Friday, November 7, 2008

Mari Ulangkaji Bersama

بسم الله الرحمن الرحيم

Muler, Firdaus (Pidah) mengeskype aku. Kami berbincang tentang dye binding experiment yg kami buat tempoh hari. Setelah letih bertukar2 pendapat, berkat perbincangan ini, beberapa soalan yg sebelum ni x dapat buat berjaya kami selesaikan.

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
(Al-Maidah :2)

Syauqi tetiber skype aku malam ni. Rupe2nya, beliau nak bertanya kepadaku soalan Bio, ade benda yg die x paham, iaitu berkenaan DNA supercoil, salah satu chapter yg aku belajar dalam Molecular Biology. Jadi, selepas perbincangan, alhamdulillah, sudah clear sikit pemahaman kami tentang perkara ini.


Baru aku sedar, aku harus ulangkaji semula chapter2 ni sbab da banyak gak yg aku lupe, terpaksa aku melihat notaku semula masa Syauqi tny tadi. Ape2 pun, secara x langsung, beliau telah membantuku mengulangkaji walaupun berada jauh di York. TQ!

Skype dan YM adalah method yg amat berguna bagi kami pelajar2 di luar negara khususnya. Begitu gak ngan facebook. Inilah yang memudahkan kami terus berhubung antara satu sama lain dan mengikuti perkembangan rakan2 lain. Namun, perlu diingat, penggunaan teknologi seperti ini bergantung kepada si penggunanya. Ibarat pisau, jika pemiliknya ingin memasak, maka, akan digunakan untuk memotonglah pisau itu. Tapi, jika pemiliknya ingin membunuh, akan digunakan untuk menikamlah pisau itu.

So, TQ kepada rakan2 yg memanfaatkan teknologi ni dan berkongsi bersama2 aku!!!

Photobucket

Saya Suka Kelas Math

بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang tokoh pernah berkata:

Go down deep enough into anything and you will find mathematics

Di mana2 pun, kiter menggunakan mathematics. Dalam kehidupan seharian, jual beli, pengiraan masa, matematik amat penting. Sebab itulah, nak xnak, walau seteruk mane kebolehan mengira, kiter perlulah mendampingi subjek ini, untuk memudahkan kehidupan seharian kiter.

Sebenarnye, aku nak citer benda lain, saje je buat intro gempak skit, huhuhu.

Citernya begini, selepas saje abis lecture Biochemistry dgn tajuk menarik, Spectrometer and fluorescent (tajuk ni begitu menarik sampai Firdaus tersengguk2 tidur sebelah aku), aku dan Firdaus menuju ke Prayer Room IC di Princes Garden. Nampak nasi lemak di atas meja, lalu, dgn pantas, aku membeli satu nasi lemak dan memanaskan sedikit dalam microwave oven.

Aku dan Firdaus makan di depan EEE building. Harini mendung aje nampaknya. Rindu matahari. X ramai org duduk makan kat luar, maybe sbab sejuk kut. Sedang aku baru je nak menjamu selera dgn nasi lemak ni, ternampak 2 org individu yg amat ku kenali beserta seorang lelaki yg sasa. Mereka adalah wakil dari PNB, iaitu Dr Iliyas dan Pn Rukiah. Lelaki berbadan sasa itu pula adalah saudara Izzaldeen atau nama manja, Ai. Baru aku teringat, harini hari Khamis, 6 November. PNB datang melawat Imperial!!!

http://www.encyclopedia.com.my/images/logo_pnb.gif

Sebagai seorang pelajar tajaan PNB yg berhemah, aku bangun dari tempat dudukku dan mendekati mereka bertiga. Aku mendekati mereka sambil melambai2 mesra. Aku bersalaman dgn Dr Iliyas.

Dah lame ke sampai? Aku tanya Dr Iliyas, mesra.

Owh, pagi tadi sampai, ni nak balik dah ni, jawab beliau

Aku tanya Pn Rukiah, tadi, jumpe ngan ramai personal tutor?

Hurm, 2 org je datang.

Huh, aku cuak, adakah tutorku, Encik Baldwin hadir?

Tutor awak Geoff kan? Die salah seorang yg datang, cakap Puan Rukiah.

Wahaha, aku tergelak dalam hati. Memang komited juger tutorku ini, hehehe. Kemudian, Ai, yg hampir aku lupekan kewujudan beliau bersuara,

Nak jalan sekali ngan diorg x?

Owh, xpela, aku nak lunch, jawabku tegas, hehehe (serius, lapar giler)

Pn Ruk

Jadi, aku mengucapkan selamat tinggal kepada Pn Ruk dan Dr Iliyas. Terima kasihla sbab sanggup melawat diriku ini. Ucapkanlah selamat kepada rakan2 di Malaysia (sambil air mata berlinangan).

http://latimesblogs.latimes.com/photos/uncategorized/2008/02/27/math.jpg

OK, selepas kejadian itu, aku pergi ke kelas Data Analysis di Lecture Theatre C, Royal College of Science. Aku mmg menanti2 kelas Data Analysis atau math ini setiap minggu. Amat suke kelas ini. Kenape? Sbab, selepas menghadirkan diri selama 5 minit, kami dibenarkan untuk pulang. Minggu ni jadik rekod sbab kelas 5 minit je. 2 minggu lepas kelas 20 minit. Minggu lepas kelas 10 minit. Minggu ni, 5 minit. Mengikut polanya, classtime is inversely proportional to week. Adakah minggu depan kelas hanya akan berlangsung selama 2 minit setengah? Tunggu dan lihat!

Saya suka MATH!!!!

(sori jika tajuk xde kaitan sgt dgn math)

Photobucket

Thursday, November 6, 2008

Shopping dan Alarm

بسم الله الرحمن الرحيم

http://by126w.bay126.mail.live.com/att/GetAttachment.aspx?tnail=1&messageId=82815c64-867c-48e0-8b4d-909ca0a2b206&Aux=44|0|8CB0D0ED76F8580|

Semalam, kelas half day, yakni dari pukul 9 pagi sampai pukul 11 pagi. Ape? Bukan half day? Memangla, ikut pengiraan matematik, kelas semalam hanya 1/12 day, tapi, xper ar, x penting pun.

Selepas lunch di JCR, aku menuju ke prayer room. Selepas solat, aku tunggu kjap untuk Seerah Circle yg dianjurkan oleh Islamic Society (ISOC) setiap hari Rabu untuk brothers. Seerah Circle bermula lebih kuragng jam 12.45 tghari dan ramai gak seniors Malaysia yg hadir. i.e: Bun, Syak, Jau dan Apak.

Lebih kurang jam 1.15 petang, Seerah Circle tamat dan aku segera menuju ke biliku di Evelyn Gardens. Aku menelefon Shah, sbab kitorg da plan untuk ke Sainsbury untuk beli barang2 seperti ayam, daging, beras dan sebagainya. Dalam pukul 3.30 petang, kami bertolak keluar dari bilik.


Pada mulanya, aku dan Shah jer yg pegi, sbab Aishafat pegi jalan2 mane ntah. Tapi, dalam perjalanan, terserempak dgn beliau, lalu, terpaksalah Aishafat mengikut kami, maklumlah, x cukup tgn nak angkat barang, hehehe.

Pilihlah yg Halal!

Banyak gak barang2 kitorg beli. Ayam, beras, roti, ikan dan macam2 lagi la. Penuh gak troli tu. Memang kitorg da plan untuk beli barangan sebulan trus, so, okla. Sewaktu nak bayar kat kaunter, sumting interesting happened. Pakcik yg jaga cashier tu tny:

Are you from Malaysia?

Aku terkejut. Yeah, and how do u know that?
I can see it

Poyo plak pakcik ni. Setelah puas borak2, pakcik ni mengaku yg die dari Bangladesh. Nama die Nazrul (x pasti ejaan).

You are the future of Malaysia n you are the future of Islam

Meremang bulu romaku mendengar ucapan pakcik ni. Bukan meremang sebab takut atau meluat, tapi bersemangat dgr pakcik tu cakap mcmtu. TQ pakcik!

Shah bersama pakcik Nazrul

Namun, perkara paling horror adalah ketika nak bawak balik barang2 ni ke bilik. Ya Allah, berat sungguh. Kalau Sainsbury ni sebelah rumah je, xpela. Ini, kena jalan 20 minit, tu pun kalau xde barang. Hampir terputus gak tanganku mengangkat barang2 yg berat giler nih.

Stok sebulan!

Disebabkan letih, pada pukul 10.15 malam, dgn pantas, aku baring lalu melayari alam mimpi. Namun, ia tidaklah seindah yg diharapkan. Sedang aku sedap tidur, berbunyi la pulak fire alram di hall aku. Bising yg x terhingga. Aku tgk jam di tangan. 3 pagi. Ini sudah lebih, pukul 3 pun nak buat fire alarm ke.

Jadi, aku mengambil kunci bilik lalu turun ke bawah. Dalam perjalanan menuruni tangga usang yg curam tu, kelihatan beberapa subwarden tgh rush berlari naik ke atas. Mungkinkah kebakaran betul berlaku?

Seperti baser, kami berkumpul di depan bangunan. Pukul 3 pagi, sejuk giler! Dahla x sempat nak ambik jaket. Mujur, selepas 5 minit, kami dibenarkan masuk semula ke dalam hall. Mungkin ade kerosakan kat detector or alarm. Walau apa pun sebabnye, aku tension sbab benda ni ambik masa tidur aku!!!!

Ngantuk....

Photobucket

Wednesday, November 5, 2008

Obama wins US Election

بسم الله الرحمن الرحيم

Change has come to America

http://newsimg.bbc.co.uk/media/images/45175000/jpg/_45175100_barack_family_afp.jpg

Itulah kata2 yang diucapkan oleh Barack Hussein Obama setelah ditabalkan sebagai presiden Amerika yang seterusnya. Obama dari parti Democrat mengalahkan John McCain dari parti Republican dengan keputusan:

Obama - 338
McCain - 159

Ini merupakan suatu catatan sejarah buat Amerika kerana pertama kali mempunyai presiden Afro-American. Sebelum ni, hanya digembar-gemburkan melalui movie jer, tapi hari ini, ia menjadi kenyataan.

Dulu, pernah menjadi isu apabila ada berita yang mengatakan Obama adalah Muslim, mungkin bertujuan nak membuat rakyat Amerika x mempercayai beliau. Kemudian, muncul pulak sorg wanita bernama Sarah Palin yg memberikan impak besar kepada kempen Obama. Namun, semua itu dapat diatasi.

Obama, seorang yg dilihat pro-Islam diharapkan dapat membawa sebuah keharmonian terhadap dunia Islam. Moga dengan ini membawa sinar kebangkitan Islam. Ustaz Badi’euz Zaman Sa'id al Nursi berkata sewaktu ambang kejatuhan Daulah Islamiyyah terakhir :

Wahai umat Islam!, saya melihat Kerajaan Islam Uthmaniyyah sedang mengandung, di mana anak yang di dalam kandungan itu adalah anak barat dan saya juga melihat dunia barat sedang mengandung, di mana anak yang di dalam kandungan itu adalah anak Islam

Moga yg terbaik untuk Islam.

Photobucket

Memberi dan Menerima

بسم الله الرحمن الرحيم

Adeyh3, letih amat plak baru balik dari kelas komputer Biochemistry nih. Bukannye letih dlm kelas, tapi letih berjalan kaki pulang dari Imperial.

http://farm1.static.flickr.com/22/32901096_563fdbff54.jpg?v=0

Dalam perjalanan pulang melalui Queens Gate dan Old Brompton road, teringat plak pesanan seseorang yg dah aku x igt sapekah orgnya yg menegaskan tentang pentingnya memberi daripada menerima.

Terbaca dulu tulisan ustaz Hasrizal tentang memberi nih. Even, slogan beliau pun 'erti hidup pada memberi'. Beliau menceritakan tentang fenomena pasangan2 sekarang yg mendirikan rumah tangga dengan harapan untuk menerima sesuatu. Jika inilah sebab rumah tangga ini terbina, dikhuatiri, rumah tangga akan goyah andai salah seorang merasakan die tidak menerima ape yg dikehendakinya (ie: kasih sayang, perhatian, duit-muit dan sebagainya). Conversely, andai dibina berdasarkan prinsip untuk memberi, maka, masing2 tidak akan jemu2 memberi yg terbaik (dunia dan akhirat) dan dgn ini, rumah tangga akan bertambah kukuh, jitu dan padu.

OK, enough about rumahtangga. Kalau nak tahu lebih lanjut, masukla blog ustaz Hasrizal, penulisan beliau mungkin lebih tepat.

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:"Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

(al-Bukhari)

OK, ape yg aku nak tulis ni berkaitan dgn memberi, tapi bukan dlm konteks rumah tangga, tetapi dalam konteks2 lain kehidupan ni. Pertama, dalam persahabatan. Korg rasa, andai persahabatan tu dibina kerana salah seorang mahukan sesuatu dari rakannya, ke mana diorg akan pegi? Andai kerana duit, jika sahabatnye sudah tiada duit, maka, adakah persahabatan ini akan kekal? Kalaula persahabatan tu dibina untuk kiter meluahkan perasaan, macamana kalau kawan kiter tu x mampu mendengar keluhan kiter? Teringat kata2 pujangga:

Amat ramai org yg minta mereka didengari, tapi amat sedikit yg menawarkan diri untuk mendengar

Jadi, apa kata, jika selama ni, kiter asyik nak kawan kiter mendengar keluhan dan masalah kiter, kiter plak yang menawarkan diri untuk mendengar masalah dier? Boleh?

http://lh6.ggpht.com/_f81WsiSPzlg/RrTCPQ1wuoI/AAAAAAAAAWI/mkOEJKZvkf8/DSCN6321.JPG

Samala dalam sesuatu organisasi. Penyertaan yg semata2 mengharapkan sesuatu xkan kemana. Contohnya, kiter masuk sesuatu organisasi untuk mendapat kuasa dan populariti, ape jadik kalau kiter x dapat kedua2 benda tu? Adakah kiter akan bersemangat? Kiter akan terus putus asa dan down, motivasi hancur dsb. Namun, jika setiap ahli dalam sesuatu organisasi komited untuk memberi, maka, bertambah mantap dan tampan (mapan) organisasi itu.

Teringat sebuah kata2 yg diucapkan oleh bekas presiden Amerika, Kennedy:

Don't ask what the country has done to you, but ask, what have you done to the country

Jadi, meh kiter sama2 ubah persepsi, ubah minda. Daripada jadik seorang yang nak menerima, apa kata kiter jadik seorang yang memberi?

http://imagecache2.allposters.com/images/pic/SAG/KT055~Live-Simply-Give-More-Expect-Less-Posters.jpg

Photobucket

Tuesday, November 4, 2008

Terima Kasih PNB

بسم الله الرحمن الرحيم

Lupe plak nak sebut perkara ni smalam. Terima kasih kepada pihak Permodalan Nasional Berhad kerana keprihatinan mereka sehingga sanggup melawat kami di London ni, walaupun banyak keje2 pelaburan di Malaysia, still, dapat carik masa menziarahi kami, isk, terharu.


Untuk pengetahuan, smalam, Tan Sri memberikan token kepada pelajar2 yang mendapat sekurang-kurangnya 3 A dlm A-level atau first class degree berupa wang bernilai 100 pounds! Dan Alhamdulillah, aku antara salah seorang yg menerima wang tersebut. Dah rezeki, Alhamdulillah, bertambah skit duit nih. Namun, lebih mencemaskan, apabila bebudak Kolej Ilmu PNB, yakni Dzull, Nazri dan Azzrul mendapat wang sebanyak 1xxx pounds!!!! Waduh2, banyak tu, boleh balik Malaysia winter nih. Tapi, tetap aku bersyukur dgn 100 pounds ni.


Dan sedikit pengumuman, aku telah bertukar nomborku daripada 02 kepada Vodafone dengan telefon Samsung SGH-i900V. Jadi, siler update phonebook anda dan jgn segan silu menghubungiku!!!

+447795624555

Doakan aku hidup dan belajar di sini dgn smooth!!!

Photobucket

Monday, November 3, 2008

PNB Programme

بسم الله الرحمن الرحيم


Adeyh, maaf kepada para pembaca setia yg menunggu2 post terbaru dariku. Semalam, x sempat plak nak update blog tersayang ni disebabkan program PNB yg berlangsung secara padatnya sejak tengahari semalam.

Pada petang semalam, selepas solat Asar pada pukul 2.20 petang, program motivasi dimulakan di dewan yg tidak asing lagi, Dewan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysia Hall yg terletak di Queensborough Terrace, W2. Program motivasi ni dikendalikan oleh Ustaz Erfino yg merupakan pegawai di MSD. Program die, juz motivational talk jer. Seperti baser, lawak spontan ustaz menggeletek hati. Dan as expected, nama aku disebut beberapa kali dalam talk tersebut:

Huzaifah, macam da layu jer?

Huhuhu. Maaf ustaz, letih travel dari Evelyn nih. Hurm. Pastu, program abis dalam pukul 4.30, lalu kami bersolat Maghrib. Selepas solat, aku dan Apen membawa bebudak Warwick (Warwickians menurut Kerul) berjalan2 di Leicester Square, lebih spesifik, Chinatown. Maka, mereka membeli barang2 Malaysia dan Asia di situ. Kami bergegas pulang ke Bayswater untuk mengejar dinner yg telah PNB sediakan. Meredah hujan dan trafik, akhirnya, kami sempat juger tibe di MSD untuk dinner kami.

Sewaktu sedang sedap menikmati juadah, aku merasakan sesuatu yg pelik. Macam ade benda yg x kena berlaku. Tetibe, di telinga aku berdesing:

Intruder alert 3x

Aku memandang sekeliling. Di tengah2 crowd bebudak PNB tu, kelihatan 3 org yg tidak dikenali sebagai pelajar tajaan PNB. Ku amati, wah, rupenya mereka adalah warga Sussex Gardens, yakni Izu, Pidah dan Mas yg dtg nak melawat bebudak Warwick, tapi langkah kanan dan dijemput makan sekali dgn bebudak PNB. Maklumlah, lauk pun banyak x abis, membazir plak kalau buang.


Jadi, selepas makan, aku plan untuk balik ke Evelyn Gardens untuk menghantar 'sedikit' barang2 keperluan yg dibeli di Oxford Street sebentar tadi. Alia pulak nak pegi ke hall Aishafat sebab keadaan bilik MSD yg amat dodgy. Disebabkan Aishafat da balik awal, terpaksala aku menghantar beliau. Agak kalut berjalan, sbab sejuk satu hal, pastu, pukul 10 da janji ngan Izzat n Iwan untuk makan supper di PFC.

Lepas hantar Alia ke Southwell, bergegas aku naik tangga Fisher Hall yg curam lagi usang itu ke tingkat 3. Ku letak barang2 ku, lalu keluar kembali ke jalanraya, menuju ke MSD sekali lagi. Sesampainya di MSD, terus aku ajak Iwan dan Izzat untuk pergi ke PFC. Kami order satu set ayam goreng 8 keping dgn hanya 9.99 pounds sterling. Nyum3. Lpas kenyang makan supper, aku tido di bilik MSD.

Hari kedua, dan ini merupakan klimaks kepada program PNB. Meeting bersama Tan Sri Datuk Hamad Kama Piah Che Osman. Seperti baser, beliau memberikan ucapan semangat untuk kami. Dan aku agak suke cara beliau menyampaikan ucapan, sempoi, x ikut teks dan memberikan peluang audience untuk bersoal jawab. Agak lama sesi ni, dan lpas tu, lunch dihidangkan.

Izzat, budak MORSE yg x abis2 study

Kemudian, program kedua plak, iaitu meeting tertutup bersama Tan Sri. Untuk ni, kami dipecahkan mengikut batch untuk masuk ke meeting room. Setelah tersengguk-sengguk menunggu giliran kami, students first year nih, akhirnya, kami dijemput masuk. Mmg banyakla yg dikatakan oleh Tan Sri, tapi aku hanya memetik sedikit ayat beliau:

Malam2 selalu buat ape ni? Tan Sri tanya. Sume org macam senyap sebentar. Kemudian, dgn selamber, Irfan menjawab,

Pegi surau

Sume org tergelak mendengar jawapan Irfan. Ade yg tersengih2 dan sebagainya.

Tan Sri berkata, bagusla macam tu. Ade join usrah?

Ade2, kami berkata beramai2

Bagusla, kalau boleh, jangan main2 first year ni!

Setelah hampir 10 minit di dalam meeting room, kami bersurai. Letih gak aku. Kemudian, setelah beli sedikit snack di Subway Bayswater, aku berpisah dgn rakan2ku yg lain di station tube Bayswater disebabkan haluan kami berbeza.


Orait kengkawan, sronok jumpe korg sume! Harap dapat jumpe lagi!!!!

Photobucket

Saturday, November 1, 2008

Blog Tutorial: Yahoo Status Icon

بسم الله الرحمن الرحيم

Terdapat pelbagai cara untuk korg memaparkan status Yahoo Messenger korang di dalam blog korg. Salah satu yg semakin menjadi tarikan ialah Yahoo Pingbox. Senang dan pantas. Tapi, yg nak aku kongsi di sini adalah cara lain untuk memaparkan status korg, iaitu dgn meletak beberapa icon simple, yet, menarik.

Cara-caranya:

1) Copy dan paste code di bawah


2) Kemudian, tukarlah 2 perkataan IDYahoo tu kepada username Yahoo korang

3) Tukar perkataan t=1 di hujung code tu kepada perkataan2 di bawah, menurut imej yg anda pilih:


t=1


t=2


t=3


t=4


t=5


t=6


t=7


t=8


t=9


t=10


t=11


t=12


t=13


t-14


t=15


t=16

Slamat mencuba, sebarang masalah, bleyhla contact aku....

Photobucket

Bebudak Warwick

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh sebab PNB nak kiasu buat camp esok dan meeting ngan tan sri pada hari Ahad, maka, terpaksalah bebudak Warwick ni menjelajah UK ni menuju ke London, kota keriangan. Dan, selaku warga London yg budiman, perlulah aku pergi menjemput mereka yg seperti kehilangan arah ni.

Disebabkan kelas petangku yg start pukul 2 petang berakhir awal, iaitu kire2 2.10 petang (Imperial pun ade kelas 10 minit jer), maka, plan diatur untuk pergi dulu ke Royal Oak, lebih spesifik, rumah super senior, Isa untuk membayar hutang beliau yg telah membayarkan tiket untukku pergi ke Ireland.

Dari IC, naik tube di South Kensington menuju ke Bayswater, kemudian, berjalanlah aku menuju Lapworth Court tu. Sejuk btul. Sesampainya di rumah beliau, terus aku berlari masuk tandas. Kesejukan itu menyebabkan aku x tahan untuk ke tandas. Hanya ada Poklah dan Isa di umah tu, yg lain sume ade kelas. Kami bersolat Asar same2. Aku SMS Iwan, dan die kata die bertolak pukul 3.30 dan akan sampai ke Marylbone pada jam 5 petang. Aik, banyak masa ni, apa aku nak buat?

Aku igt nak tido kejap kat umah Isa tu sesambil menunggu pukul 5. Namun, x lama kemudian, Amir Faiz atau nama comelnya Apen, menelefonku. Beliau berada di Piccadily Circus, lebih spesifik, Lillywhites dan mengajak aku untuk ke sana. Pantang diajak, aku terus keluar dari rumah Isa dan menuju ke Warwick Avenue untuk menaiki tube ke Piccadily Circus.

Kim salam kat Apen, cakap kat die, jgn shopping jer, pesan Poklah dgn nada insaf.

Kami bertemu di Lillywhites dan aku tergoda membeli sepasang jaket dan sepasang baju Reebok. Murah! Hahaha, aku, Fitri dan Apen membuat plan untuk mengambil bebudak Warwick ni. Jadi, Fitri akan bersamaku dan Apen akan pergi ke Euston.


Sesampainya di Marylbone, aku bertemu dgn Izzat Hanafi, Iwan dan Dzull. Setelah bersalamp-salaman, aku, Iwan dan Izzat berpisah daripada Fitri dan Dzull kerana haluan kami berbeza. Salam perpisahan diucapkan penuh kesedihan.

Jumpe lagi esok, ujar aku sayu. (hahaha)

Disebabkan dah pukul 5.30 dan aku still x solat Maghrib lagi. Isyak masuk pkol 6.22 petang. Alamak, sempat x ni? Aku berkeputusan untuk singgah di Imperial untuk bersolat di situ. Alhamdulillah, sempat sampai. Pastu, kitorg berjalan kaki menuju Evelyn Gardens. Aku sempat menelefon Shah mintak die bersedia untuk memasak untuk 5 org. 20 minit berjalan kaki, Izzat dan Iwan dah merungut jauh. Ye ke? Kire dekat la 20 minit berjalan tu bagi Londoners, hehehe.

Kami masak kari ayam. TQ kepada Iwan yg menjadi chef memasak kari. Terima kasih juge kepada Brahim's sbab menjual paste kari tersebut. Disebabkan masing2 kelaparan, tanpa banyak tanya, licin nasi dan kari Brahim's tersebut. Nyum3.

Skype-ing (kepala Fitri di kiri)

Malam ni, Iwan, Izzat dan Shah akan tidur di bilikku yg kecil ni. Walaupun sempit, tapi muat jer. Bile lagi nak rasa kemeriahan bersama kan? Apen plak skype aku, sibuk jer. Namun, meriah sebab kami dapat berkumpul camni (walaupun secara maya). Jarang gak dapat peluang camni.

OK, esok pagi nak gi bawak bebudak ni jejalan London. Nak pegi maner???

Photobucket