>

Monday, December 31, 2007

Hadis Beramal...Sahih ke???

Ermm...aku dapat benda ni dr satu blog,
dan aku dapati amat bermanfaat..
so aku pun post kat blog MUSCOM n submit kat ILuvIslam..

Hadis ni memang famous kan terutamanya di kolej...
tapi, timbul persoalan, apakah kedudukan hadis ni???
ada yg kate ni hadis palsu, ada plak yg kata hadis ni lemah...
Alhamdulillah, ana dipertemukan dgn jawapan...
maybe x cukup info gak, tp adela skit...
diharap post kali ni dapat menerangkan apa2 yg kabur...


Inilah lafaz hadis tersebut:

اعمل لدنياك كأنك تعيش أبدا واعمل لآخرتك كأنك تموت غدا

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah (Jilid 1) mengkategorikan hadith ini sebagai hadith yang tidak ada asal baginya (لا أصـل لـه).

Hadith ini bukanlah hadith nabawi, sebaliknya ia adalah perkataan ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash (عبد الله بن عمرو بن العاص). al-Haithami meriwayatkannya dlm al-Zawa-id atas musnad al-Harith. Diriwayatkan juga dengan lafaz yang lain yang juga tidak sahih dari Nabi saw. Antaranya diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab sunannya, al-Dailami di dalam al-Firdaus daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash:

فاعمل عمل امرئ يظن أنه لن يموت أبداً، واحذر حذر امرئ يخشى أن يموت غداً

al-Suyuthi menyenaraikannya di dalam al-Jami’ al-Soghir dan beliau mengisyaratkan kedhoifannya. al-Munawi pula di dalam Faid al-Qadir berkata: “Dan demikian itu disebabkan pada (sanad)nya ada rawi yang majhul dan lemah”.

Terdapat juga hadith lain yang sama maksudnya, berbunyi:

أصلحوا دنياكم واعملوا لآخرتكم كأنكم تموتون غدا

Hadith ini Terlalu Lemah (ضعيف جدا). (Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, jld 2, Bil Hadith 874)

Maybe ade sesape yg ade info lebih, bolehla bgtau kami..

Wallahualam....

(Rujukan: http://www.islamweb.net/ dan

http://www.islamic-fatwa.com/index.php)

http://al-qayyim.dtdns.net/v01/index.php?option=com_content&task=view&id=243&Itemid=2

No comments: