Tuesday, June 30, 2009

Sampai Juga Akhirnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, flight D7 2009 Air Asia X selamat mencecah ke bumi Malaysia pada jam 9 malam tadi. Setelah checkout dan menjalani pemeriksaan H1N1, aku dipertemukan dgn keluargaku; abah, emak, along dan angah.

Semalam, kami bertolak dari London Victoria menaiki bas EasyBus. Dalam bas itu, hanya kami berlima; Aku, Rodhi, Shah, Aishafat dan Ika yang menaiki bas itu. Perjalanan mengambil masa sejam stengah, alhamdulillah, lancar dan cepat perjalanan.


Di Stansted, kelihatan ramai org Melayu di situ. Adeyh, xlehla bercakap2 Melayu tanpa segan silu, huhuu. Mujur di Stansted ade Chapel utk kami bersolat di situ.

Flight kami agak lancar, cume sesekali bertembung dgn cuaca buruk. Bergegar2 skit flight tu. Kami disajikan dgn nasi beryani dan nasi lemak (air mineral je, x puas ati!!!). Overall, ok la, sbab aku tido je hampir sepanjang penerbangan (rahsia x jetlag).

Di Malaysia, as expected, cuaca agak panas, namun, mmg beginilah keadaan negaraku, so, xlehla buat gedik x tahan panas. Namun, tetap, menjelang tghari ni, aku tetap dah mandi 2 kali (nak mandi kali ke-3 nih).

Telah menghilangkan gian memandu kereta, pagi tadi, memandu Naza Citra ke Taman Kosas untuk beli sarapan dan tengahari memandu Kancil ke Ampang Point.

Banyak benda nak buat nih: beli simcard, convert duit dsb....

Photobucket

Sunday, June 28, 2009

Selamat Tinggal Bun

بسم الله الرحمن الرحيم

Masa berlalu dengan amat pantas, tanpa kita sedari. Baru semalam rasanya aku dijemput oleh senior di airport, namun, kini, aku pula yg menghantar senior ke airport.

Lapworth Court yg penuh kenangan


Semalam, Azzrul atau nama manja Bun berlepas pulang ke Malaysia. Beliau sudah menamatkan tahun akhir kejuruteraan aeronautik di Imperial College London dan akan pulang terus ke Malaysia (dan berkahwin, hehe). Sungguh, terasa kehilangan sekali tahun hadapan, suasana sedikit berubah tanpa gelak tawa dan nasihat beliau.

Teringat aku ketika kami masih baru datang ke London. Bun yg telah menjaga kami. Beliau membawa kami berjalan sekeliling London, memperkenalkan kami dengan komuniti2 London serta memasak untuk kami.

Jadi, aku dan Shah menghantar beliau ke airport semalam. Buat kali yg terakhir. Seawal jam 8.30 pagi, kami keluar dari rumah. Sepanjang perjalanan, beberapa nasihat terakhir sempat kami dengar daripada Bun.

Sedih meninggalkan London Kota Keriangan

Nasihat terakhir Bun kepada Shah: Sila maintain kekacakan
Shah: Tersipu2

Bun tgh check in: Abaikan Shah

Menaiki Heathrow Connect dari Paddington, perjalanan ke Heathrow Central hanya mengambil masa 25 minit. Mengah dan lenguh juge mengangkat beg2 tu. Alhamdulillah, kami sampai tepat pada masanya. Setelah check-in, kami melambai sayu kepada Bun yg masuk ke dalam ruangan menunggu.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar, nasihat dan penjagaanmu. Engkau akan sentiasa kami ingat dan jadikan inspirasi untuk meneruskan kehidupan mencabar di London ini. Moga Allah merahmati kehidupanmu. Moga berbahagia di hari yang istmewa nanti.

Aku dan Bun

Photobucket

Saturday, June 27, 2009

Pindah Akhirnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada awal pagi, aku sudah memunggah barang2ku termasuk laptop kesayangan menuju ke Lapworth Court. Aku disambut oleh Faris Fasri dan Isa. Perut lapar kerana masih belum bersarapan. Jadi, kami breakfast nasi putih dan ayam panggang (stail breakfast Kelantan).


Selepas bersolat Jumaat di MSD, aku dan Faris Fasri menuju ke Evelyn Gardens untuk memunggah saki baki barangku. Kami lunch dulu di Masala Express, North End Road. Kemudian, Shah pula tiba untuk turut membantu aku memindahkan barangan.

Sungguh cepat masa berlalu. Rasanya, baru semalam tiba di London (ayat drama), namun, rupanya dah 8 bulan kami di sini. Sudah 8 bulan aku tinggal di dalam bilik itu. Kini, terpaksa meninggalkan bilik itu.


Kami bertiga menaiki bas ke Lapworth Court. Terima kasih smua kerna tolong aku angkat barang ini....

Shah dan Faris Fasri

Photobucket

Thursday, June 25, 2009

Kepenatan

بسم الله الرحمن الرحيم

Bangun pukul 8 pagi, mandi dan bersiap....

Bergerak ke Imperial College, terus ke tingkat 3, yakni Student Registry, trus aku masuk untuk mengupdate butir2 peribadiku....

Kemudian, bergerak ke Biochemistry Building, ambik homework yg siap disemak dalam pigeon hole.

Menyulusuri subway, aku bergerak ke South Kensington, lalu terus bergerak ke Lloyds Old Brompton Road, tujuannye untuk pergi menukar alamat akaun bankku.

Kemudian, pulang ke Evelyn Gardens sekitar jam 11 pagi, terus naik ke bilikku, ambik kotak yg penuh buku, beberapa plastik dan beg, kemudian turun semula ke Fulham Road, ambik bas 414 menuju ke Warwick Avenue. Ni klimaks penderaan fizikalku harini, kotak buku tu amat2 berat, nak tercabut tgn....

Lepas rehat jap di Lapworth Court, aku menaiki Bakerloo line menuju ke Piccadily Circus, terus masuk ke Lillywhites dan mencari barang2 untuk keluarga. Beberapa pounds dihabiskan.

Menaiki Bakerloo Line lagi, pulang ke Lapworth Court untuk menghantar barang2 yg baru dibeli. Solat Zuhur di situ.

Kemudian, berjalan kaki ke Bayswater, ketika melalui depan PFC, perut kelaparan, namun, duit sudah tiada dalam poket. Aku mencari2 beberapa duit syiling dalam poket, dan dgn wang yg ada, membeli lunch di PFC.

Ingat nak singgah Queensway beli cenderahati, tapi sebab dah letih amat, terus naik Circle Line menuju ke Gloucester Road....

Photobucket

Wednesday, June 24, 2009

Khas buatmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Kerna daku belum kawin, buat masa ni, hanya terdapat 3 wanita penting dalam hidupku. Mereka adalah emakku, Mastura binti Mohamad dan dua orang kakakku, Kawthar Abd Rashid (Along) dan Nusrah Abd Rashid (Angah).

Hari ini merupakan hari penting untuk salah seorang dari mereka. Tanggal 24 June 2009, ini merupakan hari ulangtahun kelahiran kakakku, Nusrah yang ke-22 (dah tua dah, wahahaha). Semoga panjang umur, murah rezki, bertambah iman dan amal. Moga berjaya menjadi seorang doktor nanti!!!!

Dari kiri: Angah, Along dan Emak

Selain ulangtahun kelahiran kakakku ini, hari ini juga merupakan hari terakhir aku exam! Yahoo!!! Letih gaks berjuang 3 hari ini....

Banyak kerja tertangguh, Chow

Photobucket

Paper Terakhir

بسم الله الرحمن الرحيم

Tersenyum melihat gelagat budak dalam video ni, cubaan meniru beliau digagalkan. Huhu. Moga aku dapat menjawab dgn baik esok!!!




Photobucket

Tuesday, June 23, 2009

Ngantukkah?

بسم الله الرحمن الرحيم

Baca nota, ngantuk macam baby dalam video nih:


Terima kasih kepada saudara Effy Saiful yang kongsi video nih....

Berusaha!!!

Photobucket

Sunday, June 21, 2009

Bersedia

بسم الله الرحمن الرحيم

Bersedia untuk menghadapi exam esok! Hanya mampu terus berdoa kepada Allah. Ibarat kata Tashiru, Optimis Sajalah...

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Setiap manusia menginginkan kebaikan
Dalam menjalankan kehidupan di dunia
Meski terkadang semua yang diinginkan
Ternyata hanyalah impian

Setiap manusia mendambakan bahagia
Bila esok hari kan menyapa dirinya
Walau kenyataannya tiadalah tergenggam
Yakinilah nanti kan datang

Reff:
Pabila terjadi sesuatu terhadap manusia
Jangan berpikir untuk berputus asa
Kembalikan semua pada Yang Esa saja

Berbenah diri hadapi yang terjadi
Raihlah dengan penuh percaya diri
Tingkatkan iman dan taqwa kepada Ilahi

Photobucket

Saturday, June 20, 2009

Kekuatan

بسم الله الرحمن الرحيم

http://photos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs114.snc1/5144_95330470817_572380817_1886300_2706486_n.jpg

Indahnya andai mempunyai sahabat yg memapah dan menyokong kiter di kala kiter memerlukan, di kala kiter kesempitan, di kala kite diuji, di kala kita dalam kesusahan, seperti gambar di atas.

TQ kawan2....

Photobucket

Friday, June 19, 2009

Busan

بسم الله الرحمن الرحيم

Baca notes...

Busan...

Tengok gambar...

Edit...


Photobucket

Thursday, June 18, 2009

La Khauf - Satu Hati

بسم الله الرحمن الرحيم


La Khauf - Satu Ha...

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN KAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM KAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

MARILAH BERSAMABERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH
PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

JANGAN TAKUT
BERJUANG UNTUK KEAMANAN

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN KAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM KAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

(Album Di Palang Ini)
Lirik : Abu Marwan
Lagu : Copyright Control

Photobucket

Exam Bakal Tiba

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika majoriti students di UK ni dah abis exam, ketika ramai sudah mula meninggalkan bumi UK ni, aku serta beberapa rakan lagi baru nak terkial2 start exam kami. Pelik? Kagum? Kaget? Namun, inilah realiti dan hakikat. Hanya mampu tersenyum dan tersengih pilu melihat gambar rakan2 yg sudah pulang ke Malaysia. Bibir hanya mampu mengukir senyuman melihat status YM rakan2.

http://soft.3walim.com/store/products/Yahoo-Messenger-9001389-Beta-81041682311.jpg

Bermula hari Isnin ini, bermulalah peperiksaan akhirku. Setelah hampir 8 bulan menelaah di bumi UK ini, segala ilmu kami akan diuji pada beberaa helai kertas, dalam tempoh 3 jam. Adakah cukup persediaan kami?

Isnin, 22 June 2009 - Protein and Enzymes

Selasa, 23 June 2009 - Molecular Cell Biology

Rabu, 24 June 2009 - Molecular Biology

TAMAT

Haaa? Terkejut kerna kami ada 3 paper je? Memang, banding dgn rakan2 course lain, kami antara yg palin skit paper, tapi tu x bermakna x mencabar. Setiap subjek ini diajar in depth, agak mendalam, jadi, amat banyak perlu ditelaah. Moga Allah memberikan kekuatan kepada kami untuk terus berusaha di saat2 akhir ini.

Munajat kepada Allah merasionalkan segalanya.....

https://icex.imperial.ac.uk/owa/8.1.359.2/themes/base/logob.gif

Photobucket

Wednesday, June 17, 2009

Bilakah kan tiba waktuku?

بسم الله الرحمن الرحيم


Mendung.

Terdengar bunyi kapal terbang.

Ku lihat ke luar bingkai tingkap.

Ku dongak ke langit kelam.

Dari jauh ku lihat kapal terbang terus bergerak jauh.

Bilakah akan sampai waktuku berada di atas sana?

Photobucket

Tuesday, June 16, 2009

Selamat Menjawab

بسم الله الرحمن الرحيم

Isnin, 15 hb Jun 2009 merupakan hari penting buat rakanku, Shah. Hari ini, beliau akan memulakan peperiksaan final beliau. Perjuangan dimulakan.

Shah, jejaka kedua tertampan KYUEM batch 9. Hanya beberapa
points di belakang jejaka terkacak KYUEM batch 9, saudara K*mal
(ini hasil temuramah dgn Shah)

Selasa, 16 hb Jun 2009. Shah memberitahuku yg paper esok adalah killer paper yg mampu membunuh calon2 peperiksaan. Tiada darah, hanya tangisan yang menyelubungi calon. Shah salah seorang yg agak risau dengan paper ini. Walaupun telah bertungkus-lumus membuat persiapan, namun, paper ini amat susah dijangka.....

Moga dapat menjawab dgn baik pagi nanti Shah! Ingatlah, ketika kiter merasakan tidak mungkin, munajat kepada Allah merasionalkan segalanya.....

Slamat menjawab!!!

http://farm4.static.flickr.com/3570/3509933458_62e84986b0.jpg?v=0

Photobucket

Monday, June 15, 2009

Salahuddin: The Noble Knight

بسم الله الرحمن الرحيم

Trailer dari cerita Kingdom of Heaven, versi 1960-an...



Photobucket

Sunday, June 14, 2009

Hilangnya Sebuah Permata

بسم الله الرحمن الرحيم

Awal pagi tadi, aku dikejutkan dengan offline mesej seorang sahabat yang mengatakan ustaz Fathi Yakan telah meninggal dunia.

http://www.oummaty.com/ar/modules/4nAlbum/album/oulamas/oulamasjihad/fathi%20yakan.jpg

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Moga Allah menempatkan rohnya di kalangan para ahli syurga, dan moga semangat perjuangan beliau meresap ke dalam generasi kini dan supaya mata rantai dakwah ini dapat disambung....

Al-Fatihah

Photobucket

Friday, June 12, 2009

Tube Kembali Normal

بسم الله الرحمن الرحيم

Yeayyy, service tube sudah kembali normal, setelah hampir 2 hari tube strike yg menyulitkan kehidupan warga London kota keriangan. Kepada warga2 London, moga lebih bersyukur slepas ni....

Photobucket

Thursday, June 11, 2009

Video Promo

بسم الله الرحمن الرحيم


Sumber: http://malaysianoverseasforum.blogspot.com/

Photobucket

Wednesday, June 10, 2009

London Tanpa Tube

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi ini, aku dan Shah menghantar Hasrizal (Buzz) sekeluarga ke St Pancras International, kerana mereka akan berlepas ke Paris. Bercuti sakan mereka nih. Namun, bukan itu highlight aku pada post kali ini....


Gambar di atas aku ambil snapshot pada jam 9.37 pagi. 4 line utama tube di London tutup sepenuhnya dan 5 lagi ditutup separuh. Sungguh, suasana ini menimbulkan kesulitan yang amat perit untuk dihadapi warga London yang rata2nya amat2 bergantung kepada sistem keretapi bawah tanah ini.

Perjalanan ke St Pancras dari bilikku spatotnya ambil masa skejap je dgn menaiki tube. Namun, kerna tube line bermasalah, maka, kami terpaksa menggunakan jalan alternatif dgn menaiki bas. Dari rumahku, kami menaiki bas 14 ke Warren Street, dan dari situ, kami berjalan ke St Pancras.

Seawal jam 8 pagi, sudah lautan manusia membanjiri kota London ini. Perhentian2 bas dilihat sesak dgn manusia. Jalanraya penuh dgn kenderaan, bunyi kereta polis dan ambulans kedengaran merata2. Hon2 kenderaan juga silih berganti. Sungguh huru-hara. Betapa pentingnya tube dalam kehidupan mereka, bile bermasalah, trus huru hara.

Hampir semua bas kelihatan seperti sardin, sungguh padat dan mampat. Pegawai2 TFL berada di sekitar London untuk memberikan peta dan informasi laluan alternatif kepada warga London. Tube station kebanyakannya dikunci, tidak boleh masuk. Aku terfikir, bagaimana nasib orang2 yg tinggal di zone 2-6? Memang tube adalah pengangkutan yg utama mereka gunakan. Simpati, hanya itu mampu ku lakukan.

Mengapakah situasi ini berlaku di London? Ini gara2 ketidakpuashatian pekerja2 tube lalu mereka memboikot lalu enggan bekerja. Mungkin gaji yg rendah dan kebajikan mereka tidak dijaga. Jika beberapa hari lalu, hanya pekerja Victoria Line sahaja yg buat strike ni, tapi, minggu ni, hampir semua pekerja rangkaian tube London bersatu. Yang jadi mangsa, kami rakyat yg tak bersalah....

Dijangka strike ni akan berlarutan sehingga Jumaat. Moga sistem ini dapat dikembalikan semula untuk memastikan kestabilan hidup warga London....

Bila nikmat tube ni ditarik, baru rasa kehilangan nikmat ni. Adakah aku tidak bersyukur selama ini?

Photobucket

Think: Islam Leads The Change

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik untuk Imej Lebih Besar

Jika korang masih ingat, beberapa bulan lalu, London dilawati oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA), Dato' Seri Shafie Apdal. Sungguh best dok London ni, berpeluang bertemu ramai org kenamaan negara. Dato' Asri, Ustaz Zaharuddin, menteri2 dan pemimpin2 negara di peringkat kerajaan mahupun parti2 politik. Kat Malaysia pun aku macam susah nak bertemu mereka ni.

Sedang aku asyik melayari internet petang tadi, bloghoppinglah katakan, ditakdirkan Allah, dipertemukan dgn blog http://malaysianoverseasforum.blogspot.com/. Ku lihat poster yg ala2 majalah TIMES ni. Tetibe, satu nama yg amat menarik perhatian aku:

YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang

Terbeliak mata....

http://mppas.files.wordpress.com/2008/10/hj-hadi391.jpg

Dan isu2 yg akan dibawa juga tidak kurang panasnya. Memang isu2 yg menjadi topik perbualan masyarakat skarang. Menurut blog yg aku masuk tu, details2 program adalah seperti berikut:

Time: 2pm - 6pm
Date: 13 June 2009
Venue: Corus Hotel, Hyde Park, Lancaster Gate, London, W2 3LG

Tentatif program:

2.00 pm: Guest arrival.
2.30 pm: Welcoming speech by Master of Ceremonies.
2.45 pm: Welcoming speech by YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.
3.30 pm: Dialog with YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang and Malaysian Overseas Forum, London.
5.30 pm: End of Ceremony.

Untuk maklumat lanjut, bleyh layari blog ini.

Jom sama2 memeriahkan majlis. Bukan mudah nak jumpe pemimpin utama gerakan Islam ni, lagi2, kite mendengar pengisian dan maklumat dari beliau. Jom sama2 freekan diri anda saat itu. Ajak rakan2 MUSLIM dan NON-MUSLIM.... (aku pasti mmg terbuka untuk non-muslim, sbab ni melibatkan isu semasa)

Photobucket