>

Saturday, January 12, 2008

Realiti Yang Dahsyat

http://jordicastello.files.wordpress.com/2007/05/friendster-logo.jpg

Hurmm..camne yer nak cakap benda ni...
aku melayari frenster, dan masok ke groups skool aku...
nampaknya ade new post...
post tu suro aku masok ke profile

http://profiles.friendster.com/41140035

pemilik profile ni rupe2nya betul2 bencikan Malaysia...
begitu banyak kata2 cacian yg berbaur ancaman kepada malaysia...
termasuk term2 seperti malaysial, dan macam2 lagi...
owh..lupe nak mention, pemilik profile tu org indonesia..
disebabkan banyak term yg aku x paham,
tapi aku sedar, diorg sebenarnya benci org Malaysia...
yg paling aku sedih, apabila satu testimonial die,
die cakap halalkan darah org2 Malaysia,
masyaAllah, die ni mengaku Islam,
siap tulis favourite book die al-Quran..
i felt like crying as soon as I read the posts...
A Muslim supposed to be brothers to other Muslims right???
tapi ape dah jadik??
Mungkinkah nasionalisme yg terbina sampai mengabaikan kesatuan seagama,
jika sesame umat Islam membenci,
lagi banyak peluang musuh2 Islam nak hapuskan kiter...


وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang Bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Surah A-li 'Imraan, Ayat 103



إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah Bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Surah Al-Hujuraat, Ayat 10

Kenang-kenangkanlah wahai saudaraku...
x salah ade sikap patriotik, tapi jgn sampai berpecah sesama umat,
agama tu adalah no 1.....

owh, and this is my 100th post...
whoaaa....
standing ovation for me....
Photobucket

No comments: