Monday, August 31, 2009

Hari Merdeka

بسم الله الرحمن الرحيم

http://1.bp.blogspot.com/_5wqBx6DXl4Y/Sm1Z50DabzI/AAAAAAAAAAs/SuG-2detLbQ/s1600-R/1_malaysia.jpg

Malam semalam, sekitar jam 12 tgh malam, aku terdengar bunyi mercun dengan agak kuat. Aku berkata dalam hati:

Haish, ramai btul main mercun malam ni. Raya lambat lagi...

Tetibe, dalam facebook, ramai pula yang letak status 'merdeka'. Aku tersentak selama 6 saat. Lorh, bunyi mercun berdentum2 tadi bukanlah bunyi bebudak main mercun, tapi bunyi sambutan ambang kemerdekaan. Eh, ade jugak sambutan yer? Ku ingatkan xde, sebab menghormati bulan Ramadhan.

Seperti mana tahun2 lepas, pasti ada persoalan, negara sudah merdeka, namun, adakah minda kita sudah merdeka? Jawapan sudah pasti anda sudah mengetahui, dan sudah anda selalu sangat dengar, sampai malas nak dengar dah. Tapi difikirkan, memang kiter masih blom terlepas dari penjajahan minda, akhlak dan aqidah.

Rubi'e Bin Amer berkata kepada tentera Parsi:

Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat.

Inilah kemerdekaan yang dibawa oleh rasul junjungan, Nabi Muhammad S.A.W. Adakah kita sudah bebas dari penjajahan2 ini? Jom fikirkan....

Kita tahu dan kenal pihak2 yang memperjuangkan kemerdekaan. Tunku Abd Rahman, dan ramai lagi pejuang. Namun, hakikatnya, masih ramai pejuang yg tidak didedahkan pengorbanan mereka untuk memperoleh kemerdekaan. Seolah2 mereka ini tidak wujud, dan dinafikan perjuangan mereka. Seolah2 hanya satu pihak yang memperjuangkan kemerdekaan ini.

Mari kita selami, hayati dan semarakkan perjuangan ulama' serta tokoh2 kemerdekaan yang lain, moga kita bebas dari penjajahan fizikal dan minda.

Klik untuk imej lebih jelas

Photobucket

Sunday, August 30, 2009

Ramadhan Bulan Ibadah

بسم الله الرحمن الرحيم

Petang tadi, aku berkesempatan berborak secara maya bersama super senior KYUEMku, saudara Firdaus Rahim yg kini di Nottingham, tidak pulang ke Malaysia. Beliau berkata:

Dah 9 ramadhan ye. Cepat kan.

Yer, tanpa disedari, sudah 9 hari kita melalui madrasah Ramadhan. Jadi, sejauh manakah kiter telah lalui Ramadhan ini? Adakah hanya berlapar dan dahaga? Adakah kiter sudah mempertingkatkan amalan kita? Jom sama2 muhasabah....

http://farm3.static.flickr.com/2567/3854404626_36eb128dc1.jpg
Madrasah Ramadhan jangan disiakan

Bercerita tentang Ramadhan, kiter x kan lepas dari bercerita tentang juadah berbuka. Setelah seharian berlapar dan dahaga, pasti, berbuka puasa itu suatu nikmat kepada mereka yang berpuasa. Glukosa ditambah kembali dalam badan menjadikan badan kembali bertenaga untuk melaksanakan ibadah pada malam hari.

Bercerita tentang juadah berbuka puasa, pasti tidak lari dari PaRam (menurut Miji) atau nama penuhnya, Pasar Ramadhan. Alhamdulillah, petang tadi merupakan kali kedua tahun ini aku ke pasar Ramadhan di Bukit Indah. Tidak kurang hebatnya. Pelbagai juadah dijual. Memang memukau mata, menaikkan selera dan menggiurkan, maklumlah, orang tengah berpuasa. Terasa ingin sahaja aku membeli semua benda. Murtabak, tepung pelita, roti John, putu piring, ayam madu, air tebu, ABC (huh?) dan banyak lagi. Kalau listkan makanan, mmg x abis!

Namun, teringat firman Allah:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
(al-Isra': 27)

Memang ketika berpuasa rasa mampu untuk makan semua benda, maklumlah, perut tengah lapar. Namun, apabila berbuka puasa, banyak makanan tidak dapat dihabiskan. Perut kekenyangan, rasa nak meletup. Akhirnya, badan letih untuk bertarawikh, dan makanan lebihan pun dibuang. Dua pembaziran telah berlaku, membazir ganjaran yang dijanjikan dan membazir makanan!

Ayam Goreng

Tepung Pelita

Ayam Golek

Kailan

Ikan bawal sweet sour

Jadi, sedikit pesanan ringkas dari aku, amalkanlah pemakanan berhemah. Gunakanlah kuasa membeli anda dengan bijaksana. Jangan diikutkan sgt nafsu makan itu. Oleh sebab syaitan dirantai pada Ramadhan ini, nafsu kiterlah yg perlu kiter hadapi. Janganlah mudah tewas dan tunduk dengan nafsu. Biarlah kita yang memperkudakan nafsu, bukan nafsu memperkudakan kita!!!

Ramadhan bulan IBADAH, bukan bulan JUADAH

Moga kita sama2 graduate dengan cemerlang dari Madrasah Ramadhan tahun ini...

(P/S: Saudara Firdaus makan ape berbuka? Dunkirk Jaya ada Pasar Ramadhan x?)

Photobucket

Asma Allah - Sami Yusuf

بسم الله الرحمن الرحيم

Hampir setiap hari aku mendengar lagu ni, dan x pernah bosan. Nak menangis kadang2 pun ade.....


وَلِلّهِ الأَسْمَاء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُواْ الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَآئِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
(al-A'raf" 180)

Photobucket

Friday, August 28, 2009

FuiYo 2009 Crew

بسم الله الرحمن الرحيم

Memperkenalkan, krew2 FuiYo 2009. Mengapa perlu tahu? Jadi, anda akan lebih mudah untuk berhubung dengan kami atas sebarang pertanyaan atau masalah. Kami sedia membantu. Jadi, jangan segan silu untuk bertanya soalan yer....

http://fuiyo.iluvislam.com/wp-content/themes/revolution_news-30/images/logo.gif

Chief Executive Officer
Iqtidar Hasanan (City University, London)

Honourable Secretary 1
Nur Suhaila Zulkifli (Nottingham)

Honourable Secretary 2
Nur Fatin Nabihah binti Ismail (Nottingham)

Treasurer
Syafiqah Sulaiman (Bath)

Program Coordinator
Muhammad Firdaus Abdul Rahim (Nottingham)

Promotion Manager
Muhammad Huzaifah bin Abd Rashid (Head, Imperial College London)
Nur Syarafina Abd Aziz (RCSI Dublin)
Muhammad Nur Hishamuddin Yusof (Southampton)
Muhamad Shahridwan Ramli (Manchester)
Afif Satari (Leicester)
Muhammad Firdaus Abdul Rahim (Nottingham)
Mahfuzah Zainol (Cardiff)

Accommodation Manager
Salwa Iwani Abd Aziz (Leeds)

Hall manager
Mohamed Hanafi Bin Mohamed Desa (Leeds)

Chairperson
Muhammad Faisal Zulkifli (Nottingham)

Logistic Manager
Akmal Amri (Warwick)

Documentation
Muhammad Syakir Na’im Abdullah(Lancaster)

Registration Officer
Alia Salleh (Warwick)

Protocol Officer
Nur Deena Khalid (Surrey)

Special task
Nur Aqilah Nadzirah (Sheffield)

Kitchen Manager
Mahfuzah Zainol Abidin (Head Chef, Cardiff)
Nurul Atikah Abdul Hamid (Belfast)
Dayang Nurhadziah Abang Saufi (Cardiff)
Syafiqah Sulaiman (Bath)
Amni Safiah binti Abdul Halim (Newcastle)
Nur Khafizah (Sheffield)
Wan Syazzawani Wan Omar (Belfast)
Izzati Yussof (Cardiff)

Jom FuiYo!!!
Photobucket

Thursday, August 27, 2009

Isu Kartika: Berhenti Keluarkan Pendapat JAHIL

بسم الله الرحمن الرحيم

Pertamanya, aku ini bukanlah org yg cukup berilmu untuk mengeluarkan pendapat sendiri berkenaan ini. Jadi, post aku ini adalah hasil rujukan beberapa laman web dan blog untuk aku kongsi ngan korg semua.

Selepas Kartika dijatuhi hukuman sebat oleh mahkamah, maka, kedengaran suara2 sumbang dari pihak2 yg tiada authority dalam bidang perundangan syari'ah. Menteri2, BEKAS Perdana Menteri, Majlis Peguam, malah segolongan manusia yg entah siapa, dipanggil Sisters in Islam (SIS) turut mengeluarkan kenyataan jahil mereka.

Apabila berfikir tanpa panduan wahyu, maka, lahirlah binatang2 berkaki dua yang sewenang-wenang menghentam hukum Allah. Apabila pendidikan bukan berteraskan Islam diamalkan, lahirlah graduan2 SAMPAH yang buta.

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(al-A'raf: 179)

http://fuiyo.iluvislam.com/wp-content/uploads/2008/10/UZAR.jpg

Suka untuk aku kongsi pendapat Ustaz Zaharuddin yang aku kira menjawab soalan2 Tun Mahathir. Sila klik sini.

http://www.harakahdaily.net/images/stories/encikzul/abdu%20hadi.jpg

Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang turut menyatakan pendapat beliau. Boleh rujuk di sini.

Beberapa perkara berkenaan hukuman sebat mengikut syari'ah yang memang jelas berbeza dari hukuman sebat sivil:

i. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

ii. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.

iii. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan sebelum hukuman tersebut boleh dijalankan.

iv. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.

v. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

vi. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk

vii. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

viii. Jika semasa perlaksanaan hukuman sebab itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan Kerajaan itu memperakukan bahawa pesalah itu sihat tubuh badannya untuk menjalani baki sebatan yang tinggal.

ix. Selepas mengenakan satu sebatan, tukang sebat hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya.

x. Semasa disebat, pesalah hendaklah memakai pakaian menurut Hukum Syarak.

Samada hukuman sebat ini adalah hudud atau ta'zir, itu kiter serahkan kepada orang yg berauthority untuk bincang. Bagi yang x tahu tu, sila SENYAP!

Bersama-sama kita bebaskan minda dari fahaman2 yang membahayakan aqidah kiter ni...

http://farm4.static.flickr.com/3471/3856949249_18a60205f2.jpg

Photobucket

Wednesday, August 26, 2009

Ustaz Zaharuddin di FuiYo 2009!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

http://fuiyo.iluvislam.com/wp-content/themes/revolution_news-30/images/logo.gif

Assalamualaikum semua....

FuiYo 2009 akan berlangsung 22-25 Disember ini di UK, jadi, marilah bersama-sama kita register untuk menimba ilmu dalam cuti musim sejuk nanti. Janganlah terlalu excited dan bernafsu dalam bergembira dan melancong, jika ada peluang untuk menimba ilmu dari murabbi di bumi UK ni, sama2lah kita rebut peluang ini. InsyaAllah, orang yg dalam jalan menimba ilmu, akan diredhai Allah dan para malaikat.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
Abu ad-Darda' r.a

InsyaAllah, pendaftaran akan dibuka sekitar bulan September nanti, jadi, keep updated dengan melawat laman web rasmi kami:

http://fuiyo.iluvislam.com/

Dan pada tahun ini, FuiYo 2009 membawakan penceramah2 berkaliber, seperti Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Erfino.

http://i43.photobucket.com/albums/e358/huzaifahar/fuiyoposter.jpg

InsyaAllah, sama2 kiter kosongkan tarikh 22-25 Disember tu dan sama2 kiter berazam untuk menghadiri FuiYo 2009 anjuran IluvIslam.com. Nantikan tarikh pendaftaran dibuka!!!!

Owh, and please spread the words!!!!

Muhammad Huzaifah bin Abd Rashid
Ketua AJK Promosi / Webmaster
FuiYo 2009

Photobucket

Tuesday, August 25, 2009

Permatang Pasir....

بسم الله الرحمن الرحيم

: 9618
: 5067
MAJORITI : 4551
JUMLAH UNDI ROSAK : 83

Keputusan rasmi PRK N11 Permatang Pasir, PAS mengekalkan kemenangan di DUN ini. Calon PAS Ustaz Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

OK, media arus perdana, nak laporan!!!!

Moga Ustaz Mohd Salleh Man menjalankan amanah kepada Allah dan kepada rakyat sebaiknya....

Moga terbaik untuk Islam.....

http://prkn11penang.pas.org.my/images/stories/tahniah.jpg

Photobucket

Selamat Mengundi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Hari ini, 25 Ogos 2009. Para pengundi di N11 Permatang Pasir akan membuang undi dan akan memilih calon untuk mewakili DUN tersebut. Maka, akan berbondong2lah pakcik, makcik, abang dan kakak yang akan turun membuang undi. Moga kalian semua dapat menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin ini sebaiknya.

Dalam satu hadis, Nabi S.A.W. bersabda:

Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan kaum Muslimin, lalu dia melantik seseorang. Pada hal dia dapati ada seseorang yang lain lebih layak daripadanya bagi kaum Muslimin, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah dan rasulnya

Dan sebuah lagi hadis:

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).”
(Muslim)

Jadi, kepada pengundi Permatang Pasir, undilah mengikut neraca iman dan taqwa, dan bukannya kebendaan semata-mata. Tanggungjawab memilih ini adalah tanggungjawab anda, jadi, pilihlah yang terbaik untuk Islam. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini. Jika kita imbau, bulan Ramadhan adalah bulan jihad. Jihad melawan nafsu, perang Badar, perang 'Ain Jaloot pun berlaku pada bulan ini. Jadi, marilah kita sama2 memenangkan Islam.

Sekadar Hiasan

Menurut SPR yang bebas dari pengaruh politik, keputusan pilihanraya hari ini akan diketahui sekitar jam 8 malam. Jadi, kepada yang bakal memenangi pilihanraya hari ini, walau anda dari parti mana pun, ingatlah:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”
Riwayat Muslim

http://2.bp.blogspot.com/_QhNY1f1XuUY/SbJugpLLQQI/AAAAAAAAA48/Q7J2PwL2I88/s400/amanah.jpg

Yer, amanah itu berat. Lebih-lebih lagi tanggungjawab memimpin itu. Bukan hanya perlu menguruskan kebendaan, tapi juga mereka perlu bertanggungjawab melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Jadi, harapanku, kepada sesiapa pun yg akan dipilih oleh rakyat hari ini, jalankanlah tanggunjawab kepada Allah dan kepada rakyat dengan sebaiknya.

Moga keputusan malam ini adalah yang terbaik untuk Islam...

Photobucket

Monday, August 24, 2009

Tahniah Buat Mereka

بسم الله الرحمن الرحيم

Tahniah kepada bebudak KYUEM batch 10, semoga meneruskan kecemerlangan anda di mana jua anda akan berada Oktober ini...

Klik untuk imej lebih besar

Photobucket

Sunday, August 23, 2009

About Our Prophet....

بسم الله الرحمن الرحيم




A long time ago, there lived an old woman who was carrying a heavy load along the road in the desert. It was a bit difficult for her, but she was managing as best as she could. A young man asked if he could help her with her load, and she readily obliged. Here is the conversation that transpired:

"It would be such a pleasure to have you come alone with me. I accept your gracious offer of kindness and company," she said. She was a very talkative woman, and the young man did not want to interrupt her. So, he let her speak the entire time they were together without interruption:

"But as we walk along young man and as you help me with my load, I have only one request as we travel down this road: Don't talk to me about Muhammad! Because of him there is no peace and I have trouble in my mind. So, don't talk to me about Muhammad! And as we walk along together, we will get along just fine."

She continued:

"That man upsets me so, so much more than you could know! I hear of his name and reputation every where I go. Though his family and his clan once knew him as an honest man, he's dividing everyone with his claim that God is one!"

"He's misled all the weak, the poor, and the slaves. They think they've all found wealth and freedom by following his way!" she sarcastically snorted.

"He's corrupted all of our youth with his twisted brand of truth. He's convinced them that they all are strong and gave them somewhere to belong. So, don't you dare talk to me about Muhammad!"

They reached their destination, and the man helped the woman put away her belongings. The old woman, with a wide smile of gratitude at this stranger's kindness, turned to him and said, "Thank you now, young man. You've really been so kind. That generosity and smile is very rare to find now a days. Let me give you some advice, since you've been so very nice to me. Stay away from Muhammad. Don't heed his word or emulate his way. If you do, you will never have true peace, and all you will find is trouble."

As the young man turned to walk away, she stopped him: "Now before we part and go, if it's alright just the same, may I ask my dear young man, who are you? What's your name?"

He told her, and she stopped dead in her tracks.

"Forgive me, but what was that? Your words weren't very clear. My ears are getting old, and sometimes I have a hard time hearing. You know, it's truly rather funny, but I'm sure I must be wrong. Yet, I thought I heard you said that your name is Muhammad."

"I am Muhammad," the Prophet (peace be upon him) told the old woman.

She replied, "I bear witness there is nothing worthy of worship except God, and Muhammad is the Messenger of God."

This conversation was based upon a hadith in the Prophetic literature, and Dawud Wharnsby Ali made a song out of it, where I first learned of this conversation. Almost every time I hear the song, tears roll down my face. In the song, after the woman utters the shahadah, she says,

"Oh, talk to me, Muhammad. Upon you I pray for peace/for you have eased my troubled mind. Oh, talk to me, Muhammad. And as we walk along together/we will get along just fine. As I travel down life's road/I will get along, just fine."

This story never ceases to amaze me. The Prophet (pbuh) offered to help this woman, and all she does throughout their encounter is to mock and malign the Prophet (pbuh). Yet, he says nothing. He continues to help the woman with her load. He does not lash back at her; he does not pray for God's destruction upon her; he does not drop her stuff and let her fend for herself. No. He helps the woman anyway, and when she finds out who he is, all she could do was follow him into Islam.

(crying.....)

Let's try our best to follow the path of the prophet (pbuh), may this Ramadhan marks as a turning point for us....

Photobucket

Saturday, August 22, 2009

Bertabahlah

بسم الله الرحمن الرحيم

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Ali-Imran: 185)

Menerima mesej dari seorang sahabat tentang pemergian bapa kepada Hafizuddin ke rahmatullah. Terkejut. Namun, jauh di fikiran, aku berasa sedih. Niat di hati ingin menelefon, namun, jari tidak mampu mendail nombor. Dan aku sendiri tidak yakin, adakah lidahku mampu berkata2.

Bertabahlah sahabat. Beliau yg ku kenal merupakan seorang yang amat gigih dan tabah. Namun, kali ini, ujian yg menimpa sungguh hebat sekali. Aku berharap untuk berada bersama beliau.

Marilah bersama-sama pada bulan Ramadhan ini, kiter mendoakan ayahanda saudara Hafizuddin agar mengecapi nikmat syurga. Bagi yang masih hidup, ingatlah, ini merupakan peringatan daripada Allah, moga kiter sama2 bersedia menghadapi mati.....

Teruslah senyum, sahabat....

Bilakah kan tiba waktuku???

Photobucket

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa

بسم الله الرحمن الرحيم

http://4.bp.blogspot.com/_Sj0YC_sdiKc/Ruaa8dKi8EI/AAAAAAAABl0/HJ2lu7Vqf7Q/s400/ramadhan.jpg

Semalam, pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah berkenaan tarikh puasa. Seperti dijangka, umat Islam di Malaysia akan start berpuasa pada Sabtu, 22 Ogos.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”

Riwayat Bukhari & Muslim

Lagu Tema Ramadhan (macam tahun2 lepas):



BTW, lafaz niat puasa:

nawaitu souma godhin 'an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta'aalaa

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Photobucket

Thursday, August 20, 2009

Ujian

بسم الله الرحمن الرحيم

http://1.bp.blogspot.com/_cgErn_SqCP8/SX5Ifw7JbaI/AAAAAAAAAv4/Mb3d2R6sJh8/s400/lonely.jpg

Allah, beriku kekuatan.....

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”
Riwayat al-Hakim

(Credits to HanRi for the pics: aku sukela gambar ni, lukis bebanyak gambar bersedih bleh?)

Photobucket

Wednesday, August 19, 2009

PNB Camp @ Port Dickson

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti tahun2 sebelumnya, PNB akan mengadakan kem kerohanian dan motivasi di PNB Ilham Resort di Port Dickson. Jika tahun lepas, PNB menghantar kami ke ESQ dan kem rohani, namun, tahun ni, kami hanya dihantar ke Ilham sahaja.

Sewaktu menerima surat jemputan menghadiri kem ini, aku tersenyum. Walaupun aku demam ketika itu, aku betul2 berazam untuk menjadi sihat menjelang kem ini. Walau apa pun, aku mesti hadir ke kem ini, sebab aku masih teringat permintaan Yorke, Fikri dan Syahir ketika hari pertama OBS mereka:

Kitorg nanti x dpt pegi MOC, ape kate ko buat sesi khas untuk kitorg?

Pada hari Isnin itu, abah menghantarku terus ke menara PNB, Jalan Tun Razak. Aku singgah sebentar di ATM Machine berhanpiran untuk top up kredit dalam handphoneku. Sedang aku mencocok kad ke dalam mesin, terdengar suara sayup2:

Jpah...... Jpah............

Aku menjadi suspicious. Suara siapakah ini? Aku melihat sekeliling dengan berhati2. Suatu lembaga muncul dari belakang mesin. Wah, Dzull Fefry rupanya. Buat cemas je. Bibirku tidak dapat menahan daripada mengukir senyuman. Sudah lama tidak bertemu.


Kami masuk ke dalam menara PNB. Kelihatan Shukri, Za'aba (junior2 Imperialku), Fikri dan Syahir di dalam. Kelihatan juga Izzat (Ashley) dan Husin Mitos di situ. Kami bersalaman dan beramah mesra. Keadaan sedikit bingit dan meriah. Tidak lama kemudian, Kerul, Fitri, Apen dan Nazri pun turut datang. Bertambah seronok dan meriah keadaan.

Apen memberi pengisian

Di dalam bas menuju ke Port Dickson, aku mengedarkan Students Survival Guide yg telah dibuat oleh IluvIslam. Sambil2 menunggu sampai ke destinasi, kami berbincang2 isi kandungan SSG tersebut.

Di PNB Ilham Resort, kami ditempatkan di apartment2 keluarga 3 bilik. Aku duduk bersama Kerul, Fitri, Apen, Dzull dan Nazri. Setiap bilik ada 2 katil. Aku duduk di master bedroom bersama Kerul. Apartment sebelah kami adalah apartment junior lelaki kami.


Berlainan dengan kem rohani tahun2 lepas, kem tahun ni menampilkan fasilitator dari Saidina Smart Consultancy. Dan, modul tahun ni lebih kepada pembinaan diri dan motivasi instead of keagamaan seperti tahun lepas. Tahun ini juga, lebih banyak LDK berbanding ceramah, which aku x brape gemar sangat, huhuhu.

Kem kami kali ini agak kontroversi. Maklumlah, kami yg datang ni agak kritikal pemikirannya (cewah). Dan modul yg dibentangkan pula seakan kabur objektif dan matlamat.

Saya x setuju bahawa aktiviti ini menjadi titik ukur keikhlasan seseorang, salah seorang dari kami bersuara.

Benarkan saya habis berhujah dahulu, tegas salah seorang dari kami apabila fasi cuba menyampuk

We want to exercise our rights for not doing this activity, salah seorang pula berkata

Tiada kaitan perkara ini dengan emosi, salah seorang pula berhujah

Huhuhu, sian gak aku lihat fasi2 ni. Entahla, antara kami terlalu keras kepala atau terlalu kritikal. Atau mungkin modul yg dilaksanakan itu terlalu childish, sehingga fakta2 ditwist dan dimanipulasi. Sebab itula banyak yang kami persoalkan. Maaf kepada para trainers, jenuh mereka nak menjawab kami.

Petang hari kedua, kami dilepaskan awal, jadi, kami menggunakan peluang ini untuk bergembira di dalam kolam renang. Aku, Kerul, Nazri, Apen, Dzull, Shukri, Fikri, Yorke dan Syahir bersama2 terjun ke dalam kolam renang yg hanya setinggi 1.35 metre je.

Fikri ngan somersaultnye


Secara keseluruhannya, aku gembira bertemu rakan2, maklumlah, dah agak lama terperap di dalam rumah. Sekali sekala berada di luar, beraktiviti bersama, terasa manis dan indah. Itulah sebabnya kami memilih tema kami sendiri, yakni:

Ukhwah Fillah


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Kami x batchist

Photobucket