Monday, October 4, 2010

Open house demi open house

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, telah selamat menjejakkan kaki semula ke bumi London ini selepas banyak perkara berlaku, suka atau duka sepanjang sebulan yang lalu. Puas rasanya dapat beraya bersama keluarga di Malaysia. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar, singgah sebentar bersolat di Dubai dan kemudian tiba di lapangan terbang Gatwick dan tiada masalah mahupun kelewatan melalui imigresen di situ.

Syawal hampir berlalu meninggalkan kita. Sekejap rasanya, sudah hampir sebulan Aidilfitri berlalu. Namun, budaya rumah terbuka atau 'open house' yang amat galak di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya masih hangat berlangsung. Setiap hujung minggu, ada sahaja jemputan yang diterima untuk menghadiri majlis rumah terbuka mereka.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga”
(Riwayat Hadith Al-Bukhari)

Walaupun aku sudah berada di London, aku tetap tidak terlepas daripada menerima undangan demi undangan rumah terbuka di sekitar London. London merupakan sebuah bandar yang unik. Walaupun amat ramai warga Malaysia tinggal di sini, namun, semuanya duduk berjauhan, jadi, komuniti di sini kurang rapat berbanding dengan tempat-tempat lain. Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk kami berukhuwah serta bermasyarakat.

Tidak sampai seminggu tiba di London, aku sudah menerima dua jemputan rumah terbuka. Yang pertama adalah Abang Q yang tinggal di Willesden Green. Beliau bekerja di London. Alhamdulillah, ramai juga warga London termasuklah para junior yang baru sampai hadir memeriahkan suasana. Laksa Penang, kuih bakar, rendang, lemang dan nasi himpit antara yang dihidangkan. Para pelajar baru terutamanya amat teruja dan hampir menangis melihat masakan Malaysia dihidangkan di kota London.

Wajah seorang pelajar tahun satu, Izzat yang sedang merenung cabaran yang bakal dihadapi di London

Barisan first year yang menangis berjumpa makanan Malaysia

Selepas kenyang menjamu selera, para hadirin duduk tersadai.

Dari Anas bin Mali r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (alhamdulillah) sesudah makan dan minum.”
(Muslim)

Kami berborak-borak mengenai keadaan masing-masing, bertaaruf dan bertanya khabar. Selain itu, terdapat juga sedikit presentation mengenai akademik serta maklumat kesihatan NHS khasnya buat pelajar-pelajar baru London. Sungguh membuka mata.


Pada hari Ahad pula, aku sekali lagi menerima jemputan daripada seorang pegawai Maybank (oh, x ingat nama) untuk ke rumahnya di Swiss Cottage. Kami bergerak ke sana dengan menaiki bas 46 dari Warwick Avenue. Alhamdulillah, disambut dengan penuh mesra. Kelihatan ustaz Erfino sudah berada di rumah, malah sudah merasmikan upacara menghabiskan makanan!!! Sate, roti jala, nasi dagang dihidangkan. Sekali lagi, kami menangis melihat lambakan makanan Malaysia di London ini.

Pose istimewa ustaz Erfino

Nasi dagang

Roti jala


Selang beberapa ketika, makin ramai hadir ke rumahnya, rata-rata adalah pengunjung tetap majlis mingguan MSD. Tua, muda, dewasa, kanak-kanak, tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan majlis. Seronok rasanya dapat berkomunikasi dengan pelbagai lapisan umur dan pendidikan. Banyak perkara dikongsikan dan banyak pengalaman kami cedok dari mereka. Terima kasih.

Jejaka berpayung

Hujung minggu ini adalah hujung minggu yang mengenyangkan. Terima kasih semua, moga Allah membalas jasa kalian.

Kepada semua, terutamanya kepada juniors yang baru sampai, jangan mengekslusifkan diri dengan duduk sesama anda sahaja. Mix around, bergaullah dengan masyarakat yang amat luas ini, terutamanya postgrads dan mereka yang telah bekerja. Anda akan mendapat seribu satu pengalaman, mendidik anda berkomunikasi serta meluaskan lagi paradigma anda. Jangan terperuk dalam tempurung anda dan rakan-rakan sahaja. Luaskan pandangan, bergaullah dengan masyarakat.

Tuan Rumah

Kita di sini hidup berjauhan dengan keluarga. Warga masyarakat di sinilah keluarga kita. Aku yakin, semua pakcik makcik, abang-abang dan kakak2 ni amat gembira membantu kita. Tapi, kita pula perlulah rajin bergaul dengan mereka.

Minggu ini, majoriti universiti London sudah memulakan kuliyah masing-masing. Ingat, dalam kegembiraan kita sampai ke tempat baru, jangan lupa niat asal kita ke sini adalah untuk menimba ilmu. Hiruplah ilmu dari sini sebanyak-banyaknya, kerana sesiapa yang diberikan kebijaksanaan oleh Allah, mereka itu sebenarnya diberi kebaikan yang baaaanyak.

http://c0022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/2_269.png
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (al-Baqarah: 269)

Selamat berjuang semua...


Photobucket

Thursday, September 23, 2010

KYUEM Raya Celebration

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan kesibukan diri (atau diri x pandai urus masa) dengan urusan peribadi, maka, blog ini seperti sudah ditinggalkan. Huhu. Bukan xde masa, tapi lebih kepada rasa malas dan tiada idea untuk mengemaskini blog kesayangan ini.

Alhamdulillah, aku dan rakan-rakan berpeluang bersama-sama menghadiri majlis hari raya KYUEM anjuran Musolla Community (MUSCOM). Idea untuk ke kolej ini sebenarnya lahir sewaktu aku dan Azri menziarahi Izzat Hanafi di rumahnya di Taman Melawati (blakang rumah Yusuf Haslam, wooo).

Setelah perancangan dilakukan dengan separa rapi, pada pukul 11 pagi hari Selasa, kereta KIA Spectra berwarna merah muncul di hadapan rumahku. Izzat memandu dengan Azri menjadi co-driver yang teliti. Aku mengambil beg pakaianku dan terus menaiki kereta dan Izzat terus memecut laju menuju Lembah Beringin. Kami memasuki Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kemudian masuk ke DUKE dan terus ke Lebuhraya Utara Selatan. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan kami mengambil masa kurang daripada sejam untuk tiba di KYUEM tercinta.

Kami tiba sekitar jam 12.30 tengahari. Pertama sekali, kami melaporkan diri di Students Services. Pn Rog masih lagi bercuti selepas bersalin. Kak Intan memandangku dan berkata:

Saya dengar berita gembira, sambil tersenyum memerli.

Aku tersenyum sahaja. X tahu da nak kata apa.


Setelah pusing-pusing sekejap jumpa pekerja di RC dan counselling, kami bergerak ke surau untuk bersolat Zuhur. Di situ, kami bertemu para pelajar dan berborak-borak bertanya khabar. Hampir semua yang mengenaliku tahu 'berita baik' ini. Terima kasih kepada Facebook!!!

Selepas Asar, kami bertandang pula ke MPH, berborak-borak panjang dengan Abang Sarip dan Mr Sree. Seronok juga mendengar pandangan mereka tentang isu semasa dan paradigma mereka tentang beberapa isu.

Selepas solat maghrib, kami ke Tanjung Malim untuk makan malam. Aku menjemput kenalanku di UPSI, akh Nizam untuk bersama kami. Lama juga kami berborak, hampir 2 jam. Daripada isu peribadi sehinggalah isu negara. Of courselah akh Nizam lebih banyak menyentuh isu Baitul Muslim, saja nak lecture aku, hehe, rasa macam pergi Tamrin Baitul Muslim lah pula malam itu, :p.

Esoknya, lebih ramai alumni hadir, dimulai dengan wakil batch 10, Ariff Ismail (Yorke) serta Aidid Qamil al-Azhary. Galak juga kami berborak, lebih-lebih lagi si Aidid yang telah lama tidak berjumpa. Pada jam 3 petang, kami menziarahi Pn Rog di apartmennya. Untuk pengetahuan, Pn Rog telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada bulan lepas. Nama diberi adalah Ahmad Afif Fikri. Walaupun masih dalam pantang, Pn Rog nampak aktif sahaja, malah mampu menyediakan juadah untuk kami makan. Walaupun bayinya kurang bulan, namun Alhamdulillah, kelihatan sihat, segar bugar. Moga menjadi pejuang Islam wahai anak muda.


Selepas Maghrib, para jemaah diisi dengan sedikit tazkirah daripada ustaz Anhar (UPSI) berkisar tentang apa peranan kita di bulan Syawal ini. Penyampaian santai dan rapat dengan para pendengar.

Majlis yang ditunggu tiba jua akhirnya. Majlis sambutan hari raya Aidilfitri KYUEM 2010 disambut girang. Sejak semalam lagi aku lihat MUSCOM sudah bertungkus lumus membuat persiapan terakhir. Tahniah kepada pengarah program, Sheikh yang nampak begitu ligat ke sana ke mari, makan pun sedikit sahaja kerana utamakan tetamu lain. Terharu aku.

http://c0022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/55_13.png
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
(ar-Rahman: 13)

Alhamdulillah, makanan yang dihidang mantap sekali. Lemang, rendang, sate, kuih-muih dan banyak lagi hidangan yang disediakan. Izzat ibarat makan tanpa henti, maklumlah, pantang nampak makanan Malaysia, dah sampai UK nanti dah xde benda2 ni. Turut kelihatan di majlis adalah Abn, Amar, Judin, Akmal Amri (dengan d90 dan SB-600 nya), kak Diey dan suami, kak Azila, kak Hakimah dan kak Intan.

Masa ni mungkin Izzat dalam pusingan ketiga

Antara alumni yang hadir

Mr Idrus dan ustaz Maliki

SyuMul batch 9 dan SyuMul batch 12, Hamizan


Sebelum pulang, para alumni sempat mengambil gambar bersama ustaz Maliki.

Tahniah kepada MUSCOM di atas penganjuran majlis ini. Moga majlis seumpama ini dapat merapatkan jurang masyarakat berbilang agama dan latar belakang di KYUEM seterusnya melebarkan lagi sayap dakwah di KYUEM dalam usaha mewujudkan dan mengekalkan biah solehah dan kilang kepada pejuang Islam.

Aku pulang bersama Yorke, namun, aku terpaksa memandu kereta dari Lembah Beringin hingga ke rumahku di atas beberapa sebab yang tertentu. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Ini adalah kali terakhir aku ke KYUEM sebelum meneruskan pengajian tahun akhirku. Sedikit sayu. Apabila aku pulang tahun depan, aku sudah tidak bergelar pelajar lagi. Kepada sahabat-sahabat yang masih berjuang di KYUEM, gapailah kecemerlangan. Doaku sentiasa bersama kalian. Doakan jua kami yang berada di UK ini.

Sehingga berjumpa lagi.

Religious exco 4 generasi

(gambar Aidid banyak atas permintaan beliau)

Photobucket

Friday, September 17, 2010

Bunga

بسم الله الرحمن الرحيم


Hati berbunga-bunga

Photobucket

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya 1431 H



بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam, sekitar jam 8.10 malam waktu Malaysia, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah yang amat komited dan gigih menyampaikan amanat setiap tahun mengumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri bakal disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010 (dalam Hijrah, of course la 1 Syawal 1431 H).

Aidilfitri adalah hari kemenangan kembali kepada fitrah manusia yang suka kepada kebaikan. Selepas sebulan menjalani tarbiyah Ramadhan, amalan diperbanyakkan, dosa diampunkan, kembalilah manusia itu kepada fitrah seperti kelahirannya.

Bergembiralah di hari raya. Itu sunnah menyambutnya.

bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam kita bertakbir raya esoknya, bersama-sama kita hayati MAKSUD takbir, bukan hayati IRAMAnya. Jika yang kita hayati adalah irama takbir, pasti akan sayu hati ini. Namun, jika dihayati dengan betul pengertian takbir itu, itu adalah laungan jihad, yang membuatkan kita bersemangat.


Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,
Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya,
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.

Tahun ini, hari raya terlebih kelainannya apabila jatuh pada hari Jumaat. Marilah bersama-sama kita membaca kewajipan bersolat Jumaat pada hari raya. Walaupun mungkin di Malaysia, amalan ni sedikit tidak masyhur.

OK, selamat hari raya Aidilfitri semua....

Photobucket

Tuesday, September 7, 2010

Nak ke sana

بسم الله الرحمن الرحيم


Alang-alang berada di Malaysia ni, teringin pula nak melawat kolej. Tapi sekarang tengah cuti sehingga raya, jadi mungkin hasrat ini terpaksa dipendam dahulu buat masa ini.

Selamat meneruskan saki baki Ramadhan...

Photobucket

Monday, September 6, 2010

Sekadar Gambar

بسم الله الرحمن الرحيم

Terlalu banyak berlaku dalam masa seminggu dua ini, aku rasa memang ingin sangat untuk berkongsi di dalam blog ini, namun apakan daya, kesempitan masa dan sukar untuk menterjemahkan idea itu dalam bentuk tulisan, membuatkan aku gagal untuk menulis di dalam blog ini kebelakangan ini.

Sekadar gambar pengubat kegatalan tangan update blog:


Photobucket

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan di London

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, tahun ini, aku diberi kesempatan menjalani Ramadhan di UK. Walaupun sejujurnya dalam hati terasa sedih kerana hilang kenikmatan puasa di Malaysia, namun, aku mendapat sedikit sebanyak pengalaman berpuasa di negara asing ini.

London merupakan pusat kehidupan masyarakat. Semua jenis masyarakat ada di sini. Alhamdulillah, komunit Malaysia Muslim di London juga agak ramai dan agak rapat. Sepanjang bulan Ramadhan, di Malaysia Hall diadakan majlis berbuka puasa, tarawih serta tadarus al-Quran. Segala aktiviti ini membuat hidupku tidak bosan, malah hilang sedikit perasaan rindukan suasana Ramadhan di Malaysia.

Tempoh berpuasa di UK lebih panjang berbanding di Malaysia. Subuh bermula seawal jam 3 pagi dan Maghrib pula pada 8.15 malam. Namun, itu bukan alasan untuk kita tidak melakukan ibadah kepadaNya. Sebaliknya, tempoh yang lama itu menjadi medan pentarbiyahan untuk kita menjadi lebih bersabar dan mengingatiNya.


Seawal jam 6 petang, majlis tadarus al-Quran dimulakan. Boleh tahan juga bilangan yang datang. Secara purata, setiap hari, kami membaca hampir 1 juzu' setengah al-Quran. Pada saat aku menulis post ini, kami telah mencapai ke juzu' yang ke-23 al-Quran. Setiap 2 mukasurat, ustaz Erfino akan berhenti dan memberi peluang kepada para hadirin untuk bertanya soalan tentang tajwid khususnya. Kadang-kadang, ustaz juga turut menceritakan terjemahan ringkas ayat-ayat yang dibaca.


Kemudian, saat ditunggu tiba. Berbuka puasa. Kami berbuka ringan dahulu dengan tamar dan sedikit kuih muih dan minuman sebelum bersolat Maghrib dan barulah kemudiannya diteruskan dengan makan berat, iaitu nasi dan lauk. Setiap hari, pasti masakan sedap-sedap disumbangkan ahli jemaah yang hadir. Kami tidak pernah bosan dengan makanan yang dihidangkan, dari ikan bakar, sehinggalah kerabu perut, semua ada!!! Terima kasih kepada yang menyumbang makanan berbuka!

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”
(Tirmidzi, Hasan Sahih)


Selepas makan, sambil menunggu waktu Isyak, kami menyambung sedikit tadarus al-Quran. Kemudian, selepas solat Isyak, solat Tarawih dijalankan sebanyak 8 rakaat disertai 3 witir, kebiasaannya diimami ustaz Erfino. Selepas Tarawih, sepertimana di Malaysia, dihidangkan pula moreh, biasanya kuih muih, tetapi luar biasanya kadang2 ada sup kambing, nasi tomato dan sebagainya (buka puasa second round).


Kesimpulannya, Ramadhan di London amat meriah sekali. Moga malam-malam Ramadhan kita juga turut meriah dengan amalan kepadaNya.....

Photobucket

Tuesday, August 24, 2010

Setelah ku Dipaling

بسم الله الرحمن الرحيم




Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

Photobucket

Wednesday, August 11, 2010

Small ISSUE online

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, sebuah lagi panduan ke luar negara (UK dan Ireland) telah dihasilkan oleh IluvIslam. Tahun ini, ia dinamakan dengan Small ISSUE (Iluvislam Students Survival guide for UK and Eire). Di dalamnya terdapat maklumat-maklumat yang diperlukan oleh seorang Muslim untuk survive di luar negara. Moga membantu mereka yang akan fly tidak lama lagi, insyaAllah.



Photobucket

Tuesday, August 10, 2010

Madrasah Tarbiyah

بسم الله الرحمن الرحيم

http://quran.com/images/ayat/2_185.png
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(al-Baqarah: 185)

Setahun berlalu, pintu madrasah dibuka kembali. Selamat datang Ramadhan, madrasah tarbiyah buat para muslim. Syaitan dibelenggu, pintu syurga dibuka serta pintu neraka ditutup. Bulan ini juga ada suatu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, malam Qadr.

Moga Ramadhan kita tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Moga kita graduate dengan cemerlang dalam madrasah ini.


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Photobucket