Sunday, February 28, 2010

Majlis Sambutan Maulidurrasul MSD

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku tahu dah hampir basi cerita Maulidurrasul di MSD 2 hari lepas. InsyaAllah, laporan penuh akan dilakukan oleh pengarah program, saudara Famy di website MMCL:

http://www.mmclondon.net/

Alhamdulillah, sambutan agak meriah diterima. Lebih 100 orang hadirin datang memeriahkan majlis. Penuh juga dewan Malaysia Hall itu. Majlis diserikan dengan alunan sajak oleh saudara Hamid, pertandingan bercerita oleh anak-anak komuniti Melayu London, kuiz yang dijalankan oleh saudara Ikmal LSE, dendangan nasyid oleh kumpulan nasyid nombor 1 London, Soutussalam serta alunan marhaban yang diketuai oleh ustaz Erfino sendiri.

Selepas itu, kami bersolat Isya' secara berjemaah. Kemudian, jamuan dihidangkan. Makanan amat banyak dan sedap, termasuklah kari daging, ayam panggang, sambal udang dan kuih-muih yang menyelerakan. Meriah sungguh suasana malam itu. Seronok dapat bertemu ramai warga Malaysia yang berkumpul sekali. Banyak ragam dari pelbagai lapisan masyarakat dapat diperhatikan. Begitu harmoni rasanya keadaan ini.

Moga Allah membalas jasa baik semua yang menyumbang dalam program yang lepas.

Di bawah adalah video bercerita oleh anak Uncle Kasubi, Alissa yang comel sekali:



Photobucket

Tuesday, February 23, 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

بسم الله الرحمن الرحيم


InsyaAllah, Khamis ini, 25 Februari 2010, akan diadakan majlis sambutan Maulidur Rasul di Malaysian Hall, London. Program akan bermula pada jam 6.30 petang. Pastikan anda semua datang, dan jangan lupa ajak rakan-rakan yang lain. Aturcara program:

-ucapan Pengarah MSD yang baru (Prof Rosman),
-persembahan Nasyid Soutussalam,
-kanak-kanak celik sirah,
-kuiz untuk hadirin bersama hadiah menarik,
-sajak
-tilawah al-Quran
-dan acara wajib, makan-makan.nyam! nyam!

Bersama memeriahkan majlis.

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."
Ibn Mas'ud r.a

Courtesy: MMCL
Photobucket

Monday, February 22, 2010

Pemergianmu Dirasai

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam, kami dikejutkan dengan berita bahawa sepasang suami isteri yang bekerja di Reading, abang Ramizu dan kak Mimi yang akan pulang berangkat ke Malaysia Isnin ini. Kami terkejut, memandangkan tidak kami sangka mereka akan pulang secepat ini. Walaupun kami hanya berjumpa beberapa kali, namun, kami tetap rasa rapat dengan keluarga ini. Terasa sedikit sedih dan hiba mendengar berita kepulangan mereka.

Kami menghubungi mereka, dan Alhamdulillah, mereka berada di London. Kami mengajak mereka untuk makan bersama kami buat kali terakhir. Restoran pilihan kami adalah Tuk Din Cafe yang terletak berhampiran Paddington.


Aku, Faris dan Famy berjalan kaki ke Tuk Din. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Pokloh pula akan datang daripada tempat berlatih nasyid. Alhamdulillah, kami bertemu dengan abang Ramizu sekeluarga di luar Tuk Din sekitar jam 7.20 malam. Kami bersalaman dan anak sulung mereka, Amir turut gembira bertemu kami (bajet).

Ini kali pertama aku makan di Tuk Din. Kami order nasi putih, lauk kupang, daging cicah asam, ikan sweet sour dan sambal sotong. Kami juga menjamu pisang goreng yg enak dan empuk sekali. Aku minum teh ais yang menyegarkan. Kami dan abang Ramizu bertukar-tukar cerita sambil diselangi gelak tawa mesra. InsyaAllah, beliau akan meneruskan kehidupan di Malaysia dan akan duduk sekitar Sepang.

Abang Ramizu dan Kak Mimi

Aisyah Ariana

Amir


Pokloh datang agak lewat, katanya tube delayed. Namun, mujur ada rezeki beliau, makanan masih ada lagi. Kami turut order aiskrim dan pisang goreng (ala-ala banana split), pun turut dijamah oleh kami bertiga.

InsyaAllah, Isnin ini (22 Feb 2010), mereka akan berangkat pulang ke tanah air. Walaupun berlainan benua, doakan kami di sini agar berjaya dalam apa jua bidang yang kami ceburi, samada akademik, dakwah dan sebagainya. Moga abang Ramizu sekeluarga akan dapat menjalani kehidupan yang ceria bertemankan iman dan taqwa.

Moga ukhuwah berkekalan....


Photobucket

Friday, February 19, 2010

Komuniti yang Meriah

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap hari Khamis, malam Jumaat, di Malaysia Hall, akan diadakan majlis ilmu yang disampaikan oleh atase pendidikan yang tidak asing lagi, iaitu ustaz Erfino. Aku antara pengunjung tetap majlis ini. Di samping dapat makanan Malaysia yang sedap2, aku juga dapat bertemu dengan warga Malaysia pelbagai umur dan lapisan masyarakat.

Alhamdulillah, semalam, selepas sahaja aku selesai menguruskan kerja2 ku di Imperial, aku menaiki bas 70 menuju ke Queensway. Keadaan hujan rintik-rintik. Jalan agak basah. Buku yang aku pegang kian basah. Alhamdulillah, hanya menunggu sekitar 7 minit sebelum bas 70 menuju ke Acton High Street tiba.

Sesampainya di Malaysia Hall sekitar jam 6.10 petang, kulihat makcik-makcik ni sudah mula datang. Dewan majlis masih belum dibuka lampunya. Aku dan makcik-makcik tu bersama-sama membentang tikar sejadah. Aku dapat lihat kesungguhan dan 'excitement' makcik2 ni untuk berada dalam majlis ilmu ini. Tersenyum aku melihat makcik-makcik yang bersemangat untuk mendengar tazkirah daripada ustaz. Teringat hadis:

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
Abu ad-Darda' r.a

Moga aku dan makcik-makcik ini tergolong dalam golongan yang disebut dalam hadis ini.

Perkongsian oleh ustaz Erfino

Setelah membaca surah Yaasin, kami bersolat Isya' dan kemudiannya kami mendengar pula ustaz Erfino menerangkan 2 hadis yang diambil daripada kitab Riyadhus Solihin. Berkenaan Riyadhus Solihin, aku mula diperkenalkan kitab ni masa aku sekolah rendah dulu oleh abah. Tapi, pada ketika tu, aku baca juz suka2, macam baca buku cerita. Sebab memang best dan mudah je nak digarap pengajaran daripada kitab tu. Tapi Alhamdulillah, apabila telah dewasa ni, boleh mendengar dan berdiskusi dengan orang yang lebih berilmu.

Setelah tazkirah, kami teruskan majlis dengan aktiviti moreh. Makanan kebanyakannya disumbang oleh ahli majlis sendiri. Datin-datin, Datuk-datuk dan makcik pakcik semangat menyumbang. Setiap minggu, banyak je makanan disumbangkan, malah, selalu lebih. Kesannya, kami di Lapworth yang 'terpaksa' membawa pulang makanan tersebut, hehe.

Iq dan pakcik Kas

Lopes yang super sedap

Pokloh dan Ismail yang tgh bergadoh

Imran dan Azmi yang sibuk memilih baju

Pose istimewa Azmi

Berbagai ragam dapat dilihat di kalangan mereka yang tua, mahupun muda. Bergaul dengan makcik dan pakcik dalam komuniti yang besar ini merupakan sesuatu yg amat berharga. Skill untuk mendampingi orang yg lebih tua daripada kita ini, bukan mudah untuk dipelajari. Mungkin pada mulanya kita kurang selesa, kerana wavelength yang setara dengan pelajar sahaja. Namun, di dunia sebenar, mereka inilah mad'u kita. Mereka inilah masyarakat sekeliling kita. Andai kita terlalu selesa dalam dunia pelajar kita, takut nanti sukar pula nak masuk ke dalam masyarakat.

Terima kasih kepada yang menyumbang. InsyaAllah, Khamis depan, kita akan adakan sedikit majlis sambutan Maulidur Rasul. Kepada semua yang berkelapangan, anda dijemput untuk hadir.

Sekian

Photobucket

Wednesday, February 17, 2010

Pemimpin berjiwa rakyat

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap kali keluar berita berkenaan pemimpin yang membantu rakyat, sejuk mata dan hati aku. Tanpa mengira aliran politik, agama mahupun bangsa, kerendahan hati pemimpin yang bersama-sama memperjuangkan nasib rakyat amat aku sanjung.

Hari ini, tika aku melayari internet, rutin harianku adalah membaca berita-berita yang terjadi di Malaysia, samada dari media utama, mahupun media alternatif. Dan, pada hari ini, sedang aku sibuk menaip assignment Molecular Cell Biology ku, aku tergerak hati untuk membuka laman Malaysiakini. Tertarik dengan berita:

Hadi terjun laut selamatkan mangsa lemas

Lantas aku klik berita tersebut. Malas plak aku nak ulas balik kejadian ni, sebab banyak dah blog dan laman sesawang yang mengulas perihal ini. Sila klik:

Sini

dan

Sini



Siapa tidak kenal dengan Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang. Beliau bukan sahaja dikenali di Malaysia, tetapi juga di serata dunia selaku seorang ulama' yang diakui kredibilitinya. Tapi entah mengapa, di Malaysia, beliau digambarkan seolah-olah hanya sekadar pemimpin parti politik sahaja. Sedangkan, di London sendiri, beliau dikenali. Tanya sahaja orang-orang di Central Mosque, sedangkan brother ISOC Imperial pun mengenali beliau selaku ulama' yang disegani.

Menjadi pemimpin bukan mudah. Lebih-lebih lagi yang dipimpian adalah sebuah gerakan Islam yang memperjuangkan agama Allah itu sendiri. Berat tanggungjawab. Kita ni, nak pegang presiden MUSCOM pun dah rasa berat (sempena election MUSCOM yang hangat), inikan pula presiden gerakan Islam di Malaysia.

Alang-alang dah bercerita berkenaan TG Haji Hadi, eloklah kita lebih mengenali latar belakangnya. Bukanlah taksub, tetapi aku kira, tidak ada salahnya kita lebih mengenali ulama' tanah air kita sendiri. Sepertimana kita ingin mengenali penceramah agama di setiap program, begitu jualah aku nampak perkara ini.

Berkenaan penglibatan beliau di dalam negara, aku rasa x payah dah aku sentuh. Sebab macam semua orang dah tahu. Aku sentuh sikit berkenaan penglibatan beliau di peringkat antarabangsa.

1990 - AJK Majmak Takrik Mazhab Islami
1994 - AJK Penyelaras Gerakan Islam yang berpusat di Istanbul, Turki

(ni je yg aku berjaya cari, ada sesapa nak tambah?)

Kesimpulannya, ulama' kita memang bukan maksum. Tak lekang dari kesilapan gerak kerja dan dalam kepimpinan. Namun, aku kira, itu bukanlah alasan untuk kita terus menghentam, sebaliknya, kita yang kononnya nampak kelemahan dari sudut gerak kerja ini, perlulah untuk sama-sama membantu memantapkan gerak kerja Islam secara umumnya.

Kepada para pemimpin di luar sana, x kira pemimpin persatuan, parti politik, mahupun negara, serulah pimpinanmu kepada Islam. Kenangkanlah surat Nabi S.A.W. kepada Pembesar Rom, dan anggaplah surat itu ditujukan pula kepada kita:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Photobucket

Sahabat Seperjuangan

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, semalam, rumah kami menjadi meriah dengan kehadiran tetamu yang datang jauh dari benua yang berlainan. Mereka adalah sahabat-sahabat seperjuangan yang datang dari Tanta, Mesir. Kesemua mereka datang untuk menimba pengalaman di UK. Kami berbesar hati apabila mereka sudi menziarahi kami di London ini.

Turut menghangatkan suasana adalah Hamid dan Eg (diorg ni yg lebih). Maklumlah, mereka pernah bertemu dengan sahabat-sahabat dari Mesir ini ketika berjaulah ke sana hampir 2 tahun lepas. Sungguh meriah suasana rumah. Dalam menanti masakan siap, segala perkongsian pengalaman dan ilmu dijalankan dengan suasana santai dan mesra. Sesekali, perbincangan serius menjadi isu.

Salah seorang sahabatku adalah Azhan. Walaupun baru dalam waktu yang singkat kami berkenalan, Alhamdulillah, rakan seperjuanganku ini mudah untuk rapat. Mereka mudah mesra dan masuk dengan kami. Kami mencedok banyak pengalaman dan ilmu dari pengalaman mereka di Mesir. Alhamdulillah, beberapa isu disentuh oleh rakan seperjuangan kami ini.

Berselera

Makanan siap dihidangkan. Sepertimana budaya kami di rumah ini, kami menghidang makanan di dalam talam. Lauk sup dan tomyam ayam amat sedap sekali kami suap satu persatu. Ditambah pula dengan teh tarik yang dibuat oleh Famy.

Dari kiri: Famy, Azhan Tantawi, Faqih Tantawi, Hamid Londoni,
Im, Zul Tantawi, Iq, aku dan Eg

JZKK atas kesudian anda semua berkongsi pengalaman dan menautkan ukhuwah. Lenkali, datang lagi rumah kami, dan lainkali, bersedia untuk menanti kehadiranku di bumi Mesir itu. Nantikan!!!

Tersenyum manis bersama sahabat seperjuangan....

Photobucket

Thursday, February 11, 2010

Tempoh Berehat?

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku rasa, ni adalah antara tempoh yang lama aku tidak mengemaskini blog ini. Adakah aku sudah kecundang dalam arena blogging ini sepertimana sesetengah yang lain? Adakah aku sudah tidak mahu menguruskan blog ini lagi? Oh, tidak sama sekali.

Mengapa tidak update?

Bukan sengaja. Malah, bukan suka-suka. Sudah hampir sebulan tidak berada di London pada hujung minggu. Ke sana ke mari menggembleng sedikit tenaga yang ada untuk bersama-sama dalam perjuangan menyebarkan dakwah. Bukankah erti hidup ini pada memberi? Alhamdulillah, ukhuwah yang terjalin menebus segala keletihan.

Jadi, doakan aku sentiasa istiqamah, dan semoga terus diberikan kekuatan.

Photobucket

Wednesday, February 3, 2010

Beliau yang tabah

بسم الله الرحمن الرحيم

Pelbagai perkara telah berlaku sepanjang minggu lepas, sampai x tertulis dalam blog ni (hehe, alasan tidak mengupdate). Sungguh, aku akui, amat sukar untuk istiqamah menulis dan mengemaskini blog.

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang keadaan Mas Afzal, seorang super senior KYUEM yang aku mula kenali di MOC. Eloklah andai anda membaca sendiri kisah beliau di dalam blog beliau.

Beliau merupakan seorang yang amat bersemangat dan amat petah berbicara. Apabila berinteraksi, beliau amat berkarisma dan mampu untuk membuatkan orang ramai memberikan perhatian terhadap kata-katanya. Beliau merupakan aset kepada agama dan negara. Namun, Allah jua yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya.

Mas Afzal

Ujian yang diterimanya bukanlah ringan. Barah atau nama yang lebih dikenali, kanser. Mutasi pada cell menyebabkan cell proliferation pathway sukar untuk dikawal. Memang tiada penawar sebenar untuk kanser, sebaliknya, hanyalah rawatan kemoterapi yang mungkin boleh melawan kanser tersebut. Namun, side effect kemoterapi bukanlah calang-calang peritnya. Namun, saudara Mas Afzal tetap teguh melalui rawatan beliau pada tahun akhir beliau di universiti. Beliau tetap mengulangkaji di sebalik keletihan dan kesakitan yang dialami. Hasilnya, beliau berjaya graduate dari University of Sheffield dan bergelar seorang doktor perubatan.


Ketabahan beliau amat aku kagumi. Aku yang serba sihat ini pula, masih mampu untuk membuang masa merata-rata. Amat malu aku dengan saudara Mas Afzal.

Namun, Allah jualah yang menetukan takdir hidup semua manusia ini. Anda boleh baca apa yang terjadi di blog beliau. Beliau berkeputusan untuk pulang ke Malaysia mungkin mencuba perlbagai rawatan alternatif di negara kita itu.

Sebelum beliau pulang ke Malaysia, kami, warga London sempat untuk menghantar beliau di lapangan terbang. Aku, Fitri, Imran, Famy dan Faris bergerak ke Heathrow Airport untuk bertemu Mas Afzal. Di terminal 4, kami disambut dengan senyuman mesra Mas Afzal dan keluarga pakcik saudaranya.

Kami sempat bersolat Isyak berjemaah berimamkan Mas Afzal. Sungguh sayu sekali aku mendengar bacaan Quran beliau.

Selepas bersolat, kami berborak-borak dan mengenang kembali peristiwa-peristiwa yang kami alami bersama. Mungkin tidak banyak, tapi kesamaan kami di KYUEM mampu untuk membuatkan kami berkongsi (kecuali Faris).

Aku tidak percaya, orang di depan aku ini mempunyai penyakit kanser. Beliau amat ceria, nampak amat sihat dan cergas. Namun, di dalam hati, siapa yang tahu. Beliau masih mampu ceria seperti dahulu. Mampu lagi kami berjenaka, bergelak mengenangkan kenangan dahulu. Saudara Mas juga menceritakan pengalaman beliau sewaktu first year dahulu.

InsyaAllah, ni kali terakhir aku balik Malaysia. Yang terakhir ni, kenala naik MAS, kata Mas dengan tersenyum.

Aku x mampu untuk membalas senyuman beliau. Aku memaksa senyum, tapi senyuman itu hanyalah lakonan semata. Hati ini amat perit dan sedih.

Mas dan saudara beliau

Kami

Sebelum berpisah

Kepada bro Mas, moga anda sentiasa dilindungi Allah. Sentiasalah kuat dalam menghadapi ujian ini. Tiada yang mustahil, pasti ada jalannya. Hanya Allah sahaja yang boleh menunjukkan jalan tersebut. Moga bertemu dengan jalan itu.

Aku dedicatekan lagu ini buat Mas:


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Photobucket