain sekitar Cambridge, Kings College, Robinson, Trinity dan sebagainya. X menang tangan kami bergambar.

Mathematical Bridge

Salah satu binaan yang amat menarik sekali adalah Mathematical Bridge. Ini merupakan sebuah jambatan yang dikatakan dahulunya dibina tanpa skru. Selepas itu, beberapa pelajar Cambridge disassemble jambatan tu, namun, mereka gagal untuk pasang balik jambatan tersebut tanpa skru, akhirnya, terpaksa juga letak skru. Namun, itu adalah mitos semata-mata. Semua orang kagum dengan penceritaan Ede yg menarik, budak Law lah katakan!

Kami kemudiannya dibawa ke pasar (ala-ala Portobello Market di London) dan dibawa juga ke kedai cenderahati Cambridge. Kesian Ede melayan kerenah kami yang macam-macam perangai. Sabar yer.

TQ Ede atas layanan yang tip top. Moga dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Nanti aku datang lagi yer....

Rakan-rakan, dari kiri: Haneef, aku, Miji, Faisal, Khai, Faris, Famy

Gambar kredit kepada Haneef Nasir 'London', hehe

Photobucket

Friday, March 12, 2010

Sedikit Catatan

بسم الله الرحمن الرحيم

Hidup sebagai seorang pelajar merupakan satu tempoh yang dikatakan paling indah dalam kehidupan. Komitmen yang tidak banyak yang membuatkan banyak masa terluang. Aku bersetuju. Namun, sejauh mana aku menggunakan waktu terluangku itu, itu boleh aku sendiri persoalkan.

Aku sedar, sudah terlalu kurang aku mengemaskini blog ini kini. Jika dahulu, setiap hari pasti akan aku update blog ni, walaupun sedikit. Namun, sekarang, kadang2, hampir seminggu jugak tak update. Adakah ini petanda aku semakin sibuk? Oh, tidak sekali, banyak je masa aku terbuang begitu sahaja. Malu.

http://farm4.static.flickr.com/3608/3373472674_9461ed2c7d.jpg
Adakah aku mampu berlari selaju budak ini?

Aku melihat sekeliling. Rakan-rakanku kelihatan begitu jauh meninggalkanku. Jika boleh aku analogikan hidup ini ibarat perlumbaan, aku seperti sudah pancit ketinggalan di belakang, sedangkan rakan-rakanku yang lain laju memecut ke hadapan, semakin maju setiap langkah yang mereka laksanakan, semakin aku ditinggalkan. Perlukah aku mengalah?

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya.

Adakah aku sudah disqualified daripada perlumbaan ini? Aku berfikir. Malu. Diri sendiri claim kata diri ini adalah pejuang Allah. Selalu diri ini claim mencintai Islam. Namun, aku sendiri seperti kurang usaha untuk memecut laju untuk terus berada dalam perlumbaan. Tetiba, kata-kata semangat ini muncul dalam benak fikiran yang membuatkan aku masih terus berusaha memecut dalam perlumbaan ini:

Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas.

Ya, aku perlu berusaha!

Bercerita tentang dua nilai utama yang aku pegang dalam hidup ini, iaitu disiplin dan istiqamah. Namun, dari hari ke hari, aku dapat rasakan nilai ini semakin terkikis sedikit demi sedikit daripada diri aku. Aku semakin kurang berdisiplin mematuhi arahan Allah dan arahan pemimpin. Aku kurang berdisiplin menguruskan masaku.

Istiqamah. Aku menggelakkan diri aku sendiri. Bukti paling jelas adalah blog ini. Betapa banyak lompong2 yang tidak aku tulis dan update. Betapa banyak peluang dakwah dan penyampaian telah aku terlepas. Maafkan aku ya Allah.

Disiplin adalah patuh. Istiqamah adalah cekal.

(oh ya, catatan ini dibuat ketika aku berdiri di hadapan komputer di Foyer SAF Building, Imperial College, dalam waktu incubation sample eksperimenku)

Photobucket

Tuesday, March 9, 2010

Minggu lalu

بسم الله الرحمن الرحيم

OK. Aku gunakan skit waktu library aku untuk update blog ni. Dah tepat seminggu sudah tidak berupdate. Entah mengapa. Nak kata sibuk, xdela sibuk mana. Tapi masa dirasakan x ckup plak. Benarlah kata seorang cendekiawan:

Jika manusia diberikan 26 jam sehari sekalipun, manusia akan berkata, masa tidak cukup

Jadi, bukanlah 24 jam itu yang menjadi masalah, tetapi aku yang tidak pandai organize masa dgn baik menjadikan hidup ini tidak teratur sgt.

Minggu lalu, aku pergi melawat abang Tazli dan Kak Syira. Kak Syira baru sahaja melahirkan cahaya mata mereka yang ketiga. Jadi, kami yang mempunyai hubungan rapat dengan mereka pergi melawat untuk bertanya khabar dan harapnya, dapat menceriakan suasana.

Ibu dan adik abang Tazli (bukan OB) telah tiba minggu lepas untuk menjaga kak Syira dan anak-anak mereka yang lain. Alhamdulillah, kak Syira nampaknya sihat walaupun tidak sampai seminggu melahirkan anak lelaki mereka. Abang Tazli pula nampak berseri-seri dengan kelahiran ahli keluarga terbaru mereka.

Aku, Faris, Iq n Famy plak, seronok melayan anak-anak abg Tazli yang riang ria sekali. Kehidupan sesama pelajar membuatkan kami jarang sekali untuk berinteraksi secara fizikal dengan kanak-kanak. Faris pula menunjukkan perkembangan positif apabila kanak-kanak itu tidak menjauhkan diri daripada beliau.

Owh, banyak gambar ada aku tangkap (termasuk gambar Faris dukung bayi), tapi disebabkan aku di universiti sekarang ini dan kameraku di rumah, maka, biarlah aku postpone dulu proses mengupload gambar-gambar berkenaan.

Gambar yang ada di bawah ini adalah hasil tangkapan spontan abang Tazli yang telah terupload di facebook:

http://photos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs015.snc3/12307_10150091915700461_653005460_11096274_8113687_n.jpg

Photobucket

Wednesday, March 3, 2010

NEXT 2010: Tahniah Soutussalam

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, tamat sudah Nasyid Extravaganza (NEXT) 2010 di Sheffield hujung minggu lepas. Walaupun terdapat kesulitan di pihak penganjur atas VIP (InTeam) yang gagal melepasi UK Border, namun, penganjuran program tetap dapat dijalankan dengan baik. Tahniah.

Bunyi macam aku pergi je NEXT, padahal, aku hanya duduk bersenang-lenang di rumah. Ikutkan hasrat, memang nak pegi, namun, apakan daya, terdapat komitmen lain di London sendiri. Maka, hanya doaku menemankan pemergian sahabat-sahabat London ke NEXT di Sheffield.


Soutussalam Kini

Setelah berbulan-bulan bersedia dan berlatih, hari yang ditunggu tiba jua. Alhamdulillah, aku mendengar berita bahawa kumpulan nasyid nombor satu London, Soutussalam mendapat tempat kedua dalam NEXT. Setelah bertahun-tahun kempunan hadiah, akhirnya, terlaksana jua impian mereka.

Mengimbau kembali zaman kegemilangan kumpulan bersejarah ini. Beberapa tahun dahulu, kumpulan Soutussalam dikenali di London. Banyak sungguh jemputan untuk membuat persembahan yang mereka dapat, sampai tak lepas tangan. Bahkan, mereka juga turut dikenali masyarakat setempat London ini.

Mungkinkah Soutussalam dapat kembali meningkat ke arah itu kembali? Mari doakan.....

Video kegemilangan soutussalam suatu ketika dahulu apabila ditemuramah oleh Islam Channel (lawak giler tengok muka DZ n Isa zaman muda2):



Photobucket

Monday, March 1, 2010

Jewish and Muslim

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita selalu memandang sinis malah serong apabila disebut tentang Jews atau Yahudi. Tetapi, adakah kita tahu apakah sebenarnya anutan dan amalan mereka? Apakah itu Yahudi?

Alhamdulillah, di UK, terlalu banyak peluang untuk aku berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang2 Yahudi ini. Peluang camni, sukar nak dapat kat Malaysia. Jadi, apa kata kita semua yang diberi peluang ke UK ni untuk ambil dan rebut peluang ini untuk menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman untuk mematangkan diri.


Nak pergi!!!!

Photobucket

POP

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah, selepas kejayaan menganjurkan FuiYo 2009 di Telford Disember lepas, IluvIslam dengan semangat 'what you give, you get back' kini menganjurkan pula sebuah lagi program untuk kebaikan ummah. Program yang berkisar zaman Turki Uthmaniyyah sehinggalah kepada keadaan Palestin masa kini. Aku yakin, program ini amat bermanfaat untuk semua. Berikut merupakan senarai tarikh POP.

Leeds - 20 March 2010
Nottingham - 21 March 2010
Surrey - 28 March 2010

Peace of Palestine (POP) yang direka khas untuk menyediakan ruang kepada para peserta untuk membantu Palestine bersama-sama ILuvIslam. Oleh itu, diharapkan agar program ini berjaya membentuk peserta dalam membina karektor yang utuh yang mampu menyumbang kepada individu, masyarakat dan bangsa.

Jadi, apa tunggu lagi? Mari mendaftar!!!!

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari:



Photobucket