Sunday, February 8, 2009

Kenangan Bakti Kenyalang

بسم الله الرحمن الرحيم

Tetibe tergerak hati untuk tgk balik gambar2 semasa Bakti Kenyalang 2007 yg kami, MUSCOM 0708 anjurkan di Sarawak. Sronok zaman2 tuh...





Photobucket

Friday, February 6, 2009

Easter Break: Ke Mana?

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa minggu dahulu, sewaktu cuti musim sejuk baru sahaja berlalu, aku dah terdengar berita2 dari rakan2ku, yg mereka sudah membuat perancangan untuk cuti musim bunga yg akan datang. Siap da beli tiket dan penginapan! Maju sungguh perancangan itu.

http://www.fhr-net.co.uk/imgs/news/easyjet_forecasts_strong_bank_holiday_traffic.jpg

Ada yg akan ke Itali, ada yg akan ke Turki, ada yg akan ke Prague, malah, yang paling bagus adalah yg ingin menunaikan umrah (wajib bagi org yg berkemampuan, ingat!). Tapi, hari demi hari, minggu demi minggu berlalu. Aku, masih tiada rancangan apa2 untuk bercuti ke mana2. Bukannya x berminat untuk bercuti, tapi, semua org dah buat plan tanpa mengajakku, sdeyh, tinggallah aku keseorangan.

Mungkinkah cutiku nanti hanya akan berjalan di London? Keseorangan berjalan menaiki tube dan bas double decker merah nih? Atau mungkin terperuk di bilik, melancong ke tempat2 seluruh dunia di depan komputer sahaja?

Angkat tangan siapa yg xde plan lagi, jom!!!!

Adakah aku sudah terdesak???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-hqEWkcnPaLgDG9CzlKmoThGkCtmvclRe4iaQnMnmoM4PvCzzg8bO2rBM6FDonYL9JJzcRtudcSJv5JTRO_F49pF9QMMRsGJNV6H_Zx-ju_-WIvcICpFyZbDAewgG9NwnQ2E93W6GGLyn/s400/poetic_sad_sorrow.jpg
Sekali lagi, aku cilok dari blog sahabatku, HanRi. Bleyhla usha
profile kacak beliau di bahagian followers blogku, heh.

Photobucket

Thursday, February 5, 2009

Krisis di Perak

بسم الله الرحمن الرحيم

http://rencanarakyat.com/wp-content/uploads/2008/09/pakatan-rakyat.gif

Sesekali aku menjengah main stream media, penuh berita sensasi tentang perkembangan politik di Perak. Aku jengah pula media alternatif seperti Malaysiakini, pun penuh juga dengan berita politik Perak. Lompat sana, lompat sini, macam katak la pulak, huhuhu. Dan ada ura2 untuk pembentukan kerajaan baru dan sebagainya. Apa komen aku?

Memetik ayat al-Quran:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah : Ya Allah Ya Tuhan..... Raja yang memiliki Kerajaan ( di dunia dan di langit ) Kau mengurniakan kerajaan kepada siapa yang Kau kehendaki dan Kau menyentapnya dari siapa yang Kau kehendaki dan Kau muliakan sesiapa yang Kau kehendaki dan Kau menghina sesiapa yang Kau kehendaki di dalam genggamanMu segala Kebaikan sesungguhnya Kau Maha Berkuasa di atas segala suatu
Ali Imraan : 26

Kepada semua pihak, harap bersabar. Bersama-sama kita mendoakan dan berusaha supaya walau apa yang berlaku, Islam tetap dijulang....

Photobucket

Wednesday, February 4, 2009

Tabahlah Wahai Diri

بسم الله الرحمن الرحيم

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtqR8utdgNhEja2MR8_BphcnwFG04cao2QYLVYp1qwVABnrljmD4jl2xvp9LBcWZisnxNxA6fNVdwlOgwnY38qL1Z_1q_CvbZFyXdKQS-8917NL1pUgsO8M7MLp1WeiVBFgDELovel6w62/s400/lonely.jpg


Ya Allah, selimuti diriku dengan sutera kasih sayangMu,
Agar lena aku bermimpikan syurga yang indah abadi,
Apabila ku terjaga, dapat lagi ku rasai,
Betapa harumnya wangian syurga Firdausi, oh Illahi....

Tidur dulu, moga esok lebih baik dari harini..
Photobucket

London Pasca Salji

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah semalam salji menebal menuruni kota London, semua itu berakhir hari ini. Apabila aku bangun pagi, aku lihat luar jendela, ternampak saki-baki salji yg semakin mencair sedang masa berlalu.

Pandangan luar jendelaku

Hari ini, kelas berjalan seperti biasa. Walaupun sesetengah department seperti department Mechanical Engineering dan Electric n Electronic masih lagi bercuti hari ini, namun, kuliahku berjalan seperti biasa.

Walaupun salji mule mencair, terdapat saki-baki salji yg mengeras di jalanan yg membuatkan jalan menjadi amat licin. Kami harus berjalan berhati-hati untuk mengelakkan tergelincir. Letih jugakla berjalan mcm ni.

Jalan yg amat licin

Walaupun hanya sehari dapat bermain salji, aku bersyukur kerana Allah memberikan peluang kepadaku untuk menikmati pengalaman salji tebal, DI LONDON!!

Sedikit Statistik berkenaan fenomena salji luar biasa di London semalam:

1) Semua lapangan terbang sekitar London (Heathrow, Luton dsb) ditutup sepenuhnya

2) Hampir semua penerbangan dibatalkan menyebabkan beribu penumpang terkandas

3) Semua perkhidmatan bas dalam London dihentikan

4) Semua perkhidmatan keretapi bawah tanah (tube) dihentikan, menyebabkan jutaan warga London x dapat pergi ke tempat kerja dan sekolah. Kerugian dianggarkan 40 juta pounds

5) Hampir 300 institusi pendidikan di London ditutup (termasuk Imperial, hehehe)

Photobucket

Monday, February 2, 2009

Orang Salji (Snowman)

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam, selepas salji turun dengan lebatnya, super senior Isa mengYM aku:

kitorg ada snowmaaaaannnnn

Disebabkan kami di Evelyn Gardens masih tiada snowman, aku berasa agak tercabar. Pada jam 2.13 oagi, mendapat pula mesej di handphoneku daripada Super Senior Azlan Kamal (Apak):

Salam, huhu, aku buat snowman

Sekali lagi, semakin membara rasa cabaran ini.

Seawal jam 7 pagi, selesai solat Subuh, aku call Shah dan Aishafat untuk bermain salji. Kami pun bersetuju lalu bergambar bukan main. Namun, disebabkan nak mengejar untuk ke kelas, kami bermain sekejap je. Snowman idamanku masih belum dibuat....

Masuk ke bilik, sekali lagi super senior Isa mengYM aku mengatakan saiz snowman mereka yg besar, setinggi manusia dewasa yang diberi nama 'The New Mr 74. Untuk membuktikan kata-kata beliau, beliau turut menyertakan gambar snowman mereka. Bukti-bukti yang menguatkan lagi dakwaan beliau adalah gambar2 mereka di Facebook.

http://photos-h.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v2110/184/93/715167927/n715167927_1318231_6064.jpg
Isa, DZ, Bun, Poklah, Amirul


Seawal jam 9 pagi, kami bertolak ke Imperial College untuk pergi ke kelas. Namun, di tengah perjalanan, Shah memberitahu kami yg semua bangunan di Imperial ditutup jadi, semua kelas dibatalkan. Namun, kami terus bergerak ke Imperial untuk mengambil gambar.

Kalau snowman Lapworth besar cam org, snowman
ni lagi besar dari org!

Kami pergi ke Queen's Lawn. Tu dia, sungguh meriah kelihatan pelajar2 IC ni bermain salji. Lagi excited dari kitorg nih. Permainan perang salji seperti biasa menjadi acara wajib bebudak nih. Kami berjumpa Sharmila, Gideon dan Joyce. Setelah banyak gambar diambil, kami termasuk di dalam perang salji itu. Aku x mampu berbuat apa2. Untuk mempertahankan diri, aku terpaksa membalas serangan.

Queen's Lawn yg meriah


Setelah beberapa minit beraksi ganas, aku surrender. Pancit. Kaki pun da kebas dah ni. Jom balik.

Ini pengalaman pertama aku main salji. Seronok2, tapi letih kut. Sekali-sekala salji tebal camni mmg best, tapi kalau selalu, susah gak idop ni.

Letih ni, banyak keje x siap lg....

Photobucket

Natijah Salji di London

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedang kami sedang seronok bermain salji di London, aku mendapati suatu yg horror berlaku. Perkara ini mungkin menyukarkan berjuta-juta penduduk di London.

1) SEMUA perkhidmatan bas London telah diberhentikan

2) 3 line dalam tube dihentikan servis, 6 line ditutup separa, satu line mengalami severe delay

Disebabkan perkhidmatan pengangkutan awam amat digunakan oleh warga London untuk ke mana-mana, agak sukar kehidupan mereka andai kemudahan ini terganggu. Berjuta-juta penduduk yg ingin ke sekolah, ingin ke tempat kerja akan terganggu dgn fenomena luar biasa di London ini.

Bagaimana?

Sedang kami seronok bemain salji, ada orang menderita

Photobucket

London dituruni Salji

بسم الله الرحمن الرحيم

Semuanya bermula pada suatu petang yg tenang. Hari ini, agak luar biase kehidupan kami, kerana ada 3 orang tetamu yg datang ke Evelyn Gardens ni. Mereka adalah Ajah dari Surrey serta Acipz dan Ika dari City (ciss, berani korg tinggalkan Iqtidar).


Sedang kami memasak nasi lemak untuk dinner, sudah terhidang semua makanan, tetiba, salah seorang dari kami berkata:

Eh, tgk luar tu, salji lebat

Masing2 excited, maklumlah, jarang2 salji turun lebat camni kat London nih. Jadi, masing2 meluru ke luar untuk menikmati panorama ini. Apabila kami keluar saja dari Hall, kelihatan seluruh kawasan putih, dilitupi salji. Kereta2, jalan2 semua dilitupi salji. Makin excited kami berenam. Ambil gambar sana sini. Kemudian, agenda kedua, iaitu perang salji dijalankan. Main baling2 salji antara kami telah berlaku dgn agak ganas.



Kami ingatkan kami je yg excited sebegini. Namun, omputeh2 ni turut keluar dan main salji gak. Sungguh meriah, penuh jalanraya dengan manusia2 yg turut main salji nih. X sangka diorg ni pun jakun mcm kami, hehehe. Kami bermain salji sehingga melupakan nasi yg telah terhidang di dapur. Pedulikan! Salji ni lagi penting, aku pasti, tu yg bermain di fikiran setiap kami.

Namun, disebabkan aku x prepare untuk bermain salji, aku x memakai sarung tangan. Sekejap je, abis beku tanganku. Pedih. X larat nak pegang salji. Nak picit kamera pun dah susah, huhuhu. Tapi, puas ati dapat main salji.

Menurut ramalan cuaca, esok akan turun salji lebat di London. Bagaimanakah rupanya??

Kami yg excited: Fat, Ajah, Ika, Aku, Shah, Acipz

Photobucket

Sunday, February 1, 2009

Perlu Lebih Usaha!

بسم الله الرحمن الرحيم

Jam menunjukkan pukul 1.19 pagi waktu di London, UK. Aku lihat luar, gelap. Suhu di komputer aku menunjukkan suhu mencecah 0 darjah Celcius, iaitu takat beku bagi molekul bernama air.


Aku duduk di depan meja blajaku, bertemankan laptop, playlist nasyid dan nota-nota Biochemistry. Kebelakangan ni, perlu aku korbankan masa tidur aku untuk settlekan semua kerja ni (hahaha, bajet sibuk sangat plak aku nih). Xpelah, korbankan skit masa tidur tu, dah banyak sgt tidur aku ni.

Usaha lebih gigih....

Photobucket

Jaga Pandangan

بسم الله الرحمن الرحيم

Mesej khas untuk diriku dan lelaki2 di luar sana:






وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Fussilat:36)

Photobucket