>

Monday, August 31, 2009

Hari Merdeka

بسم الله الرحمن الرحيم

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDj6gTzwBRUroFmWaSY05JB6v44GkwxD-8jIyBxW9cGE0sftJFF1E5Khpof2QPdDSsxEEmk9kT9X-jlOCEpjwMpjtuXC31m1GTt_01ZmnHAkW7fyhPoG_pTM5psY5KYVomSUQZzwHCuv8/s1600-r/1_malaysia.jpg

Malam semalam, sekitar jam 12 tgh malam, aku terdengar bunyi mercun dengan agak kuat. Aku berkata dalam hati:

Haish, ramai btul main mercun malam ni. Raya lambat lagi...

Tetibe, dalam facebook, ramai pula yang letak status 'merdeka'. Aku tersentak selama 6 saat. Lorh, bunyi mercun berdentum2 tadi bukanlah bunyi bebudak main mercun, tapi bunyi sambutan ambang kemerdekaan. Eh, ade jugak sambutan yer? Ku ingatkan xde, sebab menghormati bulan Ramadhan.

Seperti mana tahun2 lepas, pasti ada persoalan, negara sudah merdeka, namun, adakah minda kita sudah merdeka? Jawapan sudah pasti anda sudah mengetahui, dan sudah anda selalu sangat dengar, sampai malas nak dengar dah. Tapi difikirkan, memang kiter masih blom terlepas dari penjajahan minda, akhlak dan aqidah.

Rubi'e Bin Amer berkata kepada tentera Parsi:

Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat.

Inilah kemerdekaan yang dibawa oleh rasul junjungan, Nabi Muhammad S.A.W. Adakah kita sudah bebas dari penjajahan2 ini? Jom fikirkan....

Kita tahu dan kenal pihak2 yang memperjuangkan kemerdekaan. Tunku Abd Rahman, dan ramai lagi pejuang. Namun, hakikatnya, masih ramai pejuang yg tidak didedahkan pengorbanan mereka untuk memperoleh kemerdekaan. Seolah2 mereka ini tidak wujud, dan dinafikan perjuangan mereka. Seolah2 hanya satu pihak yang memperjuangkan kemerdekaan ini.

Mari kita selami, hayati dan semarakkan perjuangan ulama' serta tokoh2 kemerdekaan yang lain, moga kita bebas dari penjajahan fizikal dan minda.

Klik untuk imej lebih jelas

Photobucket

1 comment:

mk said...

salam,
cadangan bahan bacaan: Ulama' Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan oleh Ustaz Ridhwan Mohamad Nor (bersama Ustaz Mohd Fadli Ghani). semoga bermanfaat