>

Thursday, February 11, 2010

Tempoh Berehat?

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku rasa, ni adalah antara tempoh yang lama aku tidak mengemaskini blog ini. Adakah aku sudah kecundang dalam arena blogging ini sepertimana sesetengah yang lain? Adakah aku sudah tidak mahu menguruskan blog ini lagi? Oh, tidak sama sekali.

Mengapa tidak update?

Bukan sengaja. Malah, bukan suka-suka. Sudah hampir sebulan tidak berada di London pada hujung minggu. Ke sana ke mari menggembleng sedikit tenaga yang ada untuk bersama-sama dalam perjuangan menyebarkan dakwah. Bukankah erti hidup ini pada memberi? Alhamdulillah, ukhuwah yang terjalin menebus segala keletihan.

Jadi, doakan aku sentiasa istiqamah, dan semoga terus diberikan kekuatan.

Photobucket

2 comments:

Adi Wahab said...

Moga Allah permudahkan untuk ko segala urusan.

Perjuangan untuk berdakwah lebih dirasai ramai bila kita dalam keadaan minoriti...

Moga bila pulang ke Malaysia nanti..Kerja dakwah kita biar tetap berjalan..k.

(peringatan untuk diri aku juga)

Anonymous said...

salam ziarah
moge terus istiqomah
sangat tertarik dengan cara pelajar2 Malaysia Islam berdakwah di bumi org..