Wednesday, June 10, 2009

London Tanpa Tube

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi ini, aku dan Shah menghantar Hasrizal (Buzz) sekeluarga ke St Pancras International, kerana mereka akan berlepas ke Paris. Bercuti sakan mereka nih. Namun, bukan itu highlight aku pada post kali ini....


Gambar di atas aku ambil snapshot pada jam 9.37 pagi. 4 line utama tube di London tutup sepenuhnya dan 5 lagi ditutup separuh. Sungguh, suasana ini menimbulkan kesulitan yang amat perit untuk dihadapi warga London yang rata2nya amat2 bergantung kepada sistem keretapi bawah tanah ini.

Perjalanan ke St Pancras dari bilikku spatotnya ambil masa skejap je dgn menaiki tube. Namun, kerna tube line bermasalah, maka, kami terpaksa menggunakan jalan alternatif dgn menaiki bas. Dari rumahku, kami menaiki bas 14 ke Warren Street, dan dari situ, kami berjalan ke St Pancras.

Seawal jam 8 pagi, sudah lautan manusia membanjiri kota London ini. Perhentian2 bas dilihat sesak dgn manusia. Jalanraya penuh dgn kenderaan, bunyi kereta polis dan ambulans kedengaran merata2. Hon2 kenderaan juga silih berganti. Sungguh huru-hara. Betapa pentingnya tube dalam kehidupan mereka, bile bermasalah, trus huru hara.

Hampir semua bas kelihatan seperti sardin, sungguh padat dan mampat. Pegawai2 TFL berada di sekitar London untuk memberikan peta dan informasi laluan alternatif kepada warga London. Tube station kebanyakannya dikunci, tidak boleh masuk. Aku terfikir, bagaimana nasib orang2 yg tinggal di zone 2-6? Memang tube adalah pengangkutan yg utama mereka gunakan. Simpati, hanya itu mampu ku lakukan.

Mengapakah situasi ini berlaku di London? Ini gara2 ketidakpuashatian pekerja2 tube lalu mereka memboikot lalu enggan bekerja. Mungkin gaji yg rendah dan kebajikan mereka tidak dijaga. Jika beberapa hari lalu, hanya pekerja Victoria Line sahaja yg buat strike ni, tapi, minggu ni, hampir semua pekerja rangkaian tube London bersatu. Yang jadi mangsa, kami rakyat yg tak bersalah....

Dijangka strike ni akan berlarutan sehingga Jumaat. Moga sistem ini dapat dikembalikan semula untuk memastikan kestabilan hidup warga London....

Bila nikmat tube ni ditarik, baru rasa kehilangan nikmat ni. Adakah aku tidak bersyukur selama ini?

Photobucket

Think: Islam Leads The Change

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik untuk Imej Lebih Besar

Jika korang masih ingat, beberapa bulan lalu, London dilawati oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA), Dato' Seri Shafie Apdal. Sungguh best dok London ni, berpeluang bertemu ramai org kenamaan negara. Dato' Asri, Ustaz Zaharuddin, menteri2 dan pemimpin2 negara di peringkat kerajaan mahupun parti2 politik. Kat Malaysia pun aku macam susah nak bertemu mereka ni.

Sedang aku asyik melayari internet petang tadi, bloghoppinglah katakan, ditakdirkan Allah, dipertemukan dgn blog http://malaysianoverseasforum.blogspot.com/. Ku lihat poster yg ala2 majalah TIMES ni. Tetibe, satu nama yg amat menarik perhatian aku:

YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang

Terbeliak mata....

http://mppas.files.wordpress.com/2008/10/hj-hadi391.jpg

Dan isu2 yg akan dibawa juga tidak kurang panasnya. Memang isu2 yg menjadi topik perbualan masyarakat skarang. Menurut blog yg aku masuk tu, details2 program adalah seperti berikut:

Time: 2pm - 6pm
Date: 13 June 2009
Venue: Corus Hotel, Hyde Park, Lancaster Gate, London, W2 3LG

Tentatif program:

2.00 pm: Guest arrival.
2.30 pm: Welcoming speech by Master of Ceremonies.
2.45 pm: Welcoming speech by YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.
3.30 pm: Dialog with YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang and Malaysian Overseas Forum, London.
5.30 pm: End of Ceremony.

Untuk maklumat lanjut, bleyh layari blog ini.

Jom sama2 memeriahkan majlis. Bukan mudah nak jumpe pemimpin utama gerakan Islam ni, lagi2, kite mendengar pengisian dan maklumat dari beliau. Jom sama2 freekan diri anda saat itu. Ajak rakan2 MUSLIM dan NON-MUSLIM.... (aku pasti mmg terbuka untuk non-muslim, sbab ni melibatkan isu semasa)

Photobucket

Tuesday, June 9, 2009

Selamat Tinggal Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang lagi sahabatku pergi meninggalkanku di bumi UK ini. Sedih rasa hati, namun, apakah lagi yg mampu dilakukan?

Pada pagi tadi, Alhamdulillah, saudara Famy dari University of Greenwich selamat berlepas ke tanah air tercinta dengan menaiki flight Royal Brunei. Flight beliau berlepas jam 9.40 pagi. Jelas kelihatan ceria dan bercahaya wajah beliau yang sudah nak balik bertemu famili tercinta. Jeles di hati, namun, tak siapa yang peduli.....

Semalam, demi meraikan kawanku yg dah nak pulang ni, aku menemankan beliau ke Oxford Street untuk membeli barang2 yg dipesan dan ingin dihadiahkan kepada keluarga tercinta. Kami singgah dulu di Queensway untuk membeli cenderamata. Banyak juga yg Famy beli, hihihi. Faris Husaini turut mengikuti kami, dan beliau juga tidak mahu kalah dalam membeli...

Shopaholic

Menaiki bas, kami menuju ke Marble Arch. Satu2 kedai kami masuk dan survey barang2 untuk dibawa pulang. Hampir 2 jam lebih kami berlegar2 di sekitar Oxford Circus itu, letih, namun, sekali lagi, kerana ingin meraikan sahabatku ini, langkah diperkemas, azam diperteguh.

Famy berbelanja dgn agak dahsyat, mungkin aku juge akan jadi begini tidak lama lagi, ahaha. Faris Husaini juge membeli beberapa barangan. Bukan mudah kami nak membeli camni. Keletihan, kami menelefon super senior Isa dan memberitahu yg kami akan singgah ke rumah mereka untuk makan malam. Jadi, mereka meminta kami membeli PFC itu...

Sesamainya di rumah, Iqtidar yg kini homeless juge berada di rumah. Kami menunggu saudara Faris Fasri dan adik2 beliau untuk pulang dan makan bersama. Nasi dimasak, dan kami makan dalam talam bersama-sama. Kenyang, walaupun makanan ni simple je, tapi disebabkan makan beramai2, makanan yg asalnya tidaklah seberapa, jadi makanan yg paling sedap pernah dijamah....


Meriah. DZ, Amirul, Bun, Isa dan Faris masing2 akan menamatkan pengajian mereka tahun ni. Mungkin ini kali terakhir kami makan bersama2. Masih ku ingat, ketika aku tiba dulu, mereka inilah yg menjagaku (ecece) dan memberiku makan (ecece lagi). Namun, sekelip mata sahaja, mereka sudah hendak pulang ke tanah air. Pilu hatiku (ahaha)


Moga ukhuwah dijalin kekal selamanya. Selamat menjalani dunia baru kepada semua (dan mendirikan rumah tangga)

Kepada Famy, ingat2 sahabatmu di sini.....

Photobucket

Sunday, June 7, 2009

Sepetang di Lapworth

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah lama rasanya aku tidak menulis kisah hidupku dalam blog ni. Antara tidak update blog, atau juz copy paste je post org lain. Terima kasih kepada abang Thaha atas post beliau berkenaan MUSCOM itu. Sungguh menarik dan menyayat hati, jiwa dan sanubari.

Hari ini, Alhamdulillah, selesai solat Subuh pada jam 3.30 pagi (solat Subuh masuk jam 2.30 pagi, jadi, para junior, bersediaaa!!!), aku berasa segar skit, lalu duduk di hadapan meja stadi menghadap nota2ku. Alhamdulillah, mata ku segar dan berupaya stadi sampai pkol 5 lebih. Kemudian, agenda tidur diteruskan sehingga jam 7 pagi.

Seusai mandi, aku bersiap2 dan membawa beberapa bungkusan menunggu bas 414 di Fulham Road pada jam 8.30 pagi. Bas meluncur laju dan agak lancar disebabkan pagi yg masih muda, masih tidak ramai org yg sudah bangun kut. Dalam 20 minit kemudian, aku sampai ke Warwick Avenue. Berjalan aku melalui Little Venice, sebuah terusan yg ada bot2 kecil, sungguh indah ciptaan Allah. Namun, hari ini agak suram kerna awan mendung berarak kelabu.

http://z.about.com/d/goeurope/1/0/Q/O/little_venice_4.jpg
Little Venice

Aku memberi salam di hadapan 74 Lapworth Court. Beberapa kali pintu diketuk, akhirnya, seorang yg kurang ku kenali muncul. Ku tanya beliau sape, rupe2nya beliau tetamu dari Dublin. Wah, dah habis exam, sronokss!!

Nampaknya ahli rumah yg lain masih tidur dgn nyenyaknya. Aku masuk ke bilik Isa dan Poklah, kelihatan Isa tidur dan satu lembaga juga yg sedang tidur di katil Pokloh. Sapekah itu? Aku kaget. Perlahan2 aku mendekati lembaga itu, wah, Famy rupenya. Baru aku teringat, beliau skarang ni homeless kerna telah keluar dari hall di Greenwich Bandaraya Islam.

http://akhdian.files.wordpress.com/2007/12/baby-sleep.jpg
Ini bukan Isa mahupun Famy

Aku mempunyai satu tabiat, ntah baik atau buruk. Aku suke tgk org tidur, tanpa kejutkan mereka. Mahu je aku ambik gambar diorg tidur, mujur x bawak kamera. Ntahla, susah nak explain, tapi aku rasa tenang bile tgk org tidur. Rasa kiter melihat orang itu dalam keadaan fitrah. Aku teringat, ade sedara aku ni yg memang nakal giler, tapi, bile die tidur, aku tengok die, sejuk hati, nampak kebaikan dan kemuliaan wajahnya, di kala beliau yang begitu nakal, ego dan degil (ini ketika beliau kecil), namun, ketika beliau tidur, aku rasakan beliau begitu mudah disakiti, dan amat perlukan perlindungan dari aku.

Nasihat aku, andai nak memaafkan orang, paling mudah kita maafkan die ketika kita lihat org itu tidur. (ntah teori aku ni valid utk sume org ke x, hanya perkongsian melalui pengalaman)

9.30, gendang dipalu. Satu2 manusia di rumah ini menyedarkan diri. Masing2 menguap, membasuh muka dan membersihkan diri. Famy dgn ikhlas dan baiknya volunteerkan diri untuk memasak nasi goreng. Aku pula memulakan langkah merealisasikan objektifku datang ke sini, iaitu untuk ambik installer sebuah software dari abang DZ. Sambil2 borak2 ngan DZ, nasi telahpun tersedia. Iqtidar turut ada dan membantu Famy menggoreng telur.

Nyum2, kami makan breakfast nasi goreng hailam tuna (?) gorengan Famy dan Iqtidar, lebih mudah lagi resepi ini dipanggil 'nasi goreng habis exam', kerna mereka berdua yg sudah tiada exam.....

Kemudian, Nik Azmi pula datang ke rumah, beliau ingin membincangkan perihal poster SIL, dan as expected, akulah yang kena berbincang itu. Namun, beliau telah membuka mata aku tentang erti usaha dan kejayaan. TQ...

Pada jam 4 petang, aku kembali ke Evelyn Gardens....

Photobucket

Saturday, June 6, 2009

Jom Kenali MUSCOM

بسم الله الرحمن الرحيم

From Thaha's Blog

The Musolla Committee (MUSCOM) of KYUEM is one of the major societies in this college. We deal with the religious affairs of the Muslim students, apart from conducting various events regarding public awareness. The Muslim individuals in this college are led by MUSCOM under the close supervision and guidance of the body’s advisors, Ustaz Malikie and Ustazah Husna.

Throughout the one-year tenure from 2006 to 2007, MUSCOM has had various successful events. One of the major events held was the annual Islamic Aspiration Week (IAW). Most of the activities held during this week reflected the theme of the event, “Science and Religion: Two Sides of The Same Coin.”

The annual MUSCOM second-hand book sale was also another successful event. The committee members worked extremely hard to collect books from the seniors who were leaving the college. MUSCOM sold the books at affordable prices to the juniors and fellow batch mates. The unsold books were donated to the Resource Center of KYUEM.We had also organized three blood donation drives throughout this term, which were held on the 4th of April, 3rd of May and 6th of September 2006 in collaboration with the Slim River Hospital. The participation of the students and staff each time was very encouraging. It is hoped that the drives have created an awareness among us about the importance of taking the responsibility to help others in need.

Another project was the charity visit to Rumah Solehah; a place accommodating children infected with HIV and to Rumah Aman; a charity house sheltering unfortunate boys aged three to seven. Sharing laughter and joy with the children had taught the participants the value of being thankful for what they have and the need to be generous to others. Indeed, the value of life is measured by the number of lives it touches.

Furthermore, we had also played our role in promoting important events in the Islamic Hijri calendar such as Ma’al Hijrah, Maulidurrasul, Isra’ wal Mi’raj, the coming of Ramadhan and the two Eids. Relevant activities like talks by outsiders, forums and games were held to promote these events, apart from strengthening the bond between the small society of this college.

The most successful event organised by MUSCOM was the Muslim Youth Camp, which was once again held in collaboration with Fitrah Perkasa; a prominent Islamic firm providing trained motivators and speakers. The aim of the three-day course was to nurture the fundamental values of Islam in the participants so that they could lead the true Islamic Way of Life.

All these events were made successful by the cooperation of five Syu’bah in MUSCOM. Apart from organising such events, the specific tasks for each Syu’bah include the production of ODYSSEY, the MUSCOM’s magazine and the weekly Nur Jumaat by the Multimedia Syu’bah. Articles were pasted on the MUSCOM board and these were weekly updated by the Special Task Syu’bah. The Economics and Welfare Syu’bah on the other hand had organized fundraising projects in the span of year, obtaining a net profit of over RM1500. The Usrah and Leadership Syu’bah worked hand in hand with the Musolla and Ibadah Syu’bah to organize activities at the college Musolla, Musolla As-Saad.

http://www.iluvislam.com/v1/images/photoalbum/album_1/edited.jpg
Musolla as-Saad


muscom 05-06 (males)

muscom 06-07 (males)

http://photos-a.ak.fbcdn.net/photos-ak-sf2p/v217/223/25/635554039/n635554039_316200_3416.jpg
muscom 07-08 (males)

Kepada adik2 MUSCOM di kolej, harap dapat bersama2 menyambung mata rantai dakwah ini....

Photobucket

Friday, June 5, 2009

Iklan best dari sponsorku...

بسم الله الرحمن الرحيم

Tengok skit iklan sponsor aku nih. Hurm. Kepada bebudak IT PNB, mengharap kepada korang untuk buat iklan berteknologi tinggi....

Sebuah iklan yg penuh pengajaran:

1) Sesuatu yang baik, jangan diabaikan
2) Sediakan payung sebelum hujan
3) Jangan mengamuk apabila baju basah
4) Slalu tgk weather forecast
5) Pengajaran paling utama, lenkali buat iklan best skit....



Mana Baju???

Next time bleh mintak Apen berlakon plak kut? Sila bayangkan Apen dengan dialog di atas, pasti menarik!

Photobucket

Thursday, June 4, 2009

Eukaryotic Chronicles

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi tadi, seperti yg telah dirancang, kami mempunyai suatu pop quiz Molecular Cell Biology (MCB) oleh Prof Neil Fairweather. Tujuan utama quiz ni adalah untuk kami membuat revision dan untuk kami mengesan kelemahan2 yg perlu kami perbaiki. Quiz bermula jam 9 pagi waktu UK.

http://www3.imperial.ac.uk/pls/portallive/docs/1/24581696.JPG
Prof Fairweather

Jadi, kami dikehendaki membentuk kumpulan seramai 3-5 orang untuk menyertai quiz wajib ini. Jadi, aku, Firdaus, Aishafat dan Sharmila membentuk satu kumpulan yg dikenali dgn nama 'Eukaryotic Chronicles'. Namun, pada hari Isnin lalu, aku menerima suatu emel dari Anthony (rakan satu course):

I was just wondering if you have a team for Wednesday yet, and if you have if I could possibly join it?

Thanks, Anthony

http://en-gb.facebook.com/profile/pic.php?uid=AAAAAQAQ7uFCOaPwMPLL5WlDfTB0oQAAAAki071EpBFiJyQeiPqfw-QS
Anthony

Untuk pengetahuan, dalam kelas2 tutorial dan lab, aku slalu gak berborak dgn Anthony ni. Jadi, apabila mendapat permintaan dari beliau, maka, aku x tergamak mahu menolak. Jadi, terbentuklah kumpulan 'Eukaryotic Chronicles Baru', namun, kami hanya dikenali sebagai 'Eukaryotic Chronicles' (sama macam UMNO Baru dan UMNO suatu ketika dulu).

Jadi, quiz bermula. Kami bermula dgn agak baik. Habis 3 round, kami berada di tempat pertama di kalangan 20 lebih pasukan yg turut berjuang. Namun, semakin quiz ini berlangsung, semakin susah soalan2. Sampai ke round terakhir, yakni round 8, kami sudah ketinggalan. Beberapa perbalahan kecil juga telah berlaku dalam menentukan jawapan yg paling tepat.

Alhamdulillah, kami menghabiskan quiz ini dengan markah sebanyak 89 markah, berkongsi tempat ketiga bersama satu lagi kumpulan. Jadi, kami diberi hadiah berupa coklat dan harus juge dikongsi bersama2 kumpulan satu lagi (yg diketuai Hannah Green).

Sedikit kecewa, namun tetap bersyukur atas kemenangan yg diberi

وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَ

Photobucket

Wednesday, June 3, 2009

Terima Kasih

بسم الله الرحمن الرحيم

http://pcsedinburgh.co.uk/sick.gif

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."
Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a

"Syafakallah. Moga cepat sihat"

"G minum air asam jawa + gula skit"

"Ko demam? Rehatla."

"Selamat baik demam"

"Moga cepat sembuh"

"Syafakallah akhi"

"Semoga cepat sihat akhi"

"Demam? Ingat kat sapa tu" (cis ko Hisham)

"rehat ler bebanyak"

"Semoga cepat sembuh abg jepah" (ni Aslam bagi, cis)

Antara ayat2 yg aku terima. Disebabkan aku meletak status "Demam" di YM aku, ramai la rakan2 yg concern yg wish aku supaya cepat sembuh, samada melalui SMS, Facebook, mahupun YM. Terima kasih, doakan aku cepat sembuh.
Photobucket

Tuesday, June 2, 2009

Demam

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www1.moe.edu.sg/nadi/arkib/2004/jan04/images/pretending.gif

Demam....

Letih sgt nak update blog, dan xde idea juge, otak agak blank skit....

Nak study.......

Moga aku cepat sihat.....

Hadis Ibnu Umar r.a:
Dari Nabi s.a.w baginda bersabda: Demam itu berasal dari didihan Neraka Jahanam. Oleh itu, sejukkanlah demam itu dengan air.
(Muslim)

Ya Allah, kurniakanlah aku kesihatan....
Photobucket

Monday, June 1, 2009

Sebuah Pertemuan

بسم الله الرحمن الرحيم




Tengok video ni membuat aku tersenyum sorg2....

Pelakon: Azrai (Aussie), Kerul (Warwick)
Pelakon Nasyid: Famy (Greenwich), Zulfahmi (Soton), Anas (Manchester), Hafizuddin (Warwick), Iwan (Warwick)

Mampukah aku menjadi rakan seperti dalam video ini???

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


Photobucket