Monday, May 31, 2010

Doakan

بسم الله الرحمن الرحيم

Doakan keselamatan sahabat-sahabat kita yang berjiwa besar, samada dari Malaysia atau mana-mana negara dalam dunia ini, moga Allah permudahkan urusan mereka.

Maka, seluruh dunia mengutuk keras tindakan Israel ini. Sampai ada beberapa penganalisis politik berkata:

Israel patut dimasukkan dalam Book of Records sebab merupakan negara yang paling banyak membelakangi undang-undang antarabangsa

Di London, hari ini, pukul 2 petang, ada demo di depan pejabat PM di Downing Street membantah isu ini dan menggesa kerajaan UK yang baru di bawah pimpinan David Cameron untuk melakukan sesuatu. Walaupun nampak kecil, namun at least mereka ada usaha untuk membantu. Kita pula bagaimana?

(teringin pergi demo juga, tapi kesihatan x membenarkan aku pergi)

Hancur Zionis!!!

http://blogs.aljazeera.net/sites/default/files/imagecache/blogpostFeaturedImage/images/gazafp475.jpg

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam

Photobucket

Saturday, May 29, 2010

Lega sebentar

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, berakhir sudah minggu ini. Entah kenapa, walaupun xdela buat benda2 yang berat, tapi rasa minggu ni amat meletihkan. Mungkin stamina yang tak kuat. Orang zaman dulu jauh lagi berat tugas dan kerjanya, ok je. Hehe.

Telah dua hari aku menjalankan eksperimen polyacrylamide gel electrophoresis (PAGE), sampai x terlarat nak buat apa-apa lagi. Semalam, eksperimen bermula jam 9 pagi dan berlarutan sampai 4 petang. Hari ini pulak, sambungan eksperimen sehingga 2 petang. Alhamdulillah, tamat juga minggu ini dan selamat datang hujung minggu yang panjang ditambah bank holiday. Dalam masa beberapa hari ini, kena buat beberapa lab report dan juga ditambah dengan assignment protein science.

Beberapa hari lepas, aku sempat menonton sebuah filem yang diberi nama Ip Man. Ia mengisahkan kisah guru kepada Bruce Lee dalam menjalani kehidupan dan menghadapi cabaran. Apa yang aku suka dengan watak Ip Man ini, beliau amat merendah diri walaupun hebat dan disegani. Aku sertakan sedikit sedutan filem berkenaan:


Moga hujung minggu panjang ini dapat dimanfaatkan...

Photobucket

Thursday, May 27, 2010

MOC: Suatu Legasi

بسم الله الرحمن الرحيم

Logo MOC 2010

Muslim Overseas Camp merupakan antara program ‘pre-departure’ yang terawal diwujudkan. MOC diwujudkan atas inisiatif pelajar KYUEM untuk membantu pelajar KYUEM sendiri atas kesedaran tentang keperluan untuk mewujudkan suatu program khas bagi membantu para pelajar mempersiapkan diri selaku Muslim ke luar negara.

Pada zaman awal diadakan, tiada nama MOC, sebaliknya, ianya sekadar dipanggil program ‘pre-departure’ anjuran MUSCOM. Berkat kegigihan generasi terawal, ‘pre-departure’ MUSCOM melahirkan ramai graduan yang berguna kepada masyarakat. Saban tahun, generasi baru menyambung mata rantai perjuangan yang ditinggalkan oleh senior-senior mereka.

Namun, perjalanan MOC tidaklah mudah dan lancar. Dengan cabaran dan ujian, menjadikan manusia itu lebih matang dan berfikir. Pada tahun 2004, iaitu ketika pre-departure batch ke-5, suatu tragedi melanda AJK pre-departure MUSCOM.

AJK pre-departure MUSCOM ketika itu ingin menggunakan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk melaksanakan program. Maka, apabila INTAN menyemak modul program, dirasakan program pre-departure ini terlalu ‘islamic’ maka, semua pelajar JPA ketika itu diharamkan daripada menyertai promgram pre-departure MUSCOM. Melihatkan keadaan itu, bagi menjaga nama baik kolej, pihak pengurusan kolej menarik semua bajet yang diberikan untuk melaksanakan program pre-departure MUSCOM pada tahun itu.

Buntu. Tiada sumber kewangan menjadi suatu masalah besar untuk perlaksanaan program. Namun, atas semangat yang tinggi, batch 5 masih menjalankan program dengan melakukan pengorbanan yang besar, iaitu dengan menggunakan duit mereka sendiri. Hebat!

Tahun berikutnya, wang yang sepatutnya diperuntukkan untuk pre-departure batch 5 diberikan kepada MUSCOM. Akibat lebihan duit tersebut, MUSCOM menggunakan bajet tersebut untuk mengadakan Muslim Youth Camp (MYC). MYC dilahirkan sewaktu batch ke-6 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dan dianggap sebuah kejayaan.

Komiti pertama MOC selepas penjenamaan semula
Komiti pertama MOC selepas penjenamaan semula

Jadi, MUSCOM batch 6 di bawah pimpinan saudara Hazman Hadi mendapat inspirasi untuk melakukan penjenamaan semula program pre-departure MUSCOM. Mengambil semangat daripada kejayaan MYC, program pre-departure MUSCOM diberi nama Muslim Overseas Camp (MOC). Bermula saat itu, MOC dilahirkan dan menjadi suatu legasi dari satu tahun ke tahun sehinggalah kini.

Alhamdulillah, setiap tahun, MOC berjaya dilaksanakan dan berjaya melahirkan para graduan yang berdikari serta mampu menyumbang kepada agama dan masyarakat. Pengisian di MOC terbukti berkualiti dan menjadi model untuk program pre-departure yang lain. Moga MOC akan diteruskan dengan jayanya, maka, siapa lagi yang ingin menyambung mata rantai perjuangan ini jika bukan anda sendiri?



Sumber: Blog MUSCOM

Photobucket

Tuesday, May 25, 2010

Sang Misteri Warwick

بسم الله الرحمن الرحيم

Beliau dikatakan manusia paling misteri di Warwick. Misteri yang disebut di sini adalah berbeza dengan misteri yang dipamerkan Yorke dan Akmal Amri. Misteri beliau adalah kerana kelibat beliau amat jarang sekali kelihatan di khalayak ramai. Siapakah beliau? Tak lain dan x bukan, saudara Izzat Hanafi.

Pada hari Jumaat, susuk misteri ini SMS aku bahawa beliau akan tiba di London petang ini. Aku teringat, memang beliau pernah memaklumkan aku bahawa beliau akan datang ke London untuk berjalan2 sebab beliau ingin membawa parents beliau berjalan di London Julai ini. Jadi, beliau meminta aku menurunkan segala ilmu berkenaan kota London agar beliau dapat membawa parents beliau dengan penuh keyakinan dan tetap pada jalan yang benar.

Menjelang jam 6 petang, pintu rumahku diketuk. Izzar menunjukkan muka beliau sambil membawa beg besar berwarna hijau yang dipinjamnya ketika pulang ke Malaysia winter lepas. Setelah bersalaman mesra, kami berborak2 panjang sehingga malam. Beliau ini xdela mister mana sebenarnya, mungkin bajet mister sahaja.


Pada keesokan harinya, bermulalah perjalanan kami menjelajah kota London. Mula2, kami menaiki tube terus dari Warwick Avenue menuju ke Embankment. Dari situ, kami berjalan kakmi melalui Waterloo dan berjalan di sepanjang tebing sungai menuju ke Westminster. Sebut sahaja weekend, kawasan ini memang terkenal dengan persembahan jalanan. Daripada orang yang mekap menjadi patung sehinggalah breakdancing dan sebagainya. Cuaca amat panas dan terik, jadi, kami singgah di kedai sebentar untuk membeli ice blended lime dan strawberry. Penyejuk badan dan penyegar kembali.


Kami di Westminster sehingga jam 1 petang. Waktu Zuhur telah masuk. Jadi, dari Westminster, kami menuju ke Whitechapel untuk lunch dan bersolat Zuhur. Kami makan dai Pandoo's, sebuah restoran ala2 Nando's. Setelah kenyang, kami bergerak ke East London Mosque yang indah permai untuk bersolat dan berehat sejenak.


Seterusnya, kami menaiki bas menuju ke London Bridge. Untuk pengetahuan, London Bridge hanyalah jambatan biasa ibarat jambatan Muar sahaja. Dari situ, kami berjalan kaki menuju ke Tower Bridge, jambatan yang sering disalahkan dengan London Bridge. Jauh juga kami berjalan, letih gak rasa kaki ini. Maka, selepas itu, kami pulang ke rumah, keletihan.

Esoknya, kami kluar rumah agak lewat, kami lunch dulu di MSD kemudian menuju ke Arsenal. Untuk apa? Sudah pasti untuk melawat stadium Emirates milik kumpulan bola yang asyik dambakan kemenangan, namun masih tiada rezeki, Arsenal. Izzat berjalan sambil buat muka tiada perasaan. Dari situ pula, kami menuju pula ke stadium seterusnya, Stamford Bridge terbabow milik Chelsea yang menang Premier League dan FA Cup!!!

Dari Chelsea, kami menaiki bas 14 menuju ke Piccadily Circus. Dari Piccadily Circus, kami berjalan kaki menuju ke Trafalgar Square. Ramai orang berkumpul di sini pada hujung minggu. Kerana dahaga, kami singgah di Costa untuk minum Vanilla Iced Latte yang menyegarkan sekali.

Menjelang jam 5 petang, kami pulang ke Lapworth Court. Malam ini, aku tidak dapat lama berborak dengan Izzat kerana ada kelas keesokan paginya. Namun, Izzat melakukan kejutan apabila membelanja warga rumah grilled seabass, grilled dover, grilled king prawn dan grilled salmon steak. TQ Izzat!!!

Misteri

Pagi ini, aku menuju ke kelas dengan sayu, kerna tidak dapat menghantar sahabatku pulang. Aku masih ingat, ketika pulang dari Warwick, Izzat ditemani Kerul dan Iman menghantarku sehingga aku menaiki bas pulang. Maafkan daku atas kekurangan layanan kami di rumah ini. Lainkali datang belanja lagi....

Photobucket

Friday, May 21, 2010

Happy Mother's Day

بسم الله الرحمن الرحيم

Ye, aku tahu amat lewat dah untuk mengucapkan Happy Mother's Day buat ibuku khasnya dan seluruh ibu umumnya. Namun, aku ingin mencari sesuatu yang teristimewa buat ibuku, namun masih tidak berjumpa. Jadi, terimalah video ini daripada anakmu (walaupun bukan aku yang buat video ni).


To make one me you just add
Half of mom and half of dad
That is what I once believed
But now I know that I was wrong
You gave so much to me, mom
Than just half a set of genes
You gave me nutrients and transcription factors
and nearly everything that matters
plus my prenatal environment (transplacental inheritance)
mRNA, mitochondria,
That back in the day once belonged to ya (they're cytoplasmic)
and I just want to thank for supplying them

Just like two strands of DNA are spirally entwined
Your nature and your nurture are inspiringly combined
Scientists remind me and I find that it is true
Slightly more than half of everything I am is thanks to you

Mitochondria power the cells
and they have DNA as well
Transcription factors modulate transcription
And since they're in the cytoplasm
The eggs the only one who has em
and sperm I guess they dont have the ambition

My sex determination gene means that I'm a guy
You gave me one X chromosome, and Dad gave me one Y
X has over a thousand genes, Y has less than 92
That's why slightly more than half of everything I am is thanks to you

I roomed in your womb for nine months and never paid the rent
Your glucocorticoids helped shaped my hypothalmic development
I took in your blood and sucked it dry of every nutrient (its gross but true)
Sometimes I wonder where the time went (where did it go)
Sometimes I wonder where it all went

I know I'll never understand all you have done for me (Im not that smart)
But since you paid for college I'll get my B. S. degree (bachelor of science)
And I have learned its not BS but absolutely true
Slightly more than half of everything I am is thanks to you.

You gave me nutrients and transcription factors
and nearly everything that matters
mRNA, mitochondria,
That back in the day once belonged to ya (I Love you mom)

Just like two strands of DNA are spirally entwined
Your nature and your nurture are inspiringly combined
Scientists remind me and I find that it is true
Slightly more than half of everything I am is thanks to you


Photobucket

Thursday, May 20, 2010

Lawatan Ustaz Erfino

بسم الله الرحمن الرحيم

Ustaz Erfino merupakan suatu figure yang dikenali di London, khususnya oleh warga Malaysia. Beliau merupakan seorang attache pendidikan yang amat terkenal di kalangan pelajar kerana hubungannya yang mesra dan rapat dengan para pelajar seluruh UK dan London khususnya. Beliau juga dikira sebagai murabbi untuk warga Malaysia di London ini.

Alhamdulillah, petang tadi, warga Lapworth Court berbesar hati menerima kunjungan ustaz Erfino untuk makan malam di rumah kami yang serba kekurangan ini.

Seawal jam 4 petang, Faris yang ditugaskan memasak hari ni telah mula membasuh ayam, memotong sayur dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Maklumlah, reputasi beliau menjadi taruhan malam ini. Sedap atau tidak masakan beliau akan menentukan nasib beliau. Jadi, amatlah penting bagi beliau untuk masak sebaiknya bagi menjaga reputasi peribadi dan reputasi rumah secara umumnya. Namun, yang lebih penting, aku tahu, Faris ingin memuliakan tetamu dengan mengambil semangat daripada hadis:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.”
(al-Bukhari dan Muslim)

Menjelang jam 7 petang, loceng rumah berbunyi. Kedengaran suara ustaz. Faris membuka pintu dan menjemput ustaz masuk. Ustaz baru sahaja habis dari meeting dan terus berjalan kaki ke teratak kecil kami ini.

Demo

Jatuh cinta cubaan pertama

Im pun berada di rumah kami untuk menjamu selera. Maka, sementara menunggu makanan dihidangkan, kami berborak-borak tentang pelbagai isu. Sambil-sambil itu juga, ustaz sempat mencuba Macbook Air Imran untuk update status Facebook beliau. Nampaknya, ustaz Terus berminat untuk membeli satu untuk keluarganya.


Makanan dihidangkan. Faris memasak dengan mantop sekali. Harum bau masakannya, jadi kepada semua warga UK yang nak merasa masakan mantop, silalah datang ke rumah kami. Sepertimana menjadi amalan kami setiap hari, makanan dihidangkan di dalam talam dan kami duduk beramai-ramai di atas lantai. Pasti ustaz teringat zaman beliau di KIK dulu semasa makan talam ini. Mana tidaknya, masa makan talam inilah beliau bercerita kenangan usrah di KIK dahulu. Ada yang lawak, ada yang serius. Tersenyum mendengar kisah-kisah persahabatan ustaz sewaktu sekolah sehinggalah sekarang. InsyaAllah, persahabatan itu akan membantu diri kita andai disandarkan dengan taqwa. Friman Allah:

http://quran.com/images/ayat/43_67.png
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
(az-Zukhruf: 67)

Setelah nasi dijamu, kami hidangkan pula aiskrim yang ditaja khas oleh Waitrose. Sambil-sambil makan aiskrim, kami berbincang beberapa perancangan selepas exam dan maklumlah, bulan-bulan mendatang adalah saat terakhir kami bersama ustaz di London ini, kalau boleh, biarlah bulan-bulan mendatang ini kami habiskan sepenuhnya bersama ustaz. Ustaz juga turut menceritakan beberapa perancangan beliau selepas balik ke Malaysia tahun hadapan.

Menjamu aiskrim

Beberapa ketika selepas itu, tetamu British kami, uncle Rohan pulang ke rumah. Untuk pengetahuan, beliau adalah keturunan Scottish dan mempunyai keluarga di Edinburgh. Beliau telah memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang warga Malaysia keturunan Kelantan. Kini, beliau tinggal di Malaysia bersama isteri beliau. Persamaan beliau dan ustaz Erfino adalah mempunyai isteri dari Kelantan! Maka, galaklah mereka ini berborak-borak.

Do you eat budu? tanya ustaz Erfino.

Yeah, I eat it, but I must remove the chillies first before I eat it, jawab uncle Rohan sambil disambut gelakan kami.

Faris dan uncle Rohan

Perkongsian daripada ustaz


Perbualan menjadi semakin rancak. Dari isu pendidikan, sehinggalah isu berkaitan Islam dibualkan. Sungguh seronok mendengar pandangan, pengalaman dan ilmu daripada mereka dari latar belakang berbeza. Gaya uncle Rohan bercakap ala-ala brother ISOC.

I really admire Tok Guru you know, he is so nice, I met him once and he invited me to have lunch with him!, cerita uncle Rohan dengan penuh excited.

Well, even UMNO people admire him, tambah beliau....

Menjelang jam 9 malam, ustaz Erfino meminta diri untuk pulang ke pangkuan keluarga yang dirindui.

JZKK ustaz atas kesudian untuk duduk sama rendah dengan kami di Lapworth Court yang serba kekurangan ini. Moga 2 jam yang kita spend bersama ini dapat dijadikan kredit untuk kita membeli syurga Allah di akhirat kelak. Maafkan kami atas segala kekurangan layanan atau ketidakselesaan rumah kami sendiri. Doakan kami cemerlang dunia dan akhirat. Kepada ustaz Erfino, setelah ustaz pulang ke Malaysia nanti, jangan lupakan kami dan sentiasalah hubungi kami andai kelapangan. Kami akan sentiasa merindui tazkirah ustaz.....

Baiklah, sebelum menangis, baik aku berenti di sini (sob2)

Dalam kenangan......

Photobucket

Wednesday, May 19, 2010

Senarai Membaca

بسم الله الرحمن الرحيم

Membaca jambatan ilmu. Dengan membaca, pelbagai pengalaman dan ilmu boleh didapati. Idea juga disalurkan melalui penulisan, maka, dengan pembacaan, pemikiran orang lain boleh dirasai. Islam juga amat menggalakkan budaya ilmu dalam kalangan umatnya. Bukankah ayat pertama yang diturunkan adalah 'Iqra' yang maksudnya, baca.


Oh, gambar di atas adalah senarai bacaku (tak termasuk nota-nota). Tapi, macam lagi banyak baca 4 buku atas tu banding ngan dua lagi? Urgh?

Oh, ada satu program menarik akan berlangsung di Malaysia hujung minggu ni:


Best kan? Apabila beberapa wakil gerakan Islam dunia dikumpulkan untuk berwacana. Pasti menarik!!!! Sedihnya x dapat pegi......

Photobucket

Tuesday, May 18, 2010

Pilihan

بسم الله الرحمن الرحيم

Seawal jam 6 pagi, aku menjejakkan kaki mengharungi kedinginan pagi kota London. Tapak demi tapak diatur menuju ke Harrow Road. Dari situ, aku menaiki bas 18 menghala ke Euston. Walaupun jam menunjukkan 6 pagi, namun, sudah ramai orang di dalam bas. Masing-masing keluar awal untuk mula tugas mencari rezeki untuk hidup. Mungkin mereka berpegang dengan kata-kata:

The early birds get the worms

Tujuan aku keluar pagi-pagi ini adalah untuk menjemput seorang tetamu dari Malaysia. Beliau sampai ke Stansted pada jam 10 malam semalam dan bergerak ke Baker Street pada jam 4 pagi tadi. Jadi, aku menghubungi beliau dan berjanji untuk mengambilnya di Baker Street. Nama beliau Hakim. Beliau adalah adik saudara kepada seorang kakak yang banyak membantu aku dahulu, kak Zaffan, ex-Nottingham yang kini sudah berada di Malaysia. Minggu lepas, kak Zaffan menghubungiku untuk membantu perjalanan adik saudaranya ini. Jadi, aku bersetuju tanpa banyak bicara.

Kemudian, berbasikal menuju ke South Kensington untuk menimba ilmu di Imperial College London. Namun, hari ini sedikit berbeza dengan hari-hari lain. Minggu ini, kami dikehendaki menghadiri lecture khas untuk menerangkan kepada kami pilihan untuk tahun akhir nanti. 5 subjek untuk tahun akhir dibentangkan. Kami dikehendaki memilih satu daripada 5 pilihan ini. Antara pilihan tahun depan adalah:

http://www.uvm.edu/~inquiryb/webquest/fa06/mvogenbe/Animal-Cell.jpg

Cell Biology of Stem Cells, Regeneration and Ageing
Damage and Repair in Biological Systems
Macromolecules in 3D
Genetics and Genomics
Advanced Topics in Plant Molecular Biology

Oh, antara minat dan kemampuan. Moga pilihan aku tepat dan sesuai dengan diriku....

Photobucket

Monday, May 17, 2010

sAsPEN

بسم الله الرحمن الرحيم

Anda fikir menonton perlawanan piala Thomas antara Wong Choong Hann dan Jan O Jorgensen tu sudah cukup sengit dan menimbulkan perasaan sAsPEN dalam diri anda? Anda fikir perlawanan Chelsea dan Portsmouth untuk merebut FA Cup itu sudah cukup sengit dan sAsPEN? Meh aku ceritakan perkara lagi sAsPEN.

Sepertimana yang dah sume org tahu (atau kepada yang tak tahu, ni nak beritahu), hari ini merupakan 16 May 2010. Ada apa dengan 16 Mei? Ye, Malaysia menyambut Hari Guru pada tarikh ini. Maka, berbondong-bondonglah ucapan Selamat Hari Guru diterima oleh para guru seluruh Malaysia.

Namun, 16 Mei pada tahun ini sedikit berbeza. Pada tahun ini, Sibu menyaksikan persaingan sengit dalam pilihanraya merebut kerusi parlimen antara 3 penjuru; BN, PR dan Bebas. Jika dilihat kronologi drama pilihanraya kali ini, lebih menarik dan sAsPEN daripada membaca Harry Potter and the Half-Blood Prince mahupun menonton filem Law Abiding Citizen. Pada jam 9 malam, dikatakan wakil DAP mendahului dengan hampir 2000 undi. Namun, penyelamat BN iaitu undi pos mengakibatkan pemimpin DAP pucat seketika apabila dilihat undi BN semakin meningkat, ada kemungkinan kemenangan bertukar tangan.

Kemudian, klimaks drama ini apabila SPR lewat mengumumkan keputusan, sepertinya ada sesuatu sedang berlaku. Semua orang sAsPEN, keletihan dan ketegangan sedikit apabila keputusan lambat diumumkan. Namun, akhirnya, keputusan rasmi diumumkan dan nampaknya DAP merampas kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti tipis 398 undi.

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/15-21mac/vbv.jpg

Nampaknya, rakyat Sibu menyahut seruan Jom Ubah oleh DAP. Nampaknya, mungkin tsunami perubahan di UK ni sampai ke Sibu?

Walaupun dijanjikan RM 5 juta oleh perdana menteri kita, Najib, namun, rakyat Sibu tetap memilih DAP. Mengapa?

Tell me Why? Coz I don't understand - nyanyi dengan nada Declan Galbraith

Dan aku sedikit terkilan melihat video ini:


Senang-senang je negotiate RM 3 juta jadi RM 5 juta macam negotiate apam balik di pasar malam Ampang Indah? Beza RM 2 juta kowt, boleh beli sejuta apam balik!!!

Namun, setelah kalah ini, adakah rakyat Sibu akan dibiarkan di dalam banjir? Mungkin ini nasib mereka sebab x sokong BN.

Ada beberapa teori tentang kekalahan BN di Sibu oleh beberapa penganalisis tidak bertauliah. Antara teori yang paling menarik adalah ini:

Rosmah menghiburkan pengundi Sibu


Mungkinkah ini menjadi faktor kekalahan BN? Wallahu'alam.

Moga yang terbaik untuk Islam (keadilan, kebajikan dan integriti)

Photobucket

Sunday, May 16, 2010

Sebuah lagi weekend

بسم الله الرحمن الرحيم

Ye, aku sedar, hampir seminggu dah x update blog. Entah, beberapa hari ni macam dah xde benda nak diceritakan. Pergi kelas, belajar, pulang ke rumah, stadi lagi. Tiada apa worth rasanya untuk dikongsikan daripada hidupku ini.

Dua-tiga hari ni, suasana di London adalah mendung, kelam dan agak dingin. Walaupun dah bulan 5, namun macam belum summer lagi. Kadang2 hujan rintik-rintik, kadang0kadang mendung berangin, akdang-kadang sejuk sangat. Rasa macam dah nak winter balik.

Weekend ni agak keletihan. Entah, bukannya buat apa-apa, asyik di depan komputer, buat conference bersama rakan-rakan, balas emel, berfikir sekejap2, tapi tetap, mampu meletihkan badan. Mungkin stamina x cukup tinggi?

Oh, hari ni merupakan hari Guru. Jadi, diucapkan selamat Hari Guru buat para guru seluruh dunia termasuklah mereka yang bakal menjadi guru pada masa hadapan. Guru ibarat pelita yang menerangi anak murid di dalam jalan mencari ilmu pengetahuan. Gurulah yang membentuk generasi masa hadapan. Terima kasih guru!!!

Video untukmu yang bergelar guru:





Photobucket

Wednesday, May 12, 2010

PrP

بسم الله الرحمن الرحيم




Photobucket

Sunday, May 9, 2010

Masak Lemak Cili Api

بسم الله الرحمن الرحيم

Jarang sekali aku nak post dan kongsikan resepi masakan. Namun, disebabkan tekanan yang hebat daripada beberapa pihak, aku kongsikan lah juga satu masakan yang aku sediakan semalam. Entah mengapa ramai yang bertanya, mungkinkah kesedapannya tidak dapat diragukan?

Bahan-Bahan (untuk sajian 5 orang)

- 8 ketul ayam (dibeli di kedai ayam halal Harrow Road)
- 5 sudu besar coconut cream (concentration 65%). Kalau anda guna serbuk atau cecair, maka lainlah sukatannya
- Sesudu besar serbuk kunyit
- 2 batang serai hidup dibeli di Oriental Bayswater
- 5 batang cili api dibeli dari an-Nada', Harrow Road
- seulas bawang besar Sainsbury's dipotong sederhana
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu kecil garam cap SAXA
- setengah sudu kecil gula cap Silver Spoon (andai nak guna gula Prai pun boleh)

http://www.britstore.co.uk/phpThumb.php?src=/photos/Saxa_Table_Salt_750g.jpg&w=200&h=200http://www.mysupermarket.co.uk/Images/ExternalImages/ProductsDetailed/32/012132.jpg

Cara-caranya

- gaulkan ayam tadi itu dengan serbuk kunyit. Jika rajin, bolehlah gunakan gargu untuk mencucuk-cucuk daging ayam itu supaya rasa kunyit meresap lebih dalam
- kisar halus cili api an-Nada' tersebut
- kisar serai Oriental Bayswater (jika anda tiada lesung batu, blend sahaja)
- tumis bawang putih dan bawang besar tersebut sehingga menjadi keeemasan (jangan kehitaman)
- masukkan ayam yang sudah digaul dengan kunyit tadi
- gaul sebati sehingga ayam menjadi separuh masak
- masukkan santan (anda akan dapati santan bertukar warna menjadi hijau akibat percampuran dengan kunyit pada ayam tadi)
- masukkan serai Oriental dan cili api an-Nada'
- masukkan garam SAXA dan gula Silver Spoon secukup rasa
- masak dengan api sederhana selama 20 minit
- siap dihidang bersama beras basmathi

Mudah je kan? Xdela effort sangat. Jadi, insyaAllah, ini cara paling simple untuk menghasilkan ayam masak lemak cili api, tapi tidak dijanjikan rasanya akan sesedap masakan kampung. Kepada yang bertanya, selamat mencuba!!!

http://3.bp.blogspot.com/_LAdbq5aRS6g/RdxVlaQ3dkI/AAAAAAAAAAM/DIDHhII9kgM/s1600/Ayam%2BMasak%2BLemak%2BCili%2BPadi.JPG
Terpaksa ambik gambar dari internet, x sempat nak
ambik gambar yang aku masak, cepat sangat dah licin!!!

Photobucket

Islam Embedded

بسم الله الرحمن الرحيم

Bangun pagi ini, aku tergerak untuk ke School of Oriental and African Studies (SOAS) London. Seawal pagi, aku bersiap mandi dan bersedia untuk ke Central London. Di kala itu, semua ahli rumahku masih enak diulit mimpi indah. Dalam kedinginan pagi, aku berjalan ke stesen hentian bas di Harrow Road. Tidak menunggu lama, bas 18 ke Euston sampai dan membawaku terus ke Warren Street.

Dari situ, aku terus ke SOAS dan menggunakan kad Imperialku, aku dapat masuk ke dalam library SOAS tanpa masalah.

Tujuan aku ke SOAS pagi ini hanya satu tujuan sahaja. Aku terlalu ingin untuk membaca suatu buku, namun masih tidak berkesempatan untuk membaca, apatah lagi untuk membeli. Syukur kepada Allah, buku itu wujud di London dan mampu untuk dirujuk dengan mudah. Buku apakah itu? Buku yang dimaksudkan adalah Islam embedded : the historical development of the Pan-Malaysian Islamic Party PAS, 1951-2003 / by Farish A. Noor.


Terus sahaja aku menuju ke tingkat 3 library itu. Terus aku meluru ke bahagian South East Asia. Aku pula terus menuju ke almari berlabel Malaysia. Mata pantas mencari buku yang dikehendaki. Alhamdulillah, ada!!! Terus aku mengambil buku itu dan bergegas ke meja terdekat untuk membaca. Seronok, aku x henti-henti tersenyum

Sambil membaca, tangan dengan laju mencatat peristiwa yang berlaku. Apabila tangan letih, aku berhenti sejenak, kemudian terus tangan bergerak laju mencatat lagi perkataan dan ayat daripada buku tersebut. Pelbagai peristiwa menarik dibaca, aku semakin tersenyum. Pelbagai persoalan yang terbuku dalam hati selama ini terjawab sedikit. Memang fakta-fakta ini tidak terdapat di dalam buku teks di sekolah. Sementara ada peluang untuk akses maklumat berharga ini, baik aku gunakan sebaiknya.

Berikut merupakan dapatan ringkas aku melalui pembacaan hari ini:

Ini merupakan bendera Parti Islam pertama di tanah Melayu, Hizbul Muslimin.
It is identical to Sang Seka Merah Putih of Indonesia. This reflected
close ties between Malayan nationalists and Islamists and their
counterparts in neighbouring Indonesia

One of the first flag of PAS (pre-1957)

This is post-1957. After the controversy over the words Allah and Muhammad
on the
flag. The government banned the earlier version of the flag on
the grounds
that the use of these words is an example of the
deliberate politicisation
of Islam

PAS's first electoral emblem, which was used in the 1955 elections. 'Tangan
terbuka'
meant to symbolise PAS's open invitation to all Muslims. UMNO
claimed
that it alluded to what would happen if PAS ever came to
power that
PAS would impose Hudud punishments, including the
amputation
of the hands of thieves

PAS's electoral emblem from the mid 1950s to the 1970s, the bulan
bintang. Then, the party was often referred to as Parti Bulan Bintang

http://www.crwflags.com/fotw/images/m/my%7Dpis.gif
Current PAS flag

Untuk pengetahuan, terdapat dua jilid buku ini dan satu jilid itu pun amat tebal. Jadi, aku hanya mampu membaca sedikit sahaja untuk hari ini. Aku berazam untuk kembali semula ke SOAS pada masa hadapan untuk menyambung pembacaanku.

Moga bermanfaat
Photobucket

Wednesday, May 5, 2010

Kursus Pra-Perkahwinan: Warwick 2010: Day 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Keletihan. Kami semua amat keletihan selepas tamatnya hari pertama. Keesokan harinya, cuaca sedikit mendung dan berangin. Lebih dingin daripada semalam. Aku, Hypo, Kerul, Iwan dan Dzull berjalan kaki menuju ke tempat menunggu bas untuk ke universiti. Alhamdulillah, Akmal datang sebagai hero dengan menjemput kami menaiki mercedeznya menuju ke universiti.

Hari ini, ustaz menyambung sedikit berkenaan urusan talak, nusyuz dan sebagainya. Lebih banyak sesi soaljawab ditujukan. Kemudian, kami dipecahkan kepada kumpulan untuk case study beberapa situasi. Situasi yang diberikan agak menarik dan ada kalanya, kita sendiri sukar untuk menentukan apa yang perlu dibuat. Latihan yang bagus untuk berfikir.

Kemudian, menjelang jam 4 petang, kami menamatkan kursus dan sesi muhasabah. Kami sempat bergambar beramai-ramai sebelum masing-masing membawa diri ke destinasi masing-masing.


Aku pula, dijadualkan pulang ke London pada jam 6 petang menaiki MegaBus. Aku terharu apabila Iman, Hypo dan Izzat sanggup menghantarku sehingga ke stesen bas dan menunggu sehingga aku naik ke atas bas. Sweet kan?

Moga segala pengisian yang didapati di dalam kursus ini dimanfaatkan, jika tidak dalam masa terdekat, pada masa hadapan. Terima kasih iluvwarwick dan warga warwick yang mesra rakyat.


Photobucket