Monday, November 30, 2009

Rumah Terbuka Lapworth - Westbourne Park - Manor House - West Kensington

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, baru sahaja pulang dari rumah terbuka yang diadakan gabungan empat rumah terkemuka di London ini. Lapworth Court, Westbourne Park, Manor House dan
West Kensington telah mengambil bahagian dalam majlis yang diadakan untuk merapatkan ukhuwah antara komuniti di London ini.


Pada malam semalam, kami di Lapworth Court bertungkus lumus, bersengkang mata menyiapkan bahan2. Segala bahan dibeli, segala ramuan dikisar dan segala bahan-bahan mentah disediakan, bagi memudahkan penyediaan hidangan esok pagi. Aku dan Faris bertugas mengisar bawang di ruang tamu, habis menangis kami kepedihan. Satu ruang tamu berbau bawang! Poklah, Iq dan Famy pula bertungkus lumus di dapur menggoreng ayam. Sehingga 1 pagi, kami berjaga.

Pok Lah

Anep

Keesokan paginya, di kala ahli rumahku masih lena diulit mimpi, aku bangun lalu menyiapkan nasi beriyaniku. Walaupun tidaklah sesedap mana, namun, bolehla dimakan. Menjelang pukul 8 pagi, Hanif, chef dari West Kensington datang untuk memasak resipi istimewanya, rendang opor. Beberapa minit kemudian, Fitri, wakil Manor House turut datang untuk membantu.

Masa semakin suntuk. Barang2 masakan perlu dihantar ke Westbourne Park. Aku dan Faris ditugaskan sebagai batch pertama bergerak ke Westbourne Park. Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat menaiki bas 18 menghala ke Sudbury. Alhamdulillah, warga Westbourne Park telah bersiap siaga untuk menerima kedatangan tetamu. Rumah sudah agak bersih dan kemas, dan kuih muih telah terhidang cantik. Kuih sagu, buah melaka, bengkang dan puding jagung menjadi perhatian.


Tetamu mula hadir. Tetamu terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, batch dan latar belakang. Kami turut makan bersama tetamu. Sungguh meriah sekali suasana di Westbourne Park. Amat jarang sekali warga London dapat berkumpul serentak untuk bertemu dan beramah mesra. Alhamdulillah, sekali sekala dapat berkumpul begini, terasa indah sekali.


Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis, terutama kepada semua tetamu yang hadir dan menghabiskan makanan. Moga ukhuwah bertaut lebih erat.

Photobucket

Tuesday, November 24, 2009

500 Most Influential Muslims in the World

بسم الله الرحمن الرحيم

Walaupun tidaklah sesibuk mana, namun, tetap susah untuk komited mengemaskini blog yg ku sayang ini. Bila difikirkan, banyak je masa aku terbuang, tapi rasa x cukup plak nak buat semua benda. Sungguh benar firman Allah:

وَالْعَصْرِ
Demi Masa!

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
(al-Asr: 1-2)

Beberapa hari lepas, aku browse internet dan menjumpai link ini:

http://www.rissc.jo/

Di dalamnya, terpampang satu dokumen:

http://www.rissc.jo/images/stories/mabda500cover-v2.jpg

Bagi aku sungguh menarik. Jarang dibuat sebuah penerbitan yang menghimpunkan tokoh-tokoh Islam sedunia. Walaupun definisi "influential" itu dapat ditafsir dari pelbagai sudut, namun, tetap aku rasa worth untuk membaca penerbitan ini.

Sedang aku leka membaca senarai tokoh itu, mata terkejut apabila melihat satu nama yang amat sinonim di kalangan rakyat Malaysia. Pada tangga ke-42, aku lihat:

Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia

http://2.bp.blogspot.com/_rvTEdD7O8Nw/SwIgUuhXmbI/AAAAAAAAEBA/O4nPKJX0jac/s1600/tg01rp7.jpg

Wah. Aku tumpang gembira kerana ulama' tanah air kita turut disenaraikan dalam senarai top 50. TG Nik Aziz adalah Muslim Malaysia yang ranking tertinggi. Turut disenaraikan adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim, Mahathir, dan beberapa lagi tokoh. Walaupun ada beberapa tokoh Malaysia seperti Sister in Islam (SIS) yang tidak aku gemar, namun, xpelah.

Orang luar pun turut menghargai jasa dan peranan ulama' tanah air kita. Namun, kita sendiri yang tidak menghargai mereka ini. Mengapa? Aku yakin, ramai lagi ulama' hebat tanah air kita tapi x disenaraikan di sini. Moga mereka sentiasa tetap dalam perjuangan.

Ya Allah, kurniakanlah kemenangan Islam di bumiMu ini. Amin.

Photobucket

Wednesday, November 18, 2009

Jom Korban

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik untuk imej lebih besar

Bulan Zulhijjah semakin menghampiri. Maka, berbondong-bondonglah jemaah haji dari seluruh dunia menuju ke Baitullah. Bagi yang tidak berpeluang menunaikan haji tahun ini pula, sama-sama kita rasai pengorbanan mereka dengan kita menjalankan ibadah korban.

Alhamdulillah, bagi pelajar2 di UK khususnya, dengan biasiswa yang diterima, maka, lebih dari cukup untuk kita berkorban. Mungkin untuk seekor lembu, tidak berkemampuan, jadi, apa kata kita mulakan dengan seekor kambing? Masih ku ingat tahun lepas, aku, DZ dan Adam Tan sama-sama membantu ustaz Erfino di MSD mengagihkan daging korban. Tahun lepas, harga untuk seekor kambing adalah 75 pounds. Memang lebih dari cukup untuk kita selaku pelajar untuk berkorban.

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحَّ ، فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنَا
“Barangsiapa yang mendapati dirinya mempunyai kelapangan/kemampuan (rezeki untuk berkorban), lalu dia tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim dan sanadnya hasan. Lihat: Fathul Bari, jld. 10/5. Hadis Mauquf lihat: Bulughul Maram, 1349 dan Ahkam al-I’dain, hlm. 26)

Jadi, apa tunggu lagi? Pahala menanti, syurga dicari. Jom kita berkorban! Apalah sangat harga yang dibayar itu berbanding nikmat yang kita kecapi.

Bagi Londoners, sesape yang nak berkorban, boleh hubungi ustaz Erfino, Atache pendidikan di MSD.

Photobucket

Saturday, November 14, 2009

Tazkirah Ustaz Erfino: Solat Qasar

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada hari Khamis lepas, seperti biasa, di Malaysian Hall, kami mendengar majlis ilmu kelolaan ustaz Erfino. Khamis lepas, ustaz membincangkan tentang solat Qasar. Alhamdulillah, input yang diberi amat bermanfaat. Berikut merupakan petikan video untuk dikongsi bersama. Video diambil dari blog Malaysian Muslim Community London.










Moga bermanfaat.

Photobucket

Wednesday, November 11, 2009

EWB: East, West & Beyond

بسم الله الرحمن الرحيم

Birmingham Malaysian Society, Malaysian Muslim Community London (MMCL) dan Majlis Syura Muslimun (MSM) BIRMINGHAM, dengan bangganya, bersama-sama membawakan kepada anda:


Click for larger view

Untuk keterangan lanjut, sila layari blog rasmi:


Menampilkan penceramah2 yang tidak kurang hebatnya. Nama mereka tersohor di kalangan ilmuan agama tanah air. Jadi, amat beruntung kita di UK ini kerna dapat mencedok ilmu dari mereka. Jadi, apa tunggu lagi? Jom sertai....

Photobucket

Saturday, November 7, 2009

Chef @ MSD

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari Khamis lepas, seperti biasa, aku menghadiri majlis mingguan di Malaysian Hall. Seperti minggu-minggu sebelumnya, kami membaca Yaasin. Selepas itu, sedikit kelainan. Selalunya, ustaz Erfino yang akan memberi perkongsian, namun, malam itu, seorang tetamu khas memberikan perkongsian. Beliau adalah Celebrity Chef, Chef Ismail.





Daripada perkongsian tentang kehidupan sebagai chef, sehinggalah kepada cara-cara memasak, Chef Ismail berkongsi segalanya. Beberapa soalan dari hadirin turut menggamit suasana. Terima kasih kepada Chef atas perkongsian.

Selepas itu, En Zaki pula memberi ucapan selamat tinggal. En Zaki akan tamat bertugas dan kembali ke tanah air untuk menyambung tugas di sana. Masih aku ingat, ketika aku tiba di UK pertama kali dahulu, En Zaki lah yang mengambilku di airport. Beliaulah yang menghantarku dari airport terus ke Lapworth Court. Nampaknya, beliau yang terlebih dahulu pulang ke tanah air. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Doa dari kami, moga bertemu haji mabrur.

Kami dijamu khas dengan mee rebus masakan Chef Ismail. Kuih muih Malaysia juga amat menyelerakan. Antara juadah paling hot adalah Bubur Kacang Kak Puteri. Licin!! Terima kasih hadirin yang menyumbang makanan.

Marilah sama-sama memeriahkan aktiviti mingguan di MSD!!!

Gambar Kenangan
Photobucket

Wednesday, November 4, 2009

Terkenang

بسم الله الرحمن الرحيم

Tersenyum mengenangkan memori lalu.....

http://photos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs235.snc1/8227_140582219039_635554039_2434798_136625_n.jpg

http://photos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs235.snc1/8227_140582234039_635554039_2434801_5742385_n.jpg

Betapa indah zaman kanak-kanak, tiada apa perlu difikirkan melainkan main semata-matta. Namun, semakin melangkah dewasa, tanggungjawab it semakin banyak dan berat. Nak x nak, perlu jua aku hadapi.....

TQ mak dan abah yang membesarkanku....

p/s: luahan pasca 20 tahun

Photobucket

Sunday, November 1, 2009

Kursus Haji dan Umrah di MSD

بسم الله الرحمن الرحيم

Seawal jam 9 pagi, aku berbasikal menuju ke Bayswater. Dari situ, aku membelok masuk ke Queensborough Terrace. Pagi ini sungguh nyaman sekali, walaupun keadaan agak mendung dan suram.

Kedatanganku ke MSD ini bukanlah kerna ingin bersarapan di sini. Bukan juga kerana suka-suka tanpa tujuan. Namun, kedatanganku ini adalah untuk menghadiri satu program anjuran JHEUI MSD, iaitu kursus haji dan umrah. Walaupun aku tidaklah akan buat umrah mahupun haji dalam musim haji akan datang ni, tapi apa salahnya menimba ilmu?

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
Abu ad-Darda' r.a

Apabila aku masuk je ke dewan Malaysia Hall tu, penuh dah dgn orang, rata-rata orang2 dewasa. Hanya aku je yg pelajar nampaknya. Ustaz Erfino menegurku:

Ni peserta termuda nih

Aku tersenyum....

Mujurlah x brape lama kemudian, Fitri tiba, diikuti dgn Pok Lah. Ade juga peneman aku. Secara adhoc, aku dilantik menjadi photographer program. Heh.


Rata-rata segala yang diajar tu sudah kami pelajari di sekolah. Namun, banyak juga benda yg dah dilupakan. Perlu revision. Dan Ustaz Erfino membawa pendekatan lebih banyak kepada perbincangan. Jadi, isu2 semasa haji diambil kira, serta permasalahan yg mungkin timbul. Sedikit sebanyak membuka mata kami.

Kursus selama lebih kurang 6 jam ni sedikit sebanyak membolehkan kami mengulangkaji pelajaran kami. Maklumlah, ilmu itu bukan sekadar untuk menjawab peperiksaan, sebaliknya, haruslah diaplikasikan. Selepas kursus ni, kami berazam untuk menunaikan haji dan umrah. Semangat!

وَأَتِمُّواْ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلّهِ
Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah
(al-Baqarah: 196)

Lepas ni kursus nikah pulak ye ustaz??


Photobucket